Showing posts sorted by relevance for query adsense. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query adsense. Sort by date Show all posts
10 Tips Lulus Permohonan Google Adsense | Sebenarnya ada banyak tips untuk lulus mohon google adsense hasil dari pembacaan melalui blog-blog yang berkongsi tips tersebut. Dari apa yang Fiza baca, kebanyakkannya berkongsi tips yang lebih kurang sama dan untuk entri ni Fiza akan kongsikan tips lulus permohonan Google Adsense melalui pengalaman sendiri.

10 Tips Lulus Permohonan Google Adsense

Untuk pengetahuan semua, Fiza bukan mohon sekali terus dapat. Malah dah gagal berbelas kali mohon google adsense, baru sekarang terima berita yang positif dari google adsense. Ada juga blogger yang mohon sekali terus dapat. Bergantung pada blog masing-masing. Syukur masih berpeluang menjana pendapatan melalui google adsense pula. Tak sia-sia blog berpuasa daripada nuffnang dan innity. Setiap kali permohonan Fiza di tolak atas isu-isu di bawah ni.
1. Make sure that your pages have sufficient text – websites that contain mostly images, videos or Flash animations will not be approved.
2. Your content should contain complete sentences and paragraphs, not only headlines.
3. Ensure that your website is fully built and launched before you apply for AdSense – do not apply while your site’s still in a beta or “under construction” phase or only consists of a website template.
4. Place the ad code on a live page of your website. It does not have to be the main page, but test pages that are empty except for the AdSense ad code will not be approved.
5. Provide a clear navigation system for your visitors so that they can easily find all of the sections and pages of your website.
Bila dapat masalah isu yang sama, berkali-kali juga Fiza perbetulkan dan mohon semula. Apa yang Fiza buat untuk selesaikan satu persatu masalah itu, antaranya :

10 Tips Lulus Permohonan Google Adsense

1. Mempunyai teks yang mencukupi dan entri yang berkualiti.

Untuk bahagian ni, Fiza unpublished segala entri yang kurang 300 patah perkataan. Jika ada masa, Fiza akan edit semula untuk cukupkan teks lebih daripada 300 patah perkataan.  Bukan sahaja entri yang kurang perkataan, malah entri giveaway, entri yang banyak gambar, entri yang ada video dan animation pun Fiza unpublished. Memang kerja yang agak leceh. Kata nak lulus, kena lah ada usaha sikit. Pastikan juga entri berkualiti dengan isi yang memberi maklumat atau memberi kesan kepada pembaca. Kau orang boleh kaji lagi macamana nak hasilkan entri yang berkualiti sebab definisi entri berkualiti ni Fiza kurang arif.

2. Entri Yang Lengkap

Pastikan blog kau orang mempunyai ayat dan perenggan yang sempurna. Bukan semata-mata ada tajuk dan gambar sahaja. Jika ada, unpublished segala entri yang hanya mempunyai gambar sahaja. Contohnya macam entri wordless wednesday.

3. Blog Yang Lengkap.

Pastikan juga blog telah sempurna sebelum mohon google adsense samada dari paparan komputer mahupun versi mobile. Jangan buat sebarang editing ketika proses permohonan.

4. Pastikan Tiada Masalah Untuk Letak Kod Iklan

Untuk mohon google adsense, kau orang akan di minta untuk letakkan kod iklan google adsense ke dalam layout blog untuk pemantauan blog selama mana proses permohonan dibuat. Tapi masa ni, iklan tidak akan muncul, cuma untuk tujuan trace sahaja. Jika kau orang ada masalah untuk letakkan kod iklan, Fiza sarankan kau orang tukar template blog kepada responsive blog. Rupanya selama ni gagal mohon google adsense disebabkan template blog yang tidak sesuai. Sebab tu ada masalah untuk letak iklan. Tak hairanlah kalau semua dah dibuat masih gagal, gara-gara masalah template blog sahaja sedangkan masalah lain dah selesai. Menyesal tak tukar template blog awal-awal. Buat rugi beli mahal tapi tak berbaloi. Jadi, buatlah pilihan template blog yang terbaik ye.


5. Pastikan Navigasi Blog Jelas

Untuk selesaikan masalah ini, wajib ada navigasi yang lengkap dalam blog. Dan pastikan paparan navigasi komputer selaras dengan dengan paparan mobile. Nak lagi lengkap, kau orang tambah gadget label/ tag untuk memudahkan pembaca mencari apa yang mereka mahukan dalam blog.

Selesai 5 masalah  yang kerap Fiza dapat yang menyebabkan Fiza gagal mohon google adsense selama ini. Untuk tambahan tips yang lain, sila teruskan membaca.

6. Tiada Entri Copy Paste

Jangan sesekali atau dua kali atau lebih ada entri copy paste. Jika ada, sila unpublished atau edit dengan menggunakan ayat sendiri.

7. Pastikan blog mempunyai About Me, Contact, Disclaimer, Privacy Policy dan Sitemap.

Untuk melengkapkan lagi blog kau orang, pastikan ada About Me, Contact, Disclaimer, Privacy Policy dan Sitemap. Ini untuk menyakinkan pihak google bahawa blog kau orang di yakini dan dipercayai.


8. Tiada Iklan Lain Dalam Blog

Fiza ada terbaca juga yang sebelum mohon google adsense, jangan letak iklan lain dalam blog. Kenalah berpantang dari sebarang iklan di blog semasa proses permohonan. Mungkin ini salah satu faktor gagal mohon dek kerana memberi saingan kepada google adsense.


9. Rajin Update Entri Secara Berkala.

Pastikan kau orang seorang blogger yang rajin update entri secara berkala, iaitu mengikut aturan dan jadual. Contoh paling bagus sehari sekali atau kalau terlebih rajin 3 kali sehari. Paling malas pun seminggu sekali. Tapi pastikan entri berkualit dan memberi impak kepada pembaca.


10. Blog Berusia 6 bulan

Pastikan blog kau orang telah berusia 6 bulan ke atas dan mempunyai traffik yang bagus setiap hari.

Bila dah lengkap semua tips di atas, bolehlah mohon google adsense dengan yakin. Fiza tak beri jaminan 100% kau orang akan lulus dengan mengikut tips melalui pengalaman Fiza. Fiza mohon pun gagal berkali-kali. Akan tetapi, kau orang boleh usaha sebab setiap orang pengalaman dan masalah berbeza setiap kali mohon google adsense. Jika masalah kau orang sama dengan masalah yang pernah Fiza hadapi, boleh rujuk entri  ni untuk selesaikan masalah tersebut. Sekurang-kurangnya perkongsian dari seorang newbie ni sedikit sebanyak dapat membantu juga. Betul tak? 

Kepada yang bertanya tips lulus permohonan google adsense, ini sahaja yang dapat Fiza kongsikan memadangkan Fiza bukanlah pakar google adsense. Baru nak bermula, akaun pun belum aktif dan iklan pun tak muncul lagi ni. Almaklumlah, saya budak baru belajar. Jika salah, tolong tunjukkan. Apapun, gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanya. Teruskan usaha sampai dapat. Faham? Ikutkan hati dan pengalaman susah payah Fiza, memang Fiza dah putus asa dah. Tapi demi mu google adsense, ku usahakan jua.

Bulan Mei hari tu punyalah seronok bila dapat email mengatakan permohonan google adsense dah di luluskan sepenuhnya. Blogger mana yang tak seronok bila dapat email macam tu kan. Tapi seronoknya tak sampai ke mana sebab ada masalah pula bila letak iklan, iklannya tak muncul-muncul dalam blog. Puas mencari sebabnya dan jalan penyelesaiannya.

Terpaksa mengacau beberapa orang blogger otai dalam bab google adsense ni. Terima kasih blogger Hasrul Hassan dan Wayne Harraz sebab rajin melayan soalan-soalan dan memberikan pertolongan. Walaupun masih belum jumpa jalan penyelesaiannya, Fiza sabar je menunggu kot-kot ada berlaku 'magic' tiba-tiba kan.

Berbulan Fiza tunggu dari bulan Mei sehingga September, iklan tak muncul-muncul juga. Mulalah nak salahkan template blog yang tak bermasalah ni. Memang template blog tidak bermasalah pun! Cuba juga cari jalan penyelesaiannya melalui pencarian di google. Bermacam keyword dah Fiza gunakan tapi hasilnya tetap sama. Kecewa! Eh, kau dah kenapa iklan tak nak muncul juga?

