Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts
Sebelum ke PD Waterfront dan Pantai Purnama PD tu, singgah Jalan Kuala Kelawang sekejap mencari papan pemotong kayu. Papan pemotong kayu in english dipanggil chopping board. Kotlah ada yang terpinga pinga fikir apa bendanya kan.

Ada yang panggil alas pemotong juga kan. Atau ada panggilan nama lain? Cuba share. Kenapalah gigih sangat mencari papan pemotong kayu tu? Walaupun dah ada papan pemotong kayu ikea nak juga cari yang kayu asli punya.

Dia bukan nak beli saja-saja. Tujuan membelinya untuk dijadikan props gambar. Agak agak nak jadikan papan pemotong daging atau ayam atau sayurpun boleh. Dah memang itu fungsi dia pun.

Papan Pemotong Kayu Murah

Pelbagai Jenis Papan Pemotong Kayu

Nampak tak banyaknya papan pemotong kayu. Dari sebatang kayu besar boleh dapat banyak papan pemotong kayu. Ikutkan nak beli yang original baru nampak rustic sikit. 

Kayu belakang yang dah varnish tu harga dia murah sikit daripada yang warna putih. Peniaga kedai ada bagitau jenis jenis kayu kat situ. Fiza dengar macam tu je lah. 

Tak ingat lansung sebab sibuk dok membelek kayu mana yang cantik. Kayu yang putih tu cantik dan berat. Bentuk cantik dan juga licin. Harga dia mahal juga tu.

Kayu Hiasan

Kayu Hiasan

Kat sini ada jual bermacam-macam kayu. Kayu hiasan pun ada dijual. Tengok harga dia boleh tahan juga. Ada cecah ratusan ringgit.

Tertanya juga ada ke beli kayu hiasan tu. Mesti lah ada kan pengumpul kayu hiasan. Lain orang lain minat dia. 
 

Tabung Buluh

Tabung buluh pun ada dijual.  Nampak macam ada lubang duit tu. Orang dulu dulu simpan duit dalam tabung buluh gantungkan pada dinding. Buat hiasan pun cantik ni. 

Harga dia pun masih mampu milik. Ada belasan ringgit dan ada puluhan. Bergantung pada saiz.

Buluh Hiasan

Bukan produk kayu dan buluh je ada, kat kedai ni ada jual bahulu sabut. Bahulu yang dibakar dengan sabut dan arang maksudnya. Ada jual lemang dan durian juga.

Apa yang Fiza beli cuma 3 keping papan pemotong kayu. Beli saiz kecil 2 dan 1 yang besar. Harga papan pemotong kayu yang kecil tu RM13 dan RM15. Yang besar bawah sekali RM27.

Papan Pemotong Kayu Asli

Corak kayu dia cantik lah. Kayu asli bukan fake. Cumanya kalau dapat kayu sebenar tanpa varnish tu lagi warna. Lagi nampak rustic. Haa rumah siapa ada tebang pokok ke, meh sedekahkan kan Fiza kayu atau papan lama yang dah tak pakai tu.

Lagi rustic lagi bagus. Kat kampung dah tak ada kayu lama dah. Sobs sobs

Kalau beli kayu baru dia tak nampak rustic tu dah. Alahaiii..masa ni lah nak mencari barang lama rustic dan antik. 

Wooden Chopping Board

Mesti ada yang tertanya-tanya beli kat mana kan. Kedai kayu ni kat mana? Kedai ni tepi jalan je. Boleh gunakan google maps di bawah ni. Dalam maps ni tak ada gambar kedai tu. Tapi boleh follow je google map ni okay.

Jln Kuala Klawang - Seremban, Kampung Batu Serambai, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Cerita sarapan pagi sabtu lepas. Kira aci lah kan cerita waktu minum petang gini. Fuhh kemain breakfast omputih (orang putih) pulak dah. Sesekali nak bertukar selera anak tekak ni apalah salahnya pun. Breakfast ringkas yang paling mudah nak disediakan dan juga menyihatkan.

NESTLÉ HONEY STARS 

Sejenis bijirin dibuat dengan bijirin penuh iaitu bijirin asli yang terdiri daripada bran, germa dan endosperma. Bijiran terbaik macam natural dietary fibre. Bijirin bersalut madu berbentuk bintang dengan rasa luar biasa (out of this world taste). 

