Wonda Kopi Tarik 3 in 1

Selamat pagi Jumaat nan indah. Dua tiga hari ni cuaca agak sejuk sikit. Dapatlah merasa musim sejuk sekejap kan. Sejuk sejuk panaskan badan minum air Wonda kopi tarik 3 in 1. Memang naik suhu badan bila minum Wonda coffee panas panas ni.

Agak teruja sebenarnya bila nampak Wonda kopi tarik 3 in 1 ni sebabnya saya memang suka minum Wonda kopi tarik versi dalam tin tu. Saya expect kopi tarik 3 in 1 ni sama level sedap dengan kopi tarik tin tu. Rupanya tak!

Dahlah beli 1 pek besar. Jenuh juga nak menghabiskan. Kalau Old Town white coffeee hazelnut tu memang susut cepat. Wonda kopi tarik 3 in 1 ni kalau nak sedap sikit kena tambah susu pekat 1 sudu teh. Barulah sedap sikit rasanya. Kalau tidak, hambar!

Nak habiskan secawan pun payah. Kopi tarik ni pekat kaw kaw tu dah okay dah. Cuma rasa tu kurang sikit lah. Tambah susu pekat baru okay rasa dia.

Wonda Kopi Tarik 3 in 1 Review

Kopi 3 in 1 ni orang kata tak boleh ambil selalu. Ada kesan yang tak elok untuk buah pinggang. Bab itu kena kaji dan baca lagi. 

Tapi kan, minum kopi 3 in 1 ni ibarat macam makan petai. Bila membuang tu, mak aihhhh bau kopi tersebar satu toilet. 

So far boleh terima lagilah Wonda kopi tarik 3 in 1 ni. Tapi Wonda coffee zero max saya pangkah siap siap. Tak boleh minum kopi tanpa gula dan tawar melainkan kopi asli pekat macam orang lama-lama dulu. Yang itu sedap sikit.

46 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Nampak dalam gambar pekat elok, sedap, terbau-bau ke sini hehe.. Betullah cuaca sejuk skit sekarang ni Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pekat dan aromanya memikat. Cuma rasa dia kurang memikat. Alhamdulillah..rasa sejuk sikit kan kak.

      Delete
  2. akak suka bau bila orang bancuh, bau dia tu buat kita rasa segar mata mengantuk pun jadi celik je heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau bancuh kopi tu sedap. Kalau saya bau, dan dan rasa nak minum kopi jugak. Hihi

      Delete
  3. Akak takut nak minum 3 in 1 pasal tu la...x elok untuk buah pinggang..apapun...kopi akak yang boleh terima 434 je buat masa ni...selain tu latte starbuck or Jardin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi 434 tu tak pernah cuba lagi. tapi style kopi orang orang lama bancuh macam tu memang sedap. Tanpa gula pun boleh terima lagi kan. Kopi Jardin tu macam tak pernah dengar pulak.

      Delete
  4. kandungan kopi 3 in 1 ni kandungan gula dia tinggi, saya pon dah lama tak sentuh apa-apa kopi 3 in 1 ni.. sedap tu mmg la sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu gula tinggi. Bagus tu Afeezz, jaga kesihatan.

      Delete
    2. umur dah meningkat ni, kene la jaga. takpelah, dulu pon dah banyak makan sedap... uhuks

      Delete
    3. Terasa insaf kejap dengar ayat ni. Bila nak start enjin kurangkan manis ni. huhu..kena diri sendiri menjawablah.

      Delete
  5. belum pernah rasa kopi Wonda..nampak pekat..kek berlapis tu yg memikat..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pekat kopi dia. kek berlapis tu sangat memikat :)

      Delete
  6. Hurmm.. kita tak bole minum kopi. Ruginya :( terliur pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memudaratkan, better jangan minum.
      Sila selak muka surat lain, jangan terliur. Ampunn

      Delete
  7. Hehe nasib baik Fiza sudah rasa dahulu kopi tarik 3 dalam 1.
    Kena fikir dahulu kalau hendak beli kecuali tidak kisah rasa kurang manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dalam tin jugak yang sedap. Cara bancuhan berbeza, rasa pun jadi berbeza gitu agaknya kan.

