2 minggu lepas saya dan encik suami pergi kursus kahwin. Dah nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak pergi kursus kahwin kan. Itulah tak nak pergi awal-awal. Kalau tidak dah senang tak perlu fikir pasal kursus dah. Fikir persiapan majlis je.

Kursus kahwin ni wajib ni. Kalau tidak, tak boleh kahwin lah kita. Saya dan encik suami pilih kursus kahwin di Darul Dedekasi Management Seremban.

Bila dah berada di Negeri Sembilan ni, of course lah kita akan dengar loghat Nismilan. Layankan je. Hilang mengantuk! Ada yang tak faham tu, kita buek-buek paham yolah.

Alhamdulillah..akhirnya berjaya memiliki sijil pra perkahwinan ni. Sijil inilah akan digunakan beberapa bulan/kurang dari 90 hari..nervous!

Kursus Kahwin Di Darul Dedikasi Management Senawang, Negeri Sembilan.

Sesiapa yang nak amek kursus kahwin, sila lah ambil awal-awal. Yuran RM80 setiap sorang. Jadual untuk kursus kahwin akan diberikan kepada setiap peserta. Breakfast and lunch provided. Mudah tak perlu fikir nak makan kat mana.

Kursus Kahwin Di Darul Dedikasi Management Senawang, Negeri Sembilan.

Mulai Jun kursus kahwin akan dilanjutkan beberapa hari dan siap ada ujian lagi tu. Bersiap sedia lah dengan segala ujian tu.

Alhamdulillah lega dah selesai satu hal. Masih banyak lagi perlu di diselesaikan. Semoga urusan kami dipermudahkan Allah SWT.