Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts
Bermula 1 September 2020, individu yang layak boleh membuat pengeluaran/withdrawal dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) untuk rawatan kesuburan. 

Ini adalah satu berita baik untuk pasangan yang sedang TTC dan sedang  berusaha untuk mendapatkan zuriat. Mungkin ini adalah masanya dan peluang untuk ikhtiar selagi boleh bagi mendapatkan zuriat.

Maksud TTC

TTC adalah singkatan kepada ‘Trying To Conceive’. Dalam bahasa Melayu bermaksud wanita yang sedang berusaha/mencuba untuk mengandung.

Pengeluaran KWSP untuk Rawatan Kesuburan IUI, IVF dan ICSI

Almaklumlah kos rawatan kesuburan bukannya murah. Lebih-lebih lagi kalau buat rawatan di klinik dan Hospital Swasta. Faktor kos rawatan tu salah satu faktor utama kenapa pasangan yang ingin mendapatkan zuriat tidak dapat membuat rawatan kesuburan.

Sudah semestinya langkah kerajaan yang satu ini dapat memberikan sinar dan peluang bagi pasangan yang kurang berkemampuan untuk membuat rawatan kesuburan bagi mendapatkan zuriat. 

Siapa Yang Boleh dan Layak Memohon

  • Warganegara dan Bukan Warganegara
  • Berumur 55 tahun ke bawah
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun 2
  • Pasangan (Suami/Isteri) yang sah berkahwin dari segi undang-undang

Siapa Yang Layak Dibiayai

  • Diri sendiri dan pasangan.

**Permohonan pengeluaran bagi tujuan rawatan kesuburan, kelayakan memohon hanya dibenarkan kepada pasangan (suami/isteri) yang sah berkahwin sahaja.

Maklumat Tambahan :

  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan
  • Penyakit/ Peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh KWSP *
  • Mendapat rawatan di Institusi Perubatan di dalam Negara sahaja
  • Tidak mendapat rawatan alternatif
  • Rawatan Kesuburan dibenarkan:Intrauterine insemination (IUI), In-Vitro Fertilisation (IVF) dan Intracytoplasmic Sperm injection (ICSI)
*Semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP

Kategori Pengeluaran

  • Pengeluaran individu
  • Pengeluaran bersama dengan pasangan

Apa Yang Boleh Dikeluarkan

PENGELUARAN INDIVIDU
Jumlah kos rawatan sebenar*ATAU keseluruhan simpanan dalam Akaun 2 (mana yang lebih rendah) 

PENGELUARAN BERSAMA
Jumlah yang dipohon ATAU Simpanan Akaun 2 pemohon masing-masing ATAU Baki kos rawatan setelah ditolak amaun pengeluaran pemohon terdahulu
(mana yang lebih rendah)

*Jika kos perubatan telah dibiayai sebahagiannya oleh majikan ahli/pesakit, anda hanya boleh mengeluarkan baki kos perubatan yang belum dilangsaikan.

Cara Memohon Pengeluaran Rawatan Kesuburan

Ahli boleh mengemukakan permohonan Pengeluaran Rawatan Kesuburan di mana-mana Pejabat KWSP dengan melengkapkan :

  • Borang Permohonan Pengeluaran Kesihatan KWSP 9D (AHL) berserta dokumen sokongan.
  • Salinan dokumen pengenalan diri bersama yang asal untuk tujuan pengesahan (untuk bukan pemegang MyKad sahaja)
  • Buku bank/Penyata akaun simpanan/penyata akaun semasa/surat pengesahan maklumat pemegang akaun dari bank/maklumat pemegang akaun
  • Surat pengesahan daripada majikan ahli dan/atau ahli keluarga yang mengesahkan tanggungan pembiayaan kos perubatan (jika berkenaan)
  • Borang KWSP 3 (Pindaan) – untuk penghantaran melalui pos/pengesahan cop ibu jari gagal
  • Laporan Perubatan - Rawatan Kesuburan LPP-2
Pemohon juga boleh memohon untuk pengeluaran manual. Permohonon juga boleh dibatalkan selepas pendaftaran jika berubah fikiran dan perlu mengikut prosedur yang diberikan.

