Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts
Pulau Besar Melaka, a hidden gem of Melaka. Walaupun dikatakan hidden gem tapi ibarat unpopular place. Sebabnya jarang nampak orang kongsikan bercuti di Pulau Besar Melaka ni. 

Di satu petang yang indah si isteri bertanyakan kepada suami 

Isteri : Pulau apa yang paling dekat kita boleh pergi ye?
Suami : Pulau Besar Melaka. Tapi orang kata tempat tu berhantu.

Dari perbualan tu, baru lah Fiza tahu kewujudan Pulau Melaka ni. Ahhh sudah. Baru nak teruja boleh bercuti ke Pulau yang terdekat. Tiba pulak suami cakap berhantu. Auto terbatal hajat nak bercuti kat Pulau.

Almaklumlah sejenis tak pernah bercuti di Pulau yang betul betul Pulau selain Pulau Langkawi. 

Teringinlah nak tahu apa yang menarik di Pulau Besar Melaka. Atau mungkin juga ada tempat menarik di Pulau Besar Melaka sekitarnya.

Pulau Besar Melaka
Kredit image : soscili.my

Dengan menggunakan pekhidmatan pakcik google. Dapatlah beberapa maklumat tentang Pulau Besar Melaka yang nak tahu sangat tu. Tak jumpa pula review bercuti yang best kat sini. Yang ada cuma cerita sejarah Pulau Besar Melaka, Tasik bunian Pulau Besar Melaka.

Mana-mana yang bercuti di Pulau Besar ni akan menginap di Pulau Besar Melaka Resort atau Pulau Besar Melaka Hotel yang disediakan. Tak nak bermalam, pergi balik hari pun boleh katanya lah.

Sejarah Pulau Besar Melaka

Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi yang merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka (Semenanjung Malaysia). Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.-wikipedia


Pulau Besar, sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan kisah lagendanya. Pulau Besar juga ada kisah sejarahnya khususnya kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara.

Pulau Besar menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Dan kini Negeri Melaka telah membina sebuah muzium untuk memaparkan kisah dan lagenda Pulau Besar. Antaranya :

  • Makam Sultanul Ariffin Sheikh Ismail
  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
  • Makam Tok Putih
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Batu Lesung

Daripada cerita rakyat tempatan, ada beberapa mitos disebalik kisah tempat-tempat lagenda dan bersejarah di atas. Bila cerita mitos ni faham lah ye cerita tu pasti akan berubah-berubah penceritaan dia. 

Banyak juga amalan pelik yang dilakukan di Pulau Besar ni. Disebabnya ianya mistik, ada yang melakukan perkara-perkara syirik dan khurafat dengan mengadakan aktiviti pemujaan dan beberapa ritual lain.

Era tahun 1980, kerajaan negeri telah berusaha membangunkan Pulau Besar tetapi gagal. Kuasa mistik masih kuat disitu dan semuanya tak menjadi lalu terbengkalai.

  • Kononnya nak mengusahakan ternakan lembu Fresian. Satu persatu lembu hilang. 
  • Bina resort dan telah siap sepenuhnya, tapi terbengkalai tanpa pulangan modal. Dikatakan pembinaan resort tersebut menganggu penduduk kampung jin.
  • Pembinaan  Taman Tema Tamadun Islam juga gagal
sumber cerita : soscili.my

Jadi persoalannya, Pulau Besar dah membangun pesat ke camna sekarang? Apa Yang Menarik di Pulau Besar Melaka tu? Orang Melaka ada yang tahu ke? Atau ada yang pernah bercuti di Pulau Besar ke? 

Tengok dari gambar hasil carian google, Pulau Besar ni cantik. Pulau kan, mestilah cantik! Tapi itulah, tak banyak cerita best tempat menarik Pulau Besar ni. Dia lebih banyak cerita kisah mistik. Aduh, potong betul!

Baru baru ni viral Air Sungai Rambai yang cantik dan jernih. Maldives Malaysia katanya lah. Ye betul, sangat cantik! Tapi yang kurang sedap di dengar bila kata ada buaya! Bukan buaya darat tapi buaya betul betul. Habitat buaya tau!

Serius lah??? Antara percaya dengan tidak je Sungai Rambai ni ada buaya. Terfikir juga, tak bahaya ke datang Sungai Rambai tu? Buaya tu tak makan orang ke? Banyak betul persoalan yang keluar dari dalam kepala ni. Ke tempat tu ada orang jaga? 

“Jangan disangka air yang tenang tiada buaya”
Buatnya orang luar datang tanpa kaji dulu tempat tu, syok tengah ambil gambar. Tiba tiba ada sang buaya tu muncul. Memang lari tak cukup tanah lah cerita dia. Kau orang berani tak nak datang?

Kejernihan dan kecantikan air sungai rambai ni salah satu perubahan alam sekitar selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Inilah tandanya alam sekitar kembali pulih dan cantik semulajadi tanpa pencemaran alam sekitar dan pencemaran dari manusia.

Credit photo : @faisalmaps

Siapa je yang tak teruja tengok kejernihan air sungai macam ni. Kagum betul di Malaysia sebenarnya masih ada sungai yang masih cantik, jernih airnya dan terjaga kebersihan. 

