Bunga manggar ni penyeri majlis kahwin. Dulu-dulu guna plastik berkilat-kilat tu. Lepas dah habis majlis, budak-budak sibuk ambil jadikan mainan. Lepas tu bunga manggar dah ada macam-macam jenis mengikut peredaran zaman.

Masa majlis kahwin saya, saya DIY bunga manggar sendiri menggunakan plastik merah yang kita beli barang-barang runcit tu. Tak tahulah mana saya dapat idea ni. Tiba-tiba muncul dalam kepala ni.

Kebetulan pula majlis kahwin saya tema pink. Memang elok sangatlah menggunakan plastik merah pink tu. Pink ke merah entah. Nak buat mudah je tapi memerlukan kesabaran yang banyak ye. Sabar tu kena letak tahap paling tinggi. Kalau tidak, tak menjadi.

Bahan-bahan Bunga Manggar

1. Plastik bag
Boleh gunakan plastik bag yang biasa kita dapat bila beli barang runcit tu. Atau boleh je guna plastik yang bersesuaian. Boleh pilih plastik ikut tema majlis masing-masing asalkan jangan guna kertas nanti basah dan cepat rosak.

2. Dawai halus. 
Saya guna dawai halus size 28. Kalau kat kedai dia jual panjang panjang satu pack. Korang pandai-pandai potong pendek ikut saiz kelopak bunga korang nanti. 1 pack tu harga kurang dari RM2. Harga berbeza di setiap kedai ye.

3. Lidi.
Untuk lidi ni saya ambil lidi daun pokok kelapa. Disebabkan majlis di kampung. Jadi, ambil sendiri je daun kelapa di belakang rumah. Free of charge!.

4. Pita pelilit.
Biasanya kalau buat bunga telur orang akan guna pita pelilit warna hijau yang ada gam tu. Tapi saya guna pelilit warna putih dan purple. 

5. Gunting dan pisau
Gunting digunakan untuk gunting plastik dan pisau untuk raut daun kelapa jadikan lidi. 

Tutorial DIY Bunga Manggar

Untuk tutorial bunga manggar ni boleh rujuk tutorial bergambar di bawah. Harap jelas dan mudah faham.

Tutorial: DIY Bunga Manggar

Kalau mana tak jelas sila bertanya ye. Buatlah sebanyak mana yang mungkin. Disarankan supaya mintak tolong orang lain juga siapkan kelopak bunga ni. Kalau buat sorang-sorang tak tahu bila nak siap. Apa yang penting kerjasama! Ni kelopak kelopak yang dah siap.

Tutorial: DIY Bunga Manggar

Bila dah siap kelopak, ambil lidi dan pita pelilit. Susun kelopak dari hujung lidi sehingga kebawah. Susun secara berselang seli. Pastikan lilit ketat dengan pita pelilit tu. Jangan bagi nampak dawai kelopak tu.

Satu tangkai lidi tu ikut koranglah nak letak berapa banyak kelopak. Ikut citarasa masing masing ye. Tapi jangan jarang sangat. Nanti tak cantik. Rapat sikit baru nampak rimbun macam dalam gambar di bawah.

Tutorial: DIY Bunga Manggar

Nampak cantik dan rare sikit kan. Puas hati dengan hasil kerja sendiri. Lepas majlis habis boleh buat perhiasan dalam rumah. Pun cantik! Tak rugi buat.

Sebelum ni cadang nak beli je bunga manggar yang dah siap tapi disebabkan tak ada pilihan dan tak ada warna pink yang saya nak. Lebih baik lah sekiranya saya buat sendiri je bunga manggar.

Alhamdulillah dengan berkat usaha akhirnya siap juga dengan izin Allah.

Harap entry ni dapat memberi sumber inspirasi pada bride to be yang nak bunga manggar ikut tema yang di inginkan. Selain tu memang save budget sangat! Cuma perlukan usaha lebih la. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Selamat mencuba!