Dulu, masa sedang rancak berblog tak tahu menahu lansung fungsi button pinterest ni. Tertanya tanya jugalah kenapa dalam setiap template blog ada script button pinterest ni. Masih belum ada jawapan yang pasti lagi masa tu.

Bila dah masuk kedunia photography ni barulah rasa function letak button pinterest dalam blog. Dah letak dalam blog dan hasilnya pinterest adalah penyumbang terbesar traffic blog. Terkagum kejap!

Fiza yang lambat tahu ke camna? Kalau tak check dekat google analytics tu sampai ke sudah lah tak tahu lansung. Tiba-tiba tergerak hati nak check details semua kat google analytics. Baru nak memahami cerita dia.

Pinterest

Pinterest merupakan sebuah pinboard online yang digunakan untuk mengumpulkan media dari pelbagai website. Pinboard boleh di buat seberapa banyak dan kita boleh mengorganisasikan gambar-gambar menarik mengikut kategori. 

Contohnya : Resipi, Food, Home Decor dan sebagainya.

Contoh akaun pinterest : Azhafizah MN. Boleh follow kalau sudi. Terima kasih
Pinterest Azhafizah MN

Pengguna boleh likes, komen dan re-pin gambar/content antara satu sama lain. Lebih kurang media sosial facebook, twitter dan instagram. 

Tapi lebih kepada macam instagram lah. Cuma pinterest ni bukan hanya sekadar share gambar.

Fungsi Pinterest

Photographer
Sedia maklum gambar dalam pinterest semuanya menarik. Sesuai lah dengan hobi photographer kongsikan gambar, berkongsi tips dan idea photography serta mencari idea untuk menghasilkan gambar yang menarik. Sesuailah dengan hobi kiranya.

Blogger
Blogger dapat mempromosi blog dengan cara 'pin it' melalui blog. Secara tak lansungnya gambar tersebut akan dikongsikan dalam website pinterest bersama dengan url blog. 

Lebih bagus sekiranya pin mengikut kategori.

Pengguna
Memberikan idea, bertukar informasi dan berinteraksi dengan pengguna seluruh dunia.

Jadi, tak rugilah letak button pinterest dalam blog. Pinterest ni adalah platform yang terbaik juga untuk promote content dalam blog. sebabnya :

  • Sebuah pin Pinterest boleh tersebar jauh lebih meluas seluruh dunia berbanding sebuah tweet.
  • Kebolehan sebuah pin dilihat oleh ramai orang lebih tinggi dalam masa satu minggu berbanding sebuah post tweet dan sebuah post facebook.
  • Sebuah pin boleh meningkatkan page visits dan pageviews sesebuah website lebih banyak.
Mulai sekarang boleh lah mulakan letak pinterest pin it button for images dalam blog masing-masing. Sebelum tu, silalah buat akaun pinterest dulu ye. Dah ada akaun barulah boleh linkkan dengan blog nanti.

Nah, ini buktinya pinterest penyumbang terbesar traffic blog Fiza (screen shot 11 September 2020). Bukan hanya sekadar cakap. Siap sekali dengan buktinya. 

Kenapalah dari dulu tak letak pinterest button for website. Takpelah, yang lepas usah dikenang. Kita mulakan yang baru.

Pinterest Penyumbang Terbesar Traffic Blog

Traffic tak lebat sangat tapi kira bolehlah juga tu kot kan. Terima kasih juga buat penyumbang traffic blog blog yang tersenarai.

  • misshamakeupstore.blogspot.com
  • puanhazel.blogspot.com
  • duniashida.com
  • dianarashid.com
  • massaari.com
Lain pula kalau tengok dekat dashboard blogger. Tapi tetap blog Kak Dana jadi penyumbang utama traffik (Top Refferal) blog ni. Terima kasih Kak Dana!

Top Referral Dashboard Blogger Azhafizah

Akaun pinterest ni ada dua. Kalau ada bisness boleh daftar pinterest for business. Pinterest ni sangat bagus untuk marketing selain meningkatkan pageviews. 