Untuk pasangan yang dah lama berhajat nak buat rawatan kesuburan tapi tak mampu dari segi kewangan, boleh lah tambah sikit kos bila pengeluaran KWSP dibolehkan untuk tujuan ini.


Baru je buat pengeluaran i-Lestari akaun 2 haritu masa PKP. Nampaknya belum ada rezeki lagi nak buat rawatan ni. Mungkin rezeki dengan cara lain. Kita sabar sikit lagi atau usaha lagi dengan cara lain untuk TTC mengandung.

10 Cara TTC Mengandung

1. Jaga Pemakanan Dan Diet

Amalkan pemakanan yang seimbang sepanjang proses TTC mengandung. Perbanyakkan makan sayur dan buah-buahan. Atau boleh gantikan dengan supplement pengganti nutrisi sayur dan buah kalau tak makan sayur dan buah.

2. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal

Salah satu punca kurang subur disebabkan masalah kegemukan dan obesiti. Yang berjaya pregnant itu adalah rezeki mereka. Yang penting Body mass index (BMI) perlu dijaga. 

3. Tidak Mengambil Minuman Berkafein dan Jangan Merokok

Kajian saintifik mengatakan pengambilan kafein yang berlebihan boleh mengurangkan kesuburan. Begitu juga dengan tabiat merokok.

4. Detoks

Toksin yang berlebihan dalam badan boleh membahayakan dan menggangu kesuburan wanita. Detoks bertujuan membuang toksin-toksin yang ada dalam badan. 

5. Ketahui Bila Waktu Subur (Ovulasi)

Belajar cara untuk mengetahui waktu subur sendiri untuk memudahkan perancangan hamil. 

6. Kerap Bersama Dengan Pasangan

Kerap melalukan hubungan intim dengan pasangan dan nikmati waktu bersama tanpa stress.

7. Jangan Stress

Elakkan rasa stress sepanjang TTC. Berfikiran positif dan jalani hidup dengan normal untuk elakkan stress. 

8. Ambil Vitamin

Mengikut saranan doktor, asid folik bagus untuk kesuburan. Saranan vitamin lain untuk meningkatkan kesuburan adalah :
  • Vitamin E
  • Zinc
  • Copper
  • Panthothenic acid
  • Potassium
  • Vitamin A
  • Vitamin C
  • Vitamin D
  • Thiamin B6
  • Riboflavin
  • Niacin

9. Jumpa Doktor Pakar

Untuk berjumpa dengan doktor, pastikan sudah berkahwin lebih dari 2 tahun. Dari pengalaman Fiza, doktor akan buat ujian kesuburan dengan cara scan rahim, ambil sample darah dan banyak lagi.

Setiap kali temujanji doktor akan pantau dan solve apa yang perlu dibuat. Bukan isteri je, suami pun kena buat sekali. 

10. Berdoa dan Berserah pada Allah SWT

Setelah semua usaha yang kita lakukan masih belum berhasil. Berdoa dan berserah pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Teruskan berdoa dan jangan pernah mengalah.

Allah tahu apa yang terbaik dan berikan pada waktu yang tepat. InshaAllah...


Dalam era serba moden serba canggih ni nama anak-anak pun serba canggih dan moden juga selari dengan perkembangan zaman. Nama tak nak kalah panjang dan berbelit sebutan nak ikut moden punya pasal. Sekarang dah kurang rasanya nama panjang-panjang tu, ramai dah yang suka berikan nama anak dengan nama-nama melayu klasik terutamanya untuk anak perempuan inspirasi daripada nama bunga-bungaan.

Bunga kan cantik! Jadi, nama yang diberikan ibarat cantiknya bunga-bungaan tu. Bila dengar nama melayu klasik generasi zaman sekarang ni rasa kembali ke zaman nenek moyang kita dulu. Walaupun nama klasik tapi masih releven dan nampak unik digunakan dalam era generasi zaman sekarang.

Credit image : google

Ini antara nama-nama melayu klasik pilihan Fiza. Bolehlah gunapakai jika ada rezeki anak perempuan akan datang. Moga-moga Allah berikan rezeki anak. Kalau tak anak perempuan, anak lelaki boleh namakan jebat, tuah ke kan? Itu kalau ada yang suka dengan nama klasik. Ada juga menggabungkan nama klasik dengan nama moden.