Blogger lain dapat full account dah boleh pergi jauh. Fiza??? Masih lagi tak berganjak tetap kat situ juga padahal dah dapat akaun lama dah. Bila nak move on ni? Okay, fine. Pujuk hati sendiri malas nak ambil peduli, pergi setia balik dengan innity. Gigih lah letak semula iklan innity.

Selepas beberapa bulan, Fiza tergerak hati untuk mohon semula google adsense sebab baru teringat pesanan blogger abg Hasrul Hassan suruh mohon semula selepas 2-3bulan kalau masih bermasalah dengan iklan.

Sebelum ni Fiza ada terbaca juga tentang hosted dan non hosted account cuma masih samar tak faham lagi. And then rasa macam dah faham sikit, baru lah Fiza tekad nak mohon baru menggunakan email yang baru. Nasib juga email tu dah buat agak lama juga sebagai back up. Email tu Fiza set kan jadi admin blog dan juga admin google analytics supaya senang nak link kan nanti.

Masalah utama iklan tak muncul di blog

1. Email Permohonan Pernah Gagal Berkali-kali
Setelah Fiza kenal pasti puncanya adalah email yang Fiza mohon sebelum ni dan yang telah lulus pada bulan Mei hari tu adalah email yang Fiza dah mohon berkali-kali tapi gagal. Maksudnya email tu dah banyak kali digunakan. Dari pembacaan Fiza, mungkin juga google memerlukan masa yang lama untuk memulihkan email yang dah berkali-kali gagal tu. Mungkinlah kot. Ini dari apa yang Fiza fahamlah. Fiza pun tak faham sangat bab ni dan buat-buat faham je.

2. Menggunakan Platform Blogger
Cara yang terbaik untuk memohon google adsense adalah melalui website google adsense terus tanpa melalui platform blogger. Bila mendaftar melalui platform blogger secara automatiknya akan menjadikan akaun google adsense yang telah approve kepada hosted akaun.

Hosted

pendaftaran akaun hosted melalui platform blogger atau youtube yang berkaitan dengan google. Setelah blog berjaya mendaftar, pemilik akaun hanya boleh meletakkan iklan di youtube dan blog sahaja dan tidak boleh meletakkan iklan di domain selain blogger seperti .com, .net, .org dan sebagainya. Jenis akaun hosted mudah lulus dan perlu mematuhi polisi yang telah ditetapkan oleh google.

Non Hosted

Pendaftaran secara terus melalui website google adsense. Pendaftaran jenis ni agak sukar untuk lulus sebab perlu melalui dua kali review. Kelebihan akaun non hosted boleh meletakkan iklan di blogspot, youtube dan juga domain-domain tertentu. Akaun jenis non hosted agak sensitif jika berlaku sebarang isu yang melanggar polisi.

Setelah faham kedua-dua jenis akaun ni, barulah Fiza faham kenapa iklan tak muncul-muncul dalam blog. Rupanya akaun tu jenis hosted. Sepatutnya Fiza perlu dapatkan account non hosted barulah iklan muncul dengan sewenang-wenangnya dalam blog. 

Fuhhhh..sebenarnya berat hati nak membuat keputusan untuk tutup akaun adsense yang dah lulus lama tu. Tapi pejamkan aje mata klik closed tu. Tak lama lepas tu Fiza cuba mohon google adsense melalui website dengan harapan berjaya dan tak sabar nak tengok iklan muncul. Dalam hati kalau tak muncul juga mungkin betul masalah template. Walaupun Fiza tahu ramai yang daftar melalui platform blogger takde masalah tapi bermasalah pada Fiza.

Jadi, dengan semangat berkobar-kobar Fiza mohon semula dua hari yang lepas. Kali ni Fiza mohon terus melalui website google adsense. Alhamdulillah pagi ni ada berita gembira, permohonan kedua telah diluluskan sepenuhnya. Tapi tak segembira yang sebelum ni sebab takut nak gembira sangat. Takut kecewa lagi. Yelah, dengar-dengar ada second review pulak.

Selepas set up semua yang berkaitan dan letak iklan, dalam beberapa minit iklan muncul walaupun belum aktif lagi tanpa sebarang perubahan kod iklan. Lepas sejam lebih baru aktif dan berjaya dapat $0.14. Akaun yang lulus sebelum ni, kalau nak iklan tu muncul dalam blog kena ubah kod dengan membuang kod slot. Muncul tu dah okay tapi bila ubah kod, performance report tetap 0. Masih lagi bermasalah kan.

Daripada menunggu je tanpa faedah, lebih baik move on mohon baru melalui jalan yang sepatutnya. Lega bila dah settle hal iklan ni. Harap-harap takde masalah dah lepas ni. Please lah google jangan strict sangat. Puas hati bila iklan dah berlegar-legar dalam blog.



Bila iklan dah muncul, kena meroket kan semula trafik blog untuk menambah pendapatan lebih. Semua blogger pun mohon google adsense ni. Nak mohon, boleh rujuk entri 10 tips lulus permohonan google adsense atau kau orang boleh dapatkan panduan lengkap tentang google adsense yang betul dari mula sehingga berjaya mencapai pendapatan yang banyak. Kalau tak, jadi macam Fiza guna ajaran sesat dari google yang belum sahih panduannya. Lebih baik rujuk pada satu panduan yang betul. Betul tak? Dalam panduan tu juga Fiza bertekad untuk mohon semula sebab kena ikut dari cara yang betul. Barulah semangat nak update blog lepas ni walaupun ada yang kata earnings google adsense dah tak semeriah dulu.

Blogger yang mempunyai masalah macam Fiza, jangan ragu-ragu dapatkan panduan lengkap adsense tu dan cuba mohon semula ye. Yang masih gagal, jangan bersedih. Usaha lagi dan lagi macam Fiza yang tak pernah usaha. Alhamdulillah ada hasilnya. Maaf, entri terpanjang pagi-pagi ni. Terima kasih yang gigih baca.
Mula-mula terjebak dalam dunia blogging, lansung tak fikir tentang nak jana pendapatan melalui blog. Orang kata menulis blog sekadar suka-suka dan mengisi masa yang ada je. Tapi sejak blogger di katakan mampu menjana pendapatan yang banyak, ramai yang mula berjinak-jinak menjadi seorang blogger dan blogger baru muncul dengan terlajak ramai sehinggakan ramai blogger lama mula menyepi. Mungkin? 

Ada yang kata tulis blog merugikan masa. Siapa kata? Sebenarnya tak rugi pun menulis blog ni sebab selain berkongsi ilmu yang ada untuk pembaca sambil-sambil tu boleh dapat pendapatan. Rugi ke untung macam tu? Mestilah untung kan! Jadi, ada banyak cara untuk jana pendapatan melalui blog masing-masing.

Salah satu cara untuk buat duit dengan blog adalah dengan meletakkan iklan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pengiklan yang ada. Lagi banyak kujuan pengunjung ke blog kau orang, lagi banyak lah syarikat pengiklanan akan bayar pada kau orang.

Perbezaan Pendapatan Nuffnang, Innity dan Google Adsense


NUFFNANG

Blogger mana yang tak kenal Nuffnang! Semua blogger mesti kenal sebab nuffnang adalah medium pengiklanan yang paling popular digunakan oleh blogger yang baru kenal dengan blogging. Ini kerana syarat untuk daftar akaun Nuffnang adalah percuma dan terbuka pada semua blogger tanpa syarat yang sukar. Jadi, semua blogger boleh letakkan iklan di blog setelah mendaftar akaun Nuffnang. 
Perbezaan Pendapatan Nuffnang, Innity dan Google Adsense


Pendapatan akan terhasil daripada Nuffnang berdasarkan CPUV ( Cost-Per-Unique-Visit) Campaigns dan CPC ( Cost-Per-Click) Campaigns. Pendapatan CPC biasanya dalam RM0.25 per klik. Lagi ramai pengunjung datang ke blog dan banyak klik iklan, lebih banyaklah nilai pendapatan daripada CPC. Kalau nak dapat pendapatan CPUV tinggi, bergantung pada selama mana kempen iklan tersebut berlansung. Semuanya bergantung kepada jumlah pengunjung yang datang ke blog setiap hari. 



