Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts
1 Muharram 1442H, 20 Ogos 2020. Jadi hari Khamis adalah cuti umum seluruh Malaysia. Tahun ni tema Maal Hijrah bertemakan "Negara Rabbani Negara Harmoni". Jangan lupa kita baca sama-sama doa awal tahun dan akhir tahun. 

Doa ni tidaklah wajib. Tapi lebih baik sekiranya kita amalkan. Jom kita!

Doa Akhir Tahun 1441H

Doa akhir tahun di baca 3 kali selepas waktu asar sehingga sebelum waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah iaitu pada hari ni (29 Zulhijjah) 19 Ogos 2020. 

Doa Akhir Tahun Hijrah


Maksudnya :
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, apa jua yang aku telah lakukan di dalam tahun ini daripada perkara yang Engkau telah tegah lalu aku tidak bertaubat daripadanya dan Engkau tidak redha serta tidak melupakannya, Engkau mengasihiku selepas Engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau menyeru kepadaku supaya bertaubat daripadanya selepas keberanianku melakukan maksiat kepada-Mu.

Maka sesungguhnya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku.

Apa jua perkara yang telah aku lakukan di dalam tahun ini daripada sesuatu yang Engkau redha dan Engkau menjanjikan ganjaran kepadaku, maka aku memohon kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia, wahai Tuhan Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, supaya Engkau menerimanya (amalan baik) daripadaku.

Dan janganlah Engkau memutuskan harapanku kepadaMu wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkan kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah, perkenankanlah.

Doa Awal Tahun 1442H (Awal Muharram)

Doa awal tahun pula dibaca 3 kali selepas waktu maghrib pada 1 Muharram, 19 Ogos 2020. 

Doa Awal Tahun

Maksudnya:
Dengan nama Allah Yang Maha Mengasihani lagi Maha Merahmati.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas tuan dan penghulu kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, dan para sahabatnya sekalian.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, sediakala, lagi terawal, Engkau berada di atas kelebihan-Mu yang besar, dan kemurahanMu yang melimpah-ruah.

Ini adalah tahun baru yang telah sampai kepada kami.

Kami memohon kepadaMu perlindungan di dalamnya (tahun ini) daripada syaitan, para pembantunya, dan bala tenteranya, (kami memohon) bantuan untuk mengatasi nafsu amarah yang mengajak ke arah kejahatan, dan kesibukan dengan perkara-perkara yang mendekatkan kami kepadaMu sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kebesaran dan kemulian, wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Semoga Allah melimpahkan selawat ke atas tuan kami, Nabi Muhammad, ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya, dan limpahkanlah kesejahteraan (kepada mereka).

Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Ya Allah, perkenankanlah.

Rujukan : akuislam.com

Satu Muharram detik permulaan, perkiraan tahun Islam Hijrah. Masih ingat kah lagi lirik lagu ni? Lagu yang biasa kita nyanyikan masa di sekolah bila tahun baru hijrah. Semangat betul nyanyi lagu tu zaman sekolah dulu. Kalau lupa, ingat kembali dan marilah kita semangat menyambut tahun dan mengingati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Chorus
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Ulang Chorus
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Ulang Chorus 2X
Oleh itu mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman

Awal Muharram/Maal Hijrah/ Tahun baru

Awal Muharaam/Maal Hijrah/ Tahun baru Islam adalah hari yang sangat bermakna dan penting bagi semua umat Islam. 

Hari dimana berlakunya peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Tahun tersebut dikira sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.


Koleksi Ucapan Selamat Menyambut Maal Hijrah Tahun Baru Islam 1442H

Tiada Kata Yang Seindah Lantunan Syair,
Tiada Mutiara Yang Secantik Bidadari,
Tapi Hari Ini Lebih Dari Hari Sebelumnya,
Kerana Tak Lama Lagi Kita Akan Melewati Detik Pergantian,
Yang Sama-Sama Di Tunggu Oleh Seluruh Umat Islam Di Dunia,
Hanya Satu Yang Dapat Aku Lakukan Dan Berkata,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442!

Hijrah itu bukan pelarian,
Tetapi tuntutan dari tuhan,
Sama-sama tingkatkan amalan,
Agar hidup sentiasa aman.

Detik, Demi Detik,
Hari Demi Hari,
Hingga Bulan Demi Bulan Telah Mengusung Banyak Cerita,
Suka Duka.. Menjadi Warna Nyata Dalam Hidup Kita,
Tapi Biarkan Semua Menjadi Kenangan Yang Terpahat,
Kini Tahun Baru Islam Telah Mendatangi Kita,
Tibanya Kita Memperbaiki Kegagalan Menjadi Kejayaan,
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Kita Buka Lembar Kisah Baru Dengan Semangat Dan Keceriaan,
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1442.

Umat Islam melakar penghijrahan,
Hijrah lambang perpaduan ummah,
Bersatu hati membentuk perpaduan,

Ucapkan Selamat Tinggal Pada 1441H Dan Selamat Datang 1442H.
Semoga Tahun Hijrah Ini Jauh Lebih Baik Dari Tahun Lalu,
Dan Harapan Bahawa Kita Selalu Menjadi Teman Yang Baik,
Salam Maal Hijrah 1442H.