  • Melur/Melati/Jasmine
  • Kenanga
  • Seroja
  • Kuntum
  • Dahlia
  • Mawar/ Rose
  • Lily
  • Orked
  • Cempaka 
  • Teratai
  • Kemboja

Apapun memilih nama anak sebaiknya berikan nama yang baik, sebutan dan ejaan juga perlu betul supaya makna nama tu lebih tepat. Setiap ibu bapa ada hak untuk menamakan anak masing-masing dengan pelbagai nama tapi sebelum berikan nama ikutlah panduan dan fikirkan mana yang paling bagus. Nama ni mencerminkan keperibadian seseorang dan biarlah selari serasi dengan tuan punya nama.

Ada sesetengah kes, ada bayi yang kena tukar nama sebab nama tu tak sesuai dengannya. Nama-nama melayu klasik ni kalau bukan dijadikan nama sebenar, sesuai juga jadikan nama pena atau ganti nama untuk karya-karya kan. Menarik juga tu.

Di zaman era teknologi yang semakin canggih ini, ibu bapa pelajar sekolah boleh semak keputusan peperiksaan pelajar secara online dengan wujudnya SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah). Tiada lagi terjadi kes pelajar menyorokkan buku rekod keputusan peperiksaan mereka daripada diketahui ibu bapa mereka disebabkan prestasi merosot ataupun keputusan peperiksaan yang teruk kerana takut akan dimarahi oleh ibu bapa. 

Selain itu, ada juga pelajar yang gigih meniru tandatangan ibu bapa mereka di dalam buku rekod peperiksaan sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. 

Untuk mengelakan perkara-perkara sebegini berlaku lagi, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewujudkan satu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang berfungsi sebagai medium pengumpulan, penyimpanan serta menganalisis data-data keputusan peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Dimana sistem ini melibatkan semua pelajar sekolah di Malaysia, iaitu:

  • Sekolah Rendah: Tahun 1 hingga Tahun 6
  • Sekolah Menengah: Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Dengan adanya Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini dapat memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan serta memantau prestasi dan markah keputusan peperiksaan secara online. Sistem ini juga untuk lebih memudahkan para guru untuk memasukkan markah peperiksaan pelajar secara online. Selain itu, ibu bapa juga boleh memuat turun slip keputusan peperiksaan anak mereka untuk simpanan. Namun, sistem ini hanya untuk keputusan peperiksaan dalaman sekolah sahaja, iaitu:

  • Ujian 1 dan 2 
  • Peperiksaan pertengahan tahun
  • Peperiksaan akhir tahun
  • Peperiksaan percubaan

Ibu bapa dan pelajar tidak boleh menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini untuk menyemak keputusan peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM. Untuk berbuat demikian bolehlah terus merujuk kepada pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Lembaga Peperiksaan di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan Secara Online


Langkah 1
Pergi ke website https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/ untuk masuk ke laman utama Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk semakan ibu bapa:

Langkah 2
Carian Murid, Masukkan maklumat no. sijil lahir (bagi anak yang bersekolah rendah) atau kad pengenalan (bagi anak bersekolah menengah) tanpa simbol“-” atau SPACE. Sila pastikan maklumat yang dimasukkan adalah betul.
>>Tekan butang cari

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Langkah 3
Setelah masukkan no.sijil lahir ataupun kad pengenalan, seterusnya pilih negeri Sekolah.
>> Masukkan negeri sekolah pelajar 
>> Tekan butang Cari Disini
semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online
Langkah 4
Kemudian senarai semua sekolah di negeri yang dimasukkan akan dipaparkan. Untuk memudahkan pencariaan, terus taip nama sekolah, kemudian klik nama sekolah.

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Langkah 5
Setelah nama sekolah dipilih. 
>> Tekan butang semak.


Langkah 6
Maklumat pelajar akan dipaparkan dan pilih tahun keputusan peperiksaan yang ingin di semak oleh ibu bapa. 
semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Langkah 7
Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak sama ada ujian, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan percubaan UPSR/PT3/SPM.

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online
Langkah 8
Tekan butang Papar Slip Keputusan bagi menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih bagi mengetahui maklumat lebih lanjut seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya.

