Header Ads

Filem Mentega Terbang


Filem Mentega Terbang, sebuah filem Indie pertama ditayangkan di platform penstriman Viu atau aplikasi mobile secara percuma. Tarikh tayangan Filem Mentega Terbang pada hari Khamis, 19 Januari 2023

Filem Mentega Terbang telah ditayangkan secara 'underground' sejak tahun 2021 yang dibarisi pelakon Syumaila Salihin, Firdaus Karim, Nik Waheeda, Arjun Thanaraju, Khairunazwan Rodzy, Shyamala Kandapper, Jsebel Lee dan ramai lagi.

Pada awal penerbitan, filem ini tidak melepasi tapisan FINAS untuk tayangan terbuka di Malaysia kerana mengisahkan tentang isu berat dan sensitiviti rakyat Malaysia berkaitan dengan agama. Kemudiannya ditayangkan di portal Viu.

FILEM MENTEGA TERBANG

Tarikh tayangan : 19 Januari 2023
Penstriman TV : Viu
Cerita asal : Khairi Anwar
Pengarah : Khairi Anwar
Produksi : Anomalist Production bersama Meng Kheng Entertainment

filem mentega terbang full movie viu

PELAKON FILEM MENTEGA TERBANG

Syumaila Salihin sebagai Aisyah
Arjun Thanaraju sebagai Suresh
Firdaus Karim sebagai Abah/Jailani
Nik Waheeda sebagai Mama/Jamhariah
Khairunazwan Rodzy
Shyamala Kandapper
Jsebel Lee

SINOPSIS FILEM MENTEGA TERBANG

Kisah tentang Aisyah yang diduga dengan ibunya yang sakit akibat kanser dan bila-bila masa sahaja boleh dijemput kematian. Manakala Abahnya yang liberal dan bersikap terbuka dengan apa sahaja persoalan.

Aisyah mempunya persoalan yang besar bermain di fikirannya iaitu mengenai kehidupan selepas mati. Adakah wujud hidup selepas mati? Jika wujud, bagaimanakah keadaanya? Bagaimana rupanya syurga dan neraka? Pelbagai lagi persoalan yang timbul ketika itu.

Bagi menjawab persoalan tersebut, dia mula mengembara ke satu agama ke agama yang lain. Dari Kristian ke Judaism dan kemudian ke agama Hindu. Dari situlah, dia bertemu Uncle Kasim, Suresh, Auntie Esther dan Milo.

Tetapi pada akhir pengembaraannya, adakah Aisyah dapat jawapan yang dicari?

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.