Ramai dah buat review pasal muvee terhebat ni kan.Fiza pun nak review jugak dari perspektif Fiza la.Lain orang lain pendapat kan..Lepas pergi kenduri semalam terus gerak pergi The Curve.Macam biasalah tengok kat cineleisure/cineplexes cinema dekat area the curve tu.Beli tiket dulu pastu baru boleh citer..

  1. Mula-mula citer dah keluar aksi Jacob yang tengah HOT selepas menerima kad jemputan kawin 'Isabella Marie Swan dan Edward Athnony Massen Cullen'.
  2. Permulaan yang sweet dan romantik dengan perkahwinan Bella dan edward bertemakan garden dengan gaun putih yang gojes tu.simple and wonderful.
  3. Honeymoon bella dan edward di pulau Esme,portugis yang agak terpencil memang ohsem dan sweet sangat yang dihadiahkan oleh carlisle,ayah Edward.
  4. Tapi..honeymoon mereka bertukar menjadi nightmare untuk Edward sebab Bella disahkan mengandung yang bukan normal dan disuruh balik oleh ayah edward.
  5. Kandungan Bella mule menendang-nendang dan pertumbuhan kandungan sangat cepat.
  6. Sedang Bella sarat mengandung,kandungan tersebut makin menyeksakan Bella tapi bella mampu bertahan.Ini membuatkan Edward dan family tidak ketinggalkan jugak jacob yang turut risau tentang Bella yang enggan membuang kandungannya itu.
  7. Pergaduhan antara Jacob dan puak-puaknye tercetus disebabkan Jacob mempertahankan keluarga Edward cullen yang merupakan musuh puak.
  8. Idea jacob memberi bella minum darah menjadi setelah respons positif pada kandungan Bella.dan sejak itu bella diberi minum darah.
  9. Ketika bella jatuh untuk mengambil air minuman berperisa darah tu,Edward sempat menyambut kepala bella dari jatuh ke lantai.Bella melahirkan bayi ajaib yang dikandungnya itu tetapi Bella mati disebabkan pertumpahan darah yang banyak.Sebaran racun vampire Edward dalam badan bella tak mampu menyelamatkan Bella.
  10. Ini membuatkan jacob sedih dan ingin membunuh bayi tersebut kerana menyebabkan kematian Bella.Tetapi setelah melihat mata bayi tersebut ada perhubungan antara die dan bayi tersebut.Jacob dipertanggungjawab untuk menjaga keselamatan bayi tersebut.
  11. Pengakhiran cerita dengan Bella membuka mata yang telah bertukar menjadi merah.maksudnyer?kene lah tengok ye...

Okeh tu je kot review..macam panjang je tapi kalau boleh nak panjang lagi..hahaha..Part yang tak bestnyer part 18SX yang macam banyak je..untuk orang dah kawen takpelah nak tengok kan.Tak baik untuk kesihatan mata.*_*.Aksi tak banyak sangat melainkan gaduh-gaduh jacob dan puak-puak Sam.

Mostly banyak cerita tentang Bella,Edward dan Jacob je.orang lain macam terasa tak wujud je.hahaha..dialog bape kerat je.Tapi kehidupan baru ni sangat best.Tak sabar tunggu Part 2 pulak pasni.Tak rugi tengok twilight yang bersiri ni sebab jalan citer vampire yang best..takde ah asyik nak sedut darah je!.Lepas ni nak membaca novel Twilight lah pulak.Part 2 punye story macam dah tahu sikit-sikit..Mr A dah bace novel tu dah tahu lah citer die camne..semangat dok citer ape terjadi..cesss..menyampah!

Untuk Muvee ni nak bagi 4.5/5 bintang..Korang lak?
Novel Diary of a Wimpy Kid the last straw sudah selamat abis dibaca.Dah lame beli tapi baru  abis bace.yelah busy kot,takde mase nak membaca.Asyik mengeluarkan idea je,Kali ni kene topup otak dengan pembacaaan pulak.

Diary of Wimpy Kid,Novel yang santai tentang kehidupan Greg Heffley,seorang budak yang selalu kene buli dengan abg nye Rodrick.Manny,adik Greg yang selalu menjengkelkan Grey dengan sikap manja tu.Dulu mase grey kecik,semua tak boleh..tapi manny semua pun boleh.Hidup dengan family yang penuh rules membuatkan Grey sentiasa mencari idea untuk buat sesuatu yang lebih baik untuk kebaikan dirinya tapi selalunye  memakan diri sendiri.