Ada juga menyediakan beberapa tools untuk meningkatkan bisness lebih berjaya.

Untuk tujuan personal boleh mendaftar sebagai akaun personal sahaja. Dia macam instagram juga boleh tukar pinterest for business. Mana lah tahu tiba tiba beralih arah ke business pula kan. Tak perlu nak buat akaun baru. 

Cara Daftar Akaun Pinterest

  • Masuk ke website pinterest
  • Sign up (Boleh daftar akaun baru atau daftar menggunakan facebook atau google account). Untuk create business account click pada create business account pada bahagian bawah sekali.
  • Setelah berjaya daftar, verikasi link blog untuk menghubungkan link blog dengan akaun pinterest di bahagian setting pinterest.

Mostly kalau template percuma download dari internet dan ada siap-siap script pinterest pin it button for images tu. Sila gunakan sepenuhnya dengan baik. Jangan buang!

Kalau tak ada, bolehlah tambah pinterest pin it button for images dalam blog sendiri ye.


Tutorial Letak Button Pinterest Dalam Blog

1. Dashboard>>Theme>>Edit HTML
2. Cari code </head>
3. Copy code dibawah dan paste atas code </head>

<script>
//<![CDATA[
var bs_pinButtonURL = "https://1.bp.blogspot.com/-i5px7KjyzEM/X1rlHggJfHI/AAAAAAAAzWc/va3m5kE-PyYt5G7rGq3FIhKFKiZDtdpmwCLcBGAsYHQ/s72/pinterest-round.png";
var bs_pinButtonPos = "center";
var bs_pinPrefix = "";
var bs_pinSuffix = "";