Nak pendapatan lebih banyak? Kena pastikan pengunjung ramai datang ke blog kau orang. Sebab itu ramai blogger mementingkan jumlah trafik blog yang bagus untuk menggandakan pendapatan mereka. Pendapatan yang di bayar adalah dalam nilai MYR dan jumlah untuk cash out perlulah RM50+ RM1 untuk charge tambahan. Cheque akan di hantar dalam tempoh 1 bulan lebih kepada blogger dan di nasihatkan cashout pada hujung bulan kalau tak nak tunggu cheque dalam tempoh yang lama.

Selama dengan pengiklanan Nuffnang ni, Fiza berjaya menggumpul pendapatan hamper 3ribu dan berjaya cashout setiap bulan. Tapi setelah Fiza perasan pendapatan Nuffnang makin mengecil dan susah nak naik setiap hari, Fiza cuba mohon innity pula. Ye lah, letak iklan Nuffnang nak kumpul RM10 pun dah susah. Haruslah cari pengganti yang baru. Betul tak?

INNITY

Kemudian, Fiza cuba-cuba mohon innity yang di katakan memberikan pendapatan yang bagus juga kepada blogger. Permohonan innity tak semudah daftar Nuffnang. Kalau berminat untuk memohon innity perlukan pageviews sebanyak 200,000 dan jumlah unique visitor mestilah 40,000 setiap bulan. Ada juga syarat-syarat lain yang perlu di patuhi untuk lulus innity. 

Perbezaan Pendapatan Nuffnang, Innity dan Google Adsense

Apa yang untungnya dapat innity adalah bayaran yang mahal untuk setiap klik dan view. Yang tidak menguntungkan pula, ada masanya innity tidak akan mengeluarkan iklan. Innity juga di bayar dengan nilai MYR.

Pada mulanya agak teruja letak iklan innity dalam blog. Isi iklan pun unik dan tak sama dengan iklang Nuffnang sebelum ni. Iklan lebih menarik dan boleh di paparkan dengan pelbagai cara seperti pop-up, full screen dan sebagainya. Masa mula-mula letak agak terasa jumlah pendapatan banyak meningkat hari ke hari berbeza dengan Nuffnang. Dapat lah juga cashout lebih kurang 2 kali. Cash out limit pula perlukan sebagai RM100 dan perlukan RM1 extra untuk charge tambahan. Tidak memerlukan cheque tapi akan terus di masukkan ke dalam akaun bank. Tempoh pembayaran lebih kurang 2 bulan.

Ingatkan hari semakin hari pendapatan makin kencang. Rupanya tak! Lama-lama dia jadi macam nuffnang juga. Hari berganti hari jumlah peningkatan dia hanya nilai sen-sen je tak macam masa letak dulu boleh dapat beringgit-ringgit sehari. Kecewa!

ADSENSE

Fiza cuba pula adsense yang memang tahap susah nak lulus ni. Pendapatan dia memang lumayan dan berebut-rebut blogger cuba nak dapatkannya!. Nilai yang dibayar dalam USD memang lumayan beb! Baca 10 tips lulus permohonan google adsense yang pernah Fiza kongsikan sebelum ni atau boleh dapatkan panduan lengkap google adsense. 

Perbezaan Pendapatan Nuffnang, Innity dan Google Adsense

Fiza telah cuba berbelas-belas kali dalam masa 2 tahun mohon google adsense baru dapat akaun google adsense sepenuhnya. Gigih tak gigih usaha Fiza tu! Bila dah dapat, syukur Alhamdulillah. Pendapatan seharian sangat menguntungkan! Sehari boleh dapat berbelas ringgit! Kalau trafik blog lebat, mungkin boleh dapat puluhan atau ratusan ringgit setiap hari. 

Untuk cashout limit google adsense adalah sebanyak 100USD. Sebelum tu, perlu mendapatkan 10 USD terlebih dahulu untuk mendapatkan kod verification yang akan di hantar ke rumah untuk tujuaan pengesahan alamat. Tempoh masa penghantaran surat berserta pin kod adalah selama 2-4 minggu. Almaklumlah surat daripada oversea. Selepas masukkan pin kod nanti, perlu capai 100 USD untuk cash out.

Pendapatan akan dibayar melalui cheque atau transfer online. Kau orang boleh pilih salah satu mana yang lebih memudahkan. Katanya kalau dibayar guna cheque akan di kenakan charge tambahan dan tempoh masa agak lama. Kalau transfer online, tiada charge malah tempohnya lebih singkat. Of courselah Fiza akan pilih bank transfer je.

Buat masa ni Fiza masih menunggu pin kod daripada google adsense. Syukur dalam masa 5 hari berjaya mengumpul 10 USD tu dan perlu kumpulkan 100 USD untuk cash out. Bayangkan 100 USD berapa banyak kalau convert kepada MYR? 4 kali ganda jumlahnya kan. Tak sabar pulak! Lepas tu baru boleh cerita kisah google adsense seterusnya.


Alang-alang dah berblog tu, rugilah kalau tak cuba letak iklan kan. Untung-untung boleh tambah duit poket. Betul tak? 
Perjalanan bersama google adsense terus berjalan dengan lancar. Berbaloi usaha berkali-kali apply google adsense. Berbaloi dengan kesabaran dan berbaloi dengan usaha untuk apply walaupun berbelas kali kecewa. Dah faham benar erti penyesalan tapi masih tak putus asa. Boleh baca sebab-sebab gagal permohonan google adsense

Dah bermacam cara cuba untuk lulus adsense dan akhirnya berjaya lulus juga ikut 10 tips lulus permohonan google adsense. Bila dah lulus ada masalah iklan tak keluar pula disebabkan konflik akaun hosted. Disebabkan itu, terpaksa closed akaun yang dah lulus tu kemudian apply semula melalui website google adsense menggunakan email yang lain dan akhirnya iklan google adsense muncul dengan jayanya. Alhamdulillah..itu pun dah cukup rasa bahagia. 

Seterusnya misi untuk mencukupkan earnings 10 USD untuk proses mendapatkan PIN (personal Identification Number) kod daripada google adsense untuk membolehkan proses cashout setelah cukup nilainya. Permohonan baru google adsense Fiza lulus pada 14 September 2017 dan Fiza letak iklan pada 15 September 2017 terus terpapar dalam blog.

19 September 2017 earnings telah mencapai 10 USD dan pihak google telah mula menghantar PIN yang berbentuk surat ke rumah untuk pengesahan alamat. Cukup je 10 USD, pihak google akan terus hantar surat ni dan beritahu kau orang dalam akaun google adsense tu. Surat dari oversea ni agak berdebar-debar nak tunggu sampai. Risau juga kalau tak sampai-sampai. Diberitahu surat akan sampai 2-4 minggu dari tarikh yang di hantar dan daripada pengalaman blogger-blogger lain lebih kurang dalam 2 minggu dah sampai.


Surat PIN kod Fiza sampai pada 30 September 2017, hari sabtu lepas. Seminggu lebih jugalah baru sampai. Fuhh..lega bila nampak surat ni dalam peti surat. Hati berbunga-bunga lain macam! Dah masukkan PIN pengesahan alamat, settle satu kerja. Seterusnya, untuk cash out perlu lebih gigih lagi untuk dapatkan 100 USD barulah boleh cash out. 

Fuhhh..mencabar juga tu. 10 USD pun semput nak dapatkan. Jangan putus asa sudah lah. Kalau berusaha, berdoa dan seterusnya tawakal. Kalau dah itu rezeki kita, milik kita juga akhirnya. Cuma cepat atau lambat je. Allah tahu masa yang terbaik untuk kita dapatkan dan gunakannya. Betul tak? 


Awal pagi hari ni dapat berita yang mendukacitakan hati ini. Bukan hari ni je dapat berita sedih, setiap kali buat permohonan google adsense mesti gagal. Rasanya nak dekat sepuluh kali juga Fiza mohon dan kali ini masih juga gagal.

gagal permohonan google adsense

Sebab-sebab gagal permohonan adsense telah diberitahu dalam email. Alasan yang sama juga setiap kali dapat email sedangkan Fiza dah perbetulkan segala apa yang telah diberitahu. Masih juga gagal??? Siapa yang tak kecewa kalau usaha selama ini gagal.