Katanya Sungai Rambai sebelum ni memang pernah jernih cuma tak pernah sejernih yang sekarang. Soalnya, agak-agak sampai bila kejernihan air sungai ni? Biasa benda viral ni laju je masing-masing sampai. Cuma tu lah, bab buaya tu kena fikir panjang. 

Credit photo : @faisalmaps

Nak pergi ke tidak? Mungkin juga sebab tu masih ada yang ragu ragu nak pergi Sungai Rambai ke tidak. Hati macam nak pergi. Nak tengok in real kejernihan air sungai tu. Tapi nak jejak pun rasa seram dah bila tahu ada buaya.

Ada baca juga kisah perjanjian antara penduduk kampung dengan buaya. Dimana reptilia yang ada tidak memberi ancaman kepada manusia yang telah tinggal lama di kampung tu. Dah macam perkara biasa bagi mereka. Nak tahu lebih lanjut kisahnya boleh klik link yang Fiza highlight tu. Atau boleh baca sedikit ringkasan di bawah.

Kisah perjanjian antara penduduk kampung dengan buaya

Penduduk di kawasan Sungai Kesang percaya perjanjian yang telah dibuat antara penduduk terdahulu dengan buaya yang tinggal di sana menjadikan keduanya mempunyai hubungan baik.
Meskipun telah wujud sejak sekian lama di sana, buaya yang tinggal di sana tidak pernah dianggap sebagai ancaman kerana tidak pernah mengganggu penduduk, dan anggaran awal buaya yang mendiami kawasan sungai tersebut adalah sebanyak 100 ekor dengan kepanjangan sekitar dua meter.
Kisah yang sudah lama berlaku itu dikatakan bermula apabila nelayan telah membantu anak buaya yang tersangkut di jaring. Kerana bantuan tersebut, buaya dewasa telah berjanji tidak akan mengganggu nelayan yang akan menangka ikan.
Pada Mei 2019, Pengerusi Pertubuhan Pengurusan Sumber Perikanan Kesang, Rosman Selamat berkata kewujudan buaya di sana tidak menggusarkan nelayan setiap kali ke laut kerana reptilia itu tidak pernah mengganggu penduduk.
Meskipun kelibatnya dilihat, reptilia tersebut tidak memberikan ancaman dan buat penduduk yang membesar di sana, kehadiran haiwan tersebut seolah-olah sebati dalam kehidupan mereka. Malah ada yang melarikan diri sebaik sahaja terdengar bunyi enjin bot seakan menghormati nelayan yang hendak ke laut dan akan timbul namun tidak mendekat apabila mereka mematikan enjin.
Namun kata Rosman, fenomena tersebut sudah terhenti sekitar empat ke lima tahun dahulu. Buaya-buaya itu kini seakan berubah sikap apabila habitatnya di hulu Sungai Kesang musnah selepas kawasan tersebut terlibat dengan projek pengairan.
Jika dahulu berpuluh-puluh biji telur buaya dan kelibat buata dapat dilihat di kawasan hulu sungai, tengah sungai antara sempadan Kesang dan Merlimau, Melaka, namun kini habitat baharu reptilia itu tidak lagi diketahui.
Keadaan tersebut telah menimbulkan kebimbangan kerana reptilia tersebut dikatakan sering berlegar sehinggalah di kawasan berhampiran jeti.-Credit : Odisi.my

Credit : google

Dalam mencari gambar kat google, ada juga nampak beberapa gambar orang mandi manda dan lepak di tepi sungai ni. Papan tanda juga dah dipasang bagi mengingatkan pengujung supaya lebih berhati hati jika datang sini.

Tak dinafikan, Air Sungai Rambai ni memang cantik dan jernih. Permandangan suasana kampung tu pun sangat cantik. Salah satu tempat yang menarik di Melaka dan tempat yang menarik juga untuk photoshoot. AWAS! Hati hati okay.


Selesai Majlis Konvokesyen anak buah di UiTM Lendu. Saja menyampaikan hasrat pada husband nak pergi pantai kalau dekat. Husband kata okay dan decide pergi pantai tanjung Bidara dekat sikit agaknya kot. On Waze dan anggaran masa kurang lebih kira-kira setengah jam macam tu. Terus gerak ke Pantai Tanjung Bidara. Buat pertama kali jejak kaki kat Tanjung Bidara ni sebenarnya. Agak teruja!

Tanjung bidara ni tak macam Pantai Puteri yang Fiza pernah pergi sebelum ni. Suasana agak sunyi cuma ada beberapa buah kereta je parking. Boleh kira manusia yang ada lepak kat situ. Food court sunyi sepi tanpa peniaga. Kiranya kurang pengunjung petang-petang ni. Atau sebab hari biasa memang tak buka food court kat sini. Entahlah, tiada jawapan. Orang situ je tahu kot. Mujur bukan datang nak makan sekali. Dapat makan cendol tepi pantai tentu seronok.