eval(function(p,a,c,k,e,d){e=function(c){return(c<a?'':e(parseInt(c/a)))+((c=c%a)>35?String.fromCharCode(c+29):c.toString(36))};if(!''.replace(/^/,String)){while(c--){d[e(c)]=k[c]||e(c)}k=[function(e){return d[e]}];e=function(){return'\\w+'};c=1};while(c--){if(k[c]){p=p.replace(new RegExp('\\b'+e(c)+'\\b','g'),k[c])}}return p}('1B(1C).1A(s($){$(\'Z\').1z(\'<4 x="w:H;" U="B" T="\'+15+\'">\');3 l;3 m;3 n;$(\'.B\').1w(s(){m=$(\'.B\').K(L);n=$(\'.B\').M(L);$(\'.B\').1x()});1d();s 1d(){$(\'.7-19 4,.r-Z 4,.7-14 4,.r-7 4,.r-J 4,.16-J a\').1y(\'.1a,.1a 4\').1D(s(){$(\'.9-p\').u("w","H");1c(l);3 a=$(q);3 b=13(a.u("W-v"));3 c=13(a.u("W-t"));3 d;3 e;1E(1K){D\'1L\':d=a.6().v+a.M(L)/2-n/2;e=a.6().t+a.K(L)/2-m/2;C;D\'1I\':d=a.6().v+b+5;e=a.6().t+c+a.K()-m-5;C;D\'1F\':d=a.6().v+b+5;e=a.6().t+c+5;C;D\'1G\':d=a.6().v+b+a.M()-n-5;e=a.6().t+c+a.K()-m-5;C;D\'1M\':d=a.6().v+b+a.M()-n-5;e=a.6().t+c+5;C}3 f=a.1k(\'T\');3 g=a.1i(\'.r,.1j,.7\').R(\'.r-S,.7-S,.7-1u\');3 h=g.1o();y(O 18===\'P\'){18=\'\'}y(O 11===\'P\'){11=\'\'}y(g.R(\'a\').1q){3 Y=g.R(\'a\').G(\'Q\').1b(/\\#.+\\b/1e,"")}V{3 Y=$(1r).G(\'Q\').1b(/\\#.+\\b/1e,"")}3 i=\'<12 U="9-p"x="1s:E;6:1m;z-1l:1J;1N:2c;" ><a Q="24://2e.28/27/26/29/?2a=\'+Y+\'" 2b="25"><4 U="23" x="-1S-I-F:E;-1T-I-F:E;-o-I-F:E;I-F:E;20:21;W:0;1Y:0;1X:0;" T="\'+15+\'" S="1W 17 1Z"></a></12>\';3 j=a.10().1V(\'a\')?a.10():a;y(!j.A().1U(\'9-p\')){j.1P(i);y(O l===\'P\'){j.A(\'.9-p\').G("1h","q.x.1f=1;q.x.w=\'X\'")}V{j.A(\'.9-p\').G("1h","q.x.1f=1;q.x.w=\'X\';1c(1R)")}}3 k=j.A(".9-p");k.u({"v":d,"t":e});k.u("w","X");k.N().1g(1Q,1.0,s(){$(q).1O()})});$(\'.7-19 4,.r-Z 4,.7-14 4,.r-7 4,.r-J 4,.16-J a\').17(\'2d\',s(){y(/1p [1-8]./.1H(1v.2f.1t())){3 a=$(q).A(\'.9-p\');3 b=$(q).10(\'a\').A(\'.9-p\');l=22(s(){a.N().u("w","H");b.N().u("w","H")},1n)}V{$(\'.9-p\').N().1g(0,0.0)}})}});',62,140,'|||var|img||position|entry||pinit||||||||||||||||wrapper|this|post|function|left|css|top|visibility|style|if||next|pinimgload|break|case|none|shadow|attr|hidden|box|image|outerWidth|true|outerHeight|stop|typeof|undefined|href|find|title|src|class|else|margin|visible|pinitURL|body|parent|bs_pinSuffix|div|parseInt|summary|bs_pinButtonURL|block|on|bs_pinPrefix|content|nopin|replace|clearTimeout|hoverCheck|gi|opacity|fadeTo|onmouseover|closest|hentry|prop|index|absolute|3000|text|msie|length|location|display|toLowerCase|header|navigator|load|remove|not|append|ready|jQuery|document|mouseenter|switch|topleft|bottomright|test|topright|9999|bs_pinButtonPos|center|bottomleft|cursor|show|after|300|bsButtonHover|moz|webkit|hasClass|is|Pin|border|padding|Pinterest|background|transparent|setTimeout|pinimg|http|_blank|create|pin|com|button|url|target|pointer|mouseleave|pinterest|userAgent'.split('|'),0,{}))
//]]>
</script>

4. Edit code mengikut pilihan masing-masing
Tukar tulisan warna merah dengan url button pinterest pilihan. Copy url button yang disediakan dibawah.

https://1.bp.blogspot.com/-MFyo-fKeM5U/X1rlHuq0TrI/AAAAAAAAzWg/vu04HrfHSVQVRI_Zhi5B-oj-6weO4h0_gCLcBGAsYHQ/s72/pinterest-square.png

https://1.bp.blogspot.com/-i5px7KjyzEM/X1rlHggJfHI/AAAAAAAAzWc/va3m5kE-PyYt5G7rGq3FIhKFKiZDtdpmwCLcBGAsYHQ/s72/pinterest-round.png

https://1.bp.blogspot.com/-5T7h95yvihI/X1rncKi7axI/AAAAAAAAzWw/ywpEUrEh0cwQ_Q5bpW1OKLrf6l-oP_JtgCLcBGAsYHQ/s84/pinterest-button.png

https://1.bp.blogspot.com/-Wm-0IqnuwMg/X1rnyaVDltI/AAAAAAAAzW4/CgrQppQ0wn0EXcyc1pHAvfZaCtoZCbxKgCLcBGAsYHQ/s92/pinterest-button-pin%2Bit.png


Untuk tulisan warna biru center boleh ubah kedudukan button pada gambar. 
topleft
topright
bottomright
bottomleft

*sila padam code read more : dan seterusnya jika copy & paste dari blog fiza.