Enak dimakan begitu sahaja mahupun dimakan bersama dengan susu segar.

Breakfast Cereal Honey Stars And Milk

Setelah sekian lama tak makan nestle cereal honey stars. Bila rasa semula honey stars zaman kanak-kanak, rasa macam sedap lah pulak. Koko crunch dan milo cereal pun sedap juga kan. 

Bijirin/Cereal macam ni kalau beli pun masa nak raya. Itupun beli cornflakes sebab nak buat kuih je kaedahnya. Kan? Lepas tu sendu tak beli. Tunggu nak raya tahun depan baru beli lagi.

Persoalannya kenyang ke makan bijirin macam ni? Bagi orang yang dah biasa of courselah akan rasa kenyang. Kalau jenis tekak melayu macam Fiza ni, kena juga breakfast carbo berat sikit baru lah ada tenaga. 

Bahan-Bahan

Cereal Grains [Whole Grain Wheat (Gluten) (37.2%), Corn Semolina], Sugar, Glucose Syrup, Honey, Palm Oil, Minerals (Calcium Carbonate, Reduced Iron), Iodized Salt (Sodium Chloride, Potassium Iodate), Natural Flavourings, Tocopherols, Vitamins (B3, B5, B6, B2, B9), Food Colour [Carotene E160a), All Additives are of Plant or Synthetic Origin

Mengandungi Gluten (derived from wheat), Milk, Soya and Tree Nuts (Almonds and Hazelnuts). Untuk mereka yang alah kepada bahan bahan ni tak digalakkan untuk mengambilnya.

Kadar Nutrisi

Energy : 848kJ114kcal
Fat : 0.9g
Sugars : 8.9g
Sodium : 0.01g

of an adult`s RI *
* Reference intake of an average adult (8400 kJ/2000 kcal)
credit : source

Breakfast Cereal Honey Stars And Milk

Breakfast cereal honey stars salah satu sarapan kegemaran anak-anak. Bentuk honey stars tu buatkan anak-anak lebih tertarik nak makan dan lebih berselera. Yang tak berselera tu bila fikirkan harga bijirin zaman sekarang tak macam dulu.

Anak buah Fiza dulu kalau puasa, sahur tu dia nak makan cereal je. Kalau hidang nasi ke apa, makan sikit benar. Tapi kalau ada bijirin dengan susu tu, semangkuk sekejapan je dia habiskan. Tekak budak-budak zaman sekarang.

Jenuhlah membeli stok cereal untuk sahur. Janji dia puasa. Fiza perasan cereal honey stars pun tak cepat lemau bila campurkan dengan susu. Bolehlah makan lambat lambat sikit.

Kalau tidak, makan laju-laju atau letak sikit-sikit sebab tak nak lemau cepat dalam air susu tu. Siapa macam ni, kita geng!

Bila post gambar dekat pantai atau hutan mesti caption tu Fiza nak tulis "lari ke hutan lalu belok ke pantai". Entah kenapa lah terberkenan betul dengan puisi dalam cerita Ada Apa Dengan Cinta (AADC) tu sampai terbawa bawa ke hari ni.

Kawan-kawan, masih ingatkah lagi dengan puisi AADC ku lari ke hutan tu? Tak silap Fiza cerita AADC ni sangat popular zaman 80-an dulu. Ingat lagi tak? Ditayangkan tahun 2002.

Apehal dulu tengok cerita ni. Itu dulu, zaman muda remaja. Terjebak sebab mungkin masa tu tengah popular. Kita pun into the scene juga lah. 

Tak sangka ye sampai sekarang puisi tu masih AADC ku lari ke hutan tu masih jadi sebutan sampai sekarang. Yang Fiza ingat pun lari ke hutan lalu belok ke pantai. Tajuk tema puisi tentang seseorang.

Tentang Seseorang

Ku lari ke hutan, kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai, kemudian teriakku
Sepi-sepi dan sendiri
Aku benci

Aku ingin bingar,
Aku mau di pasar
Bosan Aku dengan penat,
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika Ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai,
biar mengaduh sampai gaduh,
Ada malaikat menyulam jaring laba-laba belang di tembok keraton putih,
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya, biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai?