Saja singgah pantai sebab Fiza suka tengok pantai dan sambil tu boleh ambil gambar cantik-cantik tepi pantai. Pantang nampak pantai mesti rasa macam tenang dan damai gitu. Terapi sebentar sebelum balik rumah. Tapi Fiza tak suka mandi air laut sebab cepat sunburn dan agak 'aquaphobia' sebenarnya. Suka lepak tepi pantai je menikmati permandangan ciptaan Allah. Ambil gambar tu sudah semestinya. Kalau rumah dekat dengan pantai, mahu hari hari belok ke pantai. Hehe

Pantai Tanjung Bidara ni bersih dan pantainya agak panjang. Jenuh juga kalau nak menyusuri pantai ni. Pantai pun bersih dan ada batu-batu besar tepi pantai. Cuma tak ambil gambar kat batu tu je sebab malas nak jalan ke sebelah situ. Air laut kat Tanjung Bidara agak keruh macam air sungai. Tak jernih dan tak biru. Kalau warna biru dan jernih tentu lebih cantik kan. Lain pantai lain warna airnya disebabkan faktor kedalaman, cahaya, kandungan dan sebagainya.


Air keruh macam ni sebab tak dalam dan disebabkan faktor ombak yang memukul pasir di tepian pantai. Mungkinlah kot. Kena kaji lebih kalau nak tahu. Paling suka bunyi ombak tepi pantai. Rasa nak pacak tiang buat rumah tepi pantai je. Tapi rasa takut pula. Bak kata pepatah "Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai". Haha Tiba teringat pepatah tu. Ada kena mengena juga tu kot.


Dah puas ambil gambar yang tak seberapa tu dan sedut angin petang tepi pantai puas-puas. Gerak balik kampung Segamat terus sebab masih ada baki cuti sehari lagi. Dah lama tak balik kampung. Alang-alang berkesempatan ni terus balik kejap. Dah lama tak balik kampung. Huwaa...


Selesai urusan check out tengahari di Hotel Mimosa Melaka, plan dengan husband nak pergi mana-mana pantai untuk ambil gambar. Dah plan elok nak pergi Pantai Klebang petang selepas check in hotel. Tapi hampa bila sampai Pantai Klebang sesak dengan manusia. Hajat husband nak merasa air coconut shake original pun tak merasa. Itu yang decide nak pergi mana-mana pantai lepas check out sebelum balik rumah.

Pantai Klebang macam panas sangat nak lepak waktu tengahari, jadi Fiza pilih untuk pergi Pantai Puteri Melaka walaupun dah pernah datang sini. Takpelah, janji dapat tengok pantai dan laut sebagai terapi. Orang yang rumah dia jauh dari pantai bila tengok pantai tu rasa seronok je. Rumah dekat dengan laut, of courselah dah jemu.

Apa yang Fiza suka tentang Pantai Puteri ni lebih redup dan tak panas sebab banyak pokok rhu. Kawasan pantai pun cantik dan bersih. Pantai Puteri ni pernah popular satu masa dulu sebab macam Nami Island Korea katanya. Pantai Puteri ni tengahari pun meriah juga sebab ramai penduduk tempatan suka berkelah dengan keluarga kat sini. Budak-budak lagilah suka sebab mandi laut.


Fiza tak lepak lama kat sini sebab hanya plan untuk ambil gambar je sebelum gerak balik rumah. Jadi, sempatlah ambil beberapa gambar je sebagai kenangan jejak Melaka tahun 2019 ni. Tahun bila nak datang lagi tak tahu lah. Walaupun negeri sebelah je tapi jarang datang.



Oh lupa, kat sini selain aktiviti berkelah ada disediakan perkhidmatan kereta kuda & unta. Jakun pula tengok unta tu. Menarik juga kan? Jadi, singgah Melaka tu waze je ke Pantai Puteri. 
Bila perut dah kenyang menjamu selera di Jom Coffee, terus book grab ke Hotel Mimosa Melaka untuk check in. Masa check in pukul 2 petang. Struggle juga berhari-hari lamanya Fiza survey hotel sebab cuti Chinese New Year ni banyak Hotel dah penuh. Jadi pening nak pilih yang mana yang available yang sesuai dengan bajet dan juga features bilik yang Fiza nak. Selepas short listed beberapa Hotel, Fiza pilih Mimosa Hotel Melaka yang sesuai dengan bajet dan sesuai dengan kehendak Fiza.

View dari tepi kiri Hotel Mimosa (Tempat Parking Kereta)
Parking kereta yang banyak disediakan oleh pihak Hotel Mimosa Melaka. Tapi kalau malam memang penuh lah park kereta ni. Kalau balik lambat dan park penuh, mungkin pihak hotel akan advise nak parking kat mana kot? Urusan check in dalam masa lebih kurang 10 minit macam tu dan macam biasa perlu bayar deposit RM50.

sementara menanti urusan check in settle

Dah settle, jom kita masuk bilik dan berehat!