5. Save Template

Dah save lepas tu cubalah tengok kat blog samada berfungsi ke tidak button tu. Kalau dah berfungsi rajin-rajinlah pin it gambar untuk promote dan naikkan traffic blog.

Selamat mencuba dan harap ianya membantu. Kalau tak menjadi boleh tanya Fiza kat media sosial, pm je. Klik pada icon sosial media kat atas sekali sebelah kanan menu bar.

Credit untuk owner script pinterest. 

Santan dan masyarakat Malaysia berpisah tiada. Apalah rasanya nasi lemak, kari, masak lemak cili api tanpa santan. Dah tentu hambar rasa masakan tu, betul tak? Gantikan susu segar full cream pun tak mampu menandingi kesedapan lemak santan tu.

Santan 

Santan adalah hasil perahan parutan isi buah kelapa tua yang dicampurkan dengan air. Warna santan seperti putih susu dan rasanya berlemak menyedapkan lagi masakan.

Kebanyakkannya santan popular digunakan oleh penduduk Asia Tenggara, Asia Selatan, China Selatan dan Caribbean.-Wikipedia

Santan ada dua jenis iaitu santan pekat dan santan cair. Santan pekat digunakan untuk masakan yang berkuah pekat seperti kari, gulai, masak lemak cili api dan sebagainya. Santan cair biasanya digunakan untuk buat bubur atau kuih muih yang sesuai.

Santan Pekat

Zaman dulu, masih belum ada mesin kelapa. Nenek moyang kita dulu gunakan kukur kelapa untuk parut kelapa. Untuk mendapatkan santan kelapa yang pekat, mereka akan campurkan parutan isi kelapa dengan air panas sebelum diperah.

Sekarang dah banyak mesin pemerah santan tanpa perlu campur air untuk menghasilkan santan yang pekat. Hasil pati santan adalah 100% tulen. Pati santan juga ada dijual dalam bentuk santan kotak dan jual santan serbuk.

Cara Buat Santan Pekat

Ikut cara mak Fiza, isi kelapa parut tu masukkan dalam blender. Tambah air sikit dan blend. Lepas tu baru perah macam biasa. Santan tu memang pekat daripada lepas parut terus perah.

Cara ni hanya untuk sekali perahan je. Kalau perah untuk kali kedua dia tak jadi pekat dah.

Cara Buat Santan Cair

Kalau nak santan cair sikit, perahan pertama tadi campurkan dengan air dan perah untuk kali kedua. Kemudian campurkan dengan hasil perahan pertama tadi. Gabungan kedua dua santan tadi akan buatkan santan cair sedikit. 

Duduk di kampung memang mudah nak dapatkan santan segar. Nak santan, boleh kait kelapa, kupas, mesin dan perah. Walaupun proses nak dapatkan santan tu ambil masa tapi dapat santan yang original dan segar buat masakan kita bertambah sedap rasanya.

Bila duduk di bandar ni faham-faham lah susah dia macamana nak dapatkan santan segar. Yang ada santan kotak dan santan serbuk. Fiza dah guna pelbagai jenama santan kotak dan Fiza rasa 4 jenama santan kotak terbaik.

4 Jenama Santan Kotak Yang Pekat Dan Tahan Lama

1. Santan Kotak Kara

Santan kotak Kara adalah santan kotak paling pekat yang Fiza pernah guna. Dia macam hampir nak jadi pepejal. Kalau google cari santan kotak paling pekat pun akan jumpa Kara. 

Baru lah faham kenapa Kara ni selalu cepat habis dekat rak. Rupanya santan kotak Kara ni pilihan utama sebab santan dia pekat.

2. Santan Kotak Rasaku

Santan kotak Rasaku Fiza pernah cuba sebab terbeli. Jenama lain tak ada, yang ada satu jenama tu je. Tapi lepas guna rasa macam okay pula guna santan kotak Rasaku ni. Pekat dia lebih kurang santan kotak Kara.

