Ingat lagi masa mula-mula pandemik COVID-19 mula menular bulan March yang lepas. Masa tu, segala jenis topeng muka laris macam pisang goreng panas. Pantang letak, semua habis. Laku dipasaran. Dan disaat-saat semua orang memerlukan topeng muka, muncullah manusia yang mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.

Ramailah peniaga yang ambil kesempatan jual topeng muka dengan harga mahal. Masa ni, mahal macamana pun orang sanggup beli juga. Itu belum ada yang tertipu, kononnya jual topeng muka murah tapi yang dapatnya topeng muka buat sendiri. Bertabahlah siapa yang pernah menjadi mangsa tu.

Syukur alhamdulillah stok topeng muka pun dah mudah dapat di pasaran. Sekarang pun dah banyak surgical mask (topeng bedah) dijual di farmasi dan pasaraya. Tak risau dah nak dapatkan surgical mask. 

Jenis-jenis topeng muka

1. Topeng Bedah (Surgical mask)

Surgical mask adalah topeng muka yang paling sesuai digunakan semasa pandemik COVID-19 ni. Topeng jenis ini mampu menghalang virus daripada masuk ke rongga hidung dan mulut. Dalam masa yang sama fungsi dia menghalang air liur/bahan kumuhan pemakai yang bergejala terkeluar daripada lapisan topeng. 

Sekiranya pakai dengan betul, ia dapat menghalang penyebaran virus berlaku melalui titisan, semburan atau penyebaran cecair yang mengandungi virus. Sebab tu kena beringat supaya tak sesuka hati pegang topeng muka semasa pakai atau nak tanggalkan topeng muka. 

Sebaiknya basuh tangan sebelum dan selepas atau ketika terpegang topeng muka. Lagi satu, jangan sesekali berkongsi topeng muka dengan orang lain. Pakai sekali dan buang.

2. Topeng N95

Topeng jenis N95 ni biasa dipakai  kalau musim jerebu sebab lapisan topeng ni boleh manghalang zarah atau habuk. Digunakan juga ketika kecemasan.  Direka khas dengan bentuk yang jenis betul-betul melekap pada bahagian muka.

Tapi tak sesuai untuk mereka yang ada mempunyai masalah pernafasan dan sewaktu dengannya. Fiza pernah pakai, memang terasa lemas walaupun pakai sekejap. Topeng N95 pun jenis pakai buang dan tak boleh berkongsi juga.

Masih sesuai lagilah kalau nak guna masa musim COVID-19 ni. 

3. Topeng muka kain

Kalau dulu topeng muka kain lebih fokus pada fesyen. Tapi sejak pandemik COVID-19 berlaku ni dah ramai yang menjual topeng muka kain yang mempunyai ciri-ciri yang selamat digunakan bukan hanya fesyen semata-mata. Biasanya artis Korea yang suka style pakai face mask ni.

Topeng muka jenis kain memang cantik. Ada pelbagai jenis corak, jenis kain dan bentuk. Tapi kalau hanya diperbuat daripada kain semata-mata untuk fesyen ia tidak mampu menghalang virus masuk ke rongga hidung dan mulut. 

Sebab tu kena pilih topeng muka jenis kain yang telah direka untuk keselamatan. Kiranya ada filter atau tempat untuk letak filter tu. Topeng muka jenis kain ni bukan tak boleh dipakai lansung. Sekurang-kurangnya kita masih ada pilihan jika tak ada surgical mask tu. 

Dah ramai juga pereka fesyen dan owner butik yang menjual topeng muka kain ni kan. Bermacam jenama ada di pasaran sampai kau tak tahu nak beli yang mana satu entah. Tapi tahu tak kau orang yang cara pakai topeng muka kain ni dengan betul? 

Tak tahu? Sila rujuk gambar di bawah yang dikongsikan oleh World Health Organization. 


CARA MEMAKAI TOPENG MUKA KAIN DENGAN BETUL

  • Bersihkan tangan sebelum memegang topeng muka
  • Periksa topeng muka samada rosak atau kotor
  • Pastikan topeng muka sesuai dengan bentuk muka tanpa ada sebarang ruang. Kiranya kau orang pakai mask tu kena ngam-ngam dengan bentuk muka. Kalau longgar sila jangan pakai.
  • Topeng muka mestilah menutup mulut, hidung dan dagu.
  • Elakkan memegang topeng muka
  • Bersihkan tangan sebelum menanggalkan topeng muka
  • Tanggalkan topeng muka dengan memegang tali
  • Tarik dan jauhkan topeng muka daripada muka
  • Simpan topeng muka dalam plastik yang bersih, beg bertutup jika masih bersih atau tak basah dan bercadang untuk menggunakannya semula.
  • Keluarkan topeng muka daripada beg dengan cara memegang tali 
  • Bersihkan topeng muka dengan sabun atau bahan pencuci dengan air panas sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Bersihkan tangan selepas memegang/menanggalkan topeng muka


