Showing posts with label Portfolio. Show all posts
Showing posts with label Portfolio. Show all posts
Bismillahirrahmanirrahim...Setelah berfikir-fikir sampai terlebih masak, akhirnya Fiza buat juga account instagram baru untuk portfolio food/products photography by Fiza yang diberi nama PHOTOGRAFIZAA

Gabungan Photography dan fiza, jadilah PHOTOGRAFIZAA. Terlebih satu a kat belakang sebab photografiza not available.

Okaylah kot nama tu je. Harap tak berubah lah. Nampak kena dan lebih sesuai. Ringkas kalau nak dibandingkan dengan Photography by fiza tu.

Kena juga buat portfolio khas untuk photography sahaja. Bolehlah buat rujukan untuk customer tengok hasil kerja Fiza. Mulanya macam suka suka je untuk ambil gambar nampak cantik. Belajar dan terus belajar secara online sampailah rasa tahap yakin. 

Bila ada yang bertanya " ada service ambil gambar untuk product tak?" Fiza pun balaslah dengan yakin. Ada! 


Alhamdulillah...customer pertama Fiza berpuas hati dengan hasil gambar yang dah siap di edit. Lega bila customer berpuas hati. Kalau tidak, kenalah bagi jadi sampai puas hati. Sebenarnya nak ambil gambar ni kena bukan mudah ye. Angle kena betul, lighting tak on point boleh beri kesan gambar kurang menyerlah.

Sampai sakit pingganglah mencari angle yang sesuai tu. Nak styling props lagi. Banyak kerja tu. Siapa kata senang. Cuba buat sendiri, tengok camne. Masa mula belajar shoot untuk dapatkan sekeping gambar cantik pun susah. 

Kena ambil banyak shoot dan pilih. Kena struggle lagi dengan tangan jangan gegar, nanti gambar tak sharp pulak. Mujur ada tripod, penyelamat!

Bila dapat gambar lawa, kepuasan tu mengatasi kepenatan.. faham tak? Itu baru part ambil gambar, belum lagi proses editing. Ye, memang banyak keja. Tapi kalau kau orang tak ada masa, boleh upah Fiza untuk produk kau orang.

kalau kau orang ada jual produk tapi tak pandai atau tak ada idea nak shoot. Serahkan kepada Fiza, inshaAllah Fiza akan realisasikan gambar jadi lebih menarik. Nak jual produk, kualiti gambar kenalah elok juga sebagai tarikan dan juga lebih bagus untuk tujuan marketing. Betul tak? 

Kita boleh bincang tepi sampai jadi. Fiza akan bagi harga promo untuk yang terawal tempah slot okay. For now, tak mintak banyak cuma nak minta follow instagram @photografizaa dan support Fiza boleh? 

Terima kasih in advance yang sudi follow dan support instagram @photografizaa.

Update entri design lagi hari ni aci tak? Aci tak aci blog sendiri, suka hati lah nak update apa sekali pun kan. Kalau pembaca blog bosan atau tak, masing-masing ada hak untuk suka ataupun tak. Hujung minggu entri santai-santai je sebab hujung minggu biasanya traffik kurang sikit sebab kurang update blog. Betul tak? Sebab kalau hujung minggu je traffik blog mesti menjunam teruk dari hari-hari biasa.

Nak update entri menarik hujung minggu macam biasa kekontangan idea. Susah betul jadi blogger. Ingat senang je nak menulis ke? Jadi blogger bukan mudah apatah lagi jadi freelance graphic designer. Lagi jenuh nak layan karenah berbagai ragam manusia. Tapi Fiza paling suka client yang tak banyak karenah dan yang jenis serius. Dia bayar dan dia berikan segala maklumat lengkap untuk design. Bukan, hari ni nak warna hitam esok nak tukar warna putih pulak. Masa mood okaylah takpelah kan. Ini kalau dia mintak masa mood tak berapa nak okay, memang boleh mendatangkan hangin satu badan. Sabar sabar.

