Ini resipi mudah untuk hari ni merangkap menu lunch dan dinner saya dan encik suami. Resipi Ayam Panggang Sihatimerahjambu mudah dan menggunakan bahan bahan simple je. Konsep dia guna apa yang ada.
 
Resepi Ayam Panggang
1 biji bawang besar bukan ulas

Resepi Ayam Panggang

Bahan-bahan

Ayam di potong sederhana besar. Resepi ni untuk 6 ketul ayam je.
  • 1 Biji bawang besar. Kalau guna bawang merah kecil pun boleh dalam 3-4 biji bawang merah kecil. 
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 ibu jari halia
  • 1 ibu jari kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar gula pengganti madu. Kalau ada madu, sila letak madu.
  • 1/2 sudu atau 1 sudu garam halus. Kalau dah letak kicap pekat banyak, kurangkan garam.
  • 1 sudu kecil serbuk pasti sedap atau cukup rasa. Tak nak letak pun tak apa.
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Sudu kicap pekat
  • 1 sudu minyak masak

Alatan :
Pemanggang ajaib @ oven

*Untuk extra flavour boleh campurkan dengan sos lada hitam. 

Cara penyediaan

  1. Kisar bawang merah besar, bawang putih, halia, kunyit, lada hitam, gula, garam, serbuk pasti sedap/cukup rasa. 
  2. Kemudian gaul dan ratakan bahan bahan yang telah di kisar dengan potongan ayam. Pastikan bahan sebati dan serata dengan ayam. Lepas tu baru masukkan sos tiram dan kicap pekat dan gaul rata.

Resepi Ayam Panggang

Bila dah gaul rata, perapkan ayam dalam 1-2jam. Setelah di perap, tuangkan 1 sudu minyak jagung/zaitun atas pemanggang.

Susun potongan ayam atas grill sedikit jarak supaya setiap isi ayam mudah masak.J ika ada lebihan bahan yang di blend tadi boleh simpan dan letak bila ayam sudah separuh masak nanti.

Resepi Ayam Panggang

Perlahankan api. Bila sebahagian ayam sudah masak, terbalikkan ayam. Kalau kering boleh tambahkan bahan yang di kisar tadi atas ayam.

Resepi Ayam Panggang

Dalam 15-20 minit dah siap panggang dah. Mudah dan cepat dengan adanya pemanggang ajaib ni. Nak masak lama pun boleh. Tapi jangan sampai isi dia keras. Saya suka isi ayam yang juicy.

Resepi Ayam Panggang

Selamat mencuba!