Menjelma lagi Tahun Baru,
Penyatuan Ummah jiwa raga.
Muharam membuka lembaran baru,
Tingkatkan amalan menuju Syurga.

Harapan Tahun Baru Hijrah Ini Kita Akan Memiliki Visi Baru,
Misi baru,
Hidup Baru,
Penghijrahan Baru Yang Akan Lebih Baik Dari Penghijrahan Sebelumnya,
Salam Maal Hijrah Semua!

Awal Muharam menjelma lagi,
Mengatur azam di tahun baru,
Panjang umur murah rezeki,
Moga sihat ceria selalu.

Semoga Damai Dan Kasih Allah Mengisi Setiap Hari Dalam Hidupmu,
Harap Anda Dan Keluarga Selamat Dan Bahagia,
Selamat Tahun Baru Islam, Maal Hijrah 1442.

Burung murai hinggap di dahan,
Mencari makan untuk bekalan,
Hayati Hijrah dengan kesungguhan,
Penuh dengan lambang pengorbanan.

Jiwa Akan Sepi Tanpa Teman,
Hati Akan Mati Tanpa Iman,
Hari Ini Adalah Kenyataan,
Semalam Adalah Kenangan,
Esok Adalah Impian,
Jadi, Sucikan Hati,
Jernihkan Fikiran,
Sambutlah Maal Hijrah Dengan Keazaman Baharu.

Memburu rusa di dalam rimba,
Rehat sebentar di Pokok Sena,
Awal Muharam telah tiba,
Moga hijrah lebih bermakna.

Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi.
Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah.Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran.
Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya.
Hijrah daripada penindasan kepada keadilan.
Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan.

Waktu Terus Berlalu, Lembaran Demi Lembaran Telah Dilalui,
Coretan Demi Coretan Telah Memenuhi,
Kadang Tak Bererti, Kadang Tanpa Makna, Atau Hanya Sedikit Makna
Semoga Di tahun Ini Setiap Lembaran Memiliki Makna, Setiap Lembaran Bermanfaat,
Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga Lebih Berjaya!

Kini tiba bulan Muharram 1442 Hijrah,
Semoga dapat menyinari hidup kita,
Dengan memperbaiki diri.
Meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT,
Jadikan tahun depan ini lebih baik dari tahun lalu.
Salam Maal Hijrah 1442, Selamat Tahun Baru Islam.

Sebut je kurma ajwa, terus terbayang dah harga kurma ajwa yang orang kata mahal tu. Betul ke kurma ajwa harga dia mahal? Dari sejarah kurma ajwa ni, kurma ajwa pertama ditanam sendiri oleh Rasullah SAW di tanah berhampiran Masjid Quba, Madinah. Dan kurma ajwa telah menjadi kurma kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu A'laihi Wassallam.

Kurma Ajwa Kurma Terbaik

Buat masa sekarang, jumlah pokok kurma ajwa tidak banyak ditanam. Kurma ajwa dianggap kurma yang sangat istimewa dan jenis kurma ajwa terbaik di antara semua jenis kurma. Disebabkan itulah, harga kurma ajwa bukan harga biasa-biasa. Boleh dikatakan kurma premium dan harga dia premium jugalah.


Khasiat Kurma Ajwa

Buah Kurma diibaratkan 'buah ajaib' yang mempunyai banyak manfaat dari segi kesihatan. Contohnya boleh meningkatkan kadar gula darah. Mengandungi vitamin A, kalsium dan zat besi yang tinggi.

Sebab itulah buah kurma sangat sesuai dimakan ketika berbuka puasa kerana tubuh badan kita memerlukan karbohidrat dan gula yang terkandung dalam buah kurma. Ibarat macam memberi tenaga segera pada badan kita setelah berpuasa di siang hari.

Bukan itu saja ye, banyak khasiat kurma ajwa untuk ibu mengandung dan manfaat kurma ajwa untuk kesuburan juga. Jadi, bolehlah amalkan makan buah kurma ajwa ni.


Kurma Ajwa Untuk Diet

Disebabkan kurma ni mengandungi nutrisi yang banyak serta mengandungi karborhidrat yang mudah dicerna, sangat sesuai lah dijadikan sebagai kudapan/makanan ringan yang berkhasiat. Daripada ambil snack yang bergaram, berlemak dan bergula tu. Lebih baik amalkan makan kurma ajwa.

Memandangkan kurma ni sejenis buah ajaib yang memberi tenaga segera, jadi ianya sesuai sangat untuk diet. Sebabnya kurma mengenyangkan perut sekitar 5 jam dan mungkin lebih. Kenyang, berkhasiat dan sah-sah lah selamat untuk diamalkan makan kurma setiap hari tanpa perlukan supplemen tambahan.

