Homestay Berhantu? Macam seram je..Nak tahu seram ke tidak jom kita tengok Cerekarama TV3 Pukul 9.00 malam ni. Telefilem Homestay berhantu ni dah pernah di tayangkan di TV9. Bagi yang belum tengok stay tuned depan TV ye.
Sipnosis
Selalunya Fiza layan online je. So anytime boleh tengok. hihi
![]() |
Credit Image :google |
Homestay Berhantu adalah komedi seram yang mengisahkan tiga sahabat Din, Man dan Achik (lakonan Kumpulan BOCEY) yang baru kehilangan pekerjaan sehingga hanya mampu memakan bawang rebus, tiba-tiba mendapat durian runtuh apabila Man diwasiatkan sebuah rumah yang sudah lama tidak berpenghuni.
Peguam yang menguruskan wasiat berkenaan, Encik Zikri (Nas-T) mencadangkan mereka untuk membuat rumah wasiat itu sebagai rumah inap tetapi dengan beberapa syarat pelik seperti memasang kamera CCTV dan mereka perlu menghantar rakaman video kepada Zikri setiap hari.
Mahu tidak mahu, kerana terdesak, mereka menurut kehendak En Zikri dan berpindah ke rumah berkenaan dan menjadikannya rumah inap.
Mereka juga turut berkenalan dengan jiran baru bernama Mawar (Izreen Azminda) yang juga mempunyai warung tidak jauh dari rumah inap mereka.
Kegembiraan tiga sahabat itu mendapat rumah wasiat tidak lama apabila terdapat gangguan dan kejadian aneh yang mula menghantui mereka. Mereka semakin dilanda ketakutan apabila mendapati jiran mereka Mawar, bukanlah seorang manusia!
Selalunya Fiza layan online je. So anytime boleh tengok. hihi
Laa , start lama dah ke ? Skrg pukul 10 xD hehe , ayah tak bagi tengok cita hantu . Katanya nanti kami adik beradik nak buat benda semua takut -.-
ReplyDeletetak sempat & tak pernah tengok.. sebab tadi pergi tengok wayang..
ReplyDeleteNanti boleh tengok online jugak mcm Fiza
Lya x brani nak tgk sbb pnakut hihi.
ReplyDeleteMacam best ..Memang best la utk anak2 Kak Lya gelak sakan ..Sesekali lawak pon ada ..Anak2 Kak Lya tak takut siap gelak lagi tuu
ReplyDeleteCiter hantu lawak ..tapi last2 mimpi jer huhuhu........Dah agak dahhh ..MIMPI..
ReplyDeletewahhh tak tengok la.... keje malam tadi
ReplyDeletePnh layan dh.. Prnh ditayangkan kt tv9 ni.. Ulangan semlam kt tv3 pula..
ReplyDeletepenat gelak tgok citer ni Sabtu lepas....suka Bocey berlakon...
ReplyDeleteHaha..cerita seram memang tak mau tengok..hehe
ReplyDeleteada je homestay berhantu yg real.....hehehehe
ReplyDelete.last2 hanya mimpi..hihihi
ReplyDeleteHantu la sangatt huhuhu
ReplyDeletehaha.hantu cunsss...
ReplyDelete