Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts
Tahniah Mira Filzah & Wan Emir dah selamat bergelar suami isteri yang sah. Meriah sungguh majlis pernikahan dan majlis resepsi pertama malam tadi. Memang wedding of the year lah.

Asal buka explore instagram tu penuh dengan #emiramirah je tau! Perasan tak Mira Filzah tak pakai crown dan pegang bunga tangan pun. Sedangkan crown dan bunga tangan tu lah benda yang biasa di dipakai dan ada pada pengantin.

Majlis Resepsi Miral Filzah dan Wan Emir
Credit :google & photographer


Mira Filzah tetap nampak cantik dan berseri tanpa crown dan bunga tangan tu. Nampak simple tapi semuanya nampak sempurna. 

Berseri-seri seorang Mira Filzah menjadi pengantin baru. Seri pengantin namanya. Pakai apa pun tetap nampak lawa dan berseri gitu kan.

Suka dengan pilihan Mira Filzah yang serba simple tapi nampak exclusive dan mahal. Bila artis kahwin suka dengan ke'simple'lan baju dan tema majlis kahwin. Nampak nice sangat.

Gaun Pengantin Cantik dan Pelamin Kayangan

Gaun Mira Filzah nampak mewah walaupun simple juga. Pelamin dia jangan cakaplah. Dia punya cantik tak boleh nak kalah. Pelamin kayangan  ni.

Lepas ni muncullah tiruvasi dari perkahwinan majlis resepsi Mira Filzah ni. Okaylah pilih yang simple untuk majlis kahwin tapi nampak nice. Less is more orang putih kata.

Timeless Makeup

Timeless makeup pun jadi pilihan bakal pengantin. Lagi tambah manis dan berseri berbanding makeup tebal yang overshading pengantin. Betul tak?  Mira Filzah tak makeup sangat pun dah cantik kan.

Bukan tu je yang menarik dalam Majlis Resepsi Mira Filzah dan Wan Emir, kek pengantin dia pun cantik kena dengan tema pengantin. Pusing pusing gitu lagi. 

Semuanya serba sedap mata memandang. Kannn

Menaip entry dikala awal pagi. Dah terjaga tak boleh nak lelap. Aduhaiii..biasa terjadi bukan?


Beberapa hari lepas, lebih kurang seminggu lepas Majlis khatam Al-Quran Mira Filzah dan adiknya. Lahh ingatkan Mira Filzah yang nak bernikah dah. Sekali rupanya majlis adik Mira Filzah. Teaser sangat kan.

Pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir Secara LIVE
Credit : google

Plan bernikah bulan Oktober depan tapi disebabkan kakaknya nak balik oversea dan susah nak berulang alik lagi. So tarikh nikah Mira dipercepatkan. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Jadinya, malam ni bakal berlansungnya majlis pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar secara live.

pernikahan-mira-filzah-dan-wan-emir
Credit : google


Majlis pernikahan di bawakan secara ekslusif melalui show MBuzz TV3 pukul9 malam selama 10 minit. Atau boleh tonton di YouTube TV3 pukul 8:30 malam.

Semoga majlis mereka berjalan dengan lancar. Apa yang buat tak sabar nak tonton sebab nak tengok baju nikah Mira Filzah. Suka tengok majlis kahwin artis yang serba elok semuanya walaupun kecil-kecilan.

"Majlis pernikahan dan resepsi akan diadakan secara kecil-kecilan saja. Saya tidak mahu mengadakan majlis yang besar kerana tidak berani menanggung risiko berikutan negara kita masih belum menang memerangi Covid-19

"Hanya 250 tetamu yang akan diundang ke majlis saya nanti demi mengikut saranan kerajaan supaya mengamalkan langkah penjarakan fizikal. Pada masa sama juga saya mahu mengelakkan daripada timbulnya sebarang kontroversi.

"Selalunya apa saja yang dimuat naik selebriti di laman sosial sering mencetuskan perbalahan, jadi bagi mengelakkan perkara itu dari berlaku, langkah yang terbaik adalah mengehadkan tetamu ke majlis saya," katanya.
-sumber : hmetro.com.my
Perkahwinan Mira Filzah ni perkahwinan yang dinantikan oleh peminat Mira Filzah. Penting ke sampai buat live? Tak payah kecam. Biarlah, itu majlis dia dan rezeki dia. Doa kan yang baik-baik sudah.

Kita doakan yang baik baik dan orang juga akan doakan yang baik baik juga untuk kita. #fikirbaikbaik #doabaikbaik

Bagus ye Mira Filzah ni sebab dia pun guna bajet sendiri tak bergantung pada tajaan. Ye lah kan, boleh buat majlis macam apa yang kita nak. Majlis pun sampai 3 majlis resepsi secara live juga tu. Boleh dikatakan Wedding Of the Year ni.


 credit :TV3
23 Ogos, 7 tahun lepas tarikh yang sama sedang dup dap dup dap berdebar menanti majlis nikah. Kami berdua nikah hari jumaat dan majlis nikah dibuat selepas solat jumaat. Alhamdulillah dengan izin Allah, sekali lafaz akad kami menjadi suami isteri.

Syukur Allah panjangkan usia dan jodoh kami sehingga ke hari ni. Tempoh 7 tahun bukanlah masa yang singkat. Perjalanan hidup perkahwinan ni ada yang indah dan ada sebaliknya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. 



Ikutkan dah 7 tahun ni, dah ada 2-3 orang anak dah. Itu apa yang kita fikirkan dan apa yang kita mahukan. Tapi siapalah kita pun. Hanya manusia biasa yang hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan.

Allah akan bagi tepat pada masanya. Percaya itu je. Kadang emosi naik turun juga bila memikirkan. Lagi lagi bila orang dok sembang pasal anak. Kita nak sembang pasal apa?

Terpinggir sungguh rasanya. Masa itu rasa nak nangis je. Dalam hati "sabar Fiza! tahan, kau kuat". Kuat tak kuat 7 tahun dah hadap ni.

Bila orang lain kahwin terus dapat anak. Tumpang happy tapi dalam masa yang sama sedih dengan diri sendiri. 

Macam biasalah orang akan bertanya.

Soalan cepu emas

"Tak pergi berubat ke?"
"Tak cuba berurut ke?"
"Tak cuba buat IVF ke?"

Selalu senyum kelat dan kadang kala geleng. Faham dah tu kan. Tanda tanda malas nak sembang panjang lebar. Biarlah perjalanan itu hanya kami je yang tahu. 

Sampai harini positif je tau percaya apa yang Allah akan berikan. Kadang emo tu biasa. Cuma itulah bila dah berjumpa dengan orang dan bila soalan tu ditanya. Tiba tiba mood auto berubah. Luar je nampak cool dalam hati dah ribut taufan melanda. 

Paling tak kelakar soalan tu ditanya di bila sedara mara berkumpul. Aduhaiii... Berperang dengan diri sendiri lah masa tu. 

Be positif!

Takpelah, fikir positif je. Orang tanya mungkin dah tak ada soalan lain kot nak ditanya. Walaupun ada 1001 soalan lain yang boleh ditanya. Ini namanya jenis manusia tak sensitif.

Ya, bukan mudah nak kuat. Dalam masa yang sama try hard lawan perasaan tu. So far boleh je chill dengan segala soalan tu. Lepas tu masuk bilik nangis kat bucu katil. Ehhh itu dalam drama je.

Tak sangka eh dah 7 tahun berlalu. Rasa macam baru je kahwin. Klise betul ayat ni. Gambar pun macam baru ambil tadi. Hahaa..Ye, masih mood honeymoon setiap masa. 

Ada orang yang dah ada anak cemburu pula tengok kita boleh berdua-duaan setiap masa. Kita pula cemburu tengok kehidupan mereka yang ada anak. Itulah sebabnya kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada dan lalui sekarang.

Bersyukur lah

Bersyukur tu buat kita lagi bahagia sebenarnya. Bahagia pula terletak pada hati. Nak bahagia jangan tengok apa yang orang lain ada bak kata Ustaz Syamsul Debat. Jangan ada penyakit hati atau krisis hati yang buat kan kita dengki dan tak bersyukur.

Dengar ceramah ni secara tak lansung ingatkan kita, muhasabah diri dan memperbaiki diri. Suka dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat dan Ustaz Khairi Abdullah. Sorang nismilan sorang utagha. 

Sampai dah boleh hafal apa yang nak disampaikan sebab content dia lebih kurang sama dan berulang je. Tapi okaylah untuk santapan halwa telinga kita dengar majlis ilmu ni.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Fikir dan doa yang baik baik je lah. Mungkin masa ni belum sesuai lagi untuk ada anak. Mungkin Allah kata masa ni untuk Fiza dah suami boleh uruskan hal mak mak kami dan abah lebih mudah sementara masih belum ada anak lagi ni.

Doa kan juga untuk kami. Mana tahu berkat doa dari orang lain juga, merasalah kami dapat jadi parents sekiranya dipanjangkan lagi usia kami. Mana tahu hikmahnya nanti dapat anak kembar sekaligus terus ramai. Tak salah bermimpi di siang hari pun. Allah maha mendengar. Berusaha dan berdoalah.

Fiza pun doakan semoga Allah berikan juga rezeki anak pada mereka yang masih belum punyai anak. Aaminnn...

Penat dah bersedih. Kadang nasihat orang pandai. Diri sendiri belum tentu kuat. So far dah 7 tahun ni kira berjaya juga melawan segala kata-kata yang tak sedap di dengar tu. 

Semoga dijauhi dengan manusia yang dengki dan busuk hati. Dah tahu dah kahwin lama, saja nak tanya soalan tu. Yang tu memang saja cari pasal. Dia pula yang tak senang hati tengok kita tak ada anak. Macam bila ada anak, anak kita dia kena jaga agaknya. Kan!

Paling faham makcik makcik bawang. Dah itu kerja mereka...

Fuh, sekali Fiza dah berbebel. Terus panjang karangan hari ni. Bukan selalu nak bebel pasal ni. Bagi peluang setahun sekali bercerita. Harap tahun depan tak bebel macam ni lagilah kan.

Simple Celebration Wedding Anniversary

Ikutkan plan nak bercuti tapi masa tak mengizinkan. Tunggu lah nanti masa yang sesuai untuk bercuti. Dapat bercuti sehari pun jadi lah. Simple celebration je lah untuk tahun ni. 

Petite Korean Cake

Petite Korean Cake-Red Velvet

Smooky Chicken Grill

Tauhu Begedil

Beli kek petite korean cake, comel betul kek korea ni. Simple topping dan saiz kecil sesuailah untuk celebration berdua. Order sekali Smooky Chicken Grill, Tauhu begedil dan sardine puff (lupa nak ambil gambar). Semua ni order kat @theadmirebynaj.

Alhamdulillah...




Cincin bukan sekadar hiasan yang dipakai di jari. Cincin merupakan simbolik dalam sesebuah perkahwinan. Dalam adat masyarakat melayu, urusan perkahwinan dijalankan secara berperingkat iaitu bermula dengan acara merisik, bertunang dan seterusnya bernikah.

Disebabkan itulah ada 3 jenis cincin dalam perkahwinan untuk merisik, bertunang dan nikah. Tapi ada juga yang kata 4 jenis cincin iaitu cincin merisik, bertunang, nikah dan juga cincin belah rotan. Mana satu yang betul tak pasti lah.

Ini cuma adat sahaja. Bagi yang mampu tu boleh lah bagi sampai 4 jenis cincin. Pemilihan cincin pun penting, bukan boleh main hentam je jenis cincin. Bakal pengantin boleh lah mula ambil tahu pasal cincin ni. Kot lah nak survey cincin tunang, jangan terlupa nak beli cincin merisik.

1. Cincin Merisik

Orang kata merisik ni penting sebagai langkah pertama sebelum ke peringkat bertunang. Acara merisik ni biasanya keluarga lelaki atau lelaki itu sendiri akan pergi ke rumah keluarga perempuan untuk bertanyakan status samada masih belum berpunya atau sudah berpunya. 

Untuk menyempurnakan majlis merisik, pihak lelaki akan bawa sebentuk cincin untuk diberikan kepada pihak perempuan. Cincin akan disarungkan oleh bakal ibu mertua perempuan sebagai tanda bakal jadi menantunya.
Cincin Merisik

Dalam sesi merisik, keluarga kedua dua pihak juga akan membincangkan untuk menetapkan tarikh pertunangan. Biasanya cincin merisik ni simple je.

Cincin Belah Rotan 

Biasa dengar kan orang sebut cincin belah rotan? Orang dulu dulu panggil cincin merisik ni cincin belah rotan sebab design cincin belah rotan ni adalah yang paling simple. Tak ada sebarang batu atau permata. 

Kenapa di panggil cincin belah rotan tu tak pasti lah. Bukan sebab dibuat daripada rotan. Mungkin sebab bentuknya bulat macam rotan. Tapi cincin belah rotan dulu dulu jenis cincin emas padu. Tak macam cincin belah rotan sekarang, ringan betul. Itupun dah mahal! 

2. Cincin Bertunang

Pertunangan pula adalah simbolik kepada mengikat janji untuk ke peringkat seterusnya iaitu nikah. Umpama mengikat janji untuk ke jinjang pelamin. Dalam Islam di anjurkan untuk bertunang bagi mengelak fitnah.

Dalam fasa pertunangan ni adalah untuk mengenal hati budi bakal pasangan dan keluarga. Tempoh pertunangan bergantung kepada persetujuan kedua dua pihak. 

cincin tunang

Cincin tunang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan yang mempunyai batu permata kecil tersusun sebaris.

Cincin tersebut membawa makna dan harapan yang besar daripada pihak lelaki. Dan bakal pengantin pastinya akan menjaga ikatan sebaik mungkin. 

Ingat lagi, cincin tunang simple je kami berdua pilih untuk majlis bertunang dulu. Ikut bajet yang ada, dulu harga emas RM12+ lagi lah.

3. Cincin Nikah

Setelah selesainya lafaz akad nikah dan kabul. Mengikut adat dan budaya Melayu, cincin nikah akan disarungkan di jari manis pengantin perempuan sebelah kanan dalam upacara membatalkan air sembahyang. 

Ada juga pengantin yang menyediakan cincin kahwin sepasang untuk disarungkan ke jari pasangan. Cincin Nikah sebagai simbolik status sebagai pasangan suami isteri. 

Untuk cincin nikah, cincinnya lebih hebat dan harganya lebih mahal berbanding cincin merisik dan bertunang. Cincin nikah emas diperbuat daripada emas yang mempunyai batu permata satu dan besar.

Jari Yang Betul Untuk Sarung Cincin Tunang dan Kahwin.

Dup dap dup dap rasa bila acara sarungkan cincin tu kan? Lepas tu mulalah gabra tak tahu nak hulurkan jari tangan mana satu. Itu pun dah boleh buat kita berdebar dah. Silap hulur termalu diri sendiri lah nanti.

Mengikut adat orang melayu, jari yang betul untuk sarungkan cincin tunang adalah jari manis sebelah tangan kiri. Jari manis tangan sebelah kanan untuk disarungkan cincin kahwin. 

Faham sudah? Jangan terbalik pula nanti. Tapi ada orang kisah lagi ke pasal tu?

Fiza dulu tak ada cincin nikah, gantikan dengan rantai tangan untuk nikah. Sebabnya dah ada dua cincin, cukuplah untuk dipakai dua jari manis kanan dan kiri. Banyak banyak pun jari manis ada dua je kan. 

Cincin Untuk Lelaki

Jika ada bajet lebih atau nak sediakan cincin untuk lelaki pun boleh. Tapi tidaklah wajib pun. Untuk memilih cincin lelaki, pastikan tidak memilih cincin emas, emas putih mahupun suasa kerana haram dipakai oleh lelaki. Ingat tu!

cincin lelaki

Sebagai pilihan, boleh memilih cincin perak ataupun platinum. Cincin perak harganya lebih murah daripada platinum yang designnya lebih moden dan terkini.

Bab cincin ni, ikut adat orang dulu sekurang kurangnya ada satu cincin belah rotan buat merisik dan tanda perkahwinan pun dah cukup dah. 

Zaman sekarang ada yang masih mengikut ada dan ada juga yang mengikut adat luar. Macam macam pembaharuan sampai adat dilupakan.

Tapi semua tu hanya sekadar adat. Tidak diwajibkan. Ikut kemampuan masing-masing untuk menyediakannya. 

Sebaiknya beli lah cincin emas. Cincin emas ni harganya boleh tahan mahal juga. Tak silap Fiza lebih mahal dari emas 999. Tapi nilai harganya lebih rendah jika dijual balik untuk pelaburan.


Sumber info : pengantinbaru


Cantik tarikh 20.02.2020 kan? Ramai yang memilih tarikh tu untuk bertunang, nikah dan lain-lain lagilah. Walaupun tarikh tu jatuh pada khamis yang lepas, tak jadi masalah pun buat sebarang majlis sebab tarikh yang cantik. Tak ada maksud apa cuma nampak cantik tersusun nombor tu. Yang kita tahu, selebriti Zahirah Macwilson dan Emma Maembong memilih tarikh 20.02.2020 untuk majlis nikah mereka. Alhamdulillah tahniah buat pengantin baru. 


Lawa makeup nikah timeless kedua-duanya. Lagi menarik masa majlis resepsi #zahirAH muncul kek kahwin terbalik bukan biasa-biasa tau. Terbalik bukan sebab terjatuh tapi direka khas terbalik, keknya digantung dari atas. Chandelier wedding cake nama dia. Tak pernah dibuat lagi kat Malaysia ni. Ingatkan kek kak lina pom pom je lain dari yang lain, kek terbalik ni lagi lain dan lagi unik. Uishh, tak pernah terfikir pula ada kek terbalik. Siapa punya idea ni? Hebatlah buat kek terbalik macam tu.

Risau pulak tengok kek tu jatuh. Tapi cantik sungguh kejadian kek tu dengan hiasan kristal terjuntai tu. Bab dia potong tu, tadah pinggan je dari bawah weiii..Terpana terkesima kejap kita tengok kek tu. Lepas ni adalah orang tiru gak nak buat kek terbalik juga. Mesti akan ada tiruvasi idea ni. Wedding planner pun dah boleh mula buat pakej kek terbalik. Apapun kagum dengan idea dan ketahanan kek terbalik tu.

Kompang dipalu pengantin baru. Duduk bersanding tersipu malu. Eh..ternyanyi pulak! Ada jemputan kahwin ke harini? Bolehlah berehat masak dan menjamu nasi minyak kan. Sebut tentang kenduri kahwin teringat bunga manggar tiba-tiba. Sudahnya teringat terus bunga manggar majlis kahwin sendiri.  Lepas tu terfikir "apalah fungsi bunga manggar ni ye?". Gigih pula  nak fikir dan mencari nak dijadikan cerita hujung minggu.

Fungsi Bunga Manggar

Sebenarnya bunga manggar ni bukan lah benda wajib dalam majlis kahwin tapi sekadar salah satu hiasan penting dalam majlis kahwin. Boleh juga dikatakan satu simbolik majlis. Kalau tak ada bunga manggar tu macam kurang seri majlis kahwin lah kaedahnya gitu. 

Bukan majlis kahwin je ada bunga manggar ni, tapi majlis meraikan tetamu orang besar-besar pun ada bunga manggar. Digunakan ketika mengiringi pengantin atau tetamu. Bunga manggar ni macam penghias atau penyeri majlis menyambut dan meraikan. Mencantikkan lagi suasana majlis pun iya juga.


Selain tu, bunga manggar juga digunakan sebagai penunjuk arah ke majlis kahwin yang diletakkan pada papan tanda atau simpang jalan masuk ke rumah pengantin. Bunga manggar dilekatkan dengan tanda nama atau banner banting pengantin supaya tetamu tak salah rumah. Iyelah kan, kadang tu dalam masa yang sama dan tempat yang sama ada majlis kahwin yang lain juga.

Dulu-dulu bunga manggar dibuat daripada kertas plastik berkilat yang dililit pada batang lidi dan dicucuk pada buah betik muda. Bila dah siap bunga, buah betik dicucukkan pula pada batang buluh atau kayu sebagai pemegang. Biasanya budak-budak je ambil tugas pegang bunga manggar ni mengiringi pengantin. Dah siap iring pengantin lepas tu berebut nak ambil buat main. Bila zaman dah berubah, bunga manggar pun berubah ikut peredaran zaman. 


Jenis-jenis bunga manggar

Ada bunga manggar daripada gula-gula, bunga manggar rose, bunga manggar styrofoam dan bermacam-macam lagi lah. Fiza suka something yang unik dan timbullah idea nak diy bunga manggar daripada plastik beg merah tu selepas google bermacam style. Kelopak bunga tu Fiza ikut tutorial macam orang buat bunga daripada riben dan Fiza pilih plastik tu sebab material dia plastik sesuai untuk cuaca hujan panas. Lagi satu, warna plastik bag tu warna pink yang sangat terang. Memang sesuai dengan majlis kahwin bertemakan pink!
 
baca juga : Tutorial DIY bunga manggar daripada plastik beg
                   Tutorial DIY Bunga Pahar

Boleh je guna material lain macam kertas crepe atau lain-lain kertas tapi sebab majlis outdoor, takut hujan je. Tak pasal bunga manggar jadi bunga manggar ku musnah nanti. Lagipun guna plastik merah tu sangat jimat kot. Kitar semula je plastik yang ada kat dapur tu. Sekarang pun dah bermacam warna plastik ada. Boleh rujuk tutorial link yang Fiza bagi kat atas tu ye.


Nampak tak keunikan bunga manggar yang dah siap ni. Fuhh, berbaloi tau gigih buat sorang-sorang bunga manggar ni. Of courselah kena siapkan awal. Kalau buat last minit memang tak lah nak siapkan. Bakal pengantin, kalau nak jimat DIY je. Tapi kalau bajet banyak dan tak cukup masa nak buat, beli je lagi senang kan. Buat sendiri ni memerlukan masa dan kegigihan. Kalau rajin separuh jalan pun tak guna.

Cuti sekolah tak lama lagikan. Mesti banyak majlis kahwin. Bolehlah buat bunga manggar di dari sekarang. Saja bagi idea pada kau orang walaupun dah entri tutorial tu dah bertahun lamanya. Masih berfungsi lagi entri tu untuk dikongsikan.

Akhir-akhir ni 'Hidden Hantaran @ Covered Hantaran' menjadi trending dan menjadi pilihan bakal pengantin untuk dulang hantaran. Kiranya style hantaran paling latest lah untuk tahun ni sebab awal tahun Januari haritu pun pertunangan anak buah buat hidden hantaran ni dengan simple pelamin. Walaupun style 'sorok' hantaran ni dah ditelan zaman berzaman lamanya tapi tetap ON!

credit : google

Baru-baru ni je lah keluar semula style dulang hantaran sorok. Mungkin sebab kemunculan makcik makcik bawang yang sibuk membawang dengan hantaran orang. Lantas, muncul lah idea hidden hantaran  ni kes nak sorok segala barang hantaran supaya tak jadi buah mulut orang. Mungkinlah begitu ceritanya kot. Siapa lah yang punya idea nak keluarkan semula tradisi ni memang terbaiklah. Thumbs up!

credit : google

Hidden hantaran jadi misteri lah gitu untuk menutup mulut-mulut makcik bawang supaya tak buat cerita tentang hantaran murahlah, tak sesuailah apa lah. Tapi kalau dah namanya makcik bawang tetap mulutnya tak boleh ditutup. Serba tak kena je semua benda. Bagus juga tradisi sorok hantaran ni digunakan zaman sekarang ni kalau jenis tak nak guna hantaran terbuka.

Nampak Klassik

Hidden hantaran walaupun dah berzaman sejak zaman nenek moyang kita dulu tetap nampak releven di zaman moden ni. Pendek kata, tradisi ni tak lapuk dek zaman. Back to classic! Zaman dulu gunakan kain batik ataupun kain pelikat untuk membungkus dulang hantaran. Dulu hantaran jenis bulat tu dan lepas tu barulah muncul hantaran terbuka guna dulang hantaran tembaga yang sikit punya berat tu. Dan kemudiannya berubah mengikut peredaran zaman guna bekas kaca, dulang kayu dan sebagainya.

credit : google
Bila digunakan semula hidden hantaran dalam zaman moden ni banyaklah perubahan idea hidden hantaran ni dari segi penggunaan material, jenis ikatan dan dekorasi. Kalaulah hidden hantaran ni trend 6 tahun lepas memang Fiza buat. Takpe lah, boleh bagi idea atau buatkan untuk pertunangan dan kahwin orang lain nanti. Fiza rasa hidden hantaran ni macam lebih memudahkan kerja dalam menyediakan dulang hantaran dan jimat juga sebenarnya. Walaupun kalau kira-kira lebih kurang je harganya sebab kain pun costly juga kot kan.

Mudah dan Jimat!

Memudahkan sebab nak menyiapkan hanya perlu bungkus dengan ikatan dan sedikit dekorasi bunga kalau nak letak. Mudah nak bawa juga satu benda yang penting kalau rombongan dari jauh. Barang hantaran pun terjaga rapi dalam kotak tu. Boleh jimat masa nak sediakan kalau nak simple-simple je bungkus. Bahan-bahan pun hanya perlu gunakan bekas/kotak, kain dan juga bunga kalau nak. 

Nak mudah dan jimat guna je apa yang mudah nak sediakan macam kain batik atau kain pelikat macam zaman dulu. Bekas/ kotak tu boleh beli bekas tupperware kedai RM2 tu je. Tapi kalau nak nampak mahal dan mewah, gunalah kain sulam songket ke, satin ke, batik lukis ke kan. Bunga pun boleh guna bunga hidup segar atau bunga plastik. Susah-susah malas fikir bungkus je dengan cara ikatan yang agak style. Kain bungkusan tu boleh juga diguna pakai semula kan.

Jenis-Jenis Dekorasi Dan Ikatan Hidden Hantaran

Untuk hidden hantaran ni lebih baik gunakan kain kapas macam kain batik sebab mudah nak urus dari segi lipatan dan kemasan tu nampak kemas. Biasanya kalau guna kain batik tak perlu dah letak dekorasi macam bunga atau hiasan lain sebab corak pada kain pun dah nampak menarik dah.  

  • Kain batik/bercorak dengan ikatan simple.

credit : google

  • Kain songket dengan hiasan dokoh

credit : google

  • Kain sulaman songket dengan ikatan tali guni

credit : google

  • Kain satin corak dengan ikatan riben dan bunga 

boleh gunakan kain satin tudung bawal. credit : google

Kalau tak nak guna jenis kain bercorak, gunakan kain plain pun menarik. Boleh buat ikut tema warna majlis masing-masing.

  •   Kain satin dengan simpulan seperti sanggul rambut

credit : google

  •  Kain crepe dengan ikatan simpul selit bawah

credit : google

  • Kain satin dengan hiasan bunga

credit : google

Nama-nama di atas Fiza berikan ikut daripada gambar hidden hantaran pilihan Fiza. Kalau ada nama lain sila mention dalam kotak komen okay. Terima kasih pakcik google dan tuan punya gambar. Kalau tak tahu nak bungkus macamana, boleh je tengok kat youtube. Salah satu yang Fiza suka adalah furoshiki wrapping, Japanese style how to wrap boxes. Salah satu tutorial video how to wrap boxes, boleh tengok dalam video di bawah

credit : KyotoDesignHouse

Nota penting : Semua gambar hasil dari carian google. Jika salah satu gambar milik anda, sila tinggalkan link di ruangan komen. Tak perlu cakap plagiat sebab bukan meniru hasil kerja anda untuk bisnes. Cuma berkongsi untuk idea bakal pengantin. Dunia internet luas, pusing pusing situ juga kan. Kadang kadang kita pun tiruvasi idea orang juga. So jika ada, boleh terus letakkan link dan akan di kreditkan kepada link tersebut. Tak perlu ayat berjela, halalkan atau menuduh plagiat. just komen gambar mana dan sertakan link. Mudah dan tak perlu ada isu. that's it.

Masih lagi boleh dikatakan pasangan pengantin baru Elfira Loy dan Faris Anuar yang telah melansungkan sebanyak 5 Majlis Resepsi. Pecah rekod 5 Majlis Resepsi yang semuanya serba mewah. Dalam banyak-banyak busana persalinan pengantin Elfira dan Faris tu, Fiza paling tertarik dengan busana pengantin tradisional songket.


Entah kenapa macam rasa mata ni sangat suka pandang baju kahwin songket berwarna purple yang Elfira pakai ni. Nampak sangat classic dan tradisional. Tapi tak terlalu tradisional sebab rekaan baju kahwin El menggabungkan konsep tradisional dan moden. Gabungan accesories sanggul lintang dan bunga tangan emas membuatkan busana pengantin songket Elfira ni nampak sangat mewah dan ekslusif.

Fakta tentang busana pengantin tradisional songket Elfira & Faris
  • Rekaan ekslusif ini direka oleh pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi yang mengambil masa 5 hari untuk menyiapkannya. 
  • Persalinan ini hanya dipakai selama 1 jam sahaja. 
  • Menggunakan kain songket palembang pemberian ibu mertua Elfira. 
  • Penggunaan bunga telur sebagai elemen jawa dalam rekaan busana tersebut. 
  • Sebanyak 50,000 biji manik termasuk batu swarovski 
  • Harganya mencecah harga RM30,000 dengan menggunakan tenaga 11 artisan selama 70 jam. 


Nampak tak betapa wow nya busana baju pengantin Elfira Loy ni. Tengok baju ni rasa macam nak buat majlis resepsi sekali lagi. Kalau tahu dulu masa kahwin dah pilih baju songket dah. Tapi itulah, masa tu fikir baju pengantin moden je kan. Nak buat macamana. 

Harap berpeluang nak pakai baju kahwin songket. Untuk photoshoot anniversary perkahwinan ke kan? Kalau ada sponsor dan rezeki memang tak lepaskan peluang nak pakai baju kahwin songket. Harap ada peluang itu.

Credit :beautifulnara.com
Tidak lengkap rasanya kalau majlis kahwin tanpa pelamin walaupun hanya pelamin simple ataupun mini pelamin. Tapi kini zaman dah berubah, majlis bertunang pun dah jadi trending perlu ada pelamin. Kebanyakkannya majlis bertunang hanya akan menggunakan mini pelamin sekadar untuk bergambar masa sarung cincin dan bergambar untuk kenang-kenangan.

Trend terkini pelamin mini adalah design yang simple minimalist style. Berlatarbelakang kan kain putih dan dihiasi dengan daun hijau dan bunga-bunga dah cukup simple untuk hasilkan pelamin yang menarik.  Masih ingat lagi pelamin Yuna kahwin? Yang itu memang seriously menarik sebab menggunakan real bunga dan daun. Ditambah pula pelamin buat di suasana alam flora dan fauna. Memang sangat ON tema pelamin rimba Ala Hutan Tropika Yuna tu. Sejak itu ramai yang tiruvasi pelamin Yuna tu. 


Nak tiruvasi pelamin Yuna tu memang taklah. Banyak belanjanya  tu. Bunga plastik pun mahal dah sekarang ni.  Lagipun zaman sekarang trending pelamin simple je kan? Dan lebih ramai suka buat sendiri sebab nak jimat dan ada sentimental value. Selagi boleh berjimat cermat memang kena berjimatlah. Kalau pelamin simple bayar mahal macam tak berbaloi juga melainkan memang ada bajet lebih dan tak ada masa nak buat pelamin sendiri.

MINI PELAMIN MINIMALIST DESIGN
Bagi kau orang yang suka kreatif suka DIY mini pelamin tu untuk bertunang. nikah atau majlis kahwin yang ringkas, boleh cuba idea pelamin mini daripada anak buah Fiza. Sumber inspirasi dari mana tak pasti, tapi inilah hasilnya. Fiza pun suka dengan mini pelamin yang sangat simple macam ni. Tahu dulu buat macam ni je dah okay dah. Tak perlu nak sewa pelamin bagai. 


Bulatan tu boleh gunakan hula hoop dan lilit dengan Tali guni/Hemp Rope/Hemp Twine/Jute Rope. Kemudian hiaslah dengan dedaun dan bunga yang sesuai ikut tema. Kemudian gantung dengan tali berlatarbelakang kain putih. Kiri kanan pelamin letak daun dan bunga dalam balang kaca besar untuk nampak lebih menarik. Boleh gunakan kerusi kayu ataupun sofa/bantal nikah kalau pilih nak duduk bawah macam ni. 
Tahniah kakak!
HIDDEN HANTARAN @ COVERED HANTARAN
Dari hasil carian google, hidden hantaran @covered hantaran jenis style hantaran yang baru nak buat kemunculan semula selepas zaman berzaman. Ye, zaman dulu memang dah ada tradisi hidden hantaran ni dengan menggunakan kain pelikat dan kain batik. Cuma zaman sekarang trend hantaran terbuka lebih menjadi pilihan. 


Tak terfikir pula nak buat hantaran macam ni. Iyelah zaman sekarang kalau back to zaman dulu memang banyak yang masih relevan, menarik dan tak lapuk dek zaman. Bab hantaran ni kalau tak menunjuk nanti makcik bawang mengata pula. Haishh, kalau dengar cakap orang memang tak dapat lah apa yang kita nak tu kan?

Idea Hidden Hantaran sangat menarik dan Fiza rasa bungkusan hantaran ni macam orang jepun bungkus bento tu. Cute dan nice enough pada pandangan mata. Tahu tak kau orang yang hidden hantaran ni banyak lebih mudah dan menjimatkan. Malah sangat sesuai untuk diuruskan jika rombongan dari jauh.

Apa yang diperlukan untuk hidden hantaran
  • Kotak/Bekas untuk meletakkan hantaran
  • Kain
  • Hiasan
  • Dulang Hantaran

Buat hidden hantaran ni jimatnya tak perlu nak upah orang buat. Cara bungkusan dan ikatan tu boleh cari je di youtube. Kain dan bekas tu pun boleh guna semula. Sudah tentu lah tak membazir banyak kan. Untuk kau orang yang bakal bertunang nikah kahwin tu boleh gunapakai idea ni. Jimat dan cantik!

Tengahari check out dari Beverly Hotel Taiping terus menuju ke Majlis Perkahwinan Shida Razduan. Itulah misi utama ke Perak ni. Blogger lama yang blogging awal tahun 2009 tentu kenal dengan blogger Shida Radzuan. Cuma sekarang Shida dah kurang aktif berblogging tapi masih aktif lah dengan social media lain. Fiza dan Shida ni dah kenal lama sejak zaman awal blogging dulu sampailah sekarang.

Kad kahwin Shida pun Fiza yang design ikut apa yang Shida nak. Jadi, tarikh Shida kahwin ni Fiza memang dah tahu awal lah. Kalau bakal pengantin jemput, inshaAllah Fiza pergi. Last minit plan dan akhirnya dapat juga Fiza bersua muka dengan Shida yang hanya kenal alam maya je. Fuhh...nasib baik Shida kenal. Kebetulan Fiza sampai Shida dah nak keluar makan beradab. Tak sempatlah nak sembang lama.


Cantik pengantin sama padan dengan baju pengantin songket moden ni. Berseri-seri pengantin kita ni.


Pelamin cantik Shida

Oh ya, photobooth banner tu Fiza design juga. Design sama dengan kad jemputan kahwin Shida. Saja ambil gambar untuk kenangan walaupun tak dapat ambil kat situ sebab ada ramai yang duduk situ. Tak kan nak halau orang pula kan?


Sempat jugalah ambil gambar dengan pengantin. Jadilah daripada takde lansung. Kalau tak main hai hai je lah dengan pengantin.


Alhamdulillah merasa nasi minyak Shida.
Tahniah Shida dan Sharul. Selamat menempuh fasa kehidupan yang baru berdua. Semoga berbahagia sampai syurga. Aaminn
Dari majlis kahwin Shida terus gerak balik Seremban tak singgah mana-mana dah. Dah lama tak travel jauh rasa penat tu lain macam tapi puas hati dapat bercuti walaupun sehari. Masa pergi kenduri kahwin jauh-jauh ni lah baru dapat jalan jauh. Tamatlah percutian sehari Fiza dan husband di Perak. Next time ada rezeki pergi Perak nak terjah tempat menarik yang lain pula.

Sekarang dah masuk musim orang kenduri kendara terutamanya kenduri kahwin. Bila kenduri kahwin kawan-kawan mesti nak hadiahkan something special untuk hari bahagia kawan-kawan kan. Kalau trend orang dulu-dulu bagi duit salam kaut je. Eh, tak juga. Zaman sekarang masih ada salam kaut lagi cuma lebih kepada tetamu orang lama lah. 

Kalau zaman kita ni selain bagi duit hadiah salam kaut, hadiah juga diberikan kepada pengantin baru. Biasanya kalau saudara atau kawan-kawan rapat kahwin mesti kena bagi hadiah untuk mereka. Lagi-lagi musim kahwin dekat-dekat ni antara mereka, mesti jenuh nak fikir nak bagi hadiah apa. Bagi pinggan mangkuk macam cliche je kan. Dah biasa sangat!


Tak nak peningkan kepala, Fiza kongsikan sikit senarai beberapa hadiah kahwin untuk pengantin yang boleh kau orang hadiahkan kepada pengantin baru mengikut kesesuaian dan bajet kau orang. Fiza tambah sikit senarai daripada hadiah untuk pengantin yang pernah Fiza buat tahun 2011 dulu. Tahun ni Fiza upgrade sikit senarainya mengikut peredaran zaman gitu.

BARANG DAPUR
1. Set Pinggan Mangkuk.
2. Set Sudu/garfu
3. Blender
4. Toaster
5. Dapur Gas
6. Water dispenser
7. Oven
8. Kuali
9. Rice Cooker/Periuk
10. Lesung batu
11. Set Pisau
12. Cerek/cerek elektrik
13. Microwave
14. Coffee maker
15. Air fryer
16. Peralatan dapur : senduk, sudip dan lain-lain
17. Spies jar
18. Pressure cooker
19. Steam Cooker
20. Water filter
21. Juice Maker
22. Jug Air

HIASAN RUMAH
1. Frame gambar
2. Lampu Tidur
3. Jam
4. Frame ayat-ayat Al-Quran*bukan sekadar perhiasan
5. Pasu bunga
6. Album Gambar
7. Air humidifier

KEPERLUAN HARIAN DAN LAIN-LAIN
1. Iron/Steam Iron
2. Vacuum
3. Spray mop/Spin Mop
4. Barang dapur : Beras, rempah ratus, kicap, gula, sos dan lain-lain
1. Set cadar
2. Toto

Okay, ada lagi nak tambah? Sila tambah dalam ruangan komen ye. Sebenarnya hadiah barang dapur adalah keperluan utama untuk pengantin memulakan kehidupan baru mereka berdua sebagai suami isteri. Kalau kahwin-kahwin terus dengan golongan bangsawan tak jadi masalah memang lepas kahwin semua dah cukup sempurna. Bagi kita yang biasa-biasa ni kehidupan selepas kahwin agak sedikit payah lah sebab lebih banyak belanjanya daripada hidup bujang.

Sekurang-kurangnya hadiah yang disumbangkan dapat dimanfaatkan oleh pengantin. Tapi ye lah, jangan mengharap sangat sangat jadi pengantin ni akan dapat hadiah. Semuanya bergantung pada rezeki masing-masing dan sebagai tetamu berikan mana termampu seikhlas hati.

Tahniah buat penyanyi Yunalis Mat Zara'ai atau lebih dikenali sebagai Yuna telah selamat bernikah dengan Adam Yuosof Mohamed Sinclair iaitu adik kepada Ashraff Sinclair di Puncak Rimba Bentong, Pahang. Venue pernikahan Yuna dan adam (#AdamxAlis) di Puncak Rimba ni antara pilihan yang sangat unik lain daripada yang lain.

Pelamin ala hutan tropika pilihan Yuna ni membuatkan semua orang terpegun. Kau orang rasa macam tu tak? Seriously sangat memukau pelamin ala hutan tropika ni berlatar belakangkan alam semulajadi. Puncak rimba adalah tempat peranginan mewah yang terletak di bukit tinggi betul betul di tengah hutan topika tertua di dunia. Wow sangat venue pernikahan/perkahwinan macam ni.

Paling menarik pemandangan belakang pelamin ni yang sangat mahal. So nampaknya pelaminnya macam matching dengan pemadangan belakang tu. Sesuai sangat! Kiranya kombinasi perkahwinan dalam taman juga ni. 



Pemilihan persalinan serba putih memang kena sangat dengan suasana sejuk di bukit tinggi ni. Boleh dikatakan venue yang sangat unik dan memukau mata setiap tetamu yang hadir dan yang melihat gambar-gambar sekitar majlis pernikahan pasangan pengantin baru ni.


Pada majlis sebelah malam pun sangat cantik suasananya. Nampaknya lepas ni ramai lah yang tiruvasi idea untuk buat majlis kahwin di resort sebegini. Kan? Harga jangan ditanya, of courselah mahal. Nama pun luxury resort, haruslah luxury juga harganya. Tak mampu buat majlis, bercuti atau berbulan madu di Puncak Rimba Bentong ni pun boleh juga kan.


Kredit foto : Google