Alhamdulillah setakat bekerjasama dengan loyal client ni, semua design-design dapat dibuat dengan jayanya. Salah satu, design blog homestay KLIA Sepang yang baru siap minggu lepas kalau tak silap. Design blog homestay ni agak colourful atas permintaan sebab client suruh gunakan warna yang bersesuaian dengan blog. Jadi, Fiza guna warna yang pelbagai nampak lebih ceria. Fiza belanja view sikit dalam gambar di bawah ni.



Nak tengok full view kenalah singgah ke blog
homestaykliasepang.blogspot.my

Mereka yang nak menginap di homestay berdekatan di KLIA, KLIA2, Sepang, Bandar Enstek, Mitsui Outlet KLIA, Kompleks Tabung Haji KLIA dan tempat yang berdekatan tu, bolehlah singgah ke blog untuk maklumat lanjut. Seperti yang dijanjikan harga murah dan selesa. Antara faktor yang penting untuk tempat menginap ketika bercuti. Selain menjimatkan bajet dapat duduk dengan selesa. Harap-harap begitulah kan. Okay, selamat bercuti semua dan selamat enjoy cuti-cuti.





Selamat berhujung minggu semua. Entri hujung minggu biasanya Fiza dah schedule dan auto publish siap-siap. Senang hujung minggu boleh berehat dengan bersenang-senang tanpa fikirkan nak update blog bagai. Sebenarnya, hari-hari auto publish je. Itu lebih memudahkan kerja Fiza mengikut jadual. Dah macam tak biasa pulak nak update on the spot terus. Almaklumlah, makin busy kenalah menguruskan masa dengan lebih bagus.

Alhamdulillah setakat ni okay je auto publish cuma yang tak okay bila takde idea.Jadi, update je la entri artwork yang dah siap tu. Salah satu artwork Fiza yang dah siap adalah design blog Takaful Malaysia Terbaik. Loyal client Fiza ni. Rasanya dekat 10 blog dah tempahan dari dia sahaja. Banyak betul bisnes yang dijalankan tu.

Selain loyal client, dia juga antara client yang tak banyak karenah dan sangat mudah bekerjasama. Biasanya dia akan order dengan pembayaran dan details design terus. Tak payah lagi nak tanya-tanya dah nak buat macamana, ikut je apa yang telah di berikan tu. Daripada apa yang di minta nak tema warna biru, hijau gelap dan soft pink.  

Alamak! Gabungan 3 warna ni agak pening juga mana satu nak digunakan lebih banyak ye. Fikir punya fikir, Fiza pilih warna biru lembut ni untuk background agak lebih bagus untuk pandangan mata pembaca. Tambah sedikit corak yang bersesuaian supaya background tu tak nampak plain sangat. Okay tak? Yang lain-lain tu baru masukkan warna hijau gelap dan penggunaan pink agak sikit. Sesuailah kan untuk blog yang lebih kurang formal untuk blog jenis maklumat, perkhidmatan dan perniagaan ni.


Design yang ringkas dan tak semak. Bahagian header tu semua atas permintaan client untuk letakkan semua yang berkaitan dengan insurans takaful Malaysia. Untuk ketahui maklumat lanjut tentang insurans takaful ni korang boleh singgah di link bawah ni. Boleh tengok full view design blog sekali. Alang-alang dah singgah tu, follow sekali lah ye.

takafulmalaysiaterbaik.blogspot.my
Terima kasih order!

Selain ambil tempahan design, Fiza ambil juga tempahan untuk crop gambar. So, kalau nak tempah apa-apa yang berkaitan dengan design tu boleh tanya Fiza dulu. Kalau ada masa dan Fiza mampu nak buat, Fiza akan ambil tapi kalau request yang bukan-bukan yang Fiza tak mampu nak buat tu memang Fiza tak ambil.