Tekan butang Papar Markah Peperiksaan bagi menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

semak-keputusan-peperiksaan-pelajar-online

Bagaimana sekiranya nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat disemak?

Sekiranya nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan bagi menyemak kembali Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) jika terdapat kesilapan teknikal. Biasanya kejadian seperti in berlaku disebabkan oleh kesalahan pengisian nombor kad pengenalan di APDM.

Semoga kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ini boleh memberi manfaat buat semua pihak dan dapat membantu para ibu bapa dalam memantau serta meningkatkan lagi tahap prestasi akademik anak-anak mereka di sekolah. Semoga anak-anak mendapat kejayaan seperti yang diharapkan dan diusahakan. Semoga berjaya!!
Selamat pagi! Berita baik untuk para ibu bapa sekalian. Memandangkan peningkatan kos sara hidup yang semakin hari semakin meninggi, kita sebagai pengguna kenalah bijak merancang perbelanjaan dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Disebabkan itu, Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibu bapa atau bakal ibu bapa sempena kempen “Big Baby Fair yang telah berlangsung dari 29 March hingga 2 April ini

Apa yang menariknya Big Baby Fair boleh menikmati tawaran terbaik dan harga bagi pelbagai jenis produk bayi! Ye, semua barangan bayi murah-murah. Jadi, bolehlah berjimat cermat tapi berbaloi membeli.


Mereka yang membeli berpeluang menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi.

Antara jenama terkemuka yang boleh dapat dengan harga murah-murah sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagiHuggies juga menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan?


Tanpa perlu bersusah payah keluar dari rumah dan bersesak, boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. Pelanggan pula ditawarkan dengan pelbagai cara pembayaran mengikut kehendak pelanggan sendiri. Sangat memudahkan kerja pembeli.

Bukan sahaja pembeli akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi boleh juga mengharapkan penghantaran percuma apabila membeli produk terpilih!
Selain itu, pembeli  juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia.


Lazada Big Baby Fair Blogger Contest
Blogger-blogger Malaysia juga berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazda Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Sila ke http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.
Jangan tunggu lama-lama nanti melepas, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari Lazada Big Baby Fairsekarang. 


Rugi kalau berita gembira ni tak di sebarkan. Sila klik share dan kongsikan berita gembira ini pada semua.




Sejak Filem Sunk Into The Womb bersiaran di astro ramai yang memberi respon meluahkan perasaan tak sanggup nak tengok Filem yang menyayat hati ni. Terutamanya kaum ibu. Kenapa ye? Fiza pun tertanya-tanya kenapakah? Teruja nak tahu dan teruja nak tengok sebab nak tahu cerita sebenar filem ni. Memandangkan kat rumah takde astro, jadi macam biasa tengok online je la.

Dari apa yang Fiza baca, Filem Sunk Into The Womb adalah adaptasi dari kisah benar yang berlaku di Jepun dan cerita ni ditayangkan sekitar tahun 2013 dimana tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru arahan Takaomi Ogata dan telah mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10. Okay baca sikit sinopsis ni.
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya.
Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati.
Sanae Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan masa di rumah teman lelakinya.
Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia.
Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan.
Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.
Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam.
Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, “Mama! Mama!” sehingga lewat malam.
Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan.
Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan.
Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama.
Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan.
Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat.
Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritn meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak.
Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai.
Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan.
Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran.
Ketika ditahan, Sanae berkata, “Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka,” katanya.
Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.- Kredit eberita
Pada awal cerita ni sampailah habis ceritanya sangat perlahan. Mungkin disebabkan cerita asalnya tak cukup cerita yang benar untuk disampaikan, disebabkan itu Fiza rasa cerita agak perlahan untuk dihabiskan dalam masa 1 jam lebih. Agak tak sabar juga nak tunggu cerita ni habis sebab terlalu perlahan dan agak bosan sikit.
Shooting from knee height, a child’s eye-level that takes on greater relevance as the film progresses, there’s deceptively unfussy camera work by Takashi Horinouchi as we watch the debris mount up on the floors. There’s effective parroting of the opening scene with the mothers period, as the young girl cannot get to the toilet so has no choice but to go where she stands. He uses long takes that let the action shift into focus, rather than follow it eagerly. This effect pushes adults heads out of shot, deliberately disembodying them.-kredit easternkicks
Paparan video dalam gambar pun Fiza rasa tak puas tengok sebab banyak scene yang tak nampak full story dan boleh jadi kurang faham. Disebabkan nak tahu cerita ni sampai habis, memang bersabar Fiza tengok cerita ni. Ceritanya memang sedih, sadis dan menyayat hati. Apatah lagi kaum ibu yang menonton cerita ni. Banyak moral value dan boleh jadikan pengajaran buat kita semua. 
Kredit foto : google