Pilihan Fiza adalah Executive Room yang berkeluasan 24 m²/258 ft² dengan king bed. 
King bed


Request bilik level paling tinggi
Seating area, Coffee/tea maker, free bottled water, desk, television

Makeup table, hair dryer & closet
in-room safe box, telephone

City View

Toiletries

Shower and bathtub

Toilet, towels and tissue paper
Fiza stay di Hotel Mimoa Melaka ni cuma satu malam je dengan harga bawah RM150 termasuk tax. Sangat berbaloi dengan Executive Room tu. Susah nak dapat harga yang murah masa peak seasons ni kan. Rezeki harijadi lah kiranya tu. Well, Hotel Mimosa salah satu hotel yang Fiza boleh recommend pada kau orang yang bercuti di Melaka tu. Hotel yang bersih, luas, selesa dan perkhidmatan pun memuaskan. 

Checkout!

Kalau boleh nak stay sehari lagi. Tapi bajet dan masa cuti pun tak ada, sehari sudah memadai lah. Masa check out tu jangan lupa ambil semula deposit RM50 tu. Dan di Melaka perlu bayar cukai Hotel RM3/malam yang dianggap sebagai cukai warisan. 

Cukai tambahan ni hanya ada di Langkawi, Pulau Pinang dan juga Melaka sahaja. Pulang Pinang bayaran dia RM3/malam untuk hotel 4 dan 5 bintang, RM2 untuk hotel 3 bintang dan kebawah. Langkawi pula RM9/malam untuk setiap hotel. Jadi, kalau bercuti di salah satu negeri ni jangan pelik pula kalau kena bayar cukai tambahan ni ye.
Perkhidmatan sewa basikal juga disediakan
Kalau kau orang ada masa lebih di Melaka dan menginap di Hotel Mimosa ni, kau orang boleh sewa basikal daripada pihak Hotel Mimosa ni. Senang tak perlu susah-susah nak pergi sewa basikal di tempat lain. Ikutkan nak sewa basikal dan berbasikal di tempat-tempat menarik di Melaka ni. Tapi tak sempat kalau bercuti sehari je kan. Lain kali lah boleh menginap di Hotel Mimosa lagi.
Dah puas naik ambil angin naik kereta kuda, perut terasa lapar sebab dari tadi berjalan tak makan apa-apa lansung. Ingatkan nak berpatah balik jalan kaki ke Hotel nak check in. Tapi disebabkan dah penat dan tak larat jalan, plan nak guna grab je balik Hotel. Sebelum tu, isi perut dulu lah. Nanti tak payah nak keluar lagi cari makanan.

Sebelah pit stop kereta kuda tu Dataran Pahlawan Mall, jadi tak perlu jalan jauh lagi. Masuk mall baru rasa sejuk air cond tu. Jalan punya jalan cari kedai makan, tersinggah lepak di Jom Coffee. Sebenarnya tak rasa nak makan sangat. Lebih kepada kehausan sebab cuaca luar panas kan. Nak makan ringan-ringan je la tapi husband suruh order nasi goreng pula. 


Kamiorang order JOM fried rice signature dish jom coffee, teh tarik, teh o ais lemon dan juga roti bakar. Cukuplah untuk alas perut sebelum check in Hotel. Untuk order kat sini kau orang kena tanda pada kertas menu apa yang kau orang nak. Dah siap, panggil je staff untuk ambil order tadi. Penyediaan minuman macam biasalah tak ambil masa lama sangat dan makanan pun takde lah tunggu lama pun.


Sorry, muka penat!
Selepas beberapa minit nasi goreng sampai. Nasi goreng Jom Coffee ni nampak macam menarik dan kau orang tahu tak yang nasi goreng jom coffee ni sangat sedap! Bahan tumis dia garing ikut citarasa tekak Fiza lah. Rasa tak puas makan berkongsi berdua. Itulah tadi kata tak lapar sangat. Bila dah dapat makanan sedap tak cukup pula.


Next time kalau datang Jom Coffee kena order nasi goreng ni juga lah. Baru puas hati makan sepinggan sorang. Sepinggan nasi goreng ni harga dia belasan ringgit. Fiza lupa harga dia, mungkin dalam RM18.90 kot. Harga menu di Jom Coffee agak mahal pada Fiza sebagai rakyat marhaen. Yang golongan bangsawan mesti cakap harga ni murah. Disebabkan takde pilihan, kita cuba lah makan. Mujur sedap! Kalau tak sedap, kecewa bayar mahal. Tunggu ada bajet lebih baru lepak di Jom Coffee ni. Sesekali bolehlah.


Kali terakhir Fiza datang Melaka tahun 2014. Fuhh, lama juga tu tak jejak Melaka sekian lamanya. Agaknya sebab dah bosan sebab dah berkali-kali datang sini dan rasa macam takde apa yang menarik. Tahun 2019 baru nak jejak kaki di Melaka semula dan Fiza rasakan banyak yang baru rupanya di Bandar Hilir Melaka ni.

Selain Signage" I LOVE MELAKA" di Bandar Hilir, Tarikan terbaru adalah menaiki kereta kuda sekitar Bandar Hilir. Fiza tak pasti terbaru tahun ni ke tahun sebelumnya sebab Fiza baru tahu dan Fiza rasakan ianya tarikan terbaru lah kot. Kalau dah lama wujud kereta kuda dalam masa 4 tahun ni kiranya bukanlah tarikan terbaru pada kau orang yang dah pernah naik kereta kuda di Bandar Hilir ni.