Kira macam kurma ni ganti nasi pun boleh. Dah ada kurma ajwa ni bolehlah cuba ber diet dengan kurma ajwa. Macam Zulin Aziz dah kurus sekarang tu. Makan kurma dengan air je rahsia kurus dia! Fuhh mampu ke tidak nak membuatnya tu. Boleh cuba dari sekarang. Kot 2 3 bulan akan datang mengurus dengan jayanya.

Cara Makan Kurma Ajwa

Seperti yang kita tahu, sunnah makan kurma ganjil. Nabi Muhammad SAW mengamalkan dan menganjurkan untuk makan 7 biji buah kurma pada waktu pagi dan pada waktu berbuka puasa. Ada hadis yang menjelaskan bahawa kurma ajwa dapat mengatasi racun dan sihir.

Ini mungkin disebabkan kandungan yang terdapat di dalam kurma ajwa itu sendiri. Keistimewaan kurma ajwa adalah kerana berkat pengkhususan Rasullah SAW iaitu telah mengkhusukan jumlah 7 biji setiap hari.

Berkatnya juga daripada asalnya pokok kurma ajwa yang ditanam di tanah Madinah yang merupakan tempat khas penanaman pokok kurma ajwa. Bagi mereka yang memakan kurma ajwa ni akan beroleh keberkatan disebabkan tanaman asal kurma ni asalnya ditanam daripada tangan Nabi Muhammad SAW.

Kurma Ajwa Sedap. Sedang Elok Manisnya.

Sebelum ni Fiza pernah kongsi kurma madu yang Fiza suka tu. Itu memang sedap sebab tekstur dia lembut tapi tahap manis dia tak ramai yang suka. Ramai yang lebih suka kurma ajwa yang rasanya sedap manis yang ngam ngam. Pendek kata, sedang elok manisnya sesuai untuk semua golongan kanak-kanak mahupun yang tua.

Mak ayah nenek atuk kita memang tak suka makanan manis sangat ni. Almaklumlah dah berumur, banyak pantang larang tak boleh makan disebabkan ada penyakit lain. Mostly pada tahap umur mereka dah tak boleh makan terlalu manis. Jadi, level manis kurma ajwa ni sesuai dengan mereka.



Pertama kali rasa kurma ajwa, dapat buah tangan dari adik ipar balik umrah. Itupun dah lupa rasa dia. Kali kedua rasa kurma ajwa asli Madinah dari Rihura Herbs yang boleh beli di Malaysia je. Rasa, saiz dan tekstur dia sama. Memang kurma ajwa asli Madinah.


Saiz kurma ajwa ni sederhana, tak kecil dan tak besar pada Fiza. Tekstur dia agak lembut dan sedikit kenyal. Tapi tak liat. Seriouslah rasa dia sangat sedap. Manis tak manis macam tu lah. Susah nak describe rasa dia. So faham lah kenapa kurma ajwa ni jadi kesukaan ramai. Sebab rasa dia just nice manis dia. Mahal yang berbaloi orang kata. Lagipun baik untuk kesihatan kan.

Masing-masing baru keluar peti ais.

Macam bercita-cita nak buat air susu kurma pun sedap ni. Susu pun ada stok lagi. Takpun, buat overnight oat campur kurma pun sedap juga. Tiba-tiba macam banyak idea nak dibuat dengan kurma ajwa ni. Nantikan... kalau rajin Fiza share. Kalau tidak, Fiza makan begitu je lah.

Harga Kurma Ajwa Rihura Herbs Mampu Beli

Harga Kurma Ajwa di Arab Saudi boleh dikatakan cukup mahal, sekitar 60 – 80 riyal/kg. Di Malaysia harga biasa yang dijual sekitar RM 80.00 – RM 120.00/kg. Mahal kan?? Jangan terkejut sangat, dah itu memang harga standard di pasaran.

Nak beli Kurma Ajwa Asli Madinah dengan harga lebih murah, boleh beli dari Rihura Herbs dengan harga RM110 sekilo. By the way, kau orang boleh dapatkan dengan harga serendah RM15 untuk 100gram. Kira harga mampu beli dan semua mampu rasa. Tak nak kurma ajwa, kurma lain pun ada.

Kurma Mesir serendah RM 3 dan sekilo RM25.
Kurma Ajwa Asli Madinah RM 10 dan sekilo RM 85.

Order melalui whatsapp : wasap.my/60105012717/KurmaRihura
facebook : rihuraherbs
instagram : rihuraherbs

Nak beli untuk dijadikan hadiah pun okay ni sebab packaging dia menarik. Kualiti terjamin, harga berpatutan, kurma ajwa asli dari Madinah, buah segar dan baru. Fiza recommend lah sebab truster seller. Boleh beli anytime sebab bukan dijual pada bulan Ramadhan je. So cepat-cepat order selagi masih ada ready stok.

Tips Simpan Kurma Ajwa

Kalau kau orang beli kurma ajwa, make sure simpan dalam peti ais. Jangan simpan di tempat yang panas. Nanti kurma akan cair dan mudah penyek. Kalau sentiasa terdedah kepada panas mungkin akan membuatkan kurma mudah berulat.