Korang patut tengok sendiri dan nilaikan sendiri. Memang tak patut seorang ibu tinggalkan kedua anak kecil begitu dalam keadaan lapar. Anak perempuan ni pandai juga berdikari untuk cari makanan sampai dah takde makanan sanggup makan tanah liat untuk terus hidup. Tapi paling sadis dia dibunuh oleh ibu dia sendiri di saat di hampir mati kelaparan. Memang tak sanggup melihat kekejaman seorang ibu.

Tapi tak boleh nak salahkan ibu dia juga, kena salahkan juga si suami yang tinggalkan ibu dia. Disebabkan ditinggalkan suami, terus jadi stress dan sanggup tinggalkan anak juga. Bila stress sampai tak tahu nak fikir apa yang terbaik harus dibuat. Seharusnya seorang ibu lebih kuat meneruskan kehidupan demi membesarkan anak-anak tapi sebaliknya pula yang jadi. Sedih dengan ending cerita ni. sobs sobs


Perlancaran produk I G-Nius | I G-Nius luban telah dilancarkan pada 15 ogos 2016 buat julung kalinya di sebuah Madrasah tahfiz di Klang, Selangor.

Dimana produk ini yang dikenali sebagai I G-Nius yang berasaskan makanan sunnah iaitu luban. Ini adalah satu-satunya herba makanan sunnah di malaysia yang diformulasikan dalam bentuk jus.


MHS Mahakarya Resource selaku pengeluar produk ini telah melakukan pembangunan dan penyelidikan (r&d) bagi produk selama setahun sebelum ianya dikormersialkan di pasaran tempatan. Ianya bermula daripada salah seorang ahli keluarganya yang bekerja di jordan yang menyedari tentang khasiat yang ada dalam luban dan mempengaruhi syarikat ini untuk membantu dan menyedarkan masyarakat malaysia bahawa makanan sunnah dari luban ini amat memberikan seribu kejayaan.




Inilah rahsia bagaimana ahli tahfiz di Jordan sangat kuat ingatannya dlm mempelajari quran, begitu jua kehebatan I G-Nius luban. ini mahu ditunjukkan oleh pengasas yang lebih dikenali sebagai hamka kepada anak anak dan ibu yang mengandung di malaysia.

(pohon luban yang banyak di kawasan-kawasan beriklim panas seperti oman, yaman, mesir, egypt dan sebagainya.)

Apakah keistimewaan luban?

  • Salah satu makanan sunnah yang menjadi warisan sejak turun temurun.
  • Meningkatkan keyakinan diri.
  • Meningkatkan tahaptumpuan pada pembelajaran.
  • Menyuburkan niat anak-anak dalam mnghafal semua subject dan al-quran
  • Meninggikan kecergasan dan ketajaman akal.
  • Merawat saraf lidah untuk memudahkan masalah pertuturan.
  • Amat sesuai pada anak yang lemah daya ingatan dan hafalan.
  • Dapat mngelakkan daripada serangan kanser.
(ini adalah sebahagian daripada luban atau dikenali sebagai boswellia thurifera .)

Kandungan I G-Nius telah disahkan oleh pihak KKM. Antara bahan yang digunakan ialah ekstrak dari kurma, buah delima, buah tin, gam arab, badam, habatus sauda, madu dan kismis.

Pencarian ejen dan stokis I G-Nius luban

Adakah anda mencari peluang bisnes yang boleh menjana pendapatan yang lumayan dan berterusan?
Rebutlah peluang menjadi pengedar dan stokis produk I G-Nius kami yang sah sekarang dengan modal permulaan yang sangat rendah!