4 Jenama Santan Kotak Yang Pekat

3. Santan Kotak M&S

Jenama santan kotak M&S ni pun beli sebab stok santan kotak yang lain tak ada. Tak mengecewakan juga santan kotak M&S pekat juga. Kalau nak tahu santan M&S ni sesuai juga tau buat cookies. Boleh tengok instagram dia, banyak resepi cookies yang boleh dicuba.

4. Santan Kotak Adabi

Jenama santan kotak adabi pun tak mengecewakan okay. Santan dia walaupun tak sepekat santan kotak tapi pekat dia tu masih boleh diterima. Kira separa pepejal, masih ada cecair.

Sebelum ni Fiza setia betul dengan santan kotak ayam brand. Ayam brand pun ada banyak jenis ada yang low fat juga. Siapa yang tak suka berlemak tu boleh lah guna jenama ayam brand ada banyak pilihan. 

Santan cair dari kotak santan yang sesuai untuk buat kuah yang light je. Buat masak lemak cili api atau masak kuah kari kurang sedapnya sebab santan tak pekat. Kuah pun kurang kaw lah kan.

Ikutkan memang sedap guna santan segar. Disebabkan dah beberapa kali beli santan segar tapi tak segar pun jadi macam malas nak beli santan segar dah. Beli santan kotak je lah. Santan pun tak berketul ketul.

Cara Simpan Santan Kotak Tahan Lama

Hidangan untuk berdua makan, biasanya Fiza guna separuh kotak je dah pekat. Separuh lagi simpan dalam peti ais sebab santan kotak pekat ni jenis tahan lama.

Cara Simpan Santan Kotak Tahan Lama

Cara nak simpan santan kotak kalau nak tahan lama. Jangan potong lipatan hujung kotak tu sampai habis. potong separuh je. Nak simpan, lipatkan je. Jadi tak perlu simpan dalam bekas. Itu cara Fiza lah. So far seminggu boleh tahan simpan.

Masakan bersantan ni memang sedap rasa masakan berlemak tapi awas lemak tepu santan ni boleh meningkatkan kadar kolestrol. Pilihlah santan yang sesuai untuk diambil ikut kadar kolestrol masing-masing. 

Sedap berlemak tu memang sedap. Beringat-ingatlah kita ye. Itu yang kadang-kadang masak nasi lemak letak sikit je santan. Janji ada rasa lemak santan tu. Bukan apa, nak elak dari mengantok pun ye juga. Pagi pagi sarapan nasi lemak memang mengantok dibuatnya.

Santan Kotak Pekat Kurang Kolestrol

Tapi...
kalau masak lemak cili api ke masak mee kari ke wajib kuah santan tu kena pekat. Kannn

Bermula 1 September 2020, individu yang layak boleh membuat pengeluaran/withdrawal dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) untuk rawatan kesuburan. 

Ini adalah satu berita baik untuk pasangan yang sedang TTC dan sedang  berusaha untuk mendapatkan zuriat. Mungkin ini adalah masanya dan peluang untuk ikhtiar selagi boleh bagi mendapatkan zuriat.

Maksud TTC

TTC adalah singkatan kepada ‘Trying To Conceive’. Dalam bahasa Melayu bermaksud wanita yang sedang berusaha/mencuba untuk mengandung.

Pengeluaran KWSP untuk Rawatan Kesuburan IUI, IVF dan ICSI

Almaklumlah kos rawatan kesuburan bukannya murah. Lebih-lebih lagi kalau buat rawatan di klinik dan Hospital Swasta. Faktor kos rawatan tu salah satu faktor utama kenapa pasangan yang ingin mendapatkan zuriat tidak dapat membuat rawatan kesuburan.

Sudah semestinya langkah kerajaan yang satu ini dapat memberikan sinar dan peluang bagi pasangan yang kurang berkemampuan untuk membuat rawatan kesuburan bagi mendapatkan zuriat. 

Siapa Yang Boleh dan Layak Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Pasangan (Suami/Isteri) yang sah berkahwin dari segi undang-undang

Siapa Yang Layak Dibiayai

  • Diri sendiri dan pasangan.