Hari terakhir Ramadhan. Sayu dan hiba Ramadhan bakal berlalu pergi. Harap dipanjangkan usia lagi bertemu Ramadhan akan datang. Tahun ni suasana Ramadhan yang berbeza. Begitu juga hari raya yang bakal kita sambut esok. InshaAllah..Buat pertama kalinya kita beraya beramai-ramai sebagai anak perantau sebab tak dapat balik beraya di kampung bersama keluarga disebabkan masih dalam tempoh PKP ni.


Tengah buat rendang, anyam ketupat, mendodol, melemang ke tu? Best lah kan ada suasana meriah macam tu. Abah Fiza dah siap buat lemang dah. Aduhaiii...nak balik kampung! sabar sabar..puasa kena sabar lebih. Dugaan dugaaan...Yang keseorangan ke berdua ke, marilah kita berfikir apa nak dibuat untuk persiapan raya esok. Fiza fikir nak masak rendang je ni. Masak nasi impit ke pulut ke pun sedap juga untuk dihidangkan esok. 

Malas nak masak nasi impit sebab husband tak suka. Sudahnya nanti kenalah habiskan sorang-sorang. Lebih senang masak nasi je. Tapi teringin nasi impit jugak. Masih dalam dilema. So fikir dulu lah. Harini agak sibuk siapkan tempahan card raya musical. Dah hujung hujung ni pulak ramai yang order. Mana tak sempat tu tak ada rezeki lah. Ampun! Order lambat, tak dapat lah.

Tahun ni upgrade sikit kad raya versi musical. Canggih tak? Hihi..tapi nak buat banyak-banyak tak larat. Ambil order mana yang mampu je. Alhamdulillah rezeki bulan puasa ni. Bolehlah buat duit raya untuk diri sendiri. 

Apapun Fiza nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA, MAAF JIKA ADA TERSALAH KATA dalam blog Fiza ni yang ada mengguris hati sesiapa. Semoga semua orang gembira di hari raya. Kekalkan social distancing dan patuhi SOP okay! Ingat tu! ". Yang belum bayar zakat, pi bayar lekaih.

Kurma, buah wajib ada bulan Ramadhan. Berbuka dengan kurma adalah sunnah Nabi yang kita boleh amalkan. Setiap tahun, kita dah biasa dengar iklan kurma yusuf taiyoob tu. Tahun ni nampaknya lebih menunggu berita semasa tentang Covid-19 setiap hari. Cakap tentang kurma, Fiza paling suka kurma madu (mazafati dates) tu. Tahun ni beli brand suntree di 99 Speedmart. 


Kurma Madu ( Mazafati Dates)
Mazafati dates saiz dia sederhana je tak besar tak kecil. Kurma yang berwarna gelap dan tekstur dia sangat lembut dengan lembap serta rasa dia manis. Isinya sangat tebal tak macam kurma lain. Kalau nak tahu, mazafati dates dikatakan kurma paling sedap di dunia dan warnanya lebih menarik berbanding jenis kurma yang lain. Dikenali juga dengan nama kurma kimia atau kurma bam.


Juga dikenali sebagai kurma madu dan salah satu jenis buah kurma yang berasal dari Iran. Kurma madu juga antara yang popular di Malaysia dan menjadi pilihan umat Islam di Malaysia sebab harganya lebih murah dan lebih sedap. Kurma ajwa sedap katanya tapi harganya sedap jugalah, mahal okay! Tak pernah cuba lagi. Takut nak bayar bila tengok harga golongan bangsawan.


Dulu-dulu masa waktu kecil tak suka berbuka dengan kurma. Kalau tak silap, masa tu jenis kurma yang liat sikit tu kot. Tapi sekarang, suka makan kurma tapi kurma madu lah. Kalau blend kurma dengan air susu. Sedap uiii. Stok susu kurma farm fresh macam susah nak dapat sekarang. Memanjang sold out. Blend je kurma dengan susu pun jadi juga. Kadang bulan tak puasa pun suka beli stok kurma madu ni. Khasiat dia memang banyak dan kita pun tahu makan kurma tu bagus.

Kurma dapat menambah tenaga, meningkatkan ingatan dan kecerdasan otak, bagus untuk kesihatan pencernaan, memberikan kesihatan jantung yang baik, menguatkan saraf dan banyak lagi khasiat kurma ni. Rugi lah kalau tak suka kurma. Cuba try kurma madu ni, mesti kau orang pun terus suka makan kurma. Kurma apa lagi yang best? Kongsikan di kotak komen.

note : kurma berpeluh baru keluar dari peti ais
Marhaban Ya Ramadhan 1441H. Selamat berpuasa untuk semua umat Islam. Ramadhan kali ni sangat berbeza, buat pertama kalinya kita sambut ramadhan di rumah masing-masing tanpa boleh keluar rumah. Takde terawih di masjid, tiada bazaar Ramadhan dan tiada aktiviti Ramadhan di luar. Semuanya hanya boleh dibuat di rumah je. New normal life yang kita perlu hadap yang entah bila akan berakhir. Ye, demi keselamatan kia semua.