Dulu layan lah juga cerita ni. Remaja baru nak up lah katakan. Ada Apa Dengan Cinta 2 Fiza tak tengok sebab rasa dah cukup dewasa nak layan cerita remaja. Faktor usia pun ye juga.

Teringat cerita ni bukan apa. Sebab masa dok edit gambar dengan hutan ni terus teringat lah pusi rangga puisi aadc kulari ke hutan.

Sama juga bila nak post gambar pantai je mesti dok teringat puisi tu. Habis idea dah nak letak caption apa. Seorang Fiza bila sentiasa kering dengan idea tak tahu nak letak caption apa. Jarang update laman sosial lah katakan.

Tomato Photography Jungle Theme-Photografizaa

Well inilah hasil editing yang tak seberapa. Brush tak berapa bagus. Tapi better lah lepas guna stylus pen

Tomato Photography Jungle Theme-Photografizaa

Mana satu pilihan di hati? Alang-alang tu jomlah support instagram photography fiza @photografizaa. Kalau rajin follow lah, like dan komen. Tak rajin takpa, tak wajib buat pun.

Kira gambar tu ada kaitan dengan hutan jugalah kan. Cakap pasal hutan, rasa dah lama benar tak masuk hutan. Rindu bau hutan! Rindu nak hiking cerita dia.


Paling banyak repeat Bukit Broga. Masa tu tengah trend orang hiking Bukit Broga sebab view Bukit Broga cantik gila masa tu. Teringin nak hiking Bukit Kluang Terengganu tapi jauh pulak. View dia cantik sangat.

Tapi rasa nak pencen dah panjat bukit dan gunung. Seronok tu memang seronok bila berjaya sampai puncak. Husband pun kurang minat dah nak hiking. Lebih baik workout katanya.

Tambah lagi bermacam cerita yang tak sedap didengar terjadi pada pendaki rasa kurang selamat pula nak buat aktiviti hiking. Yang hilang dan baru baru-baru ni maut ketika mendaki. Bukan nak menakutkan.

Tapi yelah kan, benda buruk ni kat mana mana pun boleh jadi. Apapun kena berhati hati je lah masuk hutan. Baca doa semoga kita  sentiasa dilindungi Allah.

Lain orang lain minatnya. Mungkin setakat itu  je lah aktiviti hiking. Tapi kalau hiking santai santai ada trail yang mudah tu okay je rasanya. Cuma nak masuk the real hutan tu belum kuat lagi.

Setiap pendaki dia ada misi masing-masing. Ada yang nak tawan segala bukit dan gunung. Fiza ada kongsikan senarai bukit dan gunung menarik.

Untuk newbie mungkin boleh layan senarai bukit-bukit menarik untuk hiking ni dulu. Kagumlah dengan mereka yang kaki kuat hiking ni. Naik turun bukit gunung laju semacam. Kita ni terhegeh hegeh nak sampai puncak pun.

Opssss..melencung jauh dah ni Fiza oii..Mula kau sembang puisi AADC, lepas tu gambar hutan, sekarang masuk topik hiking pulak. Banyak betul corner dia. 

Itu tanda-tanda dah kena stop dulu sebelum merapu lagi. Selamat berhujung minggu semua.

Bismillahirrahmanirrahim...Setelah berfikir-fikir sampai terlebih masak, akhirnya Fiza buat juga account instagram baru untuk portfolio food/products photography by Fiza yang diberi nama PHOTOGRAFIZAA

Gabungan Photography dan fiza, jadilah PHOTOGRAFIZAA. Terlebih satu a kat belakang sebab photografiza not available.

Okaylah kot nama tu je. Harap tak berubah lah. Nampak kena dan lebih sesuai. Ringkas kalau nak dibandingkan dengan Photography by fiza tu.

Kena juga buat portfolio khas untuk photography sahaja. Bolehlah buat rujukan untuk customer tengok hasil kerja Fiza. Mulanya macam suka suka je untuk ambil gambar nampak cantik. Belajar dan terus belajar secara online sampailah rasa tahap yakin. 

Bila ada yang bertanya " ada service ambil gambar untuk product tak?" Fiza pun balaslah dengan yakin. Ada! 