**Permohonan pengeluaran bagi tujuan rawatan kesuburan, kelayakan memohon hanya dibenarkan kepada pasangan (suami/isteri) yang sah berkahwin sahaja.

Maklumat Tambahan :

  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  • Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *
  • Mendapat rawatan di Institusi Perubatan di dalam Negara sahaja
  • Tidak mendapat rawatan alternatif
  • Rawatan Kesuburan dibenarkan:Intrauterine insemination (IUI), In-Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI)
*Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP

Kategori Pengeluaran

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

PENGELUARAN INDIVIDU
Jumlah kos rawatan sebenar*ATAU keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah) 

PENGELUARAN BERSAMA
Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu
(mana yang lebih rendah)

*Jika kos perubatan telah dibiayai sebahagiannya oleh majikan ahli/pesakit, anda hanya boleh mengeluarkan baki kos perubatan yang belum dilangsaikan.

Cara Memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan

Ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan di mana-mana Pejabat KWSP dengan melengkapkan :

  • Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan KWSP 9D (AHL) berserta dokumen sokongan.
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Laporan Perubatan - Rawatan Kesuburan LPP-2
Pemohon juga boleh memohon untuk pengeluaran manual. Permohonon juga boleh dibatalkan selepas pendaftaran jika berubah fikiran dan perlu mengikut prosedur yang diberikan.

Untuk pasangan yang dah lama berhajat nak buat rawatan kesuburan tapi tak mampu dari segi kewangan, boleh lah tambah sikit kos bila pengeluaran KWSP dibolehkan untuk tujuan ini.


Baru je buat pengeluaran i-Lestari akaun 2 haritu masa PKP. Nampaknya belum ada rezeki lagi nak buat rawatan ni. Mungkin rezeki dengan cara lain. Kita sabar sikit lagi atau usaha lagi dengan cara lain untuk TTC mengandung.

10 Cara TTC Mengandung

1. Jaga Pemakanan Dan Diet

Amalkan pemakanan yang seimbang sepanjang proses TTC mengandung. Perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan. Atau boleh gantikan dengan supplement pengganti nutrisi sayur dan buah kalau tak makan sayur dan buah.

2. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal

Salah satu punca kurang subur disebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Yang berjaya pregnant itu adalah rezeki mereka. Yang penting Body mass index (BMI) perlu dijaga. 

3. Tidak Mengambil Minuman Berkafein dan Jangan Merokok

Kajian saintifik mengatakan pengambilan kafein yang berlebihan boleh mengurangkan kesuburan. Begitu juga dengan tabiat merokok.

4. Detoks

Toksin yang berlebihan dalam badan boleh membahayakan dan menggangu kesuburan wanita. Detoks bertujuan membuang toksin-toksin yang ada dalam badan. 

5. Ketahui Bila Waktu Subur (Ovulasi)

Belajar cara untuk mengetahui waktu subur sendiri untuk memudahkan perancangan hamil. 

6. Kerap Bersama Dengan Pasangan

Kerap melalukan hubungan intim dengan pasangan dan nikmati waktu bersama tanpa stress.

7. Jangan Stress

Elakkan rasa stress sepanjang TTC. Berfikiran positif dan jalani hidup dengan normal untuk elakkan stress. 

8. Ambil Vitamin

Mengikut saranan doktor, asid folik bagus untuk kesuburan. Saranan vitamin lain untuk meningkatkan kesuburan adalah :
  • Vitamin E
  • Zinc
  • Copper
  • Panthothenic acid
  • Potassium
  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Thiamin B6
  • Riboflavin
  • Niacin

9. Jumpa Doktor Pakar

Untuk berjumpa dengan doktor, pastikan sudah berkahwin lebih dari 2 tahun. Dari pengalaman Fiza, doktor akan buat ujian kesuburan dengan cara scan rahim, ambil sample darah dan banyak lagi.

