Selepas musim pavlova, sekarang musim durian crepe pulak dah! Ramai lah di luar sana yang mengidam Durian Crepe ni. Sana sini teringin nak makan durian crepe. Untunglah dapat makan kan.

Maaf, saya tak into the scene sebab bukan peminat durian. Senang cakap, tak makan durian. Jadi, taklah mengidam macam kau orang kan. Haritu pergi rumah kakak, dia ada offer durian crepe. Memang tak lah nak makan.

Resepi durian crepe dan cara buat durian crepe
sumber : Azlita masam manis

Mujurlah bukan ada durian crepe je masa tu. Ada juga bluebery crepe. Sedap jugak! Jatuh cinta tiba-tiba dengan style crepe ni. Well, kalau ada yang nak cuba resipi durian crepe Azlita Masam Manis boleh rujuk resipi dalam gambar atau dibawah ni.

Resepi durian crepe dan cara buat durian crepe

By : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Hesti

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau

Cara buat durian crepe

  1. Satukan semua bahan di atas di dalam bekas dan kacau rata
  2. Masukkan dalam blender dan kisar. Kemudian tapis
  3. Sediakan kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
  4. Panaskan hingga kuali benar-benar panas
  5. Oleskan sedikit minyak pada kuali
  6. Kemudian kecilkan api
  7. Tuangkan satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe. Adunan tak perlu di balikkan
  8. Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat
  9. Buat sehingga habis
  10. Biarkan sejuk.

Durian Filling
By: Nia Kurniasih
Rujukan : Hesti

Bahan-bahan :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Cara penyediaan :
  1. Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
  2. Pisahkan isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit
  3. Bentangkan 1 keping crepe
  4. Letakkan Whipping Cream di tengahnya
  5. Letakkan isi durian
  6. Tutupkan semula dengan Whipping Cream
  7. Lipatlah crepe
  8. Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
  9. Enak di hidangkan dingin

Sumber : Azlita Masam Manis 

Nampak gaya cara buat durian crepe ni macam mudah. Ada kerajinan bolehlah cuba tapi filling bukan durian yang pastinya. Sebab tak makan durian. Bolehlah cari idea lain untuk gantikan filling durian tu.

Selamat mencuba.