Alhamdulillah...customer pertama Fiza berpuas hati dengan hasil gambar yang dah siap di edit. Lega bila customer berpuas hati. Kalau tidak, kenalah bagi jadi sampai puas hati. Sebenarnya nak ambil gambar ni kena bukan mudah ye. Angle kena betul, lighting tak on point boleh beri kesan gambar kurang menyerlah.

Sampai sakit pingganglah mencari angle yang sesuai tu. Nak styling props lagi. Banyak kerja tu. Siapa kata senang. Cuba buat sendiri, tengok camne. Masa mula belajar shoot untuk dapatkan sekeping gambar cantik pun susah. 

Kena ambil banyak shoot dan pilih. Kena struggle lagi dengan tangan jangan gegar, nanti gambar tak sharp pulak. Mujur ada tripod, penyelamat!

Bila dapat gambar lawa, kepuasan tu mengatasi kepenatan.. faham tak? Itu baru part ambil gambar, belum lagi proses editing. Ye, memang banyak keja. Tapi kalau kau orang tak ada masa, boleh upah Fiza untuk produk kau orang.

kalau kau orang ada jual produk tapi tak pandai atau tak ada idea nak shoot. Serahkan kepada Fiza, inshaAllah Fiza akan realisasikan gambar jadi lebih menarik. Nak jual produk, kualiti gambar kenalah elok juga sebagai tarikan dan juga lebih bagus untuk tujuan marketing. Betul tak? 

Kita boleh bincang tepi sampai jadi. Fiza akan bagi harga promo untuk yang terawal tempah slot okay. For now, tak mintak banyak cuma nak minta follow instagram @photografizaa dan support Fiza boleh? 

Terima kasih in advance yang sudi follow dan support instagram @photografizaa.
Tu dia nama menu air inspired di kala musim hujan ni. Musim hujan patut minum air panas. Ni minum air sejuk pula dia. Tiba-tiba rasa  nak minum air sirap lemon. Biasa air sirap limau. Limau tak ada, gantikan dengan lemon. Lagipun stok lemon ni sentiasa ada buat masa ni sebab husband kadang tu request teh o ais lemon favourite dia. Kalau dah minta, tak sampai hati pula tak buatkan air favourite.

Tapi lebih suka sirap lemon daripada teh o ais lemon. Nak buat sirap lemon pun lagi senang daripada nak teh o ais. Nak kena masak air, tungguh teh kembang, masuk air, masuk lemon  lagi. Banyak kerja nak buat. Kalau buat air sirap lemon ni mudah ya amat! Tuang kordial sirap, masuk air sejuk dan masukkan hirisan lemon. Letak ais sikit. Dah siap! Dapat minum masa cuaca panas memang sedap lah.


Siapa yang tak suka air sirap kan. Air manis tradisional dulu-dulu. Orang kata air murah tapi not for me. Murah tak murah pun tetap sedap sampai teringin minum sebab dah lama tak minum. Oh ya, masih ada gula tersembunyi. Tak boleh minum selalu. Kalau teringin baru buat dan kalau buat tak manis sangat. Letak lemon tu ada rasa masam sikit lagi sedap. Kuranglah sikit rasa manis tu. 

Kalau teringin je minum sebab lebih suka minum air panas daripada air sejuk sebenarnya. Ada orang suka minum air sejuk daripada air masak. Bila tekak terasa teringin tu, selagi tak dapat selagi tu lah ligat terasa rasa  kat tekak tu ha. Seksa tau! Mujur bukan mengidam bersebab. Tapi kalau betul betul mengidam agaknya lagi dasyat kot. Siapa suka air sirap lemon? Haa pergi buat cepat.

Opsss..short entry suka suka untuk petang ni. Teruk betul idea update blog sekarang ni. Guna gambar yang ada dalam handphone je ni untuk dijadikan cerita dalam blog. Ada gambar, ada lah cerita. Boleh?


Selain suka dengan fresh flower (bunga segar), Fiza suka juga dengan dried flower (bunga kering). Paling tak rugi kalau beli baby breath sebab dah kering pun masih lagi cantik untuk dijadikan hiasan ataupun flower bouquet. Kadang tu beli sebab nak buat props untuk photography je pun. Tak tahu lah rasa baby breath ni sangat kena dengan jiwa.

