Tempahan Sampul Duit Raya Hipster 2019

Dua bulan lagi nak masuk bulan puasa. Bulan puasa tahun ni saya plan nak rehat dan menghayati bulan puasa dengan lebih baik. Tahun ni, saya buka tempahan awal sampul duit raya hipster 2019 dan tempahan juga ditutup awal sebelum bulan puasa 28 April 2019. 

Jadi, bulan puasa saya tak perlu fikir dah tentang tempahan dan semua orang dapat sebelum puasa.


TARIKH TUTUP TEMPAHAN : 28 APRIL 2019
Saya tak akan terima tempahan selepas tarikh 28 April 2019 melainkan kalau tempahan yang sedia ada dah siap. 

Ada seminggu sebelum puasa tu mungkin saya akan dapat siapkan sebelum puasa. Saya tak naklah macam sebelum ni tutup order lambat lepas tu kena marah berbakul-bakul sebab lambat. 

Sedangkan saya dah inform siap 7-14 HARI WAKTU BEKERJA. Sabtu ahad tu tak termasuk, tapi dia pergi kira sabtu ahad pula. Jenuh nak melayan karenah customer yang bermacam ni. 

SERIUS NAK TEMPAH DAN SABAR
Kali ni saya nak penuhi tempahan mereka yang betul-betul serius nak tempah dan bukan jenis yang tak sabar. Adakalanya tempahan banyak ambil masa sikit nak siapkan. Iyalah, yang buatnya saya sorang secara manual pula tu. 

Faham-faham kalau custom made dan hand made ni. Mesti ambil masa sebab bukan buat guna mesin kecuali printing je la guna mesin.


Tahun ni ada beberapa orang yang dah tempah awal. Terima kasih untuk tempahan dan sabar menunggu. 


Tempahan sampul duit raya hipster ni sesuai untuk mereka yang nak tempah sampul duit raya yang sikit tapi boleh customize. Kalau order kat kilang kena kuantiti banyak kan sampai beribu walaupun harga tempah lagi banyak lagi murah. 

Jadi, ini untuk tempahan yang sikit je la. Paling banyak pun saya mampu buat untuk satu tempahan maximum 100pcs je. Kena had kan sebab kalau order 1000pcs macam sebelum ni memang tak cukup tidur dan rehat dalam bulan puasa tu.

Kalau kau orang jenis yang suka hipster ni, patut tempah sampul duit raya hipster ni. Lain daripada yang lain. Made with love by saya. Rasanya untuk tahun ni takde lagi design baru. Belum sempat nak mencari idea baru. Oh ya, harga masih lama setakat ni. In case kalau harga kertas naik, saya akan inform kemudian.



Size : 6.5inci x 3.4 inci
Black laser printed
Recycle Kraft Paper Paper 120gsm
Glueless
Minimum order : 20pcs
Maximum order : 100pcs

Harga Sampul Duit Raya Hipster
20pcs = RM12
30 pcs = RM18
40 pcs = RM24
50 pcs = RM30
60pcs = RM36
70pcs = RM42
80pcs = RM48
90pcs = RM54
100pcs = RM60
Postage RM8 SM | RM11 SS

Whatsapp sekarang >> http://www.wasap.my/+60129072776

10 comments:

  1. Cantikk sampul duit raya design ni
    all the best :)

    ReplyDelete
  2. Cepatnya. Belum puasa lagi. Tapi sampul tu cantiknya

    ReplyDelete
  3. Suka betul kalau yg jenis kertas gini...nampak ekslusif, tp disebabkan Sally tak kerja lagi buat tahun kedua...hahahaha...jadinya ayuh kumpul duit bg duit raya dulu..hahahaha...anak buah dah ramai dah ni

    ReplyDelete
  4. Cantik dan unik sampul duit raya macam ni.. Bgusla fiza buat ni semua.. Design berbeza-beza.. Memg kene tempah awal la macan ni kan

    ReplyDelete
  5. Santek la sampul duit raya guna kertas craft ni.. Nmpk more ekslusif gitu... Kalau kita dpt syg gile nk buang

    ReplyDelete
  6. Wah cantik nyer and very artistic, dah start dah persiapan for raya ni.

    ReplyDelete
  7. wah.. macam nak raya je dah rasa.. heee. kena standby duit raya ni.. lepas tu standby sampul duit raya.. meriah gituu

    ReplyDelete
  8. tgk post nie mmg terasa puasa dan raya makin dekat dah..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.