JANGAN LAKUKAN PERKARA-PERKARA BERIKUT JIKA MENGGUNAKAN TOPENG MUKA KAIN


  • Jangan gunakan mask yang telah rosak. Contohnya koyak.
  • Jangan pakai topeng muka yang longgar
  • Jangan pakai topeng muka di bawah hidung
  • Jangan tanggalkan topeng muka tanpa jarak 1 meter dengan orang lain
  • Jangan gunakan topeng muka yang boleh menyebabkan susah bernafas
  • Jangan pakai topeng muka yang kotor atau basah
  • Jangan berkongsi topeng muka dengan orang lain

Okay jadi faham dah kan? Pastikan pakai dengan betul dan jangan sesekali buat apa yang tak boleh tu. Preventation better than cure. Jadi, jagalah keselamatan masing. Walaupun sedikit confuse dulu tak perlu pakai mask jika tiada gejala. Tapi kalau keluar pakai mask tu kira double protection lah.

Kadang orang bergejala senang hati je keluar tanpa pakai mask. Jadi, kita lah yang kena jaga diri kita sendiri. Selagi risau masih ada dan selagi pandemik COVID-19 belum berakhir. Lagipun sekarang kalau keluar dah wajib pakai mask dah kan?


Credit photo : World Of Organization
Kuih Semperit kastard ni bukan Fiza buat. Bagitau sesiap, nanti kang ada yang komen pandai Fiza buat kuih semperit. Kalau ada yang komen gitu nampak sangat tak membacanya pun. Haha..berhati-hati jangan sampai kantoi. Hahaha...

Boleh tak nak cakap, baru tahu ada kuih semperit kastard. Betapa noob je alahaii. Berapa tahun dah beraya baru tahu ada kuih semperit kastard? Ke selama ni pernah makan tapi tak tahu. Iyelah kan, beraya rumah orang mana ada label nama-nama kuih. 


Kalau ada, memang rare lah tuan rumah label nama kuih dekat bekas kuih raya. Melainkan dia hidang guna packaging asal siap berlabel (kalau beli). Fiza baru tahu sebab baru tahun ni lah terjebak beli kuih raya (jenis biskut) sendiri. Sumpah tak tipu!

Selama ni jenis tak berapa buat kuih raya sangat. Buat kerepek pisang dan cookies mana yang mudah macam cornflakes cookies, cornflakes madu, popiah nestum tu je. Itupun kuantiti sedikit. Tak buat banyak sebab raya balik kampung dan weekend pun jarang ada rumah pergi beraya atau balik kampung.

So bila orang nak datang, tak ada orang kat rumah macam tu. Kuih yang buat tu pun bawa balik kampung. Cuma tinggal sikit untuk kat rumah sendiri. Kot kot ada tetamu datang tetiba kan. 

Sesungguhnya Fiza tak pernah cuba buat kuih semperit. Kuih semperit kastard apatah lagi. Jenis orang boleh masak lauk pauk je. Kuih muih masih di tahap membimbangkan. Risau betul kalau buat nanti termasuk dalam kategori 'masak apa tak jadi harini'.

Dia punya fobia nak membuat kuih dan kek-kek tu masih terasa lagi. Ajak husband pergi Mydin nak beli kuih raya. Sebenarnya nak cari tart nanas. Dia punya teringin tak boleh bawak bincang. 

Dah masuk Mydin, mata sibuk mencari kuih tart. Berakhir dengan kehampaan sebab kuih tart yang dicari satu pun tak ada! Siapalah yang memborang kuih tart entah.

Takpe! Cari kuih lain. Nampak kuih semperit. Kuih favourite juga ni sebab suka jenis semperit rangup. Beli lah kuih semperit. Masa tu tak baca label lagi. Ni jenis main ambik je. Musim PKP kan, kena cepat membeli grab apa yang depan mata walaupun masuk Mydin tak ada had waktu boleh masuk berapa lama. 


Mungkin sebab kamiorang pergi masa sejam lebih lagi nak tutup. Tak ada orang sangat. Tapi Mydin nak tutup dah kot. Nak berlama-lama kenapa pulak kan.