Usaha mencari maklumat melalui google "Cara Untuk Lulus Adsense" semuanya memberikan tips yang sama. Dan dah tentu Fiza cuba semua tips yang dikongsikan. Ada juga Fiza bertanya pada otai-otai blogger tapi masih kecewa juga sebab belum berhasil juga. Nak tanya mereka lagi macam segan. Jarang orang nak bagi ilmu percuma. Tapi Fiza berterima kasih pada mereka yang berikan tunjuk ajar dan ilmu dengan percuma. Cumanya mungkin belum ada rezeki Fiza bersama adsense lagi. Mungkin akan datang dia akan datang juga agaknya lah.

Buat masa ni Blog Fiza sedang berpantang tanpa iklan nuffnang dan iklan innity yang dua-dua pun sendu sampai sekarang. Kalau tak letak, takde income. Kalau letak earnings tak jalan pun tak mendatangkan faedah juga. Serba salah dibuatnya. 

Cemburu tau tengok rakan blogger lain berjaya bila mohon adsense. Boleh kongsikan tips tak? Setakat ni Fiza dah buang iklan, dah revert to draft mana-mana entri yang berkaitan dengan giveaway, yang banyak gambar, yang tak cukup perkataan, yang ada gambar dan link download. Sampai ada error 404 banyak dalam webmaster tools dashboard. Hari-hari kena clearkan. 

Tak cukup dengan itu, setiap entri Fiza usahakan tulis lebih dari 300 patah perkataan dan letak 2-3 keping gambar sahaja. Apa lagi yang tidak Fiza usahakan? Traffik blog okay je takde masalah. Adakah artikel masih tidak berkualiti lagi? 

Eh, bukan itu saja masalahnya. Siap ada pakej tak boleh letak iklan google adsense di layout blog. Keluar error " Could not save earnings setting"dan bila add iklan secara manual keluar pula "Please correct the errors on this form".Dah macamana nak selesaikan masalah ni?

Semasa mohon adsense kena letak iklan dulu dalam blog kan? Ke selepas approve baru letak iklan tu? Fiza pun dah confused sebab banyak sangat pemahaman dari hasil cariaan google tu. Tak tahu nak rujuk mana satu. Kalau ada yang otai adsense yang sudi membantu, Fiza alu-alukan sangat komen kat bawah ni. Jasa anda amatlah dihargai. Tak nak kecewa dah. Andai kata di kecewakan lagi, masih tetap juga usaha. Tapi kalau dah berpuluh kali usaha, terpaksalah mengaku kalah. Anggap sahaja bukan rezeki.

Zaman sekarang ramai yang suka buat duit secara online terutamanya blogger. Kebiasannya blogger buat duit online dengan memaparkan iklan di blog dan salah satunya dari Google Adsense.
Publishing business (Google Adsense) adalah salah satu internet business yang telah diperkenalkan oleh Google Inc sejak dari tahun 2003 dimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya memaparkan iklan advertiser diblog anda. Bila Iklan tersebut muncul di Blog atau website anda dan pelawat klik iklan tersebut, anda akan dibayar komisyen oleh Google Inc dengan nilai USD. 

Bila nilai dalam USD tu dah tentu banyak nilainya kan. Tapi sebagai orang baru dalam dunia blogger dah tentu pengetahuan kita zero bab memilih pengiklanan yang terbaik. Memandangkan Google Adsense salah satu pengiklanan yang menjana pendapatan yang lumayan, ramai yang berebut nak memohon pengiklanan dengan google adsense.


So Fiza kongsikan disini reference paling bagus Cara buat duit dengan Google Adsense @ Jana Wang Adsense. Boleh belajar dari zero sehingga dapat jana pendapatan. Bagi yang berminat boleh dapatkan E book buat duit  dengan adanya penduan lengkap Raja Adsense Revive ni.

Dalam pakej lengkap tersebut ditunjukkan cara yang mudah  langkah demi langkah, cara demi cara dan teknik demi teknik bagaimana menjana pendapatan secara online melalui google adsense.

Pakej ini akan menunjukkan bagaimana mendapatkan niche market yang menguntungkan dan juga cara bagaimana blog dapat menguasai muka depan pertama enjin pencari Google. Anda tidak akan dapat menjana pendapatan Google Adsense sekiranya blog anda tidak mendapat trafik dari pengunjung.

Oleh kerana itu sangat penting untuk menguasai teknik bagaimana mendapatkan blog anda boleh berada di muka hadapan Google apabila pengunjung mencari maklumat berkaitan dengan kandungan blog anda.

Tak rugi melabur modal yang sedikit untuk jana pendapatan akan datang. Kira berbaloi lah kan dapat duit dari hasil berblog kalau tahu cara yang betul.

Blogger mana yang tak suka bila permohonan google adsense diluluskan. Of courselah suka! Alhamdulillah syukur dapat juga merasa kegembiraan bila permohonan berjaya bulan pertengahan bulan September tahun lepas setelah berbelas kali mohon. Memang gigih benar nak lulus google adsense tu.Bila dah berjaya, iklan pun dah muncul dalam blog memang lebih semangat nak update blog. 

Hujung bulan September tu dapatlah dalam $3+ macam tu. Okaylah kan untuk setengah bulan. Bulan berikutnya, bulan Oktober berjaya dapatkan $6+. Sayangnya tak dapat proceed payment sebab tak cukup $100. Lagi sikit je lagi nak cecah angka $100 tu sebenarnya. Terpaksalah carry forward bulan November pula. Bulan November dapatlah lebih kurang $7+. So total jadilah $167.56 untuk payment pertama daripada google adsense.

So, hujung bulan November barulah dapat proceed payment atau biasa blogger cakap casout. Tapi untuk google adsense tak perlu cashout pun. Bila dah capai $100 tu memang automatik terus proceed payment pada hujung bulan. Lebih mudah kan?

Fiza guna kaedah wire transfer to bank. Masuk terus dalam bank tak perlu cheque bagai tapi of courselah ada deducted charge untuk proses transfer tu. Takpelah, yang penting memudahkan kerja. 21hb Disember Fiza dapat email daripada google adsense inform yang payment akan dibuat. 23hb macam tu dah clear masuk bank. Lebih kurang dalam masa 3 minggu lah.

Pertama kali nak dapat payment daripada google adsense memang excited sikit. Risau juga sebenarnya kalau payment sangkut ke apa kan. Alhamdulillah., takda masalah. Tahu-tahu je duit dah clear dalam bank. Merasa akhirnya duit daripada google adsense. Lepas ni harap-harap berkepuk-kepuklah untuk tahun 2018. Kena rajin buat entri yang berkualiti lah nampaknya ye.
Kalau dapat capai $100 setiap bulan lagi untung kan? Bolehlah cashout dapat duit setiap bulan sebagai gaji sambilan. Well, kenalah usaha lebih gigih. Kalau tunggu je mana nak dapat. Betul tak? Syukur untuk payment pertama ni. Berjaya balas balik penat selama berblog.

Sekali kali syukur dan tahniah buat diri sendiri sebab pendapatan google adsense dah mencecah 10 usd pada hari kelima letak iklan selepas iklan keluar sejak 15hb September yang lepas untuk permohonan google adsense kali kedua. Agak jenuh juga nak menunggu sehingga 10 usd tu. Bila dah mencecah angka 10 usd, pihak google akan mula menghantar surat beserta pink kod untuk pengesahan alamat. Kemudian bila angka pendapatan dah mencecah angka 100 usd barulah boleh keluarkan pendapatan yang ada.


Bila dah sampai 10 usd, akan keluar tanda merah dalam akaun google adsense macam bawah ni. Tandanya kita belum buat pengesahan alamat lagi. Tindakan selajutnya kena tunggu pin kod sampai dulu, kemudian baru lah boleh buat pengesahan. Buat masa ni biarkan je macam tu.

Your payments are currently on hold because you have not verified your address.

Katanya penghantaran surat pin kod akan mengambil masa 2-4 minggu untuk sampai ke rumah. Dalam masa tu bolehlah pulun kumpul sehingga 100 usd. Untung-untung bila dah sampai pin kod dan buat pengesahan alamat, boleh proceed untuk pengeluaran duit pula kan.