Marhaban Ya Ramadhan 1441

Syahdu rasa sambut Ramadhan kali ni kan? Takpe, pujuk hati sendiri dan ada hikmah Ramadhan disebalik PKP yang dilanjutkan ni. Hikmah yang paling jelas terang lagi bersuluh, kita boleh fokus 100% ibadah puasa di bulan Ramadhan tanpa terganggu dengan hal-hal duniawi. Waktu solat terjaga dan boleh menghayati Ramadhan dengan ibadah-ibadah lain.

Mungkin ini adalah  pertama kali puasa Ramadhan kita penuh dengan menyendiri lebih dekat dengan Allah untuk refleksi hati dan diri kita sendiri. Kita juga berpeluang berterawih dan berbuka dengan ahli keluarga mengeratkan lagi hubungan dengan keluarga.

Dengan tiadanya Bazaar Ramadhan, kita boleh jimat belanja dengan masak sendiri di rumah. Pahala puasa pun tak terganggu dek kerana dosa mata ketika ke Bazaar Ramadhan."Tak sedap tak mengapa, boleh masuk dalam group Masak Apa Tak Jadi Harini" kata PM malam tadi. Aduhaii, ayahanda kita pandai bergurau. Tapi dalam masa sama rasa kesian juga dengan para peniaga yang mencari rezeki di Bazaar Ramadhan.

Marhaban Ya Ramadhan 1441

Buat pertama kalinya juga, kita tidak akan memikirkan tentang persiapan hari raya. Apapun yang terjadi kita perlu hadapi dengan sabar dan ketahuilah Allah maha mengetahui. 

وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” -Al Baqarah 2:216


Isu boikot produk semakin hangat dibincangkan sekarang ni. Kempen boikot produk pula giat dijalankan dan macam biasalah kecaman dan isu perkauman pun timbul. Sebenarnya bab memboikot ni adalah sesuatu yang tidak bagus bila melibatkan perkauman. Bila melibatkan perkauman, kuranglah harmoni Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa ni.


Sebenarnya bukan boikot tapi bagi seorang muslim kita sentiasa akan utamakan produk yang halal dan bersih dan kita tahu produk muslim adalah terjamin halal dan bersihnya. Dan juga pentingkan priority. Kalau produk muslim tu ada di pasaran berhampiran kenapa perlu pergi pasaraya jauh-jauh. Tak kisahlah siapa pemilik pasaraya tu. Ya, setiap orang ada pendapat masing-masing dan pengguna ada hak untuk memilih. Tapi kalau boikot sesama kaum susah juga tu.

Ada juga sesetengah produk yang bertopengkan produk muslim. Maksudnya produk itu bukan keluaran muslim tapi dilabelkan produk muslim. Nak tahu macamana nak semak produk  keluaran muslim dan bumiputera, cuma perlu gunakan aplikasi produk muslim. Siap-siap download dalam handphone masing-masing untuk lebih mudah semak bila membeli belah nanti.

Download Aplikasi Produk Muslim
Check produk muslim halal guna aps

Boleh muat turun secara percuma untuk pengguna android melalui google playstore. Pengguna perlu juga ada pengetahuan tentang sesuatu produk supaya tak tersalah beli atau tersalah boikot dan juga perlu tahu siapa pengeluar dan pemilik produk tersebut. Jadi, Fiza rasa aplikasi ni sangat membantu kita untuk tahu tentang setiap produk keluaran muslim dan bumiputera lebih tepat lagi. Fiza tak pasti aplikasi ni telah dilancarkan untuk pengguna iOS atau belum lagi sebab Fiza search tak jumpa pula aplikasi ni. Mungkin akan datang. Tunggu je lah ye.
Salam Ramadan. Dalam bulan Ramadan yang mulia ni, MVM Relief telah melancarkan program Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang 3.0. Ini merupakan tahun ke-3 MVM menghantar bantuan Ramadan di kem-kem pelarian Syria di sempadan Turki-Syria. Antara lokasi bantuan yang akan dihulurkan adalah Kem Pelarian di Idlib & Luar Bandar Aleppo, Kem pelarian di Sempadan Turki - Syria dan juga Masjid-masjid di Idlib & Luar Bandar Aleppo.


MVM (Muslim Volunteer Malaysia) PERTUBUHAN BANTUAN KECEMASAN. 
MVM (Muslim Volunteer Malaysia) Relief bukan lagi satu pertubuhan baru dalam menghantarkan bantuan ke Syria. MVM bukan saja satu menjalankan satu program bantuan kecemasan di dalam Malaysia dan luar antarabangsa, malah bantuan juga diberikan kepada mereka yang memerlukan di luar negara seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.


