Agak lambat nak update pasal majlis kahwin seorang blogger yang suka pink macam sihatimerahjambu. Akhirnya dapat jugak bertemu dengan si dia, merahitujambu! Terkilan jugak tak dapat pegi majlis sebelah perempuan walaupun dekat sangat! 

Ye lah, kadang kadang ada je hal lain yang menghalang. Sastu rezeki juga dapat menghadirkan diri ke majlis bertandang sebelah lelaki. Mujur juga tak jauh. 

Majlis sebelah lelaki pada 28 April area Kuala Lumpur (KL) bertemakan warna orange dan putih.Warna terang yang jarang jarang orang pilih. Sampai sana dalam pukul 3.00 petang macam tu. Agak lambat juga lah.

Kita dah risau kalau pengantin dah siap-siap outdoor photoshoot ke kan. Semasa sampai pengantin sedang beramah mesra dengan tetamu. Lega! Selain tu kita risau juga kot pengantin tak kenal sihatimerahjambu ni..ish ish..

Fuhh~ mujur kenal! First time jumpa kan.

Sementara pengantin beramah mesra, kita pun menikmati lauk dan nasi minyak yang sedap. Alhamdulillah...

Layan je la gambar yang ada ni. Tak banyak ambil gambar sebab camera pun dah hampir kehabisan bateri. Ini je la yang ada pun untuk buat kenangan.

Sekitar Majlis bertandang Blogger MIJ

Door gift area. Siap ada doodle lagi tu.

Sekitar Majlis bertandang Blogger MIJ
Kena sign autograph le pulak..ehh..sukasuki nak conteng kat guestbook. Suka sangat area ni.comel!


Sekitar Majlis bertandang Blogger MIJ

haruslah bergambar di sini kan..Amboii tak lari tema wedding board dia dengan blog dia.

Sekitar Majlis bertandang Blogger MIJ
Blogger merahitujambu vs sihatimerahjambu. Gambar blur harap maklum.

Dua-dua nampak jambu. Of course lah tyra nampak lebih jambu.  Kan pengantin tu..yang sihatimerahjambu bride to be soon. Hehe..Happy dapat jumpa blogger masa wedding. Lepas ni wedding siapa pula ye.

Selamat pengantin baru untuk Tyra dan husband. Moga kasih sayang sampai syurga. Aamiin.

Terima kasih sudi menjemput kami.

Nak tengok gambar kahwin MIJ, jangan segan silu ke blog dia ya, Blog Merahitujambu