Harap-harap proses penghantaran berjalan dengan lancar hendaknya. Aaminn. Google adsense ni perlu di jaga sebaiknya. Takut kalau kena banned dan lain-lain kes. Bukan senang nak dapat. Tapi sekarang macam mudah je semua blogger nak dapat. Jadi, yang belum dapat tu sila cuba sampai dapat dan kita boleh buat duit sama-sama. 

Bila dah dapat google adsense, banyak juga tapisan iklan perlu di tapis seperti iklan Nightbars, minuman alkohol, rokok dan sebagainya. Benda negatif ni kita kena tapis sebaiknya, jika tidak menggalakkan orang lain supaya beli. Tapi kadang-kadang ada juga terlepas keluar iklan yang tak sepatutnya. Itu Fiza tak pasti dari kategori mana datangnya. Rasanya dah buat tapisan habis-habisan dah. Kalau terkeluar juga tak tahu nak tapis macamana dah sebab automatik.

Blogger yang teringin nak mohon google adsense boleh rujuk entri 10 tips lulus permohonan google adsense. Cuba je dulu, mana tahu rezeki kau orang. Kalau tak cuba lagilah rugi. 
Blog personal Fiza ni yang niche dia tak tetap pendirian agak mencabar nak dapatkan earnings adsense yang lumayan. Nak fokus pada satu-satu niche tu bukan lah mudah. Kalau nak fokus pada resepi masak memasak boleh je tapi macamlah hari-hari memasak benda yang lain. Kadang kita ni rotate menu yang sama je. Sekali sekala je masak menu yang berbeza. Bila rajin ambil gambar je baru masuk dalam blog.

Alasan je kan! Padahal boleh je. Tapi yelah, kena sedar kemampuan diri dengan masa dan kerja lain. Makanya, kita fokuskan pada blog yang satu ni je. Bukan Fiza tak ada perancangan pun. Ada perancangan nak fokus niche masakan. Dah siap pun blog masak cara Fiza. Tapi itulah tak berupdate sebab tak berapa nak ada masa. Jadi, semuanya disatukan dalam blog yang ni je lah. 

Performance blog ni ada pasang surutnya kan. Kejap traffik okay kejap traffik merundum. Semua tu memberi kesan juga pada earnings adsense dan pengiklanan yang lain juga. Selama letak adsense ni biasanya 2 bulan sekali baru capai had untuk dapat payment. Kadang tu sipi je lagi nak cukup 100 USD. Tapi tak dapat juga, sudahnya kena campur dengan earnings bulan depan barulah melebih had payment.


Alhamdulillah, rezeki penutup oktober adsense melebihi 100USD buat pertama kalinya dalam masa sebulan dan melebihi had juga. Bulan lepas hampir nak capai 100 tapi tak ada rezeki. Syukur sangat ada rezeki lebih bulan depan. Dalam zaman kos hidup meningkat ni memang kena ada duit lebih. Tak boleh nak rasa selesa sangat.

Hasil usaha yang berbaloi dalam sebulan dua ni kena gigih update dan juga rajinkan blogwalking untuk naikkan traffik juga. Lagipun rindu zaman blogwalking dulu-dulu. Sekarang ni buat semula tradisi zaman kemeriahan blogwalking. Give and take macam tu. Nak harapkan job projek review sahaja tak boleh lah. Lagi-lagi blogger yang 'stand alone' ni. 

Lagipun sekarang macam-macam syarat untuk projek review ni. Mana yang memenuhi syarat dan mana yang mampu Fiza buat je baru ambil. Yang banyak sangat syarat dan bayar kurang nak suruh buat macam-macam tu memang taklah Fiza ambil. Lagi satu, produk review kena pilih juga ye. Jangan sebarang ambil produk terutamanya produk kesihatan dan juga produk kecantikan yang timbang kilo tu. No! no! no!

Opss...terbebel panjang dan terlari tajuk! Fiza tak ada tips untuk naikkan earnings ni sebab tak arif dan anggap ni satu rezeki. Pening juga nak faham segala term dalam adsense ni. Kalau google cara nak naikkan earnings tu, nak memahami tu ambil masa. Apapun kena rajin dan usaha. InshaAllah ada hasilnya nanti.

Aduhai, baru je nak merehatkan diri tapi tiba-tiba muncul pula masalah google adsense earnings at risk sejak dari malam semalam dapat email. Kau dah kenapa google adsense? Ingatkan tak perlu hadap dah isu iklan google adsense tak keluar dalam blog. Terpaksalah keluar dari zon rehat dan kena selesaikan masalah ni. Kalau tak, tak senang hati dibuatnya! Ada blogger lain dapat message macam ni juga tak?

Earnings at risk - One or more of your ads.txt files doesn't contain your AdSense publisher ID. Fix this now to avoid severe impact to your revenue.


Kalau kau orang guna hosting sendiri mungkin mudah kerja dan dapat selesaikan masalah cepat. Tapi memandangkan guna platform hosting blogspot ni jadi macam buntu nak buat macamana sebab perlu masukkan ads.txt dalam akaun hosting. Dari apa yang Fiza google kebanyakkannya menggunakan hosting yang dibeli.

Kemudian Fiza tanya pada service domain dan dia share untuk solve masalah tu dengan cara macam ni. atau boleh rujuk https://support.google.com/blogger/answer/1269077#adstxt

Cara Selesaikan Masalah Earnings at risk - One or more of your ads.txt files doesn't contain your AdSense publisher ID. Fix this now to avoid severe impact to your revenue untuk blogspot.


1. Sign in to Blogger.
2. click Settings.
3. click Search preferences.
4. Monetization>>Custom ads.txt dan click Edit.
5. Click Yes.
6. Copy code snippet yang diberikan dalam message alert and paste dalam text box.
Click Save settings.

Fiza dah buat cara tu tapi iklan masih belum muncul. Kena tunggu dalam masa 24 jam dan harap-harap settle lah masalah ni. Ada sesiapa pernah ada masalah macam ni tak untuk platform blogspot dengan pembelian domain? Kalau ada, boleh share cara untuk selesaikan masalah ni dalam kotak komen dibawah. Terima kasih banyak-banyak kepada yang sudi membantu.

Tak tahu lah kenapa tiba-tiba muncul masalah ni sedangkan tak ubah apa-apa pun memandangkan masa hadap blog pun kurang baru-baru ni. Mungkin suruh rajin update blog kot?

Update terkini : iklan dah muncul dalam blog. Alhamdulillah

Ye, memang susah nak setia pada satu template dan design blog untuk selamanya. Paling tidak pun Fiza akan bertukar setahun sekali untuk berikan mood dan semangat baru pada blog. Walaupun Fiza boleh design blog akan tetapi tidaklah kerap tukar template blog. Tahukah kau orang kesan akibat daripada bertukar template blog? Fiza kongsikan sedikit pengalaman Fiza yang baru-baru ni baru tukar template blog. Ada yang perasan tak? Ke tak perasan sebab lebih kurang sama dengan template sebelumnya. 

Kesan Akibat Tukar Template Blog

Blog Fiza masih mengekalkan warna merah jambu barulah selari dengan nama blog dan masih menggunakan template blog yang minimal. Nak tahu apa kesannya selepas Fiza bertukar template blog. Baca bawah ni.

1. Trafik Blog Blogspot Menurun Secara Mendadak

Selepas Fiza bertukar template baru, secara automatik dan secara drastiknya trafik blog yang setiap hari berpuluh ribu menjadi ribu-ribu je setiap hari. Dasyat sungguh kadar penurunan trafik tu. Mungkin ambil masa untuk kembali kepada trafik yang sebelumnya. Rasa macam kena bermula dari bawah pula. Tapi takpelah, nak berjaya memang kena bermula dari bawah. Walaupun sekadar trafik blog dari dashboard blogspot ni tak memberi jumlah yang tepat tapi ada kesan juga kepada semangat nak menulis tu. Kurang semangat kalau tengok jumlah mengecil je.

2. Trafik blog google analytics Naik secara konsisten

Walaupun jumlah trafik blogspot menyedihkan akan tetapi berdasarkan kiraan yang lebih tepat melalui google analytics memberikan semangat semula sebab trafik blog semakin meningkat dari hari ke hari. Seronok tengok perubahan trafik meningkat.

