Previous entry saya ada inform pasal renew domain kan. Ramai yang bertanya pada domain ni. Ada sebahagian yang bertanya saya dah jawab, ada yang belum jawab lagi. Apa kata terus jawab pertanyaan satu persatu. Kalau tak faham, tanya lagi.

Q1 shera : domain tu ape?
A1 : Firstly saya akan terangkan hosting dulu. Hosting ni macam rumah kita sewa atau beli. Contohnya blogspot.com/wordpress.com adalah free hosting. Macam saya guna hosting blogspot.

Domain pulak kira macam alamat rumah kita. contoh : azhafizah.com tapi masih guna rumah blogspot.com. Haa..macamana nak terangkan tu ye. Tapi kira pahamlah sikit beza die kan. Domain alamat rumah. Hosting pula rumah yang kita beli/sewa.

Q2 CikPipiTembam : Kalau mcm kita kan domain free setahun.. kalau dah habis setahun tu cmner ye ? maknanye dia nk kembalikan ke blogspot balik takde mslah kan ?
A2 : Kalau dah abis setahun, dia akan kembali semula pada blogspot. Kena tukar setting kat blogspot supaya boleh guna blogspot semula. Then sama mcm sebelum pakai domain.

Q3 Shida : Shida berminat nk pkai tapi proses dia susah tak? macamana bayaran dia mahal? shida konfius skit sbb ada yang tawarkan murah ada yang mahal. Tak tahu kelebihan macam mana yang kita as blogger perlu.
A3 : Proses dia tak susah, hanya perlu bayar dan pihak yang berkenaan akan uruskan. Dalam masa 24 jam domain baru boleh digunakan. Mengambil masa untuk tukar domain tu. Ada 3 tawaran yang boleh dipilih. Boleh baca (ihosterZ). Saya amek pakej domain names. RM30/year. Mampu milik dan sesuai untuk blogger biasa macam kita.

Q4 Cik Ayumi:ape kelebihan domain ni berbanding blogspot ek?
A4 : Kelebihan ada domain ni boleh check (Kelebihan domain)

Q5 Afzal : rasa mcm nak tukar gak. fiza pakai ape ye?
Saya pakai hosting blogspot.

Q6 Fifiey : how to use domain? teringin nak ada domain sendiri! Nanti ajar eh.
A6: Guna macam biasa je. Cuma perlu bayar dan pihak tertentu akan uruskan pertukaran domain. Kemudian domain boleh digunakan seperti biasa.

OK itu je soalan yang ditanya. Harap berpuas hati dengan jawapan itu. Disini saya sertakan link untuk kau orang baca lebih lanjut:

Pemilihan pakej dan information (Portal ihosterZ)

Contact pertukaran domain : via web (http://amiruldin.com/tag/ihosterz/)
                                               via facebook (Amiruldin)

Kau orang boleh tanya apa saja tentang domain ni pada dia sebab selama ni dia yang uruskan pertukaran domain saya. Dia sangat friendly dan senang berurusan dengan dia. So, saya suggest kalau nak tukar domain boleh contact pada link yang saya bagi tu. Then bagitau pada dia, saya yang recommend kan.

Hanya perlu bayar dan dia akan uruskan dan setting pertukaran semua. Mudah je. Bayar, tunggu dan guna seperti biasa.