Seusai ambil gambar di A'Famosa kononnya nak berpatah semula ke Hotel sebab masa check in hotel nak dekat dah. Kaki pun dah penat berjalan. Tapi bila ternampak banner naik kereta kuda ni harga RM10/dewasa, rasa macam teringin nak cuba pula. Alang-alang dah sampai dan kaki pun dah penat, harga pun kira berpatutan juga why not kali ni datang Melaka naik kereta kuda pula. Beca dah pernah naik, so kita naik kereta kuda pula ye.


Pada mulanya Fiza ingatkan naik kereta kuda tu penuhkan kuota seat kereta kuda tu yang boleh muatkan 4 orang dewasa. Tapi tak! Macam Fiza berdua, so naik berdua lah walaupun ada seat kosong. Nak naik kereta kuda ni kena bersabar sikit tunggu giliran sebab ramai nak naik dan kereta kuda cuma ada dua, kuda putih dan kuda coklat. Nasib lah ikut giliran dapat naik kuda yang mana satu. Masa giliran Fiza dapat naik kuda coklat ni. 


Sebelum naik kereta kuda tu posing dulu dengan kuda, boleh mintak tolong dia orang ambilkan gambar tanpa charge tambahan. Kau orang perlu bayar sebelum naik kereta kuda tu. Laluan perjalanan kereta kuda ni bermula dari pit stop kereta kuda ( Hadapan Muzium Setem) melalui jalan kota sehingga Bangunan Muzium Islam (Malacca Islamic Museum Malacca). Kemudian berpatah semula sampai depan A'Famosa dan kembali semula ke pit stop.

Walaupun tak jauh mana perjalanan kereta kuda ni tapi seronok sambil-sambil merehatkan kaki sementara. Puas hati juga naik kereta kuda di Bandar Hilir ni. Sesekali dah datang tu haruslah cuba pengalaman baru. Betul tak? 

A’Famosa, salah satu tempat menarik dan popular di Melaka. Dah sampai Melaka tu memang wajib singgah di A’Famosa yang ada sejarahnya sendiri. Nak tahu sejarah tentang A'Famosa? Kenalah datang sini. Walaupun Bandar Hilir ni super sibuk dengan pengunjung yang ramai dan sesak dengan kenderaan, tapi masih tak jemu datang ke A'Famosa ni. Paling kurang pun datang ambil gambar tandanya dah pernah datang ke A'Famosa.


Alang-alang dah sampai ke Bangunan Stadthuys tu, terus lajak berjalan sampai ke A'Famosa. Disebabkan dah berkali-kali datang A'Famosa ni, jadi kali ni datang ambil gambar depan A'Famosa  je lah. Nak naik ke atas memang tak lah sebab tak larat sudah nak berdepan dengan cuaca panas. Kaki dah tak cukup kuat nak memanjat tangga sebab dah berjalan jauh. 

Mujur pakai kasut, kalau pakai heels atau wedges matilah nak tahan sakit kaki tu. Kalau berjalan tempat-tempat macam ni dan perlu berjalan jauh dinasihatkan pakai kasut atau selipar yang selesa. Kalau dah sakit kaki, macam ni lah jadinya tak dapat nak jelajah banyak tempat. Rugi kan? Tapi since dah pernah naik atas, its okaylah. 


Nak bergambar depan A'Famosa ni kau orang kena tunggu giliran juga lah macam biasa kalau nak nampak gambar cantik. Kalau tak, gambar kau orang penuh dengan kewujudan orang lain yang entah siapa-siapa. Tapi kalau jenis tak kisah, snap je selagi boleh kan. Kalau kau orang pertama kali datang ke Bandar Hilir ni jelajah lah semua tempat berdekatan selagi boleh. Sesetengah tempat ada dikenakan bayaran. Masuk A'Famosa ni percuma je.


Jalan punya jalan di Riverside Melaka, sedar tak sedar dah sampai di Bangunan Stadthuys di Bandar Hilir Melaka. Punyalah jauh kami orang berjalan dari Hotel sampai sini. Stadthuys bermaksud dewan bandaraya" dalam bahasa Belanda. Bangunan ini juga lebih dikenali dengan nama Bangunan Merah dan terletak di sebelah gereja.


Terakhir kali Fiza jejak Bandar Hilir Melaka tahun 2014. Tahun 2019 datang lagi sini saja nak tengok-tengok apa yang baru. Yang baru, Fiza perasan adalah "I Love Melaka" ni. Mula-mula nak bergambar kat sini terpaksa menunggu giliran nak bergambar. Kalau tak tunggu dan bergambar selamba je, mesti dalam gambar tu akan ada gambar orang lain. Nak tak nak, tunggu je la dan dapat juga lah gambar berdua setelah menunggu giliran beberapa minit.