3. Jumlah Bounce Rate Mengecil

Bila trafik meningkat, makanya jumlah bounce rate makin mengecil. Bayangkan sebelum ni kalau guna template lama bounce rate 8+.++% susah sangat nak mengecil. Tapi sejak tukar template baru ni terus bounce rate jadi 14.++ %. Kalau dapat kecilkan lagi jumlah tu bawah 10 lagi bagus.

Itu antara yang Fiza perasan selama seminggu lebih menggunakan template baru yang responsive dan mesra SEO beli dari etsy. Apapun semuanya bergantung pada jenis template yang kau orang gunakan. Template sebelum ni dah okay sebenarnya. Beli mahal pula tu tapi sayang ada masalah tak boleh nak letak iklan google adsense. Demi kerana nak apply google adsense, Fiza ambil keputusan untuk tukar template. Alhamdulillah tiada masalah dengan iklan cuma menantikan jawapan positif dari google adsense. Harap-harap permohonan kali ini diterima. Terpaksa puasa sekejap dari iklan nuffnang dan innity. Kalau masih belum ada rezeki, kena fikir dulu nak teruskan letak nuffnang dan innity atau tidak sebab Fiza perhati earnings makin semput.

Sebenarnya setiap template tu ada kesan baik dan buruknya kepada performance blog. Kena bijak memilih. Tapi kalau macam Fiza ni lebih memandang kepada template cantik je sebab nak hadap hari-hari. Soal performance macam kurang ambil kisah je. Tapi kalau ada masalah, tahu pula nak tukar template blog kan. Well, yang simple je lagi bagus. Sesuai untuk semua pembaca. Tapi kalau yang tak suka warna merah jambu tu tak boleh nak kata apa lah.



Hati berbunga-bunga bila cheque Nuffnang sampai. Blogger mana yang tak seronok kalau dapat duit hasil daripada blog. Seronok ya amat! Alhamdulillah. Walau berapa pun jumlahnya, sekurang-kurangnya dapat tambah duit belanja sikit daripada takde. Kalau tahun lepas boleh di katakan setiap bulan ada rezeki Fiza cashout duit Nuffnang ni. Tapi tahun ni rezeki Nuffnang agak berkurang.

Ramai antara blogger yang kecewa dengan Nuffnang disebabkan earnings yang sangat-sangat slow. Kalau dapat CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) campaign pun, kenaikan earnings setiap hari sen-sen je. Bayangkan CPUV campaigns dapat pada 28 Feb 2017 dan jumlah earnings pada 16 March 2017 hanya RM1.48 je. Cuba kira berapa hari kumpul untuk dapat RM1.48 tu. Agak-agak berapa hari pula nak kumpul limit cash out tu? Confirm lah berbulan-bulan baru dapat cash out lagi. Sedih kan? itulah sebabnya ini cheque nuffnang yang terakhir mungkin. Mungkinlah.


Setakat ni Fiza masih letak lagi 1 iklan Nuffnnang dalam blog disebabkan tiada iklan yang baru. Fiza masih dalam proses permohonan google adsense. Ini entah kali ke berapa Fiza apply entah. Harap-harap kali ni dapat lah. Aaaminn... nak jugak merasa income dari google adsense pula. Iklan innity pun dah makin slow juga. Bila dua-dua dah slow memang kena cari alternatif lain la untuk income dari blog ni. Dari ruang terbiar kosong, baik letak sesuatu yang lebih mendatangkan hasil.

Korang ada cadangan tak nak apply pengiklanan apa lagi selain google adsense yang boleh mendatangkan hasil yang lebih baik? Kalau ada meh la share kalau sudi. Kalau takde, terpaksalah setia bersama Nuffnang. Nak merajuk pun bukan Nuffnang naikkan eranings pun kan. Ramai blogger yang dah say bye bye kat Nuffnang. Kebanyakkannya macam nak melepaskan Nuffnang terus. Tak tahu nak kesian kat Nuffnang ke nak kesiankan diri sendiri. Bertabahlah dengan apa yang jadi. Moga ada rezeki yang lebih baik akan datang. Harap-harap begitulah. Yang penting, berusaha selagi boleh. Jangan cepat kecewa okay! Percaya pada rezeki masing-masing.

Jarang sekali tukar template blog sebab kerja menghadap coding tu boleh buat pening kepala dan berlamaan depan dekstop tu. Selagi tak menjadi selagi tu lah akan cuba sampai berjaya buat template blog tu puas hati. lagi-lagi template beli online, lagi susah nak faham struktur coding dia sebab berbeza dengan yang basic. Silap buat, boleh nangis okay!

Bukan saja-saja tukar template blog sebab Fiza suka gila dengan template sebelum ni. Unique template dan harga template pun costly jugalah pada Fiza. Lama juga bertahan dengan template sebelum ni. Kalau kau orang masih ingat lah template blog lama. Tapi terpaksalah melepaskan pergi sebab template tu entah kenapa not mobile friendly pula dah. Padahal tak usik apa pun. Template pun responsive je sebenarnya kalau test. 

Template baru September 9, 2019

Almaklumlah sekarang ni google strict betul ye macam cikgu besar sekolah. Tukar rules baru lah apa lah. Yang zero knowledge ni terkontang kanting menggoogle nak solve problem. Sudahnya kita kasi tukar itu template blog je senang! Nak tak tak terpaksalah Fiza tukar kepada template baru yang lebih cepat loading dan responsive.

Ye, ada hikmahnya sesuatu tu terjadi kan. Akhir-akhir ni Fiza perasan traffik blog kurang dan earnings adsense turun tak pasal-pasal. Lepas check itu ini katanya tak mobile friendly, slow dan sitelinks pun tak ada kat google dah. Aduhaii, nak pitam sekejap! Sebelum ni elok tiba-tiba dia buat hal. Redha je lah tukar baru walaupun tahu traffik akan turun selepas tukar template baru.


Okay takpe, fikir positif je lah Fiza oii. Apa nak fikir lagi kan? Jadi, Fiza beli lah template yang rasa okay untuk new look blog Fiza ni. Fiza pilih minimalist design dan cepat loading. Tak letak banyak widget sebab tak nak beratkan blog lagi. Cukuplah tampung berat badan sendiri je. So macamana template baru? Loading, jenis tulisan, warna dan semuanya okay tak? Boleh berikan pendapat kau orang tentang template baru ni untuk perbaiki mana-mana kekurangan. Terima kasih.

Hikmahnya tukar template baru ni, traffik tak turun pun tapi makin meningkat dan earnings pun meningkat juga. Alhamdulillah syukur dan lega tak perlu susah fikir lagi macamana nak solve. Itulah kadang menjadi kadang tak. Syukur Allah permudahkan urusan. Boleh blogging macam biasa dah. Harap boleh kekal lama momentum berblog ni.


Ye, bulan Mei dah separuh bulan barulah terhegeh-hegeh nak update. Sumpah sibuk ya amat! Sibuk dengan tempahan sampul duit raya hipster sampai blog pun terabai lamanya. Lagi satu disebabkan earnings adsense lebih memberansangkan kalau tak update blog berbanding update blog. Itu yang jadi lagi bertambah "Erm, biarlah blog tu janji earnings naik". Entah, tak faham juga kadang tu naik turun earnings.

Bukan apa, itu salah satu cari duit poket tepi sesambil berblog daripada orang kata buang masa tu. Buang masa tak buang masa, sekurang-kurangnya ada faedahnya lah. Berkesempatan jugalah nak update blog bulan Mei ni lepas dah settle hampir semua tempahan. Barulah dapat menaip sikit-sikit pun jadilah daripada sunyi terus hampir sebulan ni. Of course tak ada yang rindu. Tapi dah nama blog personal haruslah nak update apa yang patut walau sembang kosong. Kan?


Tak lupa juga nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Pejam celik pejam celik je nanti dah nak raya dah kan. Sementara berkesempatan menikmati bulan Ramadhan ni, buatlah dan doalah yang baik-baik ye. Kesabaran tu paling penting dalam bulan Ramadhan ni kan? Bulan Ramadhan memang menduga kesabaran kita, itu yang kena sabar banyak-banyak dalam segala hal. Moga diberi kesabaran yang kuat.


