Bahan Bacaan Yang Terbaik | Bahan Bacaan dah semakin banyak nampaknya di rak buku saya ni. Dalam kesibukan perlu juga sebenarnya kita membaca buku bukan sahaja baca melalui internet. 

Masa santai sesuai sangat baca buku sesambil minum petang tu kan. Hadap lappy, gadget kadang-kadang kita tak focus pada satu. Ada je benda lain yang kita baca.

Buku adalah bahan bacaan terbaik. So melalui sesuatu buku, kita fokus pada yang satu. Kadang-kadang pembacaan dari internet buat kita confused tentang sesuatu fakta walaupun penggunaannya meluas. 

So bahan bacaan (buku) tu sangat berguna dan terapkan minat membaca di peringkat awal kanak-kanak.

Antara koleksi bahan bacaan kat rumah. Al Quran, hantaran masa nikah dari suami dengan terjemahan sekali. Lebih mudah faham bila baca. Al Quran perlu ada dan bukan sekadar hiasan. 

Al Quran adalah sumber bacaan dan rujukan terbaik untuk kita umat Islam. Jadikan amalan membaca Al Quran Setiap hari. 

Ada buku-buku ilmiah koleksi doa, solat-solat sunat dan juga bahan ilmiah lain. Terselit jugak novel dan komik saya dan husband. eh, terselit juga Novel " Bukan Kerana Aku Tak Cinta" tu. Novel pertama dan terakhir bahasa melayu dalam koleksi saya kot.

Bahan Bacaan Yang Terbaik

Untuk kanak-kanak pilihlah bacaan yang sesuai sebab beberapa bulan lepas ada terjadi isu tentang buku kanak-kanak yang telah diterbitkan tanpa memikirkan isu sensitif agama dan juga tidak sesuai untuk kanak-kanak. Contoh seperti di bawah.
Credit Image : Sinarharian

Kalau nak membeli buku untuk anak-anak kene check setiap helaian sebelum membeli supaya tiada kekeliruan dan tiada info yang tak sepatutnya untuk kanak-kanak yang  baru mula nak belajar.

Kalau ulat buku, jadi ulat internet jugak tak? Ke memang tak membaca melalui internet? Sebab saya rasa kebanyakannya lebih suka membaca melalui internet. Gadget mesti ada kat tangan tak kira masa. Betul tak? Atau istilah ulat buku dah dilupakan.