Masa Fiza datang sini tengah cuti Chinese New Year. Lagilah meriah dengan pengunjung dari dalam dan luar negara. Kat sini bermacam-macam aktiviti boleh dibuat. Paling popular ialah naik beca sekitar Bandar Hilir ni. Beca masing-masing kemain meriah dengan hiasan dan lagu dibuka kuat-kuat. Memang betul-betul happening lah kat sini. Tak pernah tak ramai. 

Selain tu, kau orang juga berpeluang menunggang kereta kuda yang Fiza rasa satu tarikan terbaru disini. Sebelum ni tak ada kot? Ke dah lama ada cuma Fiza je baru tahu. Kalau dah sampai sini, bergambar sakan selagi termampu. Fiza dah tak berapa excited datang sini sebab dah banyak kali datang. Jadi ambil gambar mana yang baru je lah.

Dan lagi satu, kalau kau orang datang dari jauh tu boleh beli pelbagai jenis sourvenir untuk di bawa pulang sebagai kenangan. Nak beli fridge magnet dah ada dalam koleksi. Bab membeli sourvenir Fiza skip je dan lebih menikmati permandangan dan melayan mood cuaca tengah panas terik. Okay, next?
Seperti yang telah dirancang, kelainan sikit birthday tahun ni pergi jalan-jalan dekat je ke Melaka. Gerak dari rumah pagi sehari sebelum birthday Fiza. Kononnya malam tu akan celebrate di Hotel lah kiranya. Bukan ada arrangement atau surprise sebab ianya bukan surprise lagi lah. Sekadar celebrate berdua di bilik menikmati kek ditemani lampu yang suram boleh perasan macam romantik sikit.

Perjalanan dari rumah 1 jam lebih je nak sampai ke Hotel untuk check in. Memandangkan check in pukul 2 petang dan masa tu baru pukul 11 lebih. Jadi, park kereta dekat parking Hotel dan jalan kaki sekitar Street Art & Riverside Malacca. Berjalan-jalan lah kami orang mencari street art tu sampai lah ke riverside. Sepanjang perjalanan tu ada beberapa mural art yang comel-comel tapi Fiza tak ambil gambar sebab akan berpatah balik.


Dah sampai Riverside Malacca ni baru lah ada mood nak ambil gambar sebab mural art kat sini sangat cantik, colourful dan besar. Memang tak lepaskan peluang lah ambil gambar. Seronok berjalan sepanjang riverside ni. Walaupun cuaca tengah panas. Lupa sekejap soal panas dan penat sebab bila dah nampak tempat cantik macam ni tak rasa penat dia.


Lagipun sepanjang riverside ni kau orang akan lalu di depan cafe-cafe dan juga hotel-hotel. Mostly yang Fiza nampak menyediakan minuman keras. Awas! Jangan sembarangan masuk tanpa pastikan dahulu. Walaupun pergi hari selasa tapi masih cuti Chinese New Year. Jadi, memang meriah dengan manusia lah.


Dan kalau nak bergambar di satu-satu tempat menarik tu, haruslah kena tunggu giliran atau cepat-cepat rebut tempat kalau takde orang. Sepanjang Riverside ni selain banyak cafe-cafe dan mural, boleh lah tengok Melaka River Cruise lalu lalang. Disebabkan dulu pergi Melaka dah pernah naik Melaka River Cruise, so kali ni jalan-jalan di riverside pula. Kalau buat benda yang sama bosan juga kan. Layan video pendek bawah ni.

Mural art Fiza sempat ambil sikit je la sebab entah kemana kita orang jalan entah sampai hilang mural art dari pandangan. Kononnya nak patah balik semula jalan pergi tu tapi tak! Ke tempat lain sudahnya. Kalau cuaca tak panas sangat mesti dah jalan banyak tempat dah. Kalau naik kereta memang hadap jammed je la. Jalan kaki atau naik basikal memang puas berjalan. Cuma penat tu memang lah. Sesekali berjalan berkorban penat sikit lah. Nak tahu kemana lokasi lepas ni, tunggu ya. 
Tak cukup rasanya kalau bercuti sehari di Melaka. Paling singkat pun bercuti 3 hari 2 malam. Paling lama mungkin sebulan. Ada ke orang cuti sebulan? Mungkin ada juga tapi jarang sekali berlaku. Ikut kemampuan masing-masing lah. Negeri Melaka memang terkenal dengan salah satu negeri yang banyak tempat-tempat menarik untuk di lawati terutamanya tempat-tempat bersejarah. Melaka memang win tentang sejarah dulu kala.

A Farmosa, Menara Taming Sari, Dataran Pahlawan, Kelebang dan lain-lain antara tempat menarik yang macam dah biasa sangat dengar. Jemu pula kalau datang ke Melaka asyik pergi melawat tempat yang sama aje kan. Nah, ini dia 5 tempat yang menarik di Melaka yang paling terbaik untuk bergambar sakan. Ye lah kan, zaman sekarang trending bergambar sakan. Bukan zaman dulu bergambar terhad sebab guna kodak. Paling banyak pun boleh posing dalam 30 lebih je. Zaman sekarang nak posing banyak mana pun takde hal. Janji bateri kamera kau orang masih bernyawa.

