Mari kita teruskan entry kahwin saya. Pernikahan hari Jumaat, esoknya hari Sabtu majlis resepsi, majlis persandingan di rumah saya. Kenduri kahwin di kampung ni biasanya akan dibuat di rumah je. Jarang sekali buat di dewan. 

Majlis resepsi berkonsepkan moden dan tradisional. Pengantin bertemakan warna dusty pink atau orang panggil pink belacan dan purple. Mak abah saya mengenakan warna tembaga. Ahli keluarga yang lain warna ungu gelap (dark purple).

Majlis Resepsi Azhafizah & Mohd Aidil : August,24 | Segamat,Johor
Our rings!

Majlis Resepsi Azhafizah & Mohd Aidil : August,24 | Segamat,Johor
Kasut kahwin warna gold

Ini pula bunga manggar yang saya buat sendiri menggunakan plastik. Bila dah susun macamni nampak cantik. Nanti saya buat tutorial DIY bunga manggar ni ye. tunggu next entry ok?

Majlis Resepsi Azhafizah & Mohd Aidil : August,24 | Segamat,Johor

Dalam kegembiraan majlis kahwin ni terselit rasa sedih sikit. Sebab apa? Sebab baju kahwin ni tak menepati KPI saya. Masa fitting dress kahwin ni, dress ni oversize. Macam bukan di buat untuk saya. Padahal saya dah request nak buat design macam yang saya nak.

Dah nak sampai hari majlis macam tak ada perubahan pun. Kalau dah last minit memang tak dapatlah nak alter kan. Kita dengan rasa sedihnya pakai jugalah dress yang agak gedoboh tu. 

Apa yang saya nak tak sama macam apa yang saya tunjukkan dalam gambar. Sedih lah macam ni. Hari bahagia bertukar hari yang tak enak untuk dinikmati. 

Nak tak nak, saya pakai juga. No choice ma!

Majlis Resepsi Azhafizah & Mohd Aidil : August,24 | Segamat,Johor

Agak kecewa kat situ. Ok fine, pasrah je laaaaa'. Dah cakap awal awal dengan family, tolong jangan kutuk baju kahwin sebab memang saya tak suka. So diam-diam je bila pakai nanti..

Guestbook area design by saya sendiri. Simple jek. Last minit buat kebetulan ada buku kosong dan dekorasi pink-pink tu.

Majlis Resepsi Azhafizah & Mohd Aidil : August,24 | Segamat,Johor

Barisan pahlawan ni anak-anak buah saya. Idea abang saya pakaikan busana melayu lama dengan siap bertanjak bagai. Sponsored by dia lah. Terima kasih banyak. Ni je la yang tradisional nya. 

Lagak gaya macam pendekar masing-masing. Bila lagi kan nak pakai camni. Ini lah fungsi anak-anak buah. Kena bertugas mengiringi pengantin!

Majlis Resepsi Azhafizah & Mohd Aidil : August,24 | Segamat,Johor

Macam biasa adat kat Johor ni ada tol sebelum pengantin lelaki berjalan seiringan dengan pengantin perempuan. Nak duduk sebelah pengantin perempuan di pelamin pun ada tol juga. Banyak tolnya. 

Alhamdulillah tol saya tak banyak.

Haa tengok tu bajukahwin saya tu cam oversize kan. Dah guna pin pun tak boleh sorok. Haishh..sangat spoil hokeh! 

Bersama kakak, kakak ipar, anak-anak buah saya ni merangkap dayang dayang konon.

Majlis Resepsi Azhafizah & Mohd Aidil : August,24 | Segamat,Johor

Sessi outdoor kami photoshoot berdekatan Taman di Bandar Utama Segamat. Situ je yang macam menarik sikit. 

Majlis Resepsi Azhafizah & Mohd Aidil : August,24 | Segamat,Johor

Sumpah penat menjadi raja sehari ni. Walaupun diraikan tapi penat tu malas nak cerita lah. Dalam kecewa baju tak cantik, tetaplah kita sajikan muka gembira.

Terima kasih kepada semua yang banyak beri komitmen untuk majlis terutamanya keluarga. Terima kasih juga untuk tetamu yang datang serta mendoakan kebahagian kami.

Okay, cukup untuk entry majlis resepsi sebelah saya ni. Majlis sebelah suami dalam entry seterusnya.