Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask | Shiseido Black Mask agak popular di kalangan kaum perempuan yang suka pakai masker untuk tambahkan lagi kecantikan kulit muka. Dikenali juga sebagai mask lumpur. 

Kelebihan Shiseido Mask

Memakai mask merupakan salah satu cara paling mudah dan murah untuk membuang bintik-bintik hitam (black head) dan juga bintik-bintik putih (white head) pada muka. 

Selain membersihkan muka serta menanggalkan sel-sel kulit mati, boleh juga mengecilkan pori-pori dan juga mencerahkan kulit muka. Boleh juga membantu menghalus, melembut dan mengtasi masalah kulit tona tidak sekata, kesan terbakar (sunburn) dan boleh menyerap lebihan minyak dengan berkesan.

Jangan risau, Shiseido Mask sesuai untuk semua jenis kulit tapi elakkan disapu pada jerawat jika kulit sensitif untuk elakkan kesan luka masa menanggalkan mask. 

Shiseido mask mengandungi antioksidan dari lumpur, arang, kolagen serta sumber mineral bagi mengurangi tanda² penuaan seperti kedutan halus, menganjalkan kulit, melembap dan kulit lebih tegang.Banyak jugak tu kan kelebihan Shiseido Mask.

Pakai Mask bukannya boleh pakai hari-hari macam guna pencuci muka tu. Sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan saya akan kongsikan cara terbaik pakai mask. 

Shiseido Mask ada 3 jenis yang saya tahu iaitu black, white dan gold. Setiap satu ade fungsi tersendiri. Antara 3 jenis  tu saya suka pakai yang hitam.

Suka pakai yang hitam sebab senang nampak white head bila tanggalkan mask bila kering. Hasilnya selepas cabut boleh nampak whitehead melekat di mask yang telah kering. Gambar bawah ni hasil dari carian google. 

Nak upload gambar sendiri kurang nampak pulak hasilnya secara dekat. Cuma gambar atas dalam bulatan tu terlebih glowing cahaya tu nampak cerah sikit. Tapi yang pastinya nak cakap memang cerah sikit lah dari warna kulit asal. Bila whitehead dah keluar, kuranglah bintik² di muka kan. 

Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask
Sumber dari carian google

Bila nak tanggalkan tu memang sakit sebab mask ni jenis melekat kuat sebab tu semua pun nak tertanggalkan. Lepas pakai rasa muka macam fresh sangat dan fluffy gitu. Okay, nak rasa lagi best, boleh ikut cara terbaik pakai mask.

Cara terbaik pakai mask

1. Cuci muka dengan pencuci muka.
2. Steam/wapkan muka dengan air panas supaya pori-pori terbuka kurang lebih kurang dalam 5minit.
3. Sapukan masker pada muka, elakkan dari terkena kening, bibir dan bahagian anak rambut dan pastikan sapuan rata.
4. Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga betul-betul kering.
5. Tanggalkan masker perlahan-perlahan dari bawah ke arah atas.
6. Cuci muka dengan air sejuk supaya pori-pori tutup semula dengan sempurna. Saya suka guna ice cube je. Sejuk lagi best!
7. Sapukan toner jika perlu.

Mudahkan? Walau agak leceh tapi hasilnya sangat bagus! Pastikan jangan dekat-dekat dengan rerambut kalau tak nanti nak tanggalkan memang sakit okay. Encik suami pun dah terjebak suka pakai masker dah.

Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask

Lagi bertambah berseri-seri. Eh, terpuji diri sendiri pulak. Tambah lagi bila dah consume Ephyra serlahkan kecantikan sebenar tu. 

Psstt..ada terbaca pasal Shiseido tiruan ni, betul ke info ni. Kalau original di tulis PERFECTION instead of perfeetion. Anyone?

Shiseido Mask Dan Cara Terbaik Pakai Mask