5 Tempat Menarik di Melaka Untuk Bergambar Sakan

1. Melaka Street Art 

kredit imej : google

Sejak Penang ada street art, boleh di katakan beberapa negeri lain pun turut memeriahkan street art di negeri masing-masing sebagai tarikan utama. Melaka juga tak ketinggalan melakarkan beberapa lukisan pada dinding bangunan yang terdapat di Bandar Hilir dan Sungai Melaka. Di Sungai Melaka, kau orang boleh menaiki River Cruise atau kau orang juga boleh berjalan kaki di sepanjang persisiran sungai yang menyediakan susur untuk pejalan kaki. Sepanjang jalan itu, kau orang boleh menikmati 'street ar' atau seni kulisan di dinding bangunan berdekatan.

2. Melaka Upside Down House

kredit imej : google

Dulunya, upside down sangat terkenal di Sabah. Tapi kini anda boleh pergi ke Melaka upside down house juga yang menggunakan kaedah rumah terbalik yang sama. Pendek kata, semua benda yang ada dalam dunia upside down house ni adalah terbalik. Dalam rumah ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu ruang tamu, bilik tidur utama, bilik tidur anak, dapur dan tandas.


Upside Down House Gallery
G12 & G14, Jalan Pm 7, Plaza Mahkota,
Banda Hilir, 75000 Melaka.

3. Melaka Thousand Tales of Adventures

kredit imej : google

Di dalam bangunan Melaka Thousand tales of Advetures terdapat simulasi interaktif 7D indoor yang terletak di tengah bandar Melaka. Tempat yang sesuai untuk seisi keluarga. Kau orang boleh mencabar minda kau orang dengan  bermain permainan puzzle yang menyeronokkan. Harga tiket untuk dewasan RM28 dan RM23 untuk kanak-kanak.

4. The Shore Sky Tower

kredit imej : google

Yang berbajet lebih bolehlah bergambar sakan di The Shore Sky Tower salah satu tempat menarik yang wajib datang. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Apa yang menariknya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar di mana kau orang boleh nampak jelas ketinggian dari atas. Siapa yang tak gayat dan tak takut tinggi boleh lah cuba. Kalau nak menguji keberanian kepada ketinggian pun sangat sesuai datang sini. Selain tu, kau orang boleh menikmati permandangan sekitarnya. 

The Shore Sky Tower Sdn Bhd
Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Malaysia.

5. The Shore Toy Museum

kredit imej : google

Alang-alang dah singgah di  The Shore Sky Tower, jangan lepaskan peluang singgah di The ShoreToy Museum yang terletak di tingkat 1 Bangunan The Shore. Jika kau orang peminat permainan ataupun super heroes seperti Iron man, Batman, Transformers dan sebagainya, wajib singgah sini dan bergambar dengan superheros kegemaran kau orang.

Banyak lagi tempat-tempat menarik di Melaka yang boleh di lawati dan bergambar sakan.
A'Famosa Resort Melaka
A'Famosa Cowboy Town
A' Famosa Animal World Safari
A'Famosa Water World
A'Famosa Microlight & Sport Centre
Air Panas Bemban Jasin
Australia Village @ Masbro Village
Baba & Nyonya Heritage Museum
Bustel Klebang Melaka
Dataran Keris Alor Gajah
Dataran Pahlawan
Desa Balqis, Kuala Linggi
Dusun D’Paradise
Freeport A'Famosa Outlet
Hutan Rekreasi/ Taman Botanikal Melaka
Jonker Walk
Kampung Morten (Rumah Merah)
Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
Kota A Farmosa
Kota Belanda di Bukit St John
Magic Art 3D Museum
Malaqa House
Mahkota Parade
Masjid Kampung Kling
Masjid Kampung Hulu
Masjid Selat
Melaka Alive
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Melaka Wonderland Water Theme Park
Menara Taming Sari
Muzium Kapal Selam
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Menara Taming Sari
Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
Muzium Lebah Sedunia
Pahlawan Walk
Pantai Puteri
Pantai Tanjung Bidara
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Padang Kemunting
Pantai Klebang
Perigi Hang Li Po
Planetarium
Pusat Archery, Mahkota Parade
Taman Burung
Taman Botanikal
Taman Mini Malaysia & Mini Asean
Taman Buaya
Taman Rama-Rama & Reptilia
Taman Burung
The Hut, Serkam
The Li Chi Mao Art Museum
The Shore Shopping Gallery
The Shore Oceanarium
The Shore Toy Museum
Serama Camp & Event
Straits Chinese Jewelry Museum
Sungai Melaka
Villa Sentosa
Wildlife Theatre
Zoo Melaka & Night Safari

Bila senarai tempat-tempat menarik di Melaka dah panjang macam ni, rasa-rasanya berapa hari baru cukup nak pergi semua tempat? Fikirlah sendiri dan buat jadual supaya percutian kau orang tak membuang masa. 
Sebut je TRAVELOKA mesti kau orang semua sudah sedia maklum tahu apa itu TRAVELOKA sebab sudah beberapa kali Fiza kongsikan cerita dalam entri yang lepas-lepas berkaitan dengan TRAVELOKA . Ataupun bila sebut TRAVELOKA, terus kau orang dah terbayang-bayang percutian yang murah tapi menarik. Pssst..Bulan ni TRAVELOKA  nak bagi penginapan Percuma 2 Hari 1 Malam pada mereka yang bertuah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan nak tahu cara nak dapatkan penginapan percuma, sila baca entri ni sampai habis.


