Resipi Jeruk Mangga Asam Boi Sedap Tak Tau Nak Habaq!

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi Sedap Tak Tahu Nak Habaq! Ehhh tiba-tiba orang Johor cakap utagha pulak. Kitakan satu Malaysia. Tak gitu?

Kalau dah keluar perkataan tak tau nak habaq tu tandanya apa? Tandanya sedap tahap kluster kayangan di awang-awangan agaknya.

Mana peminat jeruk mangga asam boi? Siapa minat bolehlah geng dengan Fiza. Pantang nampak depan mata, tak menolak lansung. Tapi kalau makan yang orang hidangkan tu kena berpada-pada lah. Yang beli sendiri kalau habiskan pun tak rasa bersalah.

Ya, jeruk mangga Asam Boi pernah popular suatu masa dulu. Sampai sekarang masih popular dan jadi rebutan peminat jeruk mangga. Fiza lah tu salah seorangnya.

Hebat betul ye penangan jeruk mangga asam boi ni. Sekali rasa pasti nak lagi. Rajin betul membeli. Sekali beli 2 balang. Bertahan lah sampai 2 minggu. Itu pun catu juga tak nak bagi cepat habis. 

Mujur jugalah husband bukan jenis penggemar jeruk. Jadi, kita conquer lah sorang-sorang. Sebenarnya jeruk mangga asam boi buat sendiri lagi jimat. Tapi itulah nak jumpa buah mangga tu kemain payah.

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi

Resipi Jeruk Mangga asam boi tersangatlah mudah. Semua orang boleh buat. Ada orang suka guna cara buat jeruk mangga pakai cuka. Ada juga guna cara pakai kapur atau garam. Caranya dengan rendam dan toskan.

Lebih rangup katanya. Tapi Fiza suka jeruk mangga asam boi ni lebih sedap dimakan tanpa perlu rendam atau perap dengan apa apa bahan. Bukan jeruk lah namanya tu kan sebab tak rendam atau perap. Kira makan buah cicah perasa macam tu.

Resipi Jeruk Mangga Asam Boi

Bahan-bahan
Mangga lemak
Limau Kasturi
Cili Potong/chilli flakes/crushed red pepper
Asam Boi
Serbuk asam
 
Cara Penyediaan
Potong mangga memanjang, taburkan cili potong/crushed red pepper/cili merah, lepas tu perahkan limau kasturi. Ikut taste Fiza sebiji dah cukup dah. Nak masam lagi letaklah lebih sikit.

Last baru tabur serbuk asam dan letak asam boi. Tapi kadang tak letak asam boi pun jadi resipi jeruk mangga tanpa asam boi. 

Cara Fiza makan terus macam tu. Ada orang suka campurkan semua bahan kacau rata dan perap. Ikut taste masing-masing lah.

Memang padulah rasa jeruk mangga asam boi kalau ada limau kasturi(masam), cili (pedas) dan serbuk asam(manis) dan asam boi(masam manis). Itulah rahsia dia. Memang sedap tak tau nak habaq!

Mangga tu kenalah guna mangga lemak. Selain mangga tu Fiza rasa macam kurang sikit rasa dia. Mangga lemak ni bukan sekadar rangup tapi rasa lemak mangga dan tak masam. Makan macam tu je pun dah sedap.

Tapi yelah, mangga lemak ni pun mahal. Pernah beli sebiji mangga lemak muda sebab nak buat kerabu mangga. Sebiji pun dah RM5 saiz sederhana. Tak hairanlah kalau harga jeruk mangga asam boi ni mahal sikit kan. Tengoklah bahan mentah dia pun.

Resipi Jeruk Mangga Pedas


Harga Jeruk Mangga Asam Boi

Penjual A : Jeruk Mangga Serbuk Asam Boi
Harga sama macam penjual A. Tapi dalam balang ada serbuk asam, limau kasturi, cili merah pedas dan asam boi. Mangga lemak juga tapi potongan besar dan tak padat satu bekas tu.

Penjual B : Jeruk Mangga Asam Boi Limau Kasturi
Satu balang RM10. Dalam balang ada disediakan serbuk asam putih, asam boi dan juga chili flakes/crushed red pepper. Mangga jenis mangga lemak dan banyak.

Dulu suka beli kat penjual A tapi lepas tahu penjual B lagi berbaloi, Fiza beralih membeli pada penjual B je. Lagipun dekat sikit dengan rumah. Boleh ambil sendiri. Yang penjual A jauh sikit dan charge delivery RM5.

So kesimpulannya, harga untuk jeruk mangga asam boi ni harga standard RM10 sebekas. Kalau ada murah pun mungkin harga dia lebih kurang RM9. Paling mahal yang Fiza survery RM15.

Perasan juga jeruk mangga asam boi terlajak laris betul ye. Setiap kali nak membeli mesti kena book awal. Ada rezeki dapat, kalau tak kecur air liur sampai ke sudah selagi tak dapat.

Bukan mengidam tapi teringin makan je. Dah nama pun all time favourite. Selalu juga nampak ada yang jual di jalanan di traffik light jalan dari kereta ke kereta. Berhujan panas mencari rezeki. Semoga mereka dilimpahi rezeki yang berpanjangan. Aaminn...

Makan jeruk mangga asam boi ni kena berpada pada juga. Makanan sekadaran sahaja sebab hidangan jeruk ni berasid, tinggi garam gula, pengawet dan lain-lain yang tak bagus untuk kesihatan terutamanya yang ada diabetis atau ibu mengandung.

Fiza tak makan selalu dengan segala rencah tambahan tu. Bila terasa nak makan je. Kadang makan buah mangga macam tu je.

Sebab mangga lemak kan. Sedap di makan begitu sahaja. Mangga epal pun sedap dia rangup tapi selalu dapat yang masam. Nak selamat dan dijamin lemak manis belilah mangga lemak. Mahal pun mahal lah, janji dapat makan sudah.



21 comments:

  1. saya memang suka jeruuk ni , makan masam masam . ada tempat cicah dengan kcap tapi saya lagi suka ccah masam masam mcm tu je dgn serbuk

    ReplyDelete
  2. waduh sedapnya dapat lak yang ranggup sejuk lepas kuar dalam peti

    ReplyDelete
  3. Cikbunga suka makan 🌹🌹
    Terkeliuq plak tgk jeruk nie👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita geng suka jeruk. Tengok gambar mesti rasa terliur :)

      Delete
  4. Terliur tengok gambar Fiza tu.
    Mrs. A pun suka jugak nih! tapi tak boleh makan banyak sangat nanti batuk tiba-tiba menyerang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau memudaratkan memang kena makan sikit je kak. Tapi itulah kadang terliur terlebih makan. huhu

      Delete
  5. aduh2 ngences mama tgk pada tajuk aje tau. terbit ayaq liur ni mmg sedap jeruk asam boi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi teruk penangan jeruk ni tengok tajuk je dah ngences kak :)

      Delete
  6. kecurnya air liur! hahahahah mana la nak cari jeruk ni...XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapat cari buah dah cukup dah boleh buat jeruk sendiri :)

      Delete
  7. eeee sy x boleh mmg x boleh once dah mkn ssh nk stoppppppppppppp

    ReplyDelete
  8. Ni kalau makan ramai2, rebut2... tambah2lah nikmatnya!

    ReplyDelete
  9. Fuh, terliur jadinya. Lama tak makan jeruk mangga...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.