Cerita dia, balik rumah nak makan baru baca label 'Kuih Semperit Kastard'. Kastard? Sejak bila semperit ada kastard? Nasib kau lah Fiza oii tak tahu nama kuih ni dah upgrade taraf kluster kayangan kastard.

Sekali rasa, sedap oiiii! Hilang terus persepsi Fiza terhadap kuih beli tunjuk-tunjuk ni. Dulu selalu fikir kuih beli-beli kat luar ni macam kurang sedap sebab buat dari kilang kan. Yang homemade lagi sedap. Itu memang tak dapat dinafikan lah.

Rupanya sedap juga kuih beli ni. Mungkin tak semua lah. Kira boleh recommend lah untuk kau orang beli kuih Semperit Kastard kat Mydin tu. Kira sedap lah ikut citarasa Fiza. Kuih lain tak pasti sedap ke tidak.

Boleh je nak beli kalau nak cuba rasa. Harga pun tak mahal sangat. Seingat Fiza RM14.15 untuk sebekas macam ni. Kira berbaloi jugalah. Mungkin juga sebab lepas raya dia jual murah.


Dah tahu ada kuih semperit kastard, terus google resepi semperit kastard. Tengok dekat youtube buat orang lapo. Lahhh, senang je rupanya nak buat pun!

Resepi Biskut Semperit | Semperit Dahlia

Bahan-Bahan  
250gm Mentega
150gm Gula Aising
1 Telur Kuning
1 sk Esen Vanila
250gm Tepung Cookies
150gm Tepung Kastad
30gm Tepung Jagung Hiasan
Gula
Urai Coklat
Urai Ceri
Ingredients  
250gm Butter 
150gm Icing Sugar 
1 Egg Yolk 
1 tsp Vanilla Essence 
250gm Cookies Flour 
150gm Custard Flour 
30gm Corn Flour

Decoration :
Sprinkles
Chocolate Rice
Cherry


Nak lebih mudah membuatnya, boleh tengok video resepi biskut semperit dari youtube buat orang lapo. Bila tengok resepi ni rasa macam nak cuba buat. Cari bahan-bahan dululah ye. Selamat mencuba.

Credit : Buat Orang Lapo

Selamat berhujung minggu. Ada yang masih di kampung ke tu? Dengar kata jumaat lepas jammed teruk. Mungkin sebab orang ramai balik kampung. Hari ni sah sah lah jammed juga sebab orang nak balik bandar. Esok kan kerja.

Fiza belum balik kampung lagi. InshaAllah minggu depan lah baru balik segamat, sekali nak hantar abah appoinment di Hospital kat Johor Bahru nanti. Semoga urusan dipermudahkan oleh Allah. Aaminn...

Alhamdulillah puasa 6 pun dah settle. Raya 2.0 baru nak bermula. Tapi belum balik kampung. Feel raya baru separa on. aci tak? Orang lain dah sakan beraya kau baru lah nak terhengeh hegeh kan.

Golden Oreo Edisi Raya

Anyway, Fiza baru je tahu kewujudan golden oreo edisi raya lepas baca blog Kak Sha. Jenis mudah terpengaruh, bila husband keluar beli barang. Kirim sekali lah beli Oreo Golden ni. Kena beli cepat-cepat sebab limited edition sempena raya katanya lah.

Sampai bila Oreo Golden ni akan ada dekat pasaran tak pastilah. Nak rasa, silalah membeli dengan kadar segera.  Nama je golden. Tapi dia tak letak emas tau untuk buat biskut oreo ni. Mungkin sebab warnanya kuning keemasan kot kan?

Rasa Golden Oreo. Just Nice!

Kalau kau orang makan golden oreo ni. Dia buat kau lupa rasa oreo sebab biskut dia sejenis biskut yang klasik dengan rasa original. Tapi rasa biskut dia rangup dan rapuh. Filling dia pulak perisa vanilla dan tak manis sangat. 

Cookies yang sedap dan filling yang tak manis sangat berbeza dengan oreo yang biasanya manis gila tu. Oreo original hitam dengan vanilla filling tu memang Fiza kurang suka makan. Golden Oreo ni just nice rasa dia. Sedap!

Tapi!

Red Velvet Oreo Tetap nombor satu di hati. Rasa dia tak boleh lawan oreo-oreo yang lain. Mungkin sebab peminat Red Velvet. Itu yang tak boleh move on dengan Red Velvet Oreo. Tapi...dah habis edisi Red Velvet Oreo tu. 

