Header Ads

Latest Update
recent

Maksud Mesra Wuduk


Mesra wuduk atau biasa disebut dalam iklan produk make up wudhu friendly. Perkataan tersebut selalu buat pengguna keliru sebenarnya. Ada yang kurang jelas dengan mesra wuduk ni. Ramai yang menyangkakan mesra wuduk ni tak perlu cuci sebelum mengambil wuduk. Salah tanggapan tu! Nak tahu lebih jelas lagi boleh baca di bawah ni.
Sumber : Team Nurraysa Beauty

Maksud mesra wuduk
ialah mudah di cuci dan mudah ditanggalkan bukannya tidak perlu di cuci sebelum mengambil wuduk. Tanggalkan semua lapisan foundation, bedak, lipstik, eyeliner, blusher, eyebrow, eyeshadow dan mascara. Cuci sebersihnya sehingga tanggal habis.
Set make up Nurraysa Beauty tidak mengandungi silikon dan mudah di cuci untuk berwuduk. Tidak bersifat waterproof dan juga menggunakan bahan-bahan semulajadi sekaligus dapat merawat kulit.
Silikon adalah bersifat waterproof ibarat lapisan plastik di atas kulit untuk makeup bertahan lebih lama di wajah dan susah di tanggalkan walaupun menggunakan sabin dan makeup remover. Perlu di cuci banyak kali sebelum berwuduk. Wuduk boleh jadi tidak sempurna dan solat tidak sah jika tidak di cuci dengan betul-betul.
Cara cucian yang betul jika menggunakan set makup Nurraysa Beauty sebelum berwuduk, guna Nurraysa Fast Clean Eye Make up remover, spray terus di muka, urut seluruh muka sehingga rata selama 1-2 minit. Bilas dengan air. Seterusnya boleh bewuduk tanpa was-was.-Kredit Team Nurraysa Beauty
Jadi, bila dah tahu, kena perbetulkan mana yang silap supaya tak terus buat silap. Kalau korang nak tahu lebih lanjut dan nak beli produk Nurraysa Beauty, Boleh terjah page ni

RANGKAIAN PRODUK NURRAYSA BEAUTY >>https://www.facebook.com/stuffy2u/

Kalau ikut cara Fiza lebih mudah gunakan wet tisu baby tu. Senang di bawa dan lebih senang di gunakan. Ikut cara masing-masinglah sebenarnya kan. Yang penting lebih yakin nak berwuduk bila muka dah bersih dari segala make up. 

9 comments:

  1. maknanya still kena bersihkan dengan sabun dan make up remover la..ingatkan guna air je dah boleh..misleading jugak terms mesra wudhuk ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk mesra wuduk ni lebih mudah nak bersihkan lah maksudnya. Kalau sebaliknya mungkin lebih susah nak hilangkan dan ambil masa lebih. Nak lebih yakin bersih gunakan make up remover atau wet tissue.

      Delete
  2. Yup. Sy pun suka gune wet tissue. Mmg sng. 😊

    ReplyDelete
  3. Saya guna wet tissue dulu untuk tanggalkan mekap, lepas tue baru cuci dengan pencuci muka.. tapi kalu kehabisan pencuci muka pun, saya akan lap muka guna wet tissue dalam 2 ke 3 helai bagi memastikan mekap betul2 tertanggal..

    ReplyDelete
  4. ida kalau pergi mana2 mmg bawa tisu bsah...so time solat tu cuci la dlu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.