Dan bila hampir separuh bulan Mei ni juga menandakan hampir separuh bulan ramadhan kita berpuasa. Makanya, bermulalah juga kesesakan di shopping mall selain di bazaar Ramadhan. Jangan tanyalah kenapa sesak sebab masing-masing sibuk shopping untuk persiapan raya. Persiapan raya Fiza satu apa pun tak ada lagi ni. Nanti-nanti baru fikir. Biasalah last minit siap gitu.

By the way, nanti dah free Fiza balas jejak kau orang eh? Masih di fasa sibuk dengan kerja yang ada. Rindu nak menaip di blog ni sebenarnya tapi  itulah disebabkan masa dan kesibukan terpaksa merelakan blog sunyi seketika. Till then~
Bila april, dan bila april. Ha sambung! Bulan April datang terus teringat lagu Dato' Fazley tu. Hello April! Bulan March dah berlalu pergi dengan mencatatkan rekod bulan paling malas Fiza update blog. Boleh di kira berapa kerat je entry untuk bulan March. Aduhaiii, mana datang malas tu dengan tiba-tiba tak diundang. Tapiiii... dalam tak update entry tu earnings adsense meningkat dengan jaya. Yeay!


Bila earnings meningkat, memang bertambah malas lah nak update blog. Kadang tu diri sendiri jemu dengan entry sendiri. Mungkin ada juga yang dah bosan sebab entry review je memanjang. Well, nama pun blog tempat berkongsi segala yang nak dikongsi. Entry review Fiza tak semestinya yang berbayar sahaja. Ada je yang Fiza review hasil daripada pembelian dan bila produk tu okay why not share pada kau orang juga kan.



So, bulan april harap terlebih rajin lah nak update blog. Jangan hot hot chicken poop je Puan Fiza ye. Bulan april bakal sibuk dengan kerja sebelum berehat di bulan puasa nanti. Tak lama je lagi nak masuk bulan Ramadhan. Masing-masing dah mula berpuasa sunat di bulan rejab. Lepas ni masuk Syaaban dan Ramadhan pun menyusul.

Sepi dua hari tak update blog. Kemanakah momentum rajin yang dulu-dulu tu Puan Fiza? Mood blog makin parah dah ni. Nak update, tak tahu nak update apa? Masa nak update beria dan ada mood, sibuk pula takde masa. Ada je halangannnya. Lagi satu, kalau update blog earnings adsense macam tak naik mana pun. Tapi kalau tak update, elok je maintain setiap hari. Susah juga ya nak update artikel yang berkualiti yang selalu orang cari.

Tapi tapi tapi, kalau makanan sedap sentiasa orang cari walau dimana jua berada. Betul tak? Kalau pergi mana-mana mesti nak cuba rasa makanan yang sedap. Lagi-lagi yang viral. Kalau kau orang tersinggah di Paroi, silalah cuba rasa masakan western di Restoran Pitch & Chip berdekatan dengan Komples Sukan Paroi.

Sejak menetap di Seremban ni lagi husband dah bawa makan di Restoran Pitch & Chip. Pernah jugalah kedai ni tutup buat sementara waktu mungkin disebabkan persaingan kedai makan yang baru bukak. So, mungkin mengalami kerugiaan seketika. Tapi sekarang dah buka balik dan baru-baru pergi makan dengan husband kat situ.

MENU WESTERN RM9 SAHAJA!

Macam biasalah, Fiza mesti order Fish & Chips dan husband order chicken Chop. Portion hidangan macam standard hidangan dan harganya RM9 sepinggan. Ye, sepinggan! Kalau ikut harga standard menu western, harga lebih kurang dalam RM11 dan ke atas. Tapi yang ni kira murah sebab bawah RM10.


Husband order air milo dinosour. Harga dia RM5 kalau tak silap. Memang okaylah sebab ada aiskrim dan choco roll stick tu. Kira berbaloilah orang kata. So total makan berdua untuk dua hidangan western dan dua gelas air RM23 macam tu lah. Itupun sebab order air milo dinosour tu. Kalau tak, bawah RM20 je.


Walaupun kedai ni dah lama, tak hipster dan cuma restaurant biasa tapi berbaloilah melabur duit kat sini dapat makanan sedap dan murah. Nak datang sini gunakan waze je gerenti sampai di restaurant ni. Selain western food, ada juga makanan yang lain dan sebelah kedai tu pun ada menjual satay. Agak-agak teringin tu, boleh mencuba rasa.

Restoran Pitch & Chip, Paroi Seremban
Golf Height, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

Memandangkan mata masih belum terlena  nak tidur. Sebelum tidur, jengah blog kejap tengok apa perlu di buat dan sempat blogwalking beberapa blog. Sambil-sambil blogwalking, terjumpa pula ada blogger sertai Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 anjuran HASRULHASSAN.COM. Tengok syarat-syarat macam mudah je dan hanya terbuka untuk 30 orang blogger sahaja. Jadi, cepat-cepat lah klik sebelum melepas.

Klik imej untuk sertai segmen

APA YANG MENARIK DALAM BLOG SIHATIMERAHJAMBU
Setiap blog ada aura masing-masing. Jadi, blog Fiza aura dia aura merah jambu sebab tuan blog suka merah jambu. Kalau dulu penuh dengan merah jambu dalam blog ni. Kononnya ikut tema merah jambu. Sekarang dah kurang merah jambu. Lebih memilih untuk mesra mata pembaca. Nanti pink semua buat sakit mata pula kan. Lagipun, cukup-cukuplah merah jambu tu. Hati merah jambu dah cukup dah. Eh, ada ke hati merah jambu? Bukan merah hati ke? Apa apa je lah kan.

Yang sebenarnya blog ni bercampur-campur cerita ada tentang gaya hidup Fiza, resepi, tips, hasil kerja design, bisnes dan bermacam lagi sampai tak tahu niche apa yang sesuai dengan blog ni. Jadi keliru kan. Takpe, tak payah keliru atau pening. Teruskan saja apa yang dah tersedia ada dalam blog ni. Hanya pembaca yang boleh menilai apa yang menarik blog ni. Sila komen dalam kotak komen kat bawah kalau rasa menarik.

BAGAIMANA MENGENALI BLOG WWW.HASRULHASSAN.COM
Nama Hasrul Hassan tak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia blog. Memang dia sifu lah dalam bidang blog ni.  Seingat Fiza, Fiza kenal melalui segmen blogger. Tak ingat segmen apa dan tak ingat anjuran blogger mana. Yang penting dari segmen Fiza tahu kewujudan blog HasrulHassan.com.

Blogger Hasrul Hassan juga selalu jadi tempat rujukan Fiza kalau nak bertanya tentang blog ataupun adsense. Tak pernah tak layan segala persoalan Fiza. Terima kasih banyak-banyak tak kedekut ilmu dan rajin melayan segala soalan.

TUJUAN BERBLOG
Motif??? Of courselah pada mulanya hanya suka-suka je. Lama-lama tersuka tanpa sengaja sebab banyak yang boleh dapat daripada blog. Antaranya ialah boleh kenal dengan blogger yang lain, tambah ramai kawan, boleh jana pendapatan dan macam-macam lain yang kau orang boleh dapat. Nak tahu? Silalah jadi seorang blogger.


HARAPAN SERTAI SEGMEN INI
Jujur cakap ni. Harapan utama, nak naikkan trafik blog yang sudah sekian lama jatuh dan jatuh. Baru-baru ni je nampak naik sikit. Selain tu, macam biasa nak mengaktifkan diri dalam dunia blog sebab dah lama menyepi dalam dunia segmen. Sibuk kot. Inilah masanya nak berfoya-foya dengan blog sekejap sementara tak sibuk. Cukup!
Eh! Baru perasan macam dah lama tak berkongsi entri kemajuan blog sendiri dalam blog. Almaklumlah sejak terjadi zaman kejatuhan selepas tukar template blog, memang mood nak hadap blog agak merundum. Grrr.. Kalau tahu awal-awal lagi dah pilih template yang sesuai tak payah tukar-tukar dah. 

Menyesal ke tukar template blog hari tu? Tak menyesal tapi sedih sebab trafik blog turun mendadak jatuh gedebak gedebuk berbulan-bulan lamanya. Ayat klise yang biasa kau orang dengar " Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya". Ye, memang ada hikmahnya di sebalik yang berlaku.

