Drama Ramadhan jangan pergi lakonan Siti Saleha, Lufya dan Fir Rahman jadi trending di bulan Ramadhan ni. Emo masing-masing dengan watak Johan dan Nadia tu, kan?
Drama melayu bersiri 15 episod ni diarahkan oleh Jinggo di bawah terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Ramadhan jangan pergi ditayangkan sejak 25 Jun 2014, setiap hari selasa hingga khamis jam 10:00 malam di Slot Samarinda TV3.
![]() |
sumber : google |
Kesian sangat kat Farah ni, bermacam dugaan dan fitnah yang dihadapinya. Lagi lagi berhadapan dengan mak mertua yang kejam gile nak tengok dia mati baru puas hati. Betapa tak sukanya kan..Ishh kejam betul. Emo pulak tengok cerita ni.
Yang penting dalam cerita ini kadang kala berlaku dalam kehidupan kita kan. Walaupun rupa luaran nampak baik dalam hati penuh dendam sampai sanggup melakukan perkara khurafat. Jadikan pengajaran dari cerita ni ye. Lagi 2 Episod je nak habis :)
SINOPSIS RAMADAN JANGAN PERGI
Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan seorang perempuan, Nadia. Punca lainnya, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.
Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu berkahwin dengan Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani yang tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.
Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya.
Apakah yang akan berlaku kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah perkahwinan Johan dan Farah akan berakhir dengan penceraian juga?
Saksikan Ramadhan Jangan Pergi
Drama : Ramadhan Jangan Pergi
Jumlah episod : 15
Mula tayangan : 25 Jun 2014
Waktu tayangan : Selasa - Khamis, jam 10.00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Jinggo, Azman Hai Yahya
Penulis skrip : Sofia J.Rhyland / Sheila Rusly
Penerbit : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON RAMADAN JANGAN PERGI
Firdaus RahmanSiti Saleha
Lufya Lulu
Sheila Rusly
Watie Sadali
Datuk Eizlan Yusuf
Catriona Ross
Muntazar Ghani
Pernah tengok sekali je citer ni. Hee
ReplyDeletebln puasa nie xmenyempat aje nk tgk...hehee
ReplyDeletemcm best jer cite ni... tp xsempat nak nonton :(
ReplyDeletebaru tengok ckit cerita ni.. cian Farah.. hukhuk
ReplyDeletesalam. macam best cerita ni..apakah akan terjadi seterusnya?
ReplyDeleteSuka jugak citer ni
ReplyDeleteJom Tonton beramai2 ..
ReplyDeleteSemalam last episode.. tapi dia start awal sejam..
ReplyDeletebanyak pengajaran cerita ni.. thumbs up to JS Picture.. sheila Rusly & Jinggo
akak xprnah tgk pun
ReplyDeleteLyan dgn kusyuk episod akhirnya..
ReplyDelete