Kalau kau orang tengok harga dried flower bouquet pun mahal juga tau. Jangan ingat bunga segar je mahal. Agak dah lama juga teringin nak beli bunga cotton flower ni. Akhirnya dapat juga beli dried flower masa beli fresh flower kat Petaling Street haritu. Fiza beli 1 pack ada 3 tangkai macam tu. 1 Tangkai ada 3 kuntum cotton flower. Harga RM15 untuk 1 pack cotton flower. Cotton flower yang macam kapas tu ye. Nama pun cotton, of courselah kapas.

Baby breath putih dan pink tu beli tahun lepas, tahun ni dah kering pun cantik lagi

Satu lagi, Fiza beli bunny tail grass yang warna putih berbulu macam ekor arnab tu lah. RM12/bundle. Ada banyak satu bundle tu. Cantik juga letak dalam pasu kaca untuk buat perhiasan dalam rumah. Beli warna putih mudah nak sesuaikan dengan tema dekorasi rumah dan sesuai untuk dijadikan props gambar untuk produk tertentu. 

Beli bunga kering ni tak perlu nak jaga pun berbanding bunga segar kan. Tujuan utama beli pun sebab nak buat props je. Sambil tu boleh buat perhiasan untuk rumah. 2 in 1 lah kiranya. Kalau lagi kreatif boleh lah buat hiasan untuk cover diari ke planner ke kad ucapan ke. Cotton flower ni cantik tau kalau buat flower bouquet. Tambah baby breath sikit, tambah bunny tail grass sikit. Boleh tiruvasi idea bawah ni.

Credit image : google
Dried flower ni kau orang boleh je spray kalau nak warna lain. Ada juga jual berwarna warni. Fiza pilih warna putih je sebabnya macam yang Fiza bagitau tadilah. Haritu konon nak gabung fresh flower dengan dried flower buat flower bouquet untuk anak buah konvo. Tapi tak menjadi sebab semua bunga warna putih. Tak naik seri. Sudahnya guna baby breath dengan eucalyptus je lah. 

Sumpah lawa bila tengok gambar orang kampung ambil gambar kat kebun lalang ni. Memang cantiklah dan sesuai untuk photography. Siapalah founder yang jumpa kebun lalang yang cantik ni. Walaupun hanya sekadar lalang tapi kalau tengok hasilnya. Masya-Allah. Indahnya kejadian alam ciptaan Allah. Salah satu hidden gem lah kalau tengah tumbuh lalang.

Gambar asal sebelum edit

Gambar atas tu belum edit lagi. Tapi kalau dah edit dengan menggunakan preset lightroom, lagilah bertambah cantik hasil gambar tu. Kau orang boleh dapatkan preset lightroom percuma je download online je.


Kalau nak gambar lagi cantik, lighting memang kena on pointlah. Natural light tu nampak gambar tu lagi terang jelas dan cantik. Itu kalau pakai smartphone. Kalau pakai DSLR tu kena tanya professional photographer sebab Fiza tak arif lah bab setting DLSR tu. Guna smartphone dan gopro je tahu. Tahu snap je. Bab setting sila jangan tanya.

Dah ambil gambar elok-elok tu lepas tu edit je guna lightroom. Nak cerah ke nak gelap ke nak tema orange teal ke ikut suka. Downloadlah banyak-banyak preset selagi muat. Tapi paling penting, lighting tu lah. Fiza suka ambil gambar tengah panas tapi cuaca panas kadang spoil mood juga sebab kena berpanas. 



Satu lagi gambar yang Fiza suka. Permandangan sangat cantik. Entah siapa punya kebun tak pastilah. Tapi Fiza ambil gambar ni tepi jalan je tak masuk dalam semak lalang tu pun. Tapi dalam gambar macam acah-acah dalam semak lalang kononnya. Suka tengok photography yang berlatar belakangkan alam semulajadi.

Lalang liar macam ni kat mana-mana ada kan. Kalau dia tumbuh rimbun banyak macam sepadang macam ni memang cantik untuk ambil gambar. Pantang jumpa tempat cantik mesti nak ambil gambar juga. 