Antara program-program bantuan yang telah dilaksanakan oleh MVM Relief Malaysia dan Antarabangsa adalah:

MVM Relief Malaysia: 
2013: Misi Bantuan Mangsa Banjir Kuantan, Pahang 
2014 & 2017: Misi Bantuan Mangsa Banjir Kelantang 
2016: Misi Bantuan Mangsa Banjir Sarawak 
2017: Misi Bantuan Mangsa Banjir Kedah

MVM Relief Antarabangsa: 
2017: 
Misi Bantuan Gabungan Anak Muda Jordan - Lubnan 
Unity Convoy Ambulance for Syria - UK, France, Switzerland, Italy, Bulgaria, Greece 
Misi Bantuan Syria, Kami Datang di Turki-Syria 
Misi Bantuan Anak Muda Peduli Rohingya di Bangladesh

2017 & 2017: 
Misi Bantuan Ramadan: Syria, Kami Datang 

2018: 
Misi Bantuan Ramadan: Rohingya, Kami Peduli 
Misi Bantuan Hidupkan Rohinyga: Pembinaan Sistem Rawatan Air SafeWhere 

2018 & 2019: 
Misi Bantuan Musim Sejuk: Syria, Kami Datang


Sebelumnya, pada tahun 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk kerjasama dalam menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara. Fokusnya lebih kepada pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.


Tahun ini, 2019 adalah tahun ke-3 MVM melaksanakan amanah rakyat Malaysia bagi menghantar bantuan musim sejuk, dan keperluan asas dengan anggaran lebih RM3 juta jumlahnya. Walaupun jumlah yang agak banyak tapi Fiza rasa masih belum cukup untuk membantu mereka terutamanya bulan Ramadan ni. Bayangkanlah kalau kita berpuasa dan tidak makanan untuk bersahur dan berbuka. Mesti susah untuk kita mengerjakan ibadah puasa apatah lagi meneruskan kehidupan seharian. 

HANTAR BANTUAN KE LUAR NEGARA. PERLU KE? 
Seperti yang kita sedia maklum, pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan sampai sekarang. Lansung tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap hari mereka berdepan dengan bahaya dan setiap hari kematian pasti berlaku. Malah ia berlaku setiap minit. Allahuakbar! Sayu betul kalau tengok berita tentang Syria. Lagi-lagi melihat anak kecil yang terpaksa berdepan dengan situasi sebegini.


Sudahlah begitu, bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan sangat diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian. Jadi, MVM Bersama NGO-NGO dari seleuruh dunia dengan rasa tanggungjawab dan sangat perihatin dengan isu-isu kemanusiaan sebegini mewakili rakyat Malaysia memegang amanah dalam menghantar bantuan-bantuan kecemasan kepada saudara islam kita disana yang lebih susah dan menderita disana berbanding negara kita yang aman damai. 

Apa yang menyedihkan lagi, rakyat Syria kehilangan pengenalan diri akibat dari peperangan yang tercetus membuatkan kehidupan mereka bertambah sukar kerana tidak boleh bekerja mahupun bersekolah. Mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain jauh sekali.


Dana sasaran MVM kali ini adalah sebanyak RM500,000 untuk disalurkan kepada lebih kurang 20,000 pelarian Syria yang akan menerima manfaat daripada bantuan Ramadan kali ini. Antara jenis bantuan yang akan dihantar adalah seperti memberi pek berbuka dan sahur, pek makanan barangan asas dapur dan beg kecerian yang mengandungi alat permainan kanak-kanak, gula-gula dan juga baju raya. Besar pahala memberi makan kepada mereka yang berpuasa. Mudahnya mendapat pahala di bulan puasa ni kan.


Misi Bantuan Ramadan 2019 kali ni juga MVM telah bekerjasama dengan pertubuhan NGO, Global Peace Misson (GPM). Mereka semua yang terdiri daripada petugas dan sukarelawan MVM, turut serta GPM akan berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 nanti dan akan berada di sana sehingga 6 Jun 2019.


CARA MENGHULURKAN SUMBANGAN UNTUK MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0
Jika berminat untuk menghulurkan sumbangan ikhlas seberapa sahaja yang termampu atau menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 yang terdiri daripada pek iftar dan sahur, pek makanan dan beg keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria. Boleh membuat sumbangan secara online melalui : 

bit.ly/ramadanmvm
ATAU 
https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kamidatang-3-0/

Atau boleh juga memberi sumbangan terus ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia 
Maybank: 56480 164 7699 
CIMB Islamik: 8602 5378 07 
Bank Islam: 1230 0010 0030 65 
Affin Bank: 1060 2003 8503 

Sumbangan berjumlah RM1000 dan ke atas, pihak MVM akan menyediakan resit pelepasan cukai. Rebut peluang menambah pahala dan membuat sumbangan ikhlas di bulan Ramadan ini. Hubungi wakil MVM di talian 012 235 6854 untuk maklumat lanjut. 

Website rasmi : www.mvm.org.my 
Website donation : www.donationa.mvm.org.my 

Sosial media MVM 
Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia 
Instagram : muslimvolunteermalaysia 
Twitter : @VolunteerMVM 
Telegram channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia 

Dermalah seikhlas mana termampu walaupun RM1. Sumbangan yang kecil tapi besar maknanya pada mereka.

Selamat berpuasa semua umat Islam di seluruh dunia. Bertemu lagi kita di dalam bulan Ramadhan tahun 1349H. Alhamdulillah. Bila Ramadhan bermula, bolehlah masing-masing kejar pahala berganda di bulan puasa ni. Siapa yang tak nak pahala tu memang rugi lah kan. Bulan puasa bukan sekadar menahan lapar, banyak lagi kebaikan yang kau orang akan dapat di bulan Ramadhan yang mulia ni.