Baru-baru ni dapat tempahan untuk banner catalog tudung delarosa. Dari gambar sekeping-sekeping, Fiza crop dan design jadi satu banner catalog untuk memudahkan customer tengok koleksi tudung yang ada. Bukan catalog proper la cuma teaser untuk perkenalkan koleksi tudung yang ada.


Lepas settle crop semua gambar baru Fiza design banner catalog. Design simple je letak nama pada setiap tudung dan background bunga-bunga. Size Fiza buat segiempat sama untuk upload kat instagram. Okay, siap untuk banner catalog tudung Delarosa.


Background Fiza buat 2 jenis background. So client boleh pilih antara dua. Nak promote koleksi tudung ni pun Fiza tak tahu instagram dan facebook tuan punya bisnes. Jadi, promote catalog je la ye. Berminat untuk dapatkan perkhidmatan crop gambar produk atau gambar-gambar lain, boleh terus contact Fiza ye melalui email : azhafizahmdnor@gmail.com ataupun contact di media sosial yang ada.


Seperti biasa selagi ada artwork untuk diupdate, selagi tu ada entri artwork pada waktu malam. Kalau ada yang bosan tu, cuba scroll-scroll entri lain kot ada yang menarik untuk di baca. Sebelum bercuti ni bertungkus lumuslah Fiza menyiapkan kerja-kerja design yang ada. Kalau tak, terpaksalah client tunggu Fiza sambung kerja selepas cuti minggu depan. 

Sesekali cuti panjang sikit apa salahnya kan. Cuti untuk majlis kahwin adik ipar minggu ni sebelah perempuan di Perlis dan sebelah lelaki minggu depannya sebelah lelaki. Orang lain kahwin, kita tumpang sibuk. Of courselah sibuk, siapa lagi nak sibuk kalau bukan family sendiri. Barulah kemeriahan di rasai bersama.

Design Logo MAFFUR Cattery ni dah lama tempah, cuma ambil masa lama sebab design masih belum menepati citarasa client. Yelah kan, bukan mudah nak puaskan hati orang dengan hasil kerja kita. Setelah beberapa draft di reject. sobs sobs..Eh, tak payah nak sedih sangat sebab itu perkara biasa bagi seorang graphic designer.

Setelah Fiza ambil masa untuk memikirkan design logo yang lebih sesuai, akhirnya ada juga idea dalam kepala otak Fiza ni untuk buat something yang simple tapi menarik. Terus hantar pada client dan alhamdulillah client suka. Cumanya ada beberapa perubahan yang perlu di buat dari segi warna. Dalam banyak-banyak warna, akhirnya client pilih warna merah dan warna hitam seperti dalam gambar di bawah.


Kucing tu Fiza lukis semula dari gambar yang diberikan iaitu kucing baka British Shorthair. Simbol kucing tu pun ada banyak draftnya. Dari lukisan kucing bermata, tinggal outline dan client akhirnya memilih full colour macam tu warna grey menggambarkan warna kucing british shorthair tu. Tulisan pula Fiza gunakan font yang agak formal tapi unik. Baru nampak tak bosan sangat kalau terlalu formal. Ye tak?

Sesiapa nak beli kucing baka British shorthair tu atau Fiza panggil kucing batu je, korang boleh la tengok-tengok dalam facebook tuan punya MAFFUR Cattery. Terima kasih Order!


Satu lagi blog yang diperam lama dari tahun lepas lagi kalau tak silap ni, design blog Pro Kas Original Malaysia. Disebabkan tuan blog belum siapkan fanpage, jadi yang tak siap cuma nak letak button like je kat blog ni. Yang lain untuk design dah siap sempurna sebenarnya. Button like tu nanti just add on je la kemudian bila fanpage dah siap.

Tema warna yang dipilih adalah warna ungu, biru dan merah hati. Bila client mintak warna-warna tu Fiza agak blur sebenarnya sebab kombinasi setiap warna tu agak kontra kan. Terpaksalah Fiza gunakan warna-warna tersebut pada bahagian yang sesuai. Warna ungu Fiza gunakan pada menu bar atas sekali tu. Warna biru sebagai background untuk lebih mesra mata memandang. Kalau letak merah hati terang sangat pulak kan. Jadi, warna merah hati tu guna dalam bahagian tajuk post entri dan tajuk di sidebar dan juga header blog.