Kalaulah ada setiap masa dipasaran kan bagus. Boleh lah nak makan anytime pun. 
"Putar, Jilat dan Celup"

Ingredients

Wheat Flour, Sugar, Palm Oil, Glucose-Fructose Syrup, Wheat Starch, Salt, Raising Agents (Sodium Hydrogen Carbonate, Ammonium Hydrogen Carbonate), Flavourings, Emulsifiers (Soya Lecithin, Sunflower Lecithin) -Oreo website



Biskut oreo ni sedap celup dengan air susu. Tapi yang golden oreo sedap lagi dicelup dengan air susu coklat. Mungkin lagi sedap sebab golden oreo ni tak berapa nak manis sangat kan. Sebab tu lagi sedap celup dengan air susu coklat.

Tak ada air susu coklat. Susu segar full cream pun sedap juga. Ikut lah citarasa masing-masing. Tapi ada orang tak suka makan oreo sebab manis katanya. Jadi, yang tak suka manis sangat tu bolehlah cuba rasa golden oreo.

Harga lebih kurang RM3.++ satu pek di 7 Eleven. Boleh juga beli di mana-mana pasaraya yang berdekatan. Kalau tak ada, maknanya dah habis lah tu. Biasalah kalau limited edition ni dia cepat habis. Lagi-lagi kalau ramai suka.


Harap tak jemu lah ye sembang pasal pokok je dalam blog ni. Dah macam salah bidang pulak masuk dalam bab pertanian. Dia ikut musim, kejap entry resepi kejap entri pepokok. Dah habis modal dengan pepokok, Fiza tukar makanan pulak. Haa gitu

Sekarang pun kan tengah musim pokok viral dan musim bercucuk tanam. Haruslah into the scene juga. Nanti kata tak cakna pulak. Selain pokok viral lidah mertua tu, pokok monstera kira dah jatuh nombor dua dah. Ke masih lagi viral pokok monstera ni? Dulu orang sibuk mencari monstera je, termasuk lah yang bercakap ni.

Monstera ni keunikan dan kecantikan dia adalah koyakkan pada daun tu. Lagi banyak koyak lagi mahal, percaya tak? Dari pemerhatian Fiza macam tu lah. Kalau salah mahap lah ye. Selain tu corak dan warna pada daun pun mempengaruhi harga pokok monstera.


Salah satu pokok monstera yang Fiza suka, Monstera Deliciosa. Suka dengan daun yang lebar dan terkoyak pada bahagian tepi tu. Pertama kali dulu beli pokok monstera deliciosa ni, umur dia tak panjang. Tak pandai jaga masa tu. Orang nak tanam pokok, kau pun nak tanam pokok jugak Sudahnya mati dan kecewa. Tengah trend monstera kan masa tu.

Dah cantik dan semakin banyak daun pokok monstera deliciosa yang Fiza letak kat luar rumah. Tak boleh letak dalam rumah sebab tak muat ruang. Nak letak dalam rumah punya pasal, Fiza gigih lah cari mini monstera (gambar di atas) masa pergi Nursery haritu.

Yeay! Finally dapat jugak pokok idaman versi mini. So bolehlah jadikan indoor plant. Daun pun banyak rimbun tu dan ada tunas baru tumbuh. Harap hidup sihatlah duduk dalam rumah. Pokok monstera ni ada bermacam-macam jenis. 

Kalau kau orang nak tahu pokok monstera delicosa variegata tu jenis yang have have. Golongan bangsawan dia ni. Harga bukan puluhan, ratusan dah! Kalau ada yang bertompok-tompok pun harga dia mahal juga. 

Fikir banyak kali kalau nak membeli tu. Pokok Fiza beli semua bawah RM20. Pokok monstera murah murah je lah mampu pun. Lebih daripada harga tu, sila abaikan. Kalau ada orang nak hadiahkan lagi syok. Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan awak!

Jenis-Jenis Pokok Monstera.

1. Monstera deliciosa ‘borsigiana albo variegata’
2. Monstera. dubia (juvenile)
3. Monstera standleyana
4. Monstera subpinnata
5. Monstera sp. peru
6. Monstera obliqua
7. Monstera deliciosa (mature)
8. Monstera adansonii var. adansonii (juvenile)
9. Monstera adansonii var. adansonii (mature)
10. Monstera epipremnoides (mature)
11. Monstera adansonii var. laniata
12. Monstera siltepecana (juvenile)
13. Monstera pinnatipartita (mature)

Mana satu pilihan kau orang? Kalau Fiza, jawapan macam biasalah. Pilih semua.