Rukun Puasa
1. Berniat pada setiap malam sebelum terbit fajar
2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa daripada terbit matahari sehingga terbenam matahari.

Niat Puasa Bulan Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Harian di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Sebulan di Bulan Ramadhan
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala

Doa Buka Puasa Ramadan

اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

"Allaahummalakasumtu wabika amantu wa'aa rizkika aftortu birohmatika yaa arhamarra himiin"

Adab Puasa
  • Menjauhkan diri daripada maksiat
  • Mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puada
  • Menahan nafsu
  • Bersederhana semasa berbuka
  • Mengurangkan tidur
  • Beribadat dengan bersungguh-sungguh
  • Sentiasa berfikir tentang hikmah puasa.

Sunat Puasa
  • Bersahur
  • Melewatkan sahur
  • Menyegerakan berbuka
  • Sahur dan berbuka dengan kurma
  • Tidak bersugi selepas gelincir matahari
  • Tadarus Al Quran
  • I'tiqaf di masjid
  • Bersedekah
  • Menjauhi perkara yang sia-sia
  • Solat Terawih
  • Berdoa
  • Beristighfar

Makruh
  • Bersuntik
  • Berbekam
  • Berkumur-kumur
  • Memasukkan air ke dalam rongga hidung
  • Mandi berlebihan
  • Merasa makanan
  • Tidur berlebihan pada waktu siang

Batal Puasa
  • Makan/minum dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Keluar haid/nifas
  • Gila
  • Murtad
  • keluar mani dengan sengaja
  • Bersetubuh

Selamat berpuasa!


Salam Maulidur Rasul 1439H. Hari ini 12 Rabiulawal merupakan tarikh bersejarah untuk diingati oleh umat Islam diseluruh dunia. Sejarah di mana Nabi Muhammad S.A.W sebagai utusan Allah diutuskan untuk menghentikan segala kerosakan akhlak dan memimpin manusia ke jalan yang benar.

Setiap tahun sambutan maulidur rasul disambut dengan selawat ke atas nabi, bacaan suci ayat Al-Quran, berzanji, dan sebagainya. Tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah " Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara". Sempena maulidur rasul ni sama-samalah kita menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. 


Salam Maulidur Rasul 1439H
Semoga semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah S.A.W


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد 
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ 

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Selamat bercuti semua
Selain mengalami masalah kucing berak depan rumah, cicak juga memberi masalah suka berak merata dalam rumah. Celah-celah kabinet memang jadi port tetap tempat cicak melepaskan hajat besar. Tak larat juga nak bersihkan tahi cicak selalu. Lagi-lagi kalau dah keras. Sakit mata dan juga sakit hati dibuatnya. Pening fikir kan cara elak cicak berak merata ni.

Sebelum ni pasang jerat kertas gam lalat tu, memang mengena tapi lepas dah mengena ada lagi cicak yang datang. Tujuh keturunan tak mati-mati agaknya. Macam dah jadi kewajipan pula berak kat tempat tu. Jenuh lah nak menggantikan kertas gam. Tak tahu dah cara macamana lagi nak elakkan cicak ni berak merata ataupun erti kata lain kalau boleh tak nak lansung ada cicak dalam rumah.


Membunuh cicak adalah sunnah. Kalau kita bunuh cicak dapat pahala. Jadi, jangan ragu-ragu nak bunuh cicak kerana cicak ni sejenis binatang yang berbahaya (di katakan pembawa sihir) dan tahinya juga mengandungi bakteria yang boleh memudaratkan. Menakutkan! Daripada dapat penyakit apa-apa, lebih baik kita mencegah daripada merawat sepertimana pepatah mengatakan " Prevention is better than cure".

Dalam masa tercari-cari petua untuk elak cicak berak merata, terperasan ada yang kongsikan petua di facebook. Katanya sejak amalkan petua tersebut, tahi cicak dah berkurangan. Berkurangan pun dah di kira bagus juga daripada tak berkurangan lansung. Mana tahu kalau sentiasa amalkan petua ni mungkin cicak takut nak menyinggah berak lagi.

Petua  elak cicak berak merata

1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan (sebarang jenis pun boleh)

Cara Penggunaan : Hanya perlu semburkan di kawasan tersebut. Petua ni mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut.
Kredit petua : Muna Binti Mohammad

Pernah juga Fiza cuba semburkan wangian serai wangi tu tapi tak berhasil. Mungkin boleh cuba petua yang ini pula. Kalau berhasil, lega sikit dapat selesaikan satu masalah. Geng anti cicak memang pantang sikit nampak cicak apatah lagi tahi cicak. Cicak oh cicak, tolonglah pergi jauh-jauh.
Dah bayar zakat fitrah ke belum kau orang semua? Kalau belum lagi, cepat-cepat lah tunaikan zakat fitrah sebelum habis waktunya. Jangan lupa letak peringatan supaya tidak terlepas menunaikan tanggungjawab kita sebagai orang Islam untuk membayar zakat. Alhamdulillah, husband dah tunaikan bayar zakat untuk kami berdua. Risau betul takut-takut terlupa juga. Bila dah settle, boleh rasa senang hati dah.

