Resepi : Ikan Siakap 3 Rasa versi Sihatimerahjambu

Ahad lepas shopping barang dapur dah aim nak beli ikan kerapu since ikan kerapu ni sedap kalau masak apa saja kan.Tapi kena survey harganya dulu kan.Ikan siakap ni mahal sikit dari ikan biasa.Kalau tak silap RM11.90/kg Kat Econsave Kuala Pilah.Fiza dan husband pilih yang kecik je la sebab kitaorang berdua je kot.Nanti tak abis makan! So lepas timbang tak sampai sekilo,harga RM6.71 camtu. kira okay jugak berbaloi dengan besar ikan tu.

Misi utama memang nak buat Ikan siakap 3 rasa tapi semalam nak masak,lupa pulak nak beli nenas.Kes lupa nak listkan barang apa nak beli.So terpaksalah mintak jasa baik kawan kawan suggest apa yang patut replace kalau nenas takde.Apple!Thanks korang bagi idea semalam.Good! nasib ada extra apple left kat rumah ni.Ni First time masak 3 rasa.Mudah dan simple je.Ni ikut resepi suka suki Fiza je la.Bahan bahan senang cari,senang masak..rasa pun sama je.

Ni lah rupanya,ikan tenggelam dek kerana bahan bahan sayur terlebih..heee..

Kalau nak try versi Fiza ni,boleh cuba.

Bahan bahan untuk Ikan:
1 sudu Serbuk pasti sedap knorr
setengah camca garam
* kalau takde serbuk pasti sedap tu,gunakan garam je pun boleh.

Bahan bahan untuk kuah:
Cili dipotong [ikut selera sendiri nak letak berapa,kalau nak pedas letak lebih pun takpe]
1 inci halia di cincang halus
2 batang serai di titik
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 biji bawang besar di potong dadu
1 biji tomato di potong empat
1/2 cili benggala
3 sudu Sos cili Thai
1 sudu Sos tiram
1 sudu besar cili kisar*beli yang segera je la
1/2 camca garam
1 sudu gula
1biji apple @1/4 nenas di potong dadu
1/4 biji timun di potong dadu
1 biji carrot di potong dadu

Cara-cara:
Gaulkan 1/2 camca garam dan 1 sudu serbuk pasti sedap knor bersama ikan yang telah disiang dan dibersihkan.Kemudian goreng dan setelah masak ketepikan.

Untuk kuah,tumiskan cili,halia,serai dan bawang putih.Setelah layu dan naik bau masukkan 1 sudu cili kisar,3 sudu sos cili Thai,1 sudu sos tiram dan 1 sudu gula. Jika perlu letakkan sedikit air. Bila dah sebati masukkan 1/2 camca garam.Biarkan seketika,kemudian masukkan bawang besar yang dipotong dadu,tomato,cili benggala,carrot dan timun.Sebelum hampir masak,masukkan apple @ nenas yang dipotong dadu.Biarkan hingga masak.Bila kuah dah siap curahkan je kuah pada ikan yang siap digoreng tadi dan sedia untuk dihidang.Nak lagi cantik,potong halus daun saderi atau daun sup dan taburkan atas ikan.

Simple je kan?Tak perlu la nak cari limau purut ke,sos ikan ke,ape yang ada boleh je pakai.So Lunch ni bolehlah korang try resepi simple ni ye.Ada ke nak mencuba ni?

18 comments:

  1. wah..meyelerakan...nanti boleh la akak mencuba pulak fiza.

    ReplyDelete
  2. woh.. mcm sedap jee.. mcm sedap je.. fizaaa cam sedap je ni... nk try la.. mintak resepi ek.. mintak je dulu.. buat tataw la bila.. hahaha

    ReplyDelete
  3. wahhhh sedapnyaaaaaaaaaaa. wajib try ni nnati hehe

    ReplyDelete
  4. emm sedappnya..perutku sudah berbunyi..hehe

    ReplyDelete
  5. walapaupun 1st attempt tapi tetap nampak macam kat kedai punya siakap 3 rasa ok..

    tapi kalau kat kedai replace nenas sgn apple, mau bankrup kedai tu hehehe untk mkn sendiri oklah kann pakai apple =))

    gud try Fiza :)

    ReplyDelete
  6. sslurrpppp! bling bling ikan siakap dia hehehe. Kalah masakan kat kedai ni *telain ailio* :D

    ReplyDelete
  7. nyum2. Okay jugak harganya tak sampai 7 hingget. Puas makan utk 2 org.

    ReplyDelete
  8. terliur hoii..hoho. isteri mithali, rajinnn giler masak eh.

    ReplyDelete
  9. mak aih..selain ikan siakan, ikan lain boleh guna tak?

    kalau ikan bilis?bukan setakat tenggelam.. terus tak jumpa kat bawah tu nanti hahaha :D

    sedap la pija oi :D

    ReplyDelete
  10. adoiii dik meleleh air liur akak tgk ikan siakap nih..thanks hare resipi..leh cuba nti

    ReplyDelete
  11. akak tak pernah buat lagi boh epal.nak cuba la..epal muda ke?

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.