Annabelle akan ditayangkan di pawagam pada 2 October 2014. Peminat cerita seram ngeri ganas mesti tak sabar nak tengok cerita Annabelle ni kan. Bagi mereka yang dah tengok cerita chucky, mesti dah tahu cerita anak patung yang membunuh dengan kejam ni kan. Cerita Annabelle mesti tak lari dari konsep tu jugak rasanya. Kenalah tengok nanti ye.

Tapi lately kurang suka tengok cerita seram ni. Kalau dulu macam takde perasaan tapi sekarang tak boleh tengok pulak cerita seram thriller ganas. Cuma boleh tengok cerita lawak dan romantik je la..gitu..Dah kenapa pulak kan?

Annabelle

Synopsis :
She terrified you in “The Conjuring,” but this is where it all began for Annabelle. Capable of unspeakable evil, the actual doll exists locked up in an occult museum in Connecticut—visited only by a priest who blesses her twice a month.
John Form has found the perfect gift for his expectant wife, Mia—a beautiful, rare vintage doll in a pure white wedding dress. But Mia’s delight with Annabelle doesn’t last long.
On one horrific night, their home is invaded by members of a satanic cult, who violently attack the couple. Spilled blood and terror are not all they leave behind. The cultists have conjured an entity so malevolent that nothing they did will compare to the sinister conduit to the damned that is now…Annabelle.
“Annabelle” reunites the filmmakers behind 2013’s hugely successful supernatural thriller “The Conjuring.” James Wan, director of the global hit, is producing “Annabelle” with Peter Safran. John R. Leonetti, who served as cinematographer on “The Conjuring,” is directing.
Gary Dauberman wrote the script. Richard Brener, Walter Hamada, Dave Neustadter and Hans Ritter are the executive producers. Also joining Leonetti behind the scenes are director of photography James Kniest, production designer Bob Ziembicki, editor Tom Elkins, and costume designer Janet Ingram. Joseph Bishara composed the score.

Annabelle
Tengok gambar pun dah seram apa lagi nak tengok movie kan. Apapun selamat menonton dan bagi nuffnangers kalau nak dapat tiket free exclusive pass boleh join contest #NNPremiereScreening sekarang untuk tayangan pada 30 September 2014 di TGV 1 Utama.

Credit image and info : Nuffnang
Kalau goreng tempe tak sedap kalau takde sambal kicap. Tempe bukan je makanan orang jawa tapi dah menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Tempe boleh digoreng begitu sahaja atau di goreng bersama tepung dengan resepi istimewa.

Sebagai orang kampung tempe goreng memang menjadi kegemaran untuk menu minum petang. Tapi orang bandar pun suka je makan tempe sebenarnya kan? Salah satu kegemaran Fiza yang boleh buat terliur kalau tak dapat =__='

Tempe Goreng dan Sambal Kicap

Kebiasaannya mesti dihidangkan bersama sambal kicap@sambal hitam. Di johor kalau ada pisang goreng mesti ada sambal kicap juga. Jangan buat pelik kalau membeli pisang goreng kat johor dapat sambal kicap sekali. Itu memang wajib ada sebab tu bila Fiza beli goreng pisang di negeri tertentu macam pelik bila takde sambal kicap. Dah terbiasa makan dengan sambal kicap yang pedas baru umphh....

Tempe goreng ni sedap potong nipis dan digoreng garing. Tempe goreng biasanya Fiza goreng guna tepung gandum + telur sebiji + serbuk kunyit + garam sikit + air. Ini resepi ringkas lah. Rangup pun rangup. Kalau nak lagi rangup  boleh tambah tepung beras.

Kalau nak goreng berempah gunakan ketumbar, bawang putih, jintan manis, jintan putih,serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Blend semua bahan, gaulkan tempe dan perap kemudian goreng. Cara ni kalau nak adun bersama tepung pun boleh. Ikut citarasa okay

Sambal kicap pulak senang je nak buat seulas bawang putih+cili api ikut tahap kepedasan yang korang nak+1/2 sudu gula+ kicap. Jangan letak air nanti cair sangat pulak tak sedap. Blend je lebih mudah.

Inilah menu minum petang yang sedap dan ringkas. Maaf kalau ada yang terliur .

Zikir Harian untuk di amalkan setiap hari tanda hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenangBerzikir tidak semestinya berada diatas sejadah. Kita boleh berzikir sambil melakukan kerja harian dan dimana juga kita berada kecualilah di dalam tandas/bilik air.

Sama samalah kita amalkan zikir harian ni. Sekurang-kurangnya dengan amalan berzikir ini sebagai menampung bekalan amalan kita.


Zikir Harian

Kurangkan bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan sia-sia yang boleh mengundangkan dosa. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. 

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan mengeraskan hati, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh dari ALLAH SWT.

Salam Jumaat. Jangan lupa membaca surah Al Kahfi.

*Zikrullah- Mengingati Allah