Promosi & tawaran berganda.
  • Hadiah menanti bagi stokis yang berjaya mngandakan jualan.
  • Berpeluang menikmati aktiviti menarik seperti melancong, beriadah
  • Macam-macam lagi yang ekslusif bersama kami.

Jika berminat, hubungi kami segera!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Website: www.Ig-nius.Com
Facebook rasmi: ig-nius hq
Instagram : #igniushq 
Email: mhsmahakarya@gmail.Com

Karl Kareef & Arianna Aubrey nama anak kembar Eina Azman yang berlainan jantina. Seronok dapat lahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan. Lagi lagi kali pertama menjadi ibu dan bapa kepada pasangan kembar ni. Rezeki mereka suami isteri. 
Eina melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 4.05 petang dan diikuti bayi perempuan beberapa minit kemudian pada 19 February 2016 yang lepas. Seiras ke tidak Karl dan Arianna ni kita tengok gambar gambar comel mereka.




Seronok kan dapat anak kembar. Sekali dapat dua. Sepasang pulak tu. Harap harap ada rezeki dapat anak kembar. Manalah tahu rezeki Allah nak bagi nanti. Mudah mudahan. Aaminn...Doakan untuk Fiza dan husband ye.
Sekarang ni dah jadi trend letak nama anak panjang panjang. Macam macam nama ada, sampai susah nak menyebutnya. Ada juga sesetengah parents yang letak nama pendek je contohnya macam Muhammad, Hud dan sebagainya.

Bagi parents yang suka bagi nama panjang panjang tu kena fikirkan juga akibatnya akan datang. Bukan tak boleh nama panjang panjang ni. Boleh je. Tak salahnya cuma biar melampau panjang. Kalau tak, jadilah macam ni. Inilah akibat nama anak panjang sangat.





Kalau macam ni punya melampau. sampai bila pun tak terhafal nama sendiri. kui kui kui.

Dah banyak kita dengar dan kita nampak di media sosial kisah bermacam macam kes tragedi escalator. Ada yang jatuh, ada yang tersepit. Memang menakutkan je. Kebanyakkan kes tragedi escalator mangsanya adalah kanak². Kenapa? Kanak kanak mungkin leka dan masih tidak tahu bahaya di sekitarnya. Kekadang juga terjadi disebabkan kecuaian ibu bapa dalam memantau anak anak.

Selepas banyak berlaku tragedi escalator ni, Fiza sendiri seram nak naik escalator ni. Takut tersangkut kain ke, kaki ke, atau escalator rosak ke kan. Mintak mintak dijauhkan dari perkara perkara yang tidak di ingini berlaku. 

Selepas kejadian itu juga, ramai dah ambil iktibar dari apa yang terjadi dengan mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya. Sebelum naik escalator tu pastikan dulu butang kecemasan jika berlaku sebarang kejadian buruk di escalator.

Selain tu, untuk elakkan tragedi escalator berlaku. Sila alert dengan caution ini.

Orang kata malang tidak berbau kan. Kalau nak jadi, jadi juga tapi kita kena doa dan tawakal supaya kita sentiasa di lindungi oleh Allah. Dalam masa yang sama, kita berusaha mengambil langkah berjaga jaga juga. 
Program Belajar Membaca I-SINA membantu anak anak membaca dengan mudah, cepat dan efektif. Ia merupakan sebuah program dalam bentuk buku dan juga DVD untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya dapat menguasai kemahiran membaca dan juga sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah untuk dijadikan rujukan mengajar.

program-belajar-membaca-i-sina

I-Sina memberi penekanan kepada kefahaman anak-anak bukan hafalan. Mereka akan menunjukkan minat apabila mereka faham dan boleh mengikuti program.