      Delete
  8. Dalam gambar nampak pekat kopi nye..
    Belum pernah try lagi kopi wonda 3 in 1 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akakkkkk..lamanya menyepi.
      Ye kak, pekat kopinya. Boleh cuba yg dalam tin dulu baru rasa dalam sachet ni :)

      Delete
  9. saya suka minum yg kopi tarik ni maybe fiza letak air banyak sgt kot sebab tengok cawan tu macam besar..hehe kalau minum kopi 3 in 1 ni kena minum air kosong pun banyak. kalau tidak berbau lah toilet :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugaklah. mug tak besar, air pun tak penuh. Ye, part minum air masak tu saya setuju. Memang kena cuci balik perut barulah okay membuang kurang kuat bau.

      Delete
  10. Orang cakap biasa yang 3 in 1 ni tinggi gula, tapi sekali sekala okey je hehehe. Nampak dari gambar kak fiza nampakkkk sedapppp, nampak pekat. Tapi sedih, tak boleh minum kopi sebab sakit kepala even bau punnnn kadang kadang rasa berdenyut kepala >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, tinggi gula. Memang pekat pun kopinya Atiqah. Kena jauh jauh ni kalau ada geng ajak mengopi. Bahaya kalau bau pun pening.

      Delete
  11. Errrrr cantiknya cawan tu...beli kt mana...berkenan betul...😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik kak. Beli kat shopee kedai 'Gorilla Mart' atau gorillamart2u. Kedai dia ada kat Central Market kalau tak silap.

      Delete
  12. saya selalu beli yang tin. Kalau jumpa yang 3 in 1 mungkin saya boleh cuba jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dalam tin selalu gak beli sebab sedap,kan. 3 in 1 ni kurang sikit rasa sedap tu.

      Delete
  13. ha haaa
    bau kopi ok lg dari bau petaiii yg tak tahan tu fiza he heee
    skali skala akak pun minum 3in1 nescafe sb xnk bg mengantuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kann..bau petai tu lagi lah tak tahan.
      Minum kopi tu rasa fresh lah sikit kan.

      Delete
  14. Jarang minum 3 in 1 walaupun ada beli. Kalau bancuh pun sebab nak cicah dengan biskut kering Hup Seng jer. Ha3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalkan ada ready stok. Boleh jugak buat cicah biskut kering kan.

      Delete
  15. Xpernh rasa lagi wanda coffee ni, dh la selalu kluar ikln di tv. Timm suka kopi o hang tuah warna biru, fuh mmg addicted gila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bolehlah cuba wonda coffee pulak. Kalau Hang Tuah saya suka warna coklat tu. Sedap!

      Delete
  16. Replies
    1. Kot kot terjumpa boleh lah beli dan cuba nanti Nona :)

      Delete
  17. wah rupanay ada juda wonda kopi tarik 3 in dalam bentuk sachet , jarang sekali nak jumpa ni , selalu beli dalam tin je

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..Ada Lyana. Kann..biasa nampak dalam tin je. Ada rupanyaa kopi tarik 3 in 1.

      Delete
  18. wow sedap ni. mcm biasa kagum dgn gambar fiza mmg cantik sgt

    ReplyDelete
  19. Ammi suka je kopi tarik 3 in 1 ni. Mungkin sbb ammi tka berapa nak gemar minum susu pekat kot.

    Espresso pon best jugak kat tekak ammi Walaupun x kaw sgt

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. Essenso tak pernah rasa lagi kot. Nanti boleh cuba essenso pulak :)

      Delete
  21. Kita takberani nak beli kopi wonda 3 in 1, sebab takut kecewa tak sama rasa macam air tin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba nadia. mana tahu selera awak rasa sama macam dalam tin :)

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال