Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts
Showing posts with label Tempat Menarik. Show all posts
Dari PD Waterfront kononnya nak terus balik rumah tapi teringat pulak Puan Hazel pernah bercerita tentang Pantai Purnama. Lalu meneruskan cita-cita ke Pantai Purnama, Port Dickson.

Pantai Purnama, Pantai Tersorok di Port Dickson.

Dengan menggunakan perkhidmatan pakcik waze, sampailah ke Pantai Purnama. Memang tersorok sikit Pantai Purnama. Signboard nak masuk simpang pun tak kelihatan. Kenapa sorok sorok Pantai Purnama yang cantik ni? Siapa nak jawab ni? Hihi

Pantai Purnama Port Dickson

Tak jauh dari PD Waterfront, kurang lebih 20 minit macam tu dengan traffik lancar. Kalau jammed, mungkin ambil masa lebih sikit. Sabtu lepas nampak tak berapa sibuk sangat kat PD. Masing-masing dah mula duduk rumah agaknya.

Sepanjang laluan masuk ke Pantai Purnama yang Fiza perasan macam kawasan perumahan elite je. Atau mungkin ada homestay Pantai Purnama Port Dickson yang berdekatan dengan Pantai.

Pantai Purnama/Pantai Sri Purnama

Pantai Purnama ni dipanggil juga dengan Pantai Sri Purnama. Bila di google memang ada kedua-dua nama tu. Tapi kalau waze, sila masukkan nama Pantai Purnama.

Sampai je terus teruja tengok Pantai Purnama ni. Dari jauh dah nampak Pantai dia. Ruang tempat letak kereta tak berapa nak besar. Ada tingkat atas dan bawah je. Ini kalau sesak, memang kena menapak jauh lah jawabnya.

Mujur masa datang, tak ramai orang dan banyak ruang tempat letak kereta ada. Boleh pilih mana-mana nak letak kereta.

Ruang Parkir Pantai Purnama Port Dickson

Pantai Purnama ni lagi sesuailah untuk seisi keluarga datang. Boleh mandi manda, boleh berkelah, pantai luas dan ada disediakan campsite untuk yang nak merasa berkhemah kat situ.

Mungkin boleh google campsite pantai purnama untuk cari maklumat lanjut. Mana tahu kot jumpa ada yang pernah ada pengalaman berkhemah kat situ.

Ada restaurant dan juga sewa dan beli pelampung. 

Pantai Purnama Port Dickson

Pertama kali sampai Pantai Purnama ni kagum dengan keluasan Pantai dia. Kebersihan pantai masih lagi memuaskan lah. Ada juga lah nampak sampah plastik. Siapalah punya kerja buang sampah merata tu kan.

Pantai Purnama Port Dickson
Sekali lagi setting camera ter overexpose .Opsss


Masih ada yang tak tahu nak menjaga alam sekitar. Kalau bukan kita, nak harapkan siapa lagi kan. Sampah sampah ranting kayu dan daun kering itu biasa.

Pantai Purnama Port Dickson
Siapa punya baju tertinggal tu tak tahulah. Macamana boleh lupa ambil tu

Nampak tak betapa jauhnya kami menjaga jarak. Yang datang sini lebih kurang dalam 4-5 family macam tu. Semua jaga jarak masing-masing antara satu-satu family. 

Pantai Purnama Port Dickson

Dah ambil gambar, dah celup celup kaki kat air. Kira puas hati dah tu untuk menggembirakan hati seorang isteri. 

Sebelum balik sempat lah perati anak ketam ni. Masa kita datang dekat, laju je dia masuk lubang. Susah betul nak ambil gambar dia. 

Apa yang Fiza buat. Duduk senyap-senyap dan cepat-cepat ambil gambar bila dia keluar. Kalau kita gerak sikit, cepat betul dia perasan terus masuk lubang. Aduhai, tak boleh bawa bincang anak ketam ni.

Anak Ketam Pantai Purnama PD

Settle Pantai Hopping Fiza di hari sabtu yang lepas. 2 Pantai je pun dapat terjah. Jadilah kan daripada tak dapat lansung. Hihi


Rindu nak keluar, rindu nak jalan-jalan, rindu laut, rindu nak bebas. Faham tak macamana perasaan yang terbuku di dada tu bila aktiviti yang dulu bebas kini semakin terhad. Bukan limited edition tapi terbatas.

Oleh kerana stress yang amat sangat dan banyak benda nak kena fikir sekarang ni, ajak husband keluar jalan-jalan sekejap. Makanya, ajak husband ke Port Dickson a.k.a PD. Dekat je tak perlu jauh-jauh. 

Motifnya nak jalan-jalan ke pantai. Nak dengar bunyi ombak. Nak tengok laut biru yang cantik. Nak bau laut, nak rasa angin sepoi sepoi bahasa tepi laut. Laut is tenang.

PD Waterfront

Port Dickson ni banyak pantai yang cantik dan menarik. Tak tahu sebenarnya nak pergi Pantai mana. Last last ke PD Waterfront dulu. Sebelum ni pernah bercuti stay kat Bayfront Hotel betul betul dekat PD Waterfront. Berdekatan juga dengan PD Waterfront apartment, D'Wharf. 

Kalau kau orang tercari cari PD waterfront hotel, Fiza suggest stay kat Bayfront tu lah. Pilih bilik yang seaview okay. Gerenti puas hati lah. 

Laut di PD Waterfront ni salah satu PD Waterfront attraction yang menarik. Walaupun tak boleh mandi kat sini tapi boleh menikmati lah view laut yang cantik dan bersih. 

PD Waterfront actitivies yang boleh dibuat, apa yang Fiza nampaklah kan. Ada orang memancing kat sini. Duduk atas batu sambil tunggu umpan di makan ikan. Selama duduk santai kat situ tak nampak pula dorang dapat ikan apa.

PD Waterfront
Ada orang tengah memancing kat situ

Masa bercuti kat sini, petang-petang ramai family datang bawa anak-anak duduk tepi sini makan makan sambil tengok laut. Tak bawa makanan pun takpe sebab PD Waterfront food ada bermacam-macam. Ada Starbucks, McD, MyKori, 7 Eleven, Tealive, King's Bakery dan apa lagi ye. Tak ingat sudah.

Cendol PD
Sempat lah beli cendol bungkus ikat tepi masa on the way ke PD Waterfront

Bila sampai sini cuma ada orang memancing je kat hujung tu tadi. Bahagian ruang tengah ni kosong tak ada orang lansung. Sedang elok lah sampai sini orang tak ramai. Orang tak datang tengahari kot. Ko je yang beria datang tengahari. 

Sedang tengahari cuaca panas ni memang cantik lah ambil gambar kan. Lighting on point dan nampaklah awan biru. Mujur tak mendung sangat masa ni. Cuaca pun sedang elok tak panas sangat

PD Waterfront
Ada aktiviti sukan perahu layar kat tengah laut. Tak panas ke tu?

Kejap sana kejap sini sibuk ambil gambar, ada sorang pengunjung datang. Kami berdua memang dah pakai face mask siap-siap. Berani tak pakai kat tempat awam, kena saman tak pasal je.

PD Waterfront

Kelihatan langit masih biru, tak menunjukkan tanda-tanda nak hujan lagi. Salah setting camera phone. Terover expose lak dia. 

Langit Biru @PD Waterfront

Berhadapan dengan shopping lot sebelum laluan berbatu tepi pantai tu ada taman. Kat taman ni ada beberapa gazebo. Tak ada kerusi, mungkin tempat untuk berpicnic dengan family berbentangkan tikar agaknya.

Ada juga beberapa permainan untuk budak-budak main. Seingat Fiza, ada gelonsor kalau tak silap lah. Tak lama sangat lepak kat sini. Hujung sebelah kanan depan starbucks berdekatan dengan D'Wharf tu tak pergi sebab kat situ ramai orang.

Nampak ada gerai makan, gerai jual pelampung dan lain-lain. Kalau dah ramai kat situ, malas lah kita nak menambahkan ramai lagi. 

Garden @PD Waterfront

Lega dan puas hati gila dapat belok ke pantai. Terubat sekejap segala penat lelah duka lara. Kejap je lah. Jadilah walau sekejap cuma.

Pulau Besar Melaka, a hidden gem of Melaka. Walaupun dikatakan hidden gem tapi ibarat unpopular place. Sebabnya jarang nampak orang kongsikan bercuti di Pulau Besar Melaka ni. 

Di satu petang yang indah si isteri bertanyakan kepada suami 

Isteri : Pulau apa yang paling dekat kita boleh pergi ye?
Suami : Pulau Besar Melaka. Tapi orang kata tempat tu berhantu.

Dari perbualan tu, baru lah Fiza tahu kewujudan Pulau Melaka ni. Ahhh sudah. Baru nak teruja boleh bercuti ke Pulau yang terdekat. Tiba pulak suami cakap berhantu. Auto terbatal hajat nak bercuti kat Pulau.

Almaklumlah sejenis tak pernah bercuti di Pulau yang betul betul Pulau selain Pulau Langkawi. 

Teringinlah nak tahu apa yang menarik di Pulau Besar Melaka. Atau mungkin juga ada tempat menarik di Pulau Besar Melaka sekitarnya.

Pulau Besar Melaka
Kredit image : soscili.my

Dengan menggunakan pekhidmatan pakcik google. Dapatlah beberapa maklumat tentang Pulau Besar Melaka yang nak tahu sangat tu. Tak jumpa pula review bercuti yang best kat sini. Yang ada cuma cerita sejarah Pulau Besar Melaka, Tasik bunian Pulau Besar Melaka.

Mana-mana yang bercuti di Pulau Besar ni akan menginap di Pulau Besar Melaka Resort atau Pulau Besar Melaka Hotel yang disediakan. Tak nak bermalam, pergi balik hari pun boleh katanya lah.

Sejarah Pulau Besar Melaka

Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi yang merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka (Semenanjung Malaysia). Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.-wikipedia


Pulau Besar, sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan kisah lagendanya. Pulau Besar juga ada kisah sejarahnya khususnya kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara.

Pulau Besar menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Dan kini Negeri Melaka telah membina sebuah muzium untuk memaparkan kisah dan lagenda Pulau Besar. Antaranya :

  • Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail
  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
  • Makam Tok Putih
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Batu Lesung

Daripada cerita rakyat tempatan, ada beberapa mitos disebalik kisah tempat-tempat lagenda dan bersejarah di atas. Bila cerita mitos ni faham lah ye cerita tu pasti akan berubah-berubah penceritaan dia. 

Banyak juga amalan pelik yang dilakukan di Pulau Besar ni. Disebabnya ianya mistik, ada yang melakukan perkara-perkara syirik dan khurafat dengan mengadakan aktiviti pemujaan dan beberapa ritual lain.

Era tahun 1980, kerajaan negeri telah berusaha membangunkan Pulau Besar tetapi gagal. Kuasa mistik masih kuat disitu dan semuanya tak menjadi lalu terbengkalai.

  • Kononnya nak mengusahakan ternakan lembu Fresian. Satu persatu lembu hilang. 
  • Bina resort dan telah siap sepenuhnya, tapi terbengkalai tanpa pulangan modal. Dikatakan pembinaan resort tersebut menganggu penduduk kampung jin.
  • Pembinaan  Taman Tema Tamadun Islam juga gagal
sumber cerita : soscili.my

Jadi persoalannya, Pulau Besar dah membangun pesat ke camna sekarang? Apa Yang Menarik di Pulau Besar Melaka tu? Orang Melaka ada yang tahu ke? Atau ada yang pernah bercuti di Pulau Besar ke? 

Tengok dari gambar hasil carian google, Pulau Besar ni cantik. Pulau kan, mestilah cantik! Tapi itulah, tak banyak cerita best tempat menarik Pulau Besar ni. Dia lebih banyak cerita kisah mistik. Aduh, potong betul!

Kawan-kawan, nak tahu tak ada port makan baru atas bukit yang cantik di Sepang. Siap sekali dapat pakej sunset view yang cantik. Nama tempat tu Hilltop Cuisine Kota Warisan.

Kalau kau orang bosan tak ada aktiviti hujung minggu bolehlah ajak family atau kawan-kawan makan di Hilltop Cuisine Kota Warisan, Sepang. Nak makan pada hari biasa pun boleh. Katanya hidden gems di Sepang. 

Tak pasti lah pulak dah berapa lama beroperasi. Yang pastinya permandangan hilltop/puncak bukittu memang awesome! Sambil makan sambil menikmati keindahan ciptaan Allah tersangatlahlah nikmatnya.

Credit : Hilltop Cuisine Kota Warisan

Ada rezeki dan datang tempat pada masanya, dapatlah enjoy sunset view tu. Kalau tak dapat enjoy sunset view boleh enjoy udara segar disertai dengan angin sepoi sepoi bahasa atas bukit waktu petang-petang.

Tak sempat datang petang, dinner pun menarik juga atas bukit ni kan. Tempat makan yang permandangannya mahal tapi boleh dapat secara percuma. Tak percuma lah, tetap kena makan kat situ. Ke boleh je datang enjoy tengok view? Entah lah ye.

Ada sesiapa boleh clarify ke? atau ada yang dah pergi bolehlah kongsikan pengalaman kau orang dalam kotak komen di bawah entry ni. Siapa je yang tak suka datang tempat macam ni. Haruslah semua orang pun suka.

Tambah lagi tengok hidangan menu dia nampak menyelerakan. Harga dan Kesedapan tu kau orang kena pergi dan nilaikan sendiri lah. Fiza tak pernah pergi tak boleh nak sembang lebih. Just nak share tempat makan yang menarik. 

Kalau nak kelainan sikit boleh lah makan kat sini. Buat surprise candle light dinner acah acah romantik pun menarik juga kan. Birthday party ke nak celebrate event ala garden ke pun nice sangat. Bolehlah difikir-fikirkan dan book sesiap.

Boleh juga letak dalam list tempat menarik untuk photoshoot kahwin ke, pre wedding ke dan lain-lain. Nampak ada juga yang kongsikan gambar photoshoot kahwin kat sini. Macam cantik pulak. Yang berdekatan tu bolehlah cuba datang dan rasakan pengalaman makan di Hilltop Cuisine Kota Warisan Sepang ni.

Yang jauh, kalau terrr lalu Sepang boleh juga singgah kejap di sini. Kalau rasa tempat ni menarik pada kau orang lah. 

Hilltop Cuisine Kota Warisan



Cosy · Casual · Good for kids
Address: Hilltop cuisine, Persiaran Warisan, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor
Hours: Closed ⋅ Opens 4PM
Phone: 013-778 9244
Hours or services may differ
Baru baru ni viral Air Sungai Rambai yang cantik dan jernih. Maldives Malaysia katanya lah. Ye betul, sangat cantik! Tapi yang kurang sedap di dengar bila kata ada buaya! Bukan buaya darat tapi buaya betul betul. Habitat buaya tau!

Serius lah??? Antara percaya dengan tidak je Sungai Rambai ni ada buaya. Terfikir juga, tak bahaya ke datang Sungai Rambai tu? Buaya tu tak makan orang ke? Banyak betul persoalan yang keluar dari dalam kepala ni. Ke tempat tu ada orang jaga? 

“Jangan disangka air yang tenang tiada buaya”
Buatnya orang luar datang tanpa kaji dulu tempat tu, syok tengah ambil gambar. Tiba tiba ada sang buaya tu muncul. Memang lari tak cukup tanah lah cerita dia. Kau orang berani tak nak datang?

Kejernihan dan kecantikan air sungai rambai ni salah satu perubahan alam sekitar selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Inilah tandanya alam sekitar kembali pulih dan cantik semulajadi tanpa pencemaran alam sekitar dan pencemaran dari manusia.

Credit photo : @faisalmaps

Siapa je yang tak teruja tengok kejernihan air sungai macam ni. Kagum betul di Malaysia sebenarnya masih ada sungai yang masih cantik, jernih airnya dan terjaga kebersihan. 

Katanya Sungai Rambai sebelum ni memang pernah jernih cuma tak pernah sejernih yang sekarang. Soalnya, agak-agak sampai bila kejernihan air sungai ni? Biasa benda viral ni laju je masing-masing sampai. Cuma tu lah, bab buaya tu kena fikir panjang. 

Credit photo : @faisalmaps

Nak pergi ke tidak? Mungkin juga sebab tu masih ada yang ragu ragu nak pergi Sungai Rambai ke tidak. Hati macam nak pergi. Nak tengok in real kejernihan air sungai tu. Tapi nak jejak pun rasa seram dah bila tahu ada buaya.

Ada baca juga kisah perjanjian antara penduduk kampung dengan buaya. Dimana reptilia yang ada tidak memberi ancaman kepada manusia yang telah tinggal lama di kampung tu. Dah macam perkara biasa bagi mereka. Nak tahu lebih lanjut kisahnya boleh klik link yang Fiza highlight tu. Atau boleh baca sedikit ringkasan di bawah.

Kisah perjanjian antara penduduk kampung dengan buaya

Penduduk di kawasan Sungai Kesang percaya perjanjian yang telah dibuat antara penduduk terdahulu dengan buaya yang tinggal di sana menjadikan keduanya mempunyai hubungan baik.
Meskipun telah wujud sejak sekian lama di sana, buaya yang tinggal di sana tidak pernah dianggap sebagai ancaman kerana tidak pernah mengganggu penduduk, dan anggaran awal buaya yang mendiami kawasan sungai tersebut adalah sebanyak 100 ekor dengan kepanjangan sekitar dua meter.
Kisah yang sudah lama berlaku itu dikatakan bermula apabila nelayan telah membantu anak buaya yang tersangkut di jaring. Kerana bantuan tersebut, buaya dewasa telah berjanji tidak akan mengganggu nelayan yang akan menangka ikan.
Pada Mei 2019, Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Sumber Perikanan Kesang, Rosman Selamat berkata kewujudan buaya di sana tidak menggusarkan nelayan setiap kali ke laut kerana reptilia itu tidak pernah mengganggu penduduk.
Meskipun kelibatnya dilihat, reptilia tersebut tidak memberikan ancaman dan buat penduduk yang membesar di sana, kehadiran haiwan tersebut seolah-olah sebati dalam kehidupan mereka. Malah ada yang melarikan diri sebaik sahaja terdengar bunyi enjin bot seakan menghormati nelayan yang hendak ke laut dan akan timbul namun tidak mendekat apabila mereka mematikan enjin.
Namun kata Rosman, fenomena tersebut sudah terhenti sekitar empat ke lima tahun dahulu. Buaya-buaya itu kini seakan berubah sikap apabila habitatnya di hulu Sungai Kesang musnah selepas kawasan tersebut terlibat dengan projek pengairan.
Jika dahulu berpuluh-puluh biji telur buaya dan kelibat buata dapat dilihat di kawasan hulu sungai, tengah sungai antara sempadan Kesang dan Merlimau, Melaka, namun kini habitat baharu reptilia itu tidak lagi diketahui.
Keadaan tersebut telah menimbulkan kebimbangan kerana reptilia tersebut dikatakan sering berlegar sehinggalah di kawasan berhampiran jeti.-Credit : Odisi.my

Credit : google

Dalam mencari gambar kat google, ada juga nampak beberapa gambar orang mandi manda dan lepak di tepi sungai ni. Papan tanda juga dah dipasang bagi mengingatkan pengujung supaya lebih berhati hati jika datang sini.

Tak dinafikan, Air Sungai Rambai ni memang cantik dan jernih. Permandangan suasana kampung tu pun sangat cantik. Salah satu tempat yang menarik di Melaka dan tempat yang menarik juga untuk photoshoot. AWAS! Hati hati okay.


Sepanjang stay dekat Bayfront Hotel, Port Dickson yang sehari cuma tu. Tak kemana pun kamiorang pergi. Cuma pergi makan ikan bakar dekat Kampung Pasir Panjang tu je. Kalau turun bawah pun jalan-jalan di tepian pantai laluan jalan kaki tu je.

Bayfront hotel ni lokasi dia dekat dengan PD (Port Dickson) Waterfront je. PD Waterfront, salah satu tempat menarik di Port Dickson yang boleh lepak-lepak menikmati keindahan pantai. Tapi tak boleh mandi lah kat sini. 



Nak mandi manda kena pergi pantai Teluk Kemang yang sentiasa meriah dipenuhi ramai orang sebab ada banyak aktiviti kat pantai Teluk Kemang. Itu yang orang ramai suka pergi.

Tapi jenis Fiza tak suka bersesak sangat. Jalan-jalan tepi pantai tengok pantai tak boleh manda manda pun takpe. Dah besar ni tak ada dah lah nak mandi manda tepi pantai. 

Suka tengok pantai tapi tak suka mandi laut sebab dulu kononnya takut kulit gelap. Nak putihkan kulit kemain susah, nak gelapkan sekejap nau. 

Suka mandi air terjun sejuk tapi fikirkan bahaya batu licin tu tak jadi lah. Mandi kat swimming pool atau berendam dalam bathtub je lah gitu.

Sebenarnya macam tak pernah tahu pun sebenarnya kewujudan PD Waterfront ni celah mana. Kalau tak stay dekat Bayfront Hotel ni memang tak pernah tahu dan tak pergi PD Waterfront ni. 

Padahal rajin juga ke Port Dickson ni. Asyik pergi tempat yang sama Pantai Cahaya dengan Pulau Burung tu mana nak sampainya kat tempat lain kan. So now dah boleh blue tick PD Waterfront dalam senarai tempat menarik di Port Dickson yang dah pernah pergi.


PD Waterfront ni berdepan dengan McD dan Starbucks. Kalau lepak kat Starbucks atau McD pun best juga lah sesambil tengok kebiruan laut yang cantik ni. 

Ada juga mural kartun lat yang comel ni ha. Tetiba ada pulak sensorang kat sini dengan gambar cupcake. Fiza tak ambil pulak gambar cupcake tu.



Lagi satu ada lukisan puntung rokok. Sebenarnya Paip PVC ni. Bagus juga idea buat lukisan puntung rokok ni untuk peringatan para perokok jangan buang puntung rokok merata-rata. Kalau tak perasan juga tak tahu lah nak kata. 

Pembuang puntung rokok memang tak ada tapi pembuang sampah kat mana-mana pun ada. Masih ada yang tak sedar lagi nak jaga kebersihan alam sekitar. 

Sampah plastik merata-rata. Kalau ye pun nak berkelah tepi pantai, jangan buang sampah merata-rata. Aduhaiii..penat lah nak ingatkan. Kalau ada signboard pun bukan baca pun.



Nice sangat permandangan laut kat PD Waterfront ni. Ini kalau rumah dekat tepi laut, memang Fiza duduk tepi laut je buat kerja. Mesti banyak idea keluar mencurah-curah mengalir. Haha..kemain sangat kan.



Di tepian pantai, sempat jugalah snap pokok bunga seri pagi a.k.a morning glory. Cantik pulak dia kembang di waktu pagi. Rasa nak ambil je nak tanam kat rumah. Tapi taklah nak ambil pun. Ambil gambar pun jadi lah buat kenangan dan simpan buat koleksi gambar.




Percutian 2 hari 1 malam di Bayfront Hotel, Port Dickson tanpa dirancang. Bayfront Hotel, Port Dickson hotel near beach antara hotel murah Port Dickson. Port dickson recommended hotel untuk kau orang yang suka menikmati keindahan tepi pantai yang cantik.

Memanglah Grand Lexis Port Dickson, Avillion Port Dickson lebih dekat dengan laut tapi ikut bajet sendiri belum ke tahap tu lagi. Kalau ada orang sponsor lain cerita dia. Nak booking port dickson chalet Fiza lebih prefer hotel.

Memang teringin sangat nak bercuti selepas terperap lama stay home. Nak rancang awal-awal haritu masih lagi PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Memang tak boleh buat apa, stay home je lah.

Sejak PKPP (Pergerakan Kawalan Pergerakan Pemulihan) ni banyak perubahan normal baharu yang boleh kita buat dan kenalah mengikut SOP yang ditetapkan. Syukur angka pertambahan kes baru makin lama makin kurang. Bila angka zero, barulah kita boleh tarik nafas lega sikit dan banyak benda kita boleh buat ke sana ke sini.

Bila tahu PKPP ni boleh bercuti, terus rasa macam nak bercuti nak release stress bila dah berbulan-bulan stay home je. Kebetulan Birthday husband 30 June, sekali bercuti untuk celebrate birthday husband. Kiranya masa sedang elok untuk pergi bercuti.

Gigih cari hotel semua. Dah decide barulah cakap dekat husband. Tak surprise pun lah sebab husband yang akan booking via agoda. Fiza cuma cari dan bayar je lah. Birthday treat kan. Survey punya survey hotel, berkenan betul dengan Bayfront Hotel ni sebab ada balcony menghadap permandangan laut yang cantik! 

seaview from balcony

Fiza ni pantang nampak laut, terus rasa macam release terus segala stress. Siapa suka laut, kita geng! Fiza pilih Port Dickson sebab Port Dickson beach semua view dia cantik. Dekat pun dekat dengan rumah. Seremban je kot. Lebih kurang setengah jam dah sampai. Kalau tak jammed lah.

Bayfront Hotel, Port Dickson Hotel Near Beach.

Bayfront Hotel ni tak besar mana dan tak tinggi mana. Setingkat je pun. Mula tu macam tak best juga stay Hotel yang hanya setingkat cuma. Tak privacy lah kalau lepak dekat balcony tu kan. Tapi disebabkan this hotel near beach terus rasa macam best dah Bayfront Hotel ni.

Frontview Bayfront Hotel

Nearest Essentials

Selain berdepan dengan pantai, banyak kemudahan lain yang berdekatan. Dekat dengan Starbucks, McD, tealive, 7 Eleven, Mykori, Maybank,, Pasaraya TF dan banyak lagi. Turun bawah jalan kaki je senang. Tak jauh mana.

Signboard Bayfront Hotel


Entrance lobby Bayfront Hotel

Hotel Lobby

Check in start pukul 2 petang tapi sebab lambat sampai. Lebih kurang pukul 3 lebih baru sampai dan check in. Urusan check in kejap je lebih kurang 5 minit macam tu. Kamiorang je pun yang check in masa tu. Bercuti pada weekdays tak ramai orang dan mungkin masih PKPP ni belum ramai yang bercuti lagi. 

Memang suka pilih cuti weekdays sebab tak ramai orang. Elok juga tak bersesak dalam tempoh PKPP ni. Suka tengok dekorasi hotel lobby Bayfront Hotel ni. Nampak tu ada garisan tu. Kalau ramai kena lah beratur dan ikut SOP. Cuti cuti juga, SOP jangan dilupakan.

Hotel Lobby
Macam biasalah dalam bilik disediakan air, mug, sudu, cerek elektrik dan juga teh uncang. Bolehlah mengeteh ke mengopi malam-malam dan untuk breakfast.


Bilik Luas dan Bersih

Masuk masuk je, sebelah kiri open wardrobe, table top dan bilik air. Ada beberapa hanger yang tak boleh ditanggalkan. Orang tak berapa tinggi macam Fiza memang strunggle lah nak menggantung baju. Husband lah jadi mangsa tukang gantung baju. Hihi

Open wardrobe, table top and bathroom

Kalau stay mana-mana hotel, kebersihan tu paling penting. Sebab kalau bilik tak bersih memang spoil mood bercuti. Betul tak? Sangat puas hati dengan kebersihan bilik Bayfront Hotel ni. Bau bilik pun wangi. Tak ada bau-bau yang kurang menyenangkan. So far kebersihan masih di tahap yang bagus.





Kau orang tengok bilik ni luas ke tidak? Untuk kami berdua kira luas dah ni. Makeup table pun ada tapi nak makeup tu kurang yakin dengan pengcahayaan lampu kuning ni. Kena juga make up dekat sliding door baru puas hati. Siap-siaplah bawa cermin sendiri ye.


Sambil berehat dalam bilik bolehlah layan TV. Husband je yang sempat layan TV. Fiza dok layan view kat luar tu je. Tak berminat tengok TV. Kat rumah pun jarang tengok TV apatah lagi bercuti. Itu bukan Fiza lah. Lebih baik layan view laut kat luar tu.



King size bed
Sumpah suka gila dengan permandangan laut bila lepak dekat balcony ni ha. Duduk lama sambil menikmati permandangan laut lama lama pun tak pe. Tak ada hal lah. Sepanjang stay Bayfront Hotel ni, tak kemana-mana pun kamiorang. Hanya lepak kat bilik dan balcony je. Keluar pun turun bawah pergi 7 Eleven, tealive dan jalan jalan tepi pantai je.



Oh ya, kat bawah pun ada kedai kek King's. Tak perlu susah payah nak beli kek untuk husband. Beli je kat bawah. Fiza beli slice je lah. Nak makan pun berdua je kan. Beli Red Velvet Cake dengan Salted Caramel Cake. Dua-dua sedap!


Kononnya nak tunggu malam baru celebrate birthday. Tapi tak sempat ke malam, tempting dengan kek Red Velvet ni. So husband kata makan dulu lah. Lagipun tak ada peti ais nak simpan kek pun. Fiza pun ON je lah. Bab makan jangan ditolak. Tak sabar juga nak tunggu malam makan kek. Dahlah Red Velvet tu paling favourite.

Ni siapa punya birthday ni? Beli kek ikut taste sendiri. Alah, husband pun suka Red Velvet juga. Takyah gaduh-gaduh. Citarasa sama! Petang-petang sebelum maghrib kononnya nak tengok sunset view. Sekali non hado sunset. Tak ada rezeki lah kan.


Seronok dapat lepak kat balcony sambil menikmati angin sepoi sepoi bahasa tepi pantai dan menikmati keindahan laut. Walaupun tak ada pantai berpasir ada tambak batu. Kira okay dah tu kan. Ikutkan nak je lepak tepi pantai dengan walking trail tu. Ramai je lepak-lepak kat situ. 

  
Malas nak turun, why not lepak dekat balcony je. Sambil lepak sambil berangan. Kalau ada rumah tepi pantai macam ni tentu seronok kan! Tak salah berangan. Berangan kan percuma.


Malam tak keluar mana, lepak lagi dekat balcony enjoy view malam pulak walaupun tak nampak pantai. Haha..ini baru baru menikmati cuti dan rehat. Esoknya before pukul 12pm check out. Pagi tu tak keluar mana, sarapan roti je beli kat 7 Eleven. Sayang betul nak tinggalkan bilik dan view laut tu.

Ikutkan nak je extend cuti. Survey juga hotel yang lain kononnnya nak extend cuti. Tapi cuti pun masih kena fikirkan kerja yang masih pending tu kan. Marilah pulang ke rumah. So far sangat puas hati stay di Bayfront Hotel Port Dickson ni.


Sesuailah untuk bercuti honeymoon ke atau bercuti dengan family dan kawan-kawan. Bilik luas dan bersih. Harga pun semalam RM116 macam tu sekali tax dan tolak points agoda. Masih okay lah kan harganya untuk bilik seaview ni. Bilik hotel yang seaview ni selalu rate dia lebih dari seratus lebih. Ke?

Happy dapat bercuti setelah terperap lama. Ikut plan, masa birthday Fiza bulan February haritu nak bercuti. Tapi ye lah kan, belum sempat plan lagi masa tu dah pandemik dah mula merebak dan lepas tu baru PKP bermula. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. 

Kalau kau orang suka pantai dan nak bercuti di Port Dickson tu boleh lah cuba menginap di Bayfront Hotel. Recommended! Thank you Bayfront Hotel for your service.

Bayfront Hotel

1-1-3A Persiaran Waterfront, PD Waterfront Port Dickson, 71000 Port Dickson, Port Dickson Waterfront, Port Dickson, Malaysia, 71000 

Popular Landmarks

Alive 3D Art Gallery
Kota Lukut
Army Museum
Teluk Kemang Beach
Upside Down Art Gallery
Blue Lagoon Beach
Cape Rachado Lighthouse

Seronok tau kalau bangun tidur buka mata terus nampak permandangan lawa macam ni rasa macam sayang nak tutup mata semula sambung tidur. Sumpah lawa Cambugahay Falls Philippines ni. Dalam hati berkata " Kalaulah dapat bercuti berdua dengan husband di Cambugahay Falls Philippines ni, memang rasa bahagia dan tenang sangat bila close to nature. 

Tengok gambar pun dah rasa wow, apatah lagi sampai sana. Mesti tak sudah sudah nak cakap cantik lawa best semua tu. Macam dah boleh bayangkan kalau berada di Cambugahay Falls Philippines. Takpe, mimpi dan berangan dulu. Mana tahu boleh jadi kenyataan satu hari nanti. 

http://www.azhafizah.com/
credit : google
Cambugahay Falls terletak di Lazi Siquijor Island. Tempoh perjalanan untuk sampai ke sini lebih kurang dalam 30minit. Kalau nak tahu, Cambugahay Falls adalah air terjun paling popular di Siquijor kerana air terjunnya yang bertingkat-tingkat. 

AKTIVITI

Selain mandi manda berenang tu, boleh jungle trekking, swinging from the tree swings, jumping from cliff spots, berehat di pondok yang disediakan dan bermacam-macam lagi aktiviti yang boleh dibuat di Cambugahay Falls. Confirm tak sempat nak boring. Paling syok dapat menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang sangat indah ni.

KEMUDAHAN

Dah sampai sini mesti rasa nak stay lagi kan. Kau orang boleh glamping atau stay di resort dan hotel yang berdekatan. Untuk berehat santai di sekitarnya pun disediakan pondok kecil yang boleh disewa. Ada banyak pilihan tempat tinggal mengikut bajet masing-masing. Nak exclusive stay lah kat villa ke dan tak berapa nak bajet nak rasa suasana camping, glamping pun okaylah.

Cambugahay Falls Philippines
credit : google

Kalau depan mata terpegun tau tengok permandangan indah macam ni. Tapi dari hasil pembacaan Fiza, ada juga yang datang ke Cambugahay Falls agak kecewa sebab warna airnya tidak seperti dalam gambar. Ibarat kata "indah khabar dari rupa". Ada juga yang review tempat ni agak kurang bersih sebab ada banyak sampah. Haa, silap siapa tu? Itu semua silap mereka yang datang tak pandai nak jaga kebersihan alam.

Pantang tau kalau tempat cantik lawa macam ni pengunjung sendiri tak tahu nak menikmatinya dengan betul. Haa apa lagi kau orang, bookmark dan masukkan Cambugahay Falls siap-siap dalam wishlist tempat menarik untuk bercuti akan datang. Fiza kalau datang sini sekadar bergambar je kot. Tak berani nak masuk dalam air. Susah nak atasi sejenis aquaphobia ni. Setakat celup celup kaki dalam air okay lagi. Nak masuk mandi tu entah ada kekuatan tak tahu lah. Fiza is seram!