  • Program Belajar Membaca i-SINA adalah program yang disusun khas untuk memberikan pembelajaran secara menyeluruh kepada kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan cepat, mudah dan efektif.
  • Program Belajar Membaca i-SINA ini menggunakan pendekatan yang diperkukuhkan supaya kanak-kanak lebihmemahami konsep asas pembentukan gabungan bunyi huruf-huruf vokal dan konsonan, tanpa terikat dengan hafalan suku kata. Pada peringkat awal, kanak-kanak akan diajar bagaimana bunyi dibentuk apabila huruf-huruf digabungkan bersama.
  • Program Belajar Membaca i-SINA ini sesuai untuk ibubapa dan guru tadika atau sekolah yang inginkan sebuah program untuk mengajar membaca kepada majoriti kanak-kanak dengan berkesan.
  • Program Belajar Membaca i-SINA ini juga menjadikan kanak-kanak “suka” dan “mahu” terus membaca kerana mereka faham dan mampu mengikuti program mengikut kelajuan dan kemampuan mereka, tanpa sebarang paksaan dan hafalan yang membebankan.
  • Program Belajar Membaca i-SINA ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah fonetik dan menitikberatkan kefahaman kanak-kanak menerusi latihan-latihan dan arahan-arahan guru yang sistematik dan mudah. Ia mempercepatkan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca secara menyeluruh bukan setakat menghafal dan membaca suku kata mudah.

Kelebihan Program Belajar Membaca I-SINA
  • Boleh dimulakan untuk kanak-kanak seawal tiga setengah tahun tanpa perlu mengenal kesemua huruf A hingga Z.
  • Disusun dengan langkah-langkah pembelajaran yang kecil tetapi sangat efektif.
  • Guru atau ibubapa yang hendak memulakan program tidak memerlukan pengalaman mengajar kerana arahan untuk mengajar diberikan untuk setiap pelajaran.
  • Menggunakan kaedah fonetik tetapi masih memperkenalkan nama huruf di dalam program pembelajaran.
  • Memperkenalkan tanda-tanda bacaan seperti noktah, koma, tanda seruan dan tanda soalan.
  • Menggunakan cara pembacaan yang sama dengan pembacaan dalam Bahasa Inggeris (tidak terikat dengan pembacaaan mengeja atau menghafal suku kata)
  • Mengelakkan kekeliruan kanak-kanak dalam proses menguasai proses kemahiran membaca.
  • Dan banyak lagi!
Bagi ibu bapa yang ingin anak anak belajar membaca dengan mudah bolehlah dapatkan e-book Program Belajar Membaca I-SINA. Moga ini dapat membantu.

Tempah Sekarang E Book Program Membaca I-SINA


Hippopo Baby Spa Pertama di Malaysia yang terletak di Centrepoint Bandar Utama,Petaling Jaya kini menjadi pilihan ibu bapa yang ingin memanjakan bayi mereka secara ekslusif. Hippopo Bayi Spa & Wellness ditubuhkan untuk memenuhi kepentingan  kesihatan dan kesejahteraan bayi untuk bayi dan kanak-kanak. Ketika mereka masih bayi, mereka semestinya mahukan kasih sayang dan penjagaan yang baik untuk perkembangan pembesaran yang sihat. Oleh itu, Hippopo Bayi Spa & Wellness telah mewujudkan persekitaran yang menyeronokkan dan membuat bayi berasa seperti di rumah dan bebas untuk bermain. Hippopo Bayi Spa & Wellness memanjakan mereka dengan kasih sayang dan galakan melalui urutan bayi dan berenang.

Perlu ke baby spa?
Bagi ibubapa yang berkemampuan dari segi cost dan masa, tak rugi bawak bayi ke sini untuk perkembangan bayi daripada urutan dan renang. Ini adalah baik untuk bayi yang semakin membesar yang semakin terdedah dengan persekitaran.Memupuk dan mengajar bayi untuk lebih tenang dan rasa selamat.

Kenapa perlu memilih Hippopo Bayi Spa & Wellness.
Nampak seronok bila dengar apatah lagi kalau bawak bayi ke sana. Jangan risau tentang keselamatan bayi kerana Hippopo Bayi Spa & Wellness teliti menggaji terlatih dan disahkan oleh ahli fisioterapi bayi IAIM (Persatuan Antarabangsa Urut Bayi), sebuah pertubuhan global dan bertaraf dunia bagi latihan dan pengajaran urut bayi. Selain itu, Hippopo Bayi Spa & Wellness menggunakan produk yang selamat hypoallergenic & 99.99% untuk bayi. Hippopo Bayi Spa & Wellness memberikan rawatan yang terbaik kepada tetamu bayi mahupun ibu bapa untuk memupuk perhubungan intim antara ibubapa dan bayi.