Zaman sekarang ni nak edit gambar cantik lebih mudah dengan gunakan pelbagai jenis aplikasi yang boleh download secara percuma melalui smartphone masing-masing. Fiza pernah kongsikan 5 aplikasi edit gambar cantik dan untuk letak watermark yang mungkin kau orang boleh cuba guna. Sekarang Fiza dah jatuh cinta dengan aplikasi 'Lightroom' sebab memudahkan kerja edit gambar dengan menggunakan preset. Sebelum ni Fiza pernah beli preset dan memang suka sangat dengan hasil editing menggunakan preset.


Dengan itu, rajin lah Fiza cari preset yang menarik dan cantik. Finally Fiza jumpa FREE presets Lightroom yang boleh digunakan secara PERCUMA, of course! Banyak sangat pilihan presets yang buat rambang mata nak pilih. Rasa nak download semua tapi tak mungkin lah sebab kalau semua nak sumbat dalam smartphone memang penuh lah kan. Jadi, download mana yang mampu memenuhi kriteria citarasa masing-masing.

Boleh terjah website presetlove.com untuk download FREE Presets Lightroom. Pastikan sudah siap-siap download aplikasi lightroom dan telegram dalam smartphone kau orang tu. Preset yang kau orang download tu boleh pindahkan ke dalam handphone melalui telegram lagi mudah atau boleh gunakan google drive. Hanya transfer file 'DNG' sahaja ya. 

Cara Edit Gambar Guna Preset Lightroom

Open file DNG kat telegram dan copy to lightroom

Lepas klik akan terus ke lightroom dan create preset.

Namakan preset yang kau orang nak save tu

Okay, settle untuk save preset dalam lightroom. Kemudian untuk edit gambar tu add gambar dan klik preset. Then gunalah preset yang kau orang dah save dalam user presets tu ye. Pilih ikut sesuai dengan gambar untuk dapatkan hasil editing gambar yang lebih cantik daripada gambar asal.


Dah siap edit, jangan lupa save okay!

Gambar lebih nak cantik dan menarik. Lagi-lagi gambar travel, food dan products. So bolehlah create theme instafeed kau orang tu dengan theme yang cantik-cantik. Selamat mendownload dan mengedit.


Nak gambar cantik tak? Jangan di tanya! Of courselah cepat-cepat jawab nak. Bagi seorang photographer mesti dah arif "macamana nak hasilkan gambar yang cantik?, betul bukan? Tapi bagi yang tak arif pasal gambar mesti ada keinginan nak juga dapatkan gambar cantik. Lagi-lagi yang suka travel atau minat tentang photography tanpa perlu ada camera hebat.

Iyalah sebagai rakyat marhaen, bajet agak tersekat di skala enam. Melainkan kalau betul-betul minat dengan photography mesti sabar menabung dan dapat beli camera idaman. Lainlah kalau golongan bangsawan yang bajet bersepah boleh beli camera hebat dan gambar pun mesti hebat. Eh, tapi tak juga. Skill juga penting untuk hasilkan gambar hebat.

Tapi disebabkan zaman sekarang dah banyak aplikasi smartphone yang canggih, maka bolehlah setiap orang yang memiliki smartphone dengan camera hebat dapat hasilkan gambar yang cantik dan cun! Kalau ambil gambar permandangan di mana-mana masa travel dan edit guna aplikasi "Adobe Lightroom CC", for sure gambar kau orang nampak lebih cantik dan cun! Sangat berguna untuk kau orang yang kaki travel tu. 


Amacam? Cun tak gambar atas ni lepas edit guna apps  Adobe Lightroom CC. Dalam apps  Adobe Lightroom CC ada beberapa preset percuma yang boleh kau orang gunakan untuk hasilkan gambar cantik. Preset ni macam automatik setting untuk gambar kau orang nampak lebih menarik. Nak lagi menarik, kau orang perlu tambah atau edit sendiri preset yang kau orang nak.

PENGGUNAAN PRESET YANG MUDAH.
Kalau tak pandai nak setting atau create preset tu, boleh ikut cara Fiza dengan beli terus preset dan boleh terus guna je tanpa perlu create atau setting baru setiap kali nak edit gambar. Dah ada preset yang cantik cun melecun, bila nak guna terus klik-klik preset yang sesuai dengan gambar kau orang.