Untuk bahagian header tu Fiza masukkan apa yang client nak letakkan dalam design header. Simple dan lengkap maklumat di situ. Alhamdulillah memang mudah berurusan dengan client yang sorang  ni. Dah banyak design blog dia Fiza buatkan tetap tak banyak karenah. Nak ubah apapun takde masalah. Itu yang seronok buat kerja bila berurusan dengan mereka yang memudahkan kerja kita juga. Alhamdulillah.

Prokas itu apa? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Prokas Original Malaysia ni, jangan lupa singgah blog Prokas Original Malaysia. Link Fiza sertakan di bawah sekali ni. Bolehlah korang tengok full view blog prokas yang Fiza dah siapkan ni sekali. Lepas tu bolehlah follow blog tersebut kalau nak. Untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi tu haruslah singgah untuk baca maklumat yang menarik untuk memulihkan sakit sendi tu. Ataupun mak ayah atuk nenek yang mempunyai masalah sakit lutut dan sendi boleh juga gunakan prokas untuk melegakan sakit-sakit sendi. sapu sapu dah lega sakitnya. Bolehlah beli dan berikan hadiah untuk mereka.

www.pro-kas-malaysia.blogspot.my


Selamat malam dan selamat berhujung minggu semua.  Macam biasa, idea waktu malam untuk update entri artwork je la. Hujung minggu biasanya traffik agak slow. Mungkin tak ramai yang rajin menghadap blog. Biasanya masa cuti lebih ramai pengguna menghadap facebook ataupun instagram. Jadi, pada Fiza tak perlu nak hairan kalau traffik hujung minggu kurang daripada hari-hari biasa. Dulu agak kisah pasal traffik menurun hujung minggu tapi sekarang malas nak kisah. Merajuk tau!

Malas nak merajuk bukan traffik tu nak pujuk kita. Iye tak? Lebih baik Fiza usahakan mana yang patut diusahakan dari dok meratap kekecewaan tu. Dah dah, berbalik pada tajuk asal ye. Sebenarnya design blog software programmer Malaysia ni dah lama siap dan terperam je sebab tuan punya masih belum confirm siap. Tapi yang tak siapnya cuma takde button like untuk fanpage je kat header. Itu je yang masih belum lengkap. Tuan blog kata fanpage masih belum ada dan memang nak letak button like tu. Jadi, terperam pending je la untuk pengesahan siap tu.

Dari terperam lama, Fiza upload masuk portfolio Fiza dulu. Tempahan design blog software programmer Malaysia ni dari previous client. Ini tempahan blog keberapa pun Fiza tak ingat dah sebab banyak tempahan yang telah di buat. Client paling mudah nak deal. Buat sekali je dah approved design.


Seperti yang di minta, blog background static, ada android icon, beberapa logo penting dan gunakan huruf yang besar untuk senang nampak dan mudah di baca. Warna tema seperti dalam gambar iaitu gabungan warna biru, merah dan kuning lembut. Agak pening juga nak buat kombinasi warna ni. Agak kontra dan nampak lebih menyerlah pada mata Fiza lah. Pada pandangan korang mungkin berbeza. Korang rasa? Okay ke tidak? Since tuan blog kata okay, jadi kira settle design blog software programmer ni. Kalau korang nak tengok full view dan nak tahu lebih lanjut pasal software programmer ni boleh klik link dibawah.


Awal sikit update entri artwork. Biasanya malam baru update. Disebabkan idea tak berapa nak ada petang-petang ni, mata pun mengantuk. Jadi, kita update mana yang ada dulu. Mood hari jumaat lain macam sikit. Mood agak 'Malas' sebab esok nak masuk cuti hujung minggu. Betul tak? Rasa mood 'Malas' tu membuak-buak melebihi mood 'Rajin'.