Walaupun trafik blog jatuh merundum teruk, tapi banyak benda-benda baik yang terjadi selepas tukar template blog. Antaranya dapat berjaya dapatkan SEO skor 100% di Chkme, bounce rate makin bagus dan perkara terbaik adalah lulus permohonan google adsense. Siapa yang tak seronok wei. Dalam kesedihan ada kegembiraan. Drama sungguh!

Satu lagi berita yang happy dan dalam masa yang sama sedih juga terasa. Kali terakhir Fiza kongsikan pageviews Fiza sebanyak 19 juta pageviews pada bulan Mei 2017 yang lepas. Sekarang bulan Oktober 2017. Bermakna nak dapatkan 1 juta pageviews ambil masa dalam 4 bulan sedangkan sebelum ni dalam sebulan atau sebulan lebih dah boleh dapat pageviews 1 juta. Apapun pencapaian yang bagus juga dah cecah 20 juta untuk rekod pencapaian blog sendiri yang masih bertahan sampai hari ni. Tahniah lah ye Puan Sihatimerahjambu.


Inilah namanya zaman kejatuhan. Bila dah jatuh, ambil masa nak bangun dan kembali cemerlang terbilang gemilang macam dulu. Lagipun masa juga salah satu faktor jarang ambil kisah pasal blog. Bila masa sibuk nak update pun tak menyempat. Apatah lagi nak berblogwalking.

Sekarang dalam proses membaik pulih trafik setiap hari. Alhamdulillah ada peningkatan. Harapnya boleh capai macam dulu. Jom usaha! Sedih-sedih pun takde guna sebab kalau tak usaha, takde hasilnya. Kadang-kadang mood down itu adalah perkara biasa bagi seorang blogger. Betul tak? Bila ada mood, bila banyak masa memang hadap blog je. Sebaliknya, kalau sibuk takde idea semua tu nak hadap blog sendiri pun tak ingin.
Agak lama rasanya tak sertai segmen daripada mana-mana blogger sejak akhir-akhir ni. Bukan sombong tak nak join tapi masa tu tengah buat kemas kini blog untuk apply google adsense. Bila dah lulus, dah boleh sertai segmen dah. Untuk permulaan ni, Fiza sertai SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA anjuran sofinahlamudin.com. Segmen ini bertujuan untuk kita semua saling mengenali dan bertukar ilmu melalui pembacaan di dalam blog masing-masing. 

segmen-suai-kenal-blogger-seluruh-malaysia

KENALI SIHATIMERAHJAMBU

Sihatimerahjambu adalah nama pena pilihan Fiza disebabkan Fiza suka warna merah jambu! Mula terjebak dalam dunia blog sejak tahun 2009 dengan link blog sihatimerahjambu.blogspot.com dan bertukar domain pada tahun 2011 dengan link azhafizah.com. Lapan tahun lamanya dah bertapak dan masih kekal dalam dunia blog. Dan masih setia dengan blogspot. Masih belum terbuka hati nak bertukar kepada wordpress.
Pada mulanya berblog hanya sekadar untuk berkongsi cerita dan mengisi masa yang ada. Tapi lama-lama berblog itu ada banyak tujuan bukan hanya sekadar menulis dalam blog. Banyak rupanya faedah daripada berblog dan boleh jana pendapatan melalui blog. Kalau mereka kata berblog itu merugikan. Mereka silap!
Masa bujang dan berkerja dulu agak slow berblogging sebab agak sibuk dengan kerja dan balik kerja of course penat sampai takde masa nak hadap blog. Selepas berkahwin, jadi full time blogger terus. Sambil tu usahakan bisnes sendiri di rumah buat freelance graphic design. Benda yang paling Fiza suka buat dan menggunakan bakat yang ada. Itu je lah kot benda basic yang orang boleh kenal Fiza. Apapun paling utama sebab blogging adalah kerana passion dan seronok berblogging. Paling best sebab dapat kenal lebih ramai kawan melalui segmen sebegini. 
Jom kongsikan tentang diri masing-masing dalam segmen ini. Kau orang semua berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah yang menarik jika menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Hadiah Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

PERTAMA- KAMERA AKSI

Informasi Kamera Aksi
Liquid Crystal Display (LCD): 2.0LTPS
Lens: 140°A+ HD wide-angle lens, 6G lens
Language Options:
English / French / Spanish / Italian / Portuguese / Chinese Traditional / Chinese Simplified / Japanese / Russian
Resolution of Videos Recorded: 1080P
Video Format: AVI
Compressed Format of Videos: H.264
Storage: Micro SD (not included)
Loop recording: Support
Frequency of Optical Source: 50Hz / 60Hz
USB Interface: USB2.0
Power Source Interface: 5V1000mA
Battery Capacity: 3.7V Li-ion Battery 900mAh 3.33Wh
Power Dissipation: 400mA@4.2V
Recording Time: 1080P/ About 70 minutes
Charging Time: About 3.5 hours
Operating System: Windows XP/VistaorAbove/Win7/Mac os
Dimension: 59.27*41.13*29.28 mm

Pakej Termasuk
1 X Sports DV
1 X Carry Bag
1 X Waterproof Case
2 X Battery
1 X Bicycle Stand
1 X Mount 1
1 X Mount 2
1 X Clip
1 X Helmet Mount
4 X Bandage
1 X USB Cable

HADIAH KEDUA- HEADSET

HADIAH KETIGA-MP3 WITH USB



Untuk menyertai Segmen ini,
Kali terakhir Fiza keluarkan iklan nuffnang daripada blog Fiza beberapa bulan lepas gara-gara earnings Nuffnang yang sendu dan juga disebabkan untuk apply google adsense. Kalau tak silap dalam 2-3 bulan lepas. Dalam tempoh tu juga, Fiza ada dengar juga ura-ura mengatakan Nuffnang bakal ditutup dan ada masalah nilai earnings berubah² yang dihadapi oleh beberapa orang blogger. Betul ke tidak Fiza tak pasti lah. Malas nak menyelidik disebabkan masa tu tak letak iklan Nuffnang dah, jadi tak ambil kisah tentang itu.

Sempat juga menjengah earnings Nuffnang sebelum berlalu pergi. Masa tu earnings yang ada cuma dalam RM7.++ tak silap. Memang tak lepas nak cashout buat kali terakhir. Nak tunggu dan kumpul untuk cashout akan datang pun tak tahu ambil berapa lama memandangkan kenaikan earnings Nuffnang setiap hari tak berapa nak bagus. Nak kumpul RM1.00 seminggu pun payah. Fiza fikir, takpelah tak perlu teruskan dan burn je nilai yang ada tu. Merajuk teruk dengan Nuffnang ni. Pendek kata, dah malas nak berharap. Menunggu pun macam tak berhasil gitu. Akhirnya disebabkan itu juga Fiza terpaksa lepaskan Nuffnang sehinggalah Fiza jengah balik baru-baru ni saja untuk tengok-tengok kononnya.

Agak terkejut tengok akaun Nuffnang sebabnya earnings Fiza mencanak naik dari yang sebelum ni. Yang peliknya Fiza tak letak iklan pun sepanjang Fiza tinggalkan Nuffnang. Tapi kenapa tiba-tiba earnings muncul??? Persoalan di situ. Traffik pun angka 0 kot. Mana datang earnings yang banyak tiba-tiba datang tu. Saja nak memujuk kita ke apa ni? Ke tersilap?

Untuk pertama kalinya Fiza expose earnings yang Fiza dapat. Ye lah, untuk buktikan yang tiba-tiba earnings naik tanpa di duga tanpa meletakkan iklan di blog. Hairan juga Fiza. Nak happy ke tidak entah? Disebabkan dah ada earnings yang boleh cashout tu, makanya Fiza cashout terus. Nak kumpul pun tak letak iklan Nuffnang lagi. Selamat sudah Fiza cashout. Nak tahu betul ke tidak, tunggu je la cheque Nuffnang sampai tadi. Kalau betul nilai tu dan memang rezeki Fiza, maka akan sampailah nanti. Nuffnang saja nak bagi duit raya agaknya.
Your earnings request has been successfully submitted. Please allow 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent. You will receive an email when your cashout has been processed. If you do not get your cheque within one month after receiving that confirmation email, kindly notify us, as cheques are only valid up to six months.