Kau orang boleh dapatkan presets rainbow lightroom murah di @lightroommurahbohh. Dalam pakej preset ni ada 12 presets yang boleh kau orang gunakan mengikut kesesuaian gambar dan taste kau orang. Selain tu, setiap pembelian akan dapat sekali tutorial cara nak gunakan apps dan guna preset. Sangat mudah dan gerenti puas hati dapat gambar cantik. Ini cara paling mudah lah pada Fiza. Kalau nak guna Adobe Lightroom menggunakan dekstop atau laptop agak leceh nak transfer bagai kan. 


Ramai yang tahu Pine Forest atau Hutan Pinus memang popular sangat di Yogyakarta dan antara tempat-tempat menarik di Yogyararta yang wajib pergi. Tak sah kalau pergi bercuti di Yogyakarta tak bergambar di Hutan Pinus ni.

Pine Forest @ Hutan Pinus terletak di Yogyakarta di Daerah Dlingo, Mangunan, Imogiri, Bantul, Yogyakarta. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam! Walaupun perjalanan agak lama dan perlu melalui jalan yang berliku, tapi masih ramai pengunjung suka datang ke Hutan Pinus.

Sebab apa? Of courselah lokasi yang cantik untuk photoshoot. Selain itu, hutan yang kaya dengan pokok pine ini sangat menenangkan. Hilang penat bila dah sampai sini melihat keindahan alam hutan yang super duper cantik ni dan dapat hirup udara hutan yang segar. Jadi, bila dah bercuti di Yogyakarta kena manfaat kan masa pergi ke sini walaupun hanya sekadar untuk mengambil gambar

Tapi sekarang, di Malaysia pun dah ada Pine Forest tau! Terap Pine Forest merupakan tarikan terbaru di Kulim, Kedah. Syok lah orang Kedah boleh singgah dulu di Terap Fine Forest yang baru di buka ni.

3 Tarikan Utama di Terap Pine Forest Kulim, Kedah

1. Buaian Puteri Gunung Bongsu 

3-tarikan-utama-di-terap-pine-forest-kulim-kedah

Fiza percaya, rata-rata yang datang ke Terap Pine Forest Kulim, Kedah ni tujuannya hanya untuk ambil gambar di buaian ini semata-mata. Acah-acah bercuti di Yogyakarta kaedahnya! Buaian ini diberi nama Buaian Puteri Gunung Bongsu dan ada 2 lagi jenis buaian yang di tambah. Di buaian ni memang sesuai buat photoshoot perkahwinan, pertunangan dan photoshoot biasa-biasa pun menarik juga.  

 2. Trek Hiking Yang Baru 

3-tarikan-utama-di-terap-pine-forest-kulim-kedah

Untuk mereka yang suka melakukan aktiviti hiking juga boleh datang ke Terap Fine Forest Kulim ni. Trek masih baru dan mudah untuk pendaki melaluinya. Alang-alang dah sampai sini rugilah kalau tak hiking sekali kan. Fiza tak pasti berapa tinggi dan berapa jauh perjalanan hiking ni sampai ke puncak atau tidak. Tak jumpa pula  maklumat yang lain. Tapi for sure akan di update selepas dah ramai datang ke sini nanti.

 3. Kolam Mandi Untuk Orang Ramai

3-tarikan-utama-di-terap-pine-forest-kulim-kedah

Kalau kau orang datang bersama keluarga, jangan lepaskan peluang mandi di Kolam buatan yang macam menarik ni. Sesekali main apa salahnya kan. Seronok juga tengok hutan pine yang bersih macam ni. 

Lagi satu, jangan lupa abadikan kenangan di pintu gerbang Terap Fine Forest Kulim yang unik ni. Dibuat daripada 100% pokok kayu pine. Sangat menarik dan tahniah buat mereka yang terlibat menjayakan Terap Fine Forest ni sebagai tarikan terbaru di Kulim Kedah. Fiza tengok gambar pun dah teruja rasa nak pergi sekarang juga. Kalau dekat memang dah serbu awal. 