Apa yang sesuai untuk bayi
1.Urutan.
Urut bayi adalah pukulan yang lembut dan berirama dengan tangan menggunakan minyak organik. Ia adalah urutan badan penuh yang juga boleh menumpukan perhatian kepada bidang-bidang tertentu seperti perut, belakang, dada, kepala, tangan atau kaki. Urut bayi kami adalah sesuai untuk bayi 0-36 bulan untuk menyumbang terutamanya manfaat penting untuk pertumbuhan mereka. 

Menggunakan minyak boleh membuat keseluruhan pengalaman urut lebih mudah dan lebih santai untuk bayi. Hippopo Bayi Spa & Wellness menggunakan minyak organik dan selamat seperti zaitun dan minyak biji anggur. Dan untuk mengelakkan kerengsaan untuk bayi, Hippopo Bayi Spa & Wellness mengambil dabbing awal pada kulit dan menggunakan apa yang sesuai untuk bayi.

2.Berenang.
Berenang bayi kami adalah sesuai untuk bayi 0-36 bulan di mana mereka digalakkan untuk bergerak dengan selesa dalam tab mandi dengan air panas, memakai apungan leher dan berenang lampin yang dibantu oleh ahli terapi Hippopo Bayi Spa & WellnessDari sudut keselamatan untuk melatih mereka untuk menjadi selamat dan tenang. Ini sangat  menyeronokkan dan senaman yang baik juga untuk bayi. 

Kebaikan untuk bayi
1. Menggalakkan perkembangan otak : Merangsang deria bayi melalui kesedaran badan dan koordinasi
2. Meningkatkan keyakinan dan keselamatan bayi : Membantu bayi untuk berasa lebih disayangi, dihargai dan dihormati
3. Tingkatkan bayi kestabilan emosi : Mengurangkan bayi menangis dan tekanan emosi.
4. Mengukuhkan perhubungan ibu bapa dan bayi : Membantu bayi berasa selamat dilampirkan dengan ibu bapa.
5. Meningkatkan keselesaan : Melegakan bayi daripada angin, kembung perut, sembelit dan rasa tidak selesa tumbuh gigi.
6. Meningkatkan ketenangan : Meningkatkan tahap ketenangan dan tidur lebih lama.

Kebaikan untuk ibu bapa.
Hippopo-baby-spa-and-wellness

Hippopo Bayi Spa & Wellness mewujudkan persekitaran keluarga dan memberi peluang untuk ibu bapa mengalami kebaikan untuk selamanya yang boleh dipupuk di peringkat awal dengan kasih sayang, kesihatan dan keselamatan. Sangat bagus kebaikan yang boleh dapat kat sini. Memang tak rugi lah untuk ibu bapa. Lagi² yang baru jadi ibu bapa tu. Kalau nak belajar menguruskan bayi, Hippopo Bayi Spa & Wellness tempatnya!

Baby Spa Pakej.
Sesekali memanjakan bayi apa salahnya kan. Di peringkat awal bayi lah kena buat pendedahan awal macam ni. Hippopo Bayi Spa & Wellness dilengkapi dengan kemudahan yang mesra kepada bayi, alat yang bersih dan selamat untuk bayi serta perkhidmatan yang luar biasa.

Lokasi
Centrepoint Bandar Utama
F30 1st Floor,
Centrepoint Bandar Utama,
3 Lebuh Bandar Utama,
47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
Click here to view map
Tel: 03-7728 1889
For more info
website : www.hippopo.my
Facebook : www.facebook.com/hippopobabyspa

Hippopo Bayi Spa & Wellness akan membuka cawangan baru tak lama lagi.So akan ada pilihan untuk mereka yang berdekatan. Kalau ada rezeki dapat baby nanti teringin jugak nak hantar baby kat sini. Ramai rasanya antara blogger mummy dan selebriti datang ke sini. Kat TV pun pernah expose tentang Baby Spa ni. Seronok tengok baby berspa. Yang penting selamat dan berikan kebaikan untuk kedua pihak bayi dan ibu bapa itu sendiri. So mommy², bolehlah bawak baby ke Hippopo Bayi Spa & Wellness.Pastik suka! Eh macam dah berpengalaman pulak.Takdelah,ini salah satu rujukan untuk akan datang je :) Mudah mudahan ade rezeki.