Tapi walaupun mood 'Malas' tetap rajin apa yang patut. Kalau 'Malas' teruk satu kerja pun tak jadi. Sempat juga Fiza siapkan tempahan logo/watermark ilovebunga collection yang baru settle semalam. Alhamdulillah ade idea untuk merealisasikan apa yang client minta.


Pilihan warna utama warna pink belacan dan juga warna hitam menggunakan tulisan Oleo Script Swish Caps. Wajib ada bunga sebab ada nama bunga kat situ. Disebabkan itu je maklumat yang client bagi tak mention bentuk apa dan bunga apa. Jadi, Fiza design mana yang rasa agak sesuai. Fiza sediakan dua draft memandangkan ade idea lebih sikit.

Dalam dua draft tu, client proceed draft yang kedua seperti yang dah siap ni. Tiada perubahan di buat, terus client approved. Alhamdulillah. Risau juga kalau tak kena dengan citarasa client. Ye lah kan, bab paling susah bila customer bagi details tak cukup lengkap. Nanti lain di buat tak kena citarasa. Bukan setakat dah buang masa malah melambat proses design siap. Syukur client tak cerewet dan menerima dengan happy apa yang telah disiapkan. Sebab tu pentingnya client berikan maklumat lengkap dan maklumat yang betul-betul confirm untuk di jadikan design. 

Citarasa orang lain-lain kan. Kalau suruh Fiza buat design, asalkan cantik asalkan okay tapi bila dah buat nak ubah itulah nak ubah inilah. Bila jadi macam tu Fiza sendiri jadi stress tak tahu apa yang client nak sebenarnya dan takde mood nak design. Seeloknya bagi maklumat lengkap, nak warna apa, size apa, nak jenis tulisan macamana, nak tulis apa dan lain-lain. Kalau takde semua tu, Fiza nak mulakan design dengan apa ye agaknya? Kalau dapat client yang faham tu, memang seronok buat kerja. Tapi kalau dapat yang sebaliknya, rasa nak refund je duit tu. Kadang-kadang rasa kerja kita ni tak setimpal dengan charge yang dikenakan. Tapi demi memuaskan hati client terpaksalah tolak tepi dan anggap je cabaran kerja. Yang penting client puas hati katanya.


Kerja-kerja design hampir siap, setakat ni masih belum masuktempahan baru. Jadi, lepas ni berehat kejap update entry artwork untuk portfolio dan masa rehat untuk diri sendiri. Siapa-siapa nak tempah design meh tempah cepat-cepat sebelum Fiza cuti lama nak siapkan persiapan untuk majlis kahwin adik ipar minggu depan dan minggu lagi satu. Lepas seminggu awal bulan March baru agak tak sibuk.

Antara tempahan design yang dah siap, design header blog Anum Abdullah. Pada mulanya nak design yang simple je dengan tulisan. Sebelum final draft, nak tambah lukisan istanbul. Mungkin nampak kosong kalau hanya tulisan je kan. Jadi, Fiza tambahlah vector bangunan istanbul dan berlatar belakangkan beberapa tompokan warna-warni untuk lebih menceriakan design header blog.


Tak banyak yang perlu diubah dari draft pertama. Fiza gunakan tulisan yang agak trending sekarang dalam blog untuk tajuk utama. Nampak kena dengan gaya tulisan macam tu. Korang rasa? Untuk link blog dan tagline tu Fiza gunakan tulisan yang agak formal bagi mudah nampak dan baca.  Tambah sikit dedaun comel sebagai pembahagi antara link dan tagline.