3-tarikan-utama-di-terap-pine-forest-kulim-kedah

Tunggu apa lagi? Sila letak Terap Fine Forest di Kulim, Kedah sebagai salah satu tempat wajib pergi kalau bercuti di Kedah.
Kredit foto : https://www.facebook.com/TerapPineForest

Orang lain cuti sampai selasa, Fiza cuti sampai ahad je. Isnin sambung kerja sendiri. Kerja sendiri pun tak boleh cuti lama tau! Husband pun tak boleh cuti lama nak siapkan kerja lab yang kena buat. Balik awal takdelah kena hadap jammed kan. Sebab Kuala Pilah ke Seremban kadang-kadang jammed juga bila musim cuti atau weekend. Alhamdulillah balik ahad haritu tak jammed pun. 

Sebelum balik rumah, singgah rumah kakak Fiza kat Segamat hantar anak-anak dia dari kampung. Kebetulan pulak depan rumah kakak ada bunga-bunga cantik ni. Terus rasa nak ambil gambar. Tu lah, pantang nampak tempat cantik! Mesti nak snap. Mula-mula bereksperiment dulu suruh anak buah dulu.

Perlu angle yang dari atas sebab nak focuskan pada bunga-bungaan nampak dalam gambar. Bila gambar dah cantik, boleh ambil gambar lagi dan lagi. 


Tak tahu apa nama bunga ni. Bunga liar je ni. Tak tanam pun. Bunga dia kecil warna purple. Disebabkan kecil sangat, tu yang tak berapa nak jelas gambar bunga tu bila ambil dari jauh. Tak ketinggalan, Fiza pun nak ambil gambar kat sini.


Cukuplah ambil gambar 3 keping je. Jadilah kan. Bukan selalu bunga ni nak ada pun. Bila dah ada, jangan lepaskan peluang. Gitu!


Next time balik kampung nak explore tempat photoshoot menarik di Segamat yang tak sempat nak explore tu. Kali ni balik kejap dan sibuk dengan kenduri tak sempat nak jalan-jalan.

Lepas menjamu selera di Aslan Thai Tom Yam tu kamiorang gigih la pergi Kuari Simpang Jabi, Segamat ni sebab nak ambil gambar punya pasal. Ye lah, kat sini antara tempat menarik menarik dan favourite photographer Segamat untuk photoshoot gambar kahwin. Tengok ramai pulak pengantin yang ber photoshoot kat sini. Fiza ni nama je orang Segamat tapi tak semua tempat tahu. Almaklumlah sekolah dan belajar sana sini luar dari Segamat. Memang tak sempat explore tempat sendiri.

Kebetulan terajin nak explore. Anak buah pulak memang dok Segamat dan dekat je dengan rumah dorang. Jadi, gigih lah kamiorang pergi Kuari ni. Tempat ni sebenarnya agak tersembunyi dan tak ramai tahu. Dan sebenarnya dilarang masuk. Tapi kami ikut laluan yang sedia ada je la. Kat situ memang dah ada laluan mungkin sebab dah ramai yang masuk kat sini untuk ambil gambar.

Masa kitaorang datang tu sampai-sampai je dah hujan, lepas tu makin hujan lebat pulak. Dari jalan besar nak sampai ke sini kena jalan kaki dalam 5 minit macam tu. Kereta parking kat jalan luar. Dalam 5 minit perjalanan pun dah lencun. Belum sampai kat kuari ni dah basah sikit. Alang-alang dah sampai, teruskan juga perjalananan cuma tak sempat nak explore kawasan yang besar ni. Nampak je pemandangan ni terus je snap snap snap. Tak sempat nak ambil gambar banyak sebab hujan dah lebat. Takde rezeki nak explore lebih. Ini je mampu. 



Yang penting muka bahagia dapat sampai sini. Next time balik kampung harus kena jejak sini lagi. Nanti belanja gambar pemandangan yang cantik kat sini okay!

Direction untuk ke sini 
Masuk simpang bumbun , terus je sebelum corner tajam kekanan , ada jalan kecik belakang kedai uncle cina , masuk situ terus jeee. Terus sahaja yaa sampai jumpa papan tanda warna kuning tulis tokong cina kot . Haa parking , keluar kereta dan masuk jalan kaki