Kalau masih ada yang belum tahu, TRAVELOKA merupakan website tempahan tiket penerbangan dan hotel murah. Boleh dipercayai dan selamat untuk digunakan serta menawarkan perkhidmatan 24 jam secara online. Untuk Kaki jalan semestinya sudah biasa sangat dengar TRAVELOKA dan mungkin ada yang sudah biasa menggunakan perkhidmatan TRAVELOKA. 

Fiza yakin pasti yang bila kau orang dengar berita punya best macam ni, mesti tak sabar-sabar nak dapatkannya. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Benda percuma kot. Siapa je yang tak nak? Jangan di tanya pada kaki travel dan kaki jalan. Mereka sudah pasti rebut peluang ini. Bagi mereka yang mahukan percutian untuk berehat seketika dari kesibukan kerja ataupun mereka yang tidak cukup bajet untuk bercuti, Fiza sarankan cuba rebut peluang ini.

TRAVELOKA WINNING STAYS IS HERE! WIN A 2D1N STAY SETIAP MINGGU.

Kenapa Fiza kata macam tu? Sebabnya kali ini, TRAVELOKA menawarkan penginapan percuma yang unik dan lebih menarik selama 2 hari 1 malam untuk kau orang nikmati. Traveloka Winning Stays Is Here! Untuk pengetahuan semua, setiap minggu bermula 3 April 2017 pihak TRAVELOKA akan memperkenalkan sebuah hotel dan berkongsi apa yang menarik menginap di hotel tersebut. Dengan cara ini juga dalam masa yang sama dapat membantu mereka yang ingin bercuti mencari tempat-tempat menarik untuk bermalam melalui TRAVELOKA.

Well, rakyat Malaysia sangat suka bercuti jika ada peluang. Kebanyakkannya menyukai sejenis percutian yang good staycation. Mengikut fakta, pada tahun 2014 seramai 60.7 juta rakyat Malaysia bercuti di dalam negara dan jumlahnya semakin bertambah setiap tahun. Tak hairanlah kenapa jumlahnya semakin bertambah sebab Malaysia banyak tempat-tempat menarik untuk bercuti.

BERMALAM DI 5 HEEREN, MELAKA 2 MALAM 1 HARI SECARA PERCUMA

Minggu pertama, TRAVELOKA telah memilih Rain Forest Inn, Cameron Highlands. Minggu kedua ini lebih menarik lagi tempat penginapannya iaitu 5 Heeren di Melaka Bandaraya Bersejarah


Kau orang tengok gambar destinasi penginapan pun dah boleh buat diri sendiri teruja. Apatah lagi dapat merasa pengalaman menginap di Hotel 5 Heeren ni. Untuk pengetahuan semua, Hotel 5 Heeren ini merupakan kediaman muzium yang menampilkan budaya peranakan yang unik. Tujuannya untuk memberikan suasana penginapan seperti di rumah sendiri yang boleh di ibaratkan seperti rumah kedua. Sudah tentulah kita inginkan percutian yang selesa, seronok dan boleh memberikan kenangan terindah dalam percutian kita selain pergi jauh dari kesibukan suasana bandar dan kerja yang sibuk. Kau orang tengok je la permandangan yang indah dan dekorasi yang cantik bila menginap di sini. 



Wow! Kalau Fiza dapat menginap di sini rasa macam tak nak balik dah. Tapi kalau dapat good staycation selama 2 hari 1 malam di 5 Heeren pun dah memadai. Untung sangat kalau ada peluang menginap di sini. Jadi, apa tunggu lagi. Jom sertai Traveloka Winning Stays  Contest. Cara nak sertai sangat mudah. Mana tahu ada rezeki masing-masing. Fiza pun dah tak sabar nak sertai juga.

CARA SERTAI TRAVELOKA WINNING STAYS CONTEST DAN MENANG


1. Like Facebook TravelokaMY
2. Kongsikan album yang dimuatnaik oleh TRAVELOKA  dan tag 2 orang rakan facebook.
3. Ceritakan kenapa kau orang layak untuk dapatkan percutian dan kenapa kau orang suka menginap di hotel yang di tawarkan. Hashtag #TravelokaWinAStay untuk memudahkan pihak TRAVELOKA mengetahui dan menyemak penyertaan kau orang.

Sangat mudah untuk sertai Traveloka Winning Stays. Janji kau orang ada akaun facebook. Pihak TRAVELOKA akan kemaskini perkembangan semasa dan terkini pada setiap hari isnin pukul 6:00 petang sepanjang bulan April ini. Setiap minggu akan menampilkan hotel-hotel yang hebat dan semestinya unik untuk korang nikmati percutian yang lebih bermakna. Jom sertai beramai-ramai dan selamat bercuti!