Simple dan ceria design header blog ni. Sangat mudah berkerjasama dengan blogger ni. Tak banyak karenah orang kata. Fiza pun mudah je nak buat kerja dan mencari idea tu untuk design header. Header pun dah letak dalam blog tuan punya header blog. Nampak ceria wajah blog blogger Anum Abdullah ni kan. Kalau tulisan je mesti kosong. Tapi masih okay kalau sukakan minimalist style. Lagipun blogger sekarang dah ramai yang sukakan minimalist design. Sedap mata memandang dan tak semak. Betul tak?

Kebiasaannya kalau yang tempah header nak jenis minimalist tu Fiza akan tambahkan apa-apa warna yang ceria untuk lebih menarik. Kalau tak, suram je tengok. Ikut kesesuaian dan ikut warna kesukaan yang tempah juga. Tak boleh ikut warna yang kita tak suka sebab warna kita suka tak semestinya orang lain akan suka. Apapun kena design ikut apa yang client  nak. Kalau tak okay, baru kita suggestkan mana yang patut.


Untuk full view design header blog Anum Abdullah.

anumabdullah93.blogspot.my


Well, macam biasa tiba malam je update entri artwork selagi masih ada artwork yang dah siap. Salah satunya design kad jempuatan majlis akikah dan cukur jambul baby Lara Alanna. Eh Aaira Alanna. Sedapnya nama baby girl ni. Tempahan dari ex-housemate, kakak ketua rumah zaman belajar UiTM dulu untuk majlis akikah anak kedua. Tahniah sekali lagi dapat baby girl. Seronoklah ada geng mommy.

Tema warna yang dipilih warna pink, peach dan off white. Disebabkan tak nak letak gambar baby Aaira Alanna tu, tukar letak vector kartun baby girl tidur yang comel ni. Nampak kena pulak dengan majlis akikah ni. Warna pun sangat kena dengan tema pink dan peach tu. Comel je bila dah siap sepenuhnya kad majlis jemputan akikah dan cukur jambul ni kan. Korang rasa?



Majlis akikah zaman sekarang dah macam majlis orang kahwin dah kan meriahnya. Dah macam persiapan kahwin pun iye. Itu yang meriahnya. Ramai juga yang tempah kad majlis akikah sekarang ni. Lebih rasmi nak menjemput tetamu datang selain bagi message pada tetamu. Mana-mana yang lebih mudah. Janji jemputan tu sampai pada tetamu yang nak dijemput. Betul tak?

Apapun terima kasih untuk mereka yang telah membuat tempahan dan berpuas hati dengan hasil kerja Fiza. Semoga majlis kalian berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn...

Untuk mereka yang nak membuat, Fiza ingatkan buat tempahan awal ye. Sebab Fiza tak berapa nak suka buat tempahan urgent. Almaklumlah, kekadang kalau ada emergency ke sakit ke terpaksa stop buat kerja design. Mana lah tahu masa tengah stop kerja tu, korang pulak nak urgent. Tak ke haru biru masa tu nanti kan. Jadi, untuk mengelakkan tempahan tak siap, lebih baik order awal. Sebelum tempah, Fiza dah bagitau tak amek urgent order. Jadi, jangan kecewa kalau Fiza tak dapat ambil tempahan ye. Eh, takpe jangan kecewa sangat. Bukan Fiza je buat design, ramai lagi designer ada. Banyak pilihan. Jangan risau okay.


Fuhh..lagi beberapa hari tak sampai sebulan lagi majlis kenduri kahwin sebelah lelaki adik ipar Fiza. Kerja Fiza menyiapkan dekorasi door gift hampir siap. Packing Kraft paper pouch stand dah beli. Label tag dah siap design, print dan potong. Cuma tinggal masukkan cookies dan lekatkan label tag je nanti.


Macam biasa Fiza lebih suka DIY je mana yang termampu nak buat. Untuk door gift cuma 700pcs je sebab sebelah lelaki jemputan untuk kenduri doa selamat je. Tak buat majlis besar pun. Simple-simple je family mertua buat majlis. Jadi, sedang elok lah DIY mana yang perlu. Setakat design label tag takde masalah pun. Nak potong pun encik suami ada membantu. Kerja pun cepat siap.