Zakat fitrah
Zakat Fitrah juga disebut zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan, dan zakat Fitri . Zakat fitrah merupakan kewajipan fardhu ain untuk umat islam. Pembayaran zakat fitrah boleh dibayar pada bulan Ramadhan bermula 1 Ramadhan sehingga 1 Syawall sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri. Zakat fitrah bertujuan sebagai pembersih diri untuk orang yang berpuasa daripada perbuatan keji dan kotor. Zakat yang dibayar diberikan kepada orang asnaf yang memerlukan dalam membuat persiapan raya mereka.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2017

NoNegeriTahun 2017 (RM)Tahun 2016 (RM)Tahun 2015 (RM)
1Perlis776.5
2Kedah777
3Pulau Pinang777
4Perak777
5Selangor777
6Negeri Sembilan6.56.56.5
7Melaka6.76.76.7
8Johor76.00/8.00*5.00/8.00*
9Pahang777
10Terengganu77.60 / 7.00 / 4.50*7.40/6.80/4.60*
11Kelantan777
12Sarawak777
13Sabah777
14(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan777

Kadar bayaran zakat fitrah berbeza mengikut zon tempat/jenis beras yang digunakan. Untuk kadar zakat negeri sembilan masih sama seperti tahun sebelumnya. Zakat fitrah boleh dibayar kepada amil-amil yang telah dilantik oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing. Kalau masih sibuk takde masa nak pergi ke tempat-tempat yang disediakan. Boleh bayar zakat secara online. Zaman dah canggih kan, semuanya di hujung jari je. Tiada alasan lagi nak kata lupa atau tak sempat dengan adanya pembayaran zakat secara online, kerja jadi lebih mudah sepatutnya. Betul tak?

Jadi jalankan tanggungjawab kita sebagai orang yang mampu. Hukum membayar zakat fitrah itu wajib atas setiap umat islam.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

1. Waktu Harus – bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
2. Waktu Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
3. Waktu Afdhal – selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan
sembahyang sunat Aidil Fitri.
4. Waktu Makruh – selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
5. Waktu Haram – selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.
Salam jumaat. Hari ni kita dah memasuki fasa ke tiga dalam bulan Ramadhan di mana 10 hari terakhir di dalam bulan Ramadhan. Di malam 10 hari terakhir ini, moga kita berpeluang bertemu malam 1000 bulan yang dipanggil malam Lailatul Qadar. Alangkah beruntungnya kita jika berpeluang bertemu dengan malam Lailatul Qadar ni. 

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran sebagai "malam lebih baik daripada seribu bulan"
Kredit foto : langitilahi.com

Membaca Al-Quran, Berzikir, Beriktikaf

Jadi, perbanyakkan amal ibadah pada malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan seperti membaca Al-Quran, berzikir, beriktikaf dan ibadah yang lain. Carilah malam Lailatul Qadar dan jika berpeluang menemui malam Lailatul Qadar, sudah tentu ibadah kita lebih baik daripada beribadah untuk 1000 bulan yang tidak memiliki malam Qadar. Beribadah dengan penuh ketaatan dan bersungguh-sungguh dalam sepuluh malam terakhir ramadhan ini.

Dijauhkan dari api neraka

Mereka yang beribadah di sepuluh malam terakhir bulan ramadhan dan mengajak serta keluarga untuk beribadah,  dibukakan untuknya pintu-pintu syurga dan dijauhkan daripada api neraka. Semua umat islam nak masuk syurgakan? Isikanlah malam sepuluh terakhir ni dengan melaksanakan ibadah kebaikan.

Berdoa 

Selain perbanyakkan amal ibadah, perbanyakkan doa semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan berkati apa yang telah kita lakukan ke jalan yang benar serta makbulkan doa kita semua.

Membayar Zakat

Jangan lupa juga untuk menunaikan zakat fitrah untuk menyucikan diri dari segala perbuatan yang sia-sia dan ucapan yang sia-sia sebagai makanan untuk orang miskin. 


Bersedekah

Umat islam yang bersedekah akan mendapat ganjaran rezeki dan pahala yang berganda. Ini kerana sedekah merupakan salah satu amal jariyah yang pahalanya tidak pernah terputus. Tidaklah kita akan jatuh miskin jika bersedekah. Malah, banyak kebaikan jika kita suka dan rajin bersedekah. Bersedekah tidak perlu ditunjuk malah di lakukan secara diam-diam. Sesuatu yang nak disedekahkan tu mestilah sesuatu yang baik dan bermanfaat untuk penerima.

Banyak lagi amalan ibadah yang boleh di lakukan di sepuluh hari terakhir Ramadhan. Lakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT. Semoga kita menjadi orang yang lebih beruntung menghabiskan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan Semoga kita dapat mengumpul pahala sebanyak mungkin Ramadhan kali ini.