Selesai Majlis Konvokesyen anak buah di UiTM Lendu. Saja menyampaikan hasrat pada husband nak pergi pantai kalau dekat. Husband kata okay dan decide pergi pantai tanjung Bidara dekat sikit agaknya kot. On Waze dan anggaran masa kurang lebih kira-kira setengah jam macam tu. Terus gerak ke Pantai Tanjung Bidara. Buat pertama kali jejak kaki kat Tanjung Bidara ni sebenarnya. Agak teruja!

Tanjung bidara ni tak macam Pantai Puteri yang Fiza pernah pergi sebelum ni. Suasana agak sunyi cuma ada beberapa buah kereta je parking. Boleh kira manusia yang ada lepak kat situ. Food court sunyi sepi tanpa peniaga. Kiranya kurang pengunjung petang-petang ni. Atau sebab hari biasa memang tak buka food court kat sini. Entahlah, tiada jawapan. Orang situ je tahu kot. Mujur bukan datang nak makan sekali. Dapat makan cendol tepi pantai tentu seronok.


Saja singgah pantai sebab Fiza suka tengok pantai dan sambil tu boleh ambil gambar cantik-cantik tepi pantai. Pantang nampak pantai mesti rasa macam tenang dan damai gitu. Terapi sebentar sebelum balik rumah. Tapi Fiza tak suka mandi air laut sebab cepat sunburn dan agak 'aquaphobia' sebenarnya. Suka lepak tepi pantai je menikmati permandangan ciptaan Allah. Ambil gambar tu sudah semestinya. Kalau rumah dekat dengan pantai, mahu hari hari belok ke pantai. Hehe

Pantai Tanjung Bidara ni bersih dan pantainya agak panjang. Jenuh juga kalau nak menyusuri pantai ni. Pantai pun bersih dan ada batu-batu besar tepi pantai. Cuma tak ambil gambar kat batu tu je sebab malas nak jalan ke sebelah situ. Air laut kat Tanjung Bidara agak keruh macam air sungai. Tak jernih dan tak biru. Kalau warna biru dan jernih tentu lebih cantik kan. Lain pantai lain warna airnya disebabkan faktor kedalaman, cahaya, kandungan dan sebagainya.


Air keruh macam ni sebab tak dalam dan disebabkan faktor ombak yang memukul pasir di tepian pantai. Mungkinlah kot. Kena kaji lebih kalau nak tahu. Paling suka bunyi ombak tepi pantai. Rasa nak pacak tiang buat rumah tepi pantai je. Tapi rasa takut pula. Bak kata pepatah "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Haha Tiba teringat pepatah tu. Ada kena mengena juga tu kot.


Dah puas ambil gambar yang tak seberapa tu dan sedut angin petang tepi pantai puas-puas. Gerak balik kampung Segamat terus sebab masih ada baki cuti sehari lagi. Dah lama tak balik kampung. Alang-alang berkesempatan ni terus balik kejap. Dah lama tak balik kampung. Huwaa...


Sumpah lawa bila tengok gambar orang kampung ambil gambar kat kebun lalang ni. Memang cantiklah dan sesuai untuk photography. Siapalah founder yang jumpa kebun lalang yang cantik ni. Walaupun hanya sekadar lalang tapi kalau tengok hasilnya. Masya-Allah. Indahnya kejadian alam ciptaan Allah. Salah satu hidden gem lah kalau tengah tumbuh lalang.

Gambar asal sebelum edit

Gambar atas tu belum edit lagi. Tapi kalau dah edit dengan menggunakan preset lightroom, lagilah bertambah cantik hasil gambar tu. Kau orang boleh dapatkan preset lightroom percuma je download online je.


Kalau nak gambar lagi cantik, lighting memang kena on pointlah. Natural light tu nampak gambar tu lagi terang jelas dan cantik. Itu kalau pakai smartphone. Kalau pakai DSLR tu kena tanya professional photographer sebab Fiza tak arif lah bab setting DLSR tu. Guna smartphone dan gopro je tahu. Tahu snap je. Bab setting sila jangan tanya.

Dah ambil gambar elok-elok tu lepas tu edit je guna lightroom. Nak cerah ke nak gelap ke nak tema orange teal ke ikut suka. Downloadlah banyak-banyak preset selagi muat. Tapi paling penting, lighting tu lah. Fiza suka ambil gambar tengah panas tapi cuaca panas kadang spoil mood juga sebab kena berpanas. 



Satu lagi gambar yang Fiza suka. Permandangan sangat cantik. Entah siapa punya kebun tak pastilah. Tapi Fiza ambil gambar ni tepi jalan je tak masuk dalam semak lalang tu pun. Tapi dalam gambar macam acah-acah dalam semak lalang kononnya. Suka tengok photography yang berlatar belakangkan alam semulajadi.

Lalang liar macam ni kat mana-mana ada kan. Kalau dia tumbuh rimbun banyak macam sepadang macam ni memang cantik untuk ambil gambar. Pantang jumpa tempat cantik mesti nak ambil gambar juga.