Di sekolah die bersahabat baik dengan Rowley yang agak childish dan die selalu mempergunakan Rowley untuk kepentingan diri sendiri.Greg jugak meminati seorang gadis bernama Holly tapi sampai ke sudah berbagai plan di buat untuk dapatkan Holly masih tak berjaya.Sampailah ade seorang gadis bernama Trista berpindah ke perumahan Greg..ape terjadi lepas tu?haruslah beli ye..kejam betul Fiza ni but I loves the last paragraph
"And I know it's really corny to finish with a happy ending,but it looks like I'm out of paper anyway,so I guess this THE END"
Sekarang mase untuk 'Confession o a shopaholic' pulak.

Sesuai lah untuk sesape yang shopaholic untuk menguruskan kewangan.Mase untuk topup otak dengan bahan bacaan pulak.Akhirnya dapat jugak novel Sophie Kinsella ni.Hari tu mase pegi BBW ade ternampak..tapi tak beli sebab rase cam tak best je..then ade pulak cakap Novel dari Sophie Kinsella ni best.

So,ade lanjutan BBW kat South City Plaza until 28Nov I guess.Mr A dapat belikan Fiza Novel Sophie ni.Thanks Mr A! Next time buy me more ok ^_________________^.Mr A dah mule buat mini library at home.Die dah abes bace novel twilight tu..pasni Fiza nak bace pulak! Excited tengok twilight breaking dawn malam semalam..takpe,pasni Fiza review walau ade yang dah review...tak kire,mahu jugak review!heee

p/s: Masih lagi keletihan pergi kenduri semalam tak sempat blogwaking...ngantok je rase.Nanti baru update ^_^
Salam Maal Hijrah untuk semua umat Islam.Tanamkan azam baru di tahun yang baru dengan penambahan setahun lagi usia.Semoga azam tahun ni lebih baik dan tercapai hendaknya.Selamat menyambut 1 Muharram 1433H.

Sama-samalah kite membaca doa  untuk akhir tahun 1432H dan awal tahun 1433H

Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu asar tanggal 29 atau 30 Zulhijjah sebanyak 3 kali. Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa selama setahun kebelakang. Berikut adalah doanya:

Doa Akhir Tahun 1432H
Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari padanya dan Paduka tidak meridhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu.
Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Paduka ridhai dan Paduka janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."
Fadilat doa Awal Tahun adalah membenteng diri dari gangguan syaitan. Barang siapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba'diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun. Berikut adalah doa awal tahun.
Doa Awal tahun 1433H 
Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau.
Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya denga anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."Amiin ya robbal 'alamiin...
Azam Fiza untuk tahun ni biarlah rahsia.Tahun lepas tak tercapai lagi..so,bawak ke tahun ni..harap-harap tahun ni tercapai..amin..Salam Maal Hijrah semua.


Cuti sekolah lame dah,bile nak balik kampung ni?cukup-cukuplah perasan nak jadi budak sekolah Fiza..bawak-bawak le ke alam sebenar..heh..Seronok balik kampung dapat makan macam-macam.Sape kate dok kampung ni kene makan pucuk ubi,ubi kayu,potato chips,ikan sungai,sayur peria dan selebihnya.

Ade orang kate,masakan kampung tak berkhasiat..banyak minyak,kolestrol banyak dan macam-macam lagi.tapi kalau rebus pucuk ubi dicicah sambal belacan..sedap gak kan..takde kolestrol tu.tapi effect die bibir akan jadi merah dan mungil macam angelina Jolie..takyah buat pembedahan kaca plastik pun.Free free je dapat..tapi mestilah ade tak makan sambal belacan kan..Fiza budak kampung,haruslah makan sambal belacan.tu pun kalau terasa nak makan la..kalau tak,takde nye nak usik sambal tu..

Orang bandar mesti tak makan masakan kampung kan..Nape ek?sape orang bandar jawab dalam hati je la..semua orang mesti ade taste masing-masing tak kirelah bandar ke kampung kan..citarasa masing-masing..ade orang kampung nak jadi bandar,ade orang bandar nak jadi orang kampung..lebih kurang camtu lah..terpulanglah

Ape yang penting,setiap kali balik kampung..mesti mak akan beli lauk best dan tukang masak adalah anak-anak.Anak-anak tersebut adalah kakak-kakak Fiza..Fiza dok tepi je..jadi supervisor..hahaha..bukan tak pandai tapi malas tunjuk bakat..akak masak lagi sedap,haruslah Fiza biarkan je die masak..jadik Co-chef pun dah ok dari master chef..hehe

Yang pasti kalau balek mesti ade santapan macam ni..sentap air liur..telan banyak-banyak ^__^.Ketam masak merah..tapi kalau goreng butter pun sodap kan!

Udang galah masak lomak cili api..goreng berlada pun laielah sodap..sampai menghirup kuah..
Aiii..dah rindu nak balik kampung ni.
Persoalan:bile nak balik kampung ni?

Pertanyaan:kampung korang kat ner?selalu masakan kampung ape yang best?