Design label tag terima kasih pun simple je tapi comel. Comel kan? Tema rustic sebab nak dipadankan dengan kraft paper stand pouch tu. Baru nampak sesuai gitu. Alhamdulillah siap kerja Fiza untuk label tag terima kasih ni.


Pada mulanya cadang nak ikatkan tali guni tu pada label tag terima kasih ni dan tebuk lubang ikatkan pada packing stand pouch tapi macam tak menarik pulak kalau buat lubang pada packing tu. Macam nak terus stapler je. Kalau dah stapler je baik tak perlu membazir gunakan tali guni tu. Terus je stapler label tag pada packing. Lagi senang dan jimat. Memandangkan orang akan buang je nanti better terus stapler je kan. Janji ada tag ikhlas terima kasih sudi datang majlis tu. Jarang benar ada yang simpan tag label terima kasih tu melainkan bakal pengantin yang bakal berkahwin tu. Nak simpan buat contoh akan datang.



Lepas ni bergotong royong masukkan cookies dalam packing kraft paper stand pouch ni pulak. Lepas tu kena seal sikit supaya lebih kedap udara. Ye lah kan, nak letak cookies takut lemau pulak walaupun dah ada ziplock. Kira double protection la untuk elakkan cookies lemau. Mesti nak tetamu rasa cookies yang rangup dan sedap.



Asal malam je update entry artwork. Haruslah kan. Malam-malam ni entri santailah je lah ye. Jadi, boleh baca entri santai sambil bersantai rehat gitu. Alhamdulillah settle lagi satu kerja design kad jemputan kahwin tema vintage purple tempahan dari seorang blogger untuk majlis perkahwinan adik dia nanti. Siapa blogger tu tak payahlah sebut lah kot. Tunggu majlis blogger tu sendirilah baru sebut namanya.

Design kad kahwin agak simple juga pada Fiza cuma meriahnya bahagian cover page dengan bunga-bungaan dan bahagian jemputan belakang tu jemputan majlis macam biasa beserta map yang bertemakan warna purple juga. Maaf, gabungan tema purple dan cream sebenarnya. Nampak menarik gabungan kedua warna ni. Antara warna yang kontra dan warna purple tu nampak lebih menonjol. Pada pandangan mata korang macamana pula?

Design kad ni size A6 sekeping. Maksudnya design depan belakang sahaja. Kalau style sekeping depan belakang untuk majlis satu pihak okay je tapi kalau untuk dua majlis kedua pihak lebih bagus buat yang jenis lipat. Jadi, ade ruang yang secukupnya untuk letakkan jemputan dua majlis dan dua map gitu. Tapi kalau satu majlis, memadai buat sekeping sahaja. Lebih menjimatkan.




Lepas majlis adik blogger ni settle, akan menyusul majlis dia sendiri. Kena bersiap sedia untuk design kad jemputan kahwin dia pulak. Kalau dia masih sudi buat tempahan kat Fiza la. Eh, Fiza pulak terlebih excited. Ni lebih kuah dari sudu ni. Apepun, Fiza doakan semoga majlis perkahwinan berjalan dengan lancar dan semoga urusan blogger ni dipermudahkan. Aaminn...

Fiza pun baru je settle siapkan kerja DIY label tag terima kasih untuk door gift majlis adik ipar bulan depan. Tak sabar nak tunggu majlis sebab tak sabar nak makan nasi minyak dan tak sabar nak tengok kemeriahan kenduri kahwin.

Berminat untuk buat tempahan kad kahwin, sila buat tempahan awal ye sebab takut nanti tempah lambat, lambat juga korang nak hantar printing nanti. So, rancanglah sebaiknya persiapan perkahwinan. Kalau print sendiri takde masalah macam blogger ni print sendiri je walaupun majlis dah nak dekat tu. Fiza pulak yang risau kena cepat siapkan cepat design kad kahwin. Alhamdulillah dah siap lega rasanya.