Setiap kali temujanji doktor akan pantau dan solve apa yang perlu dibuat. Bukan isteri je, suami pun kena buat sekali. 

10. Berdoa dan Berserah pada Allah SWT

Setelah semua usaha yang kita lakukan masih belum berhasil. Berdoa dan berserah pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Teruskan berdoa dan jangan pernah mengalah.

Allah tahu apa yang terbaik dan berikan pada waktu yang tepat. InshaAllah...


Selepas musim pinggan mangkuk ayan, musim mangkuk tingkat klasik pula muncul. Bila mangkuk tingkat viral, maka ramailah pemborong mangkuk tingkat berwarna-warni ada dipasaran. 

Masuk shopee, boleh rambang mata dibuatnya. Tengok harga dan tepuk poket lah kan.

Mangkuk Tingkat

Mangkuk tingkat disebut juga tiffin, tiffin enamel, tiffin food carrier dan mangkuk tingkat sia. Dikalangan Masyarakat Melayu lama panggil mangkut tingkat. Dengan kemunculan semula mangkuk tingkat ayan ni mengingatkan semula nostalgia lama.

Orang dulu bekalkan makanan guna mangkuk tingkat. Masa tu mana ada zaman tupperware. Bila ada majlis kahwin, nak bekalkan pihak pengantin sebelah sana mesti bekalkan dengan mangkuk tingkat. 

Takpun bawa bekal pergi kebun pun guna mangkuk tingkat. Memang nostalgia sungguh mangkuk tingkat ni. Tapi mangkuk tingkat dulu banyak yang jenis besi aluminum bercorak tu. Tahan lama mangkuk tingkat tu.

Kadang mak kat kampung nak bekalkan lauk guna mangkuk tingkat, Fiza berkeras tak nak guna mangkuk tingkat. Nak tunggu balik kampung memulangkan tu ambil masa juga. Kot mak nak guna ke kan. Baik tak payah. 

Lagipun faham mak-mak kita ni sayang koleksi pinggan mangkuk dia macamana. Sama macam tupperware tu jugalah cerita dia.

Rezeki Dapat Hadiah Mangkuk Tingkat

Siapa sangka, rezeki memang tak pernah salah alamat. Sedang berkira-kira juga nak membeli mangkuk tingkat bila ada bajet nanti sebenarnya. Tup tup, dia datang dalam bentuk hadiah.

Salah satu gambar Fiza terpilih dapat Top.1 dalam satu challenge. Tak sangka sebenarnya terpilih terus nombor 1 tu. Padahal diri sendiri rasa kurang puas hati dengan gambar sendiri.

Iyalah, penilaian pandangan mata sendiri tak sama dengan mata orang lain. Mungkin pandangan mata kita biasa je. Tapi pandangan mata orang lain sebaliknya.

Hadiah Mangkuk Tingkat

Alhamdulillah. Tak sangka dapat hadiah mangkuk tingkat tu. Ikut perancangan Fiza memang nak beli bila ada bajet lebih sikit. Benda bukan keutaamaan kita kebelakangkan dulu.

Plannya membeli untuk kegunaan dan juga sebagai props gambar of course! Bila dapat hadiah tiffin ni seronok betul. Tak payah dah lah beli.

Yang Fiza dapat ni pun saiz comel je. Untuk bekalan portion sikit boleh lah untuk bekal sorang makan. Nak gunakan untuk props pun better sebab muat dengan ruang yang ada. Besar-besar nanti tak muat susah pula nak adjust ruang.

Sedang elok juga dapat warna putih. Nampaklah sikit mangkuk tingkat klasik. Nak guna pun macam sayang je. Buat perhiasan dan props gambar je lah nampaknya nanti. 

Mangkuk tingkat ni sesuai sangat dibuat sebagai hadiah. Hadiah kahwin, hadiah lucky draw, doorgift dan hadiah untuk event yang sesuai. Itu kalau ada bajet lebih lah. Harga mangkuk tingkat tiffin enamel ni boleh tahan juga ye harganya.