Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts
Kemana pergi entah masa untuk update blog. blogwalking semua tu. Sibuk dengan kerja design, tempahan sampul duit raya dan juga photoshoot produk. Ada masa pun guna untuk rehat je lah. Takpelah, masa ni je sibuk. Tak lama lagi dah stop tempahan sampul duit raya dan boleh rehat sikit dan ada masa untuk blog.

Cuaca sejak semalam macam mendung dan hujan. Alhamdulillah petang ni hujan lagi. Sejuk sikit lah. Kalau tidak, panas bukan main lagi. Rasa nak On air cond 24jam je. Tapi dek fikirkan nak jimat tu. Lansung batalkan je niat tu. Tak tahu nak menaip apa harini sebenarnya. Menaip dan cerita santai-santai je lah. Kebetulan ada masa sikit harini, deko-deko indoor plants mana yang belum dipindahkan dalam pasu tu. 


Disebabkan mendung. Lighting tak on point, gambar pun tak sharp lah kejadiaanya. Tapi masih okay lagi kan nampak pepokok yang ada. Pokok yang dah berakar dalam balang kaca tu selamat dah dipasukan. Beli pasu comel kat IKEA. NYPON (PVC) tu RM6.90 dan SOCKER (metal) RM1.90 mungkin masa tu tengah offer kot. Kalau tak silap harga asal dia RM3.90.  Pasu putih ceramic tu memang dah beli awal haritu kat KAISON RM4.90. Cuma pindahkan letak kat shelf je. 


Mostly pokok ambil kat rumah mak je kat kampung. Deko-deko bajet je semua ni. Janji ada pokok kehijauan dalam rumah. Selain untuk perhiasan, ada juga kegunaannya tanam pokok dalam rumah. Bukan hiasan semata-mata, boleh jadi terapi juga. Satu ketenangan juga tengok tumbuh-tumbuhan ni.


Dari dulu mengidam nak dekorasi rumah bertemakan scandinavian tapi tak kesampaian. Tak boleh nak buat scandinavian sebab kekurangkan cahaya masuk dalam rumah sebab beberapa ruang dah ditutup jadi menggelapkan ruang dalam rumah. Bila cahaya kurang, maka tak dapatlah nak memenuhi konsep scandinavian tu. Kena tunggu ada rumah yang banyak cahaya masuk dan cat rumah warna putih dan terang memang boleh masuk dengan tema scandinavian tu.

Lupakan tentang scandi tu, Fiza nak cerita pasal workspace baru Fiza. Workspace yang sebelum ni lebar dan luas Fiza downgrade space jadi kecil sebab sebelum ni share meja dengan husband dan workspace kat luar bilik. Memandangkan space dalam bilik kecil, jadi kena gunakan meja dan ruang workspace lebih kecil. Kira downgrade lah tu kan. 


Yang masih maintain adalah kerusi. Meja dan wall shelf tu tukar baru pilih tema putih sebab warna dinding bilik tidur warna gelap ( Navy Blue). Selepas ukur ruang dalam bilik, Fiza pilih  VITTSJÖ Laptop table yang sesuai dengan ruang dalam bilik dan wall shelf tu Fiza guna 2 unit MOSSLANDA Picture ledge yang disambungkan memanjang.

Kalau meja dan wall shelf hitam memang tenggelam terus lah workspace Fiza walaupun perabot dalam bilik semua hitam. Ikutkan memang nak ikut tema perabot bilik tidur warna hitam tapi tukarlah warna putih supaya lebih menonjol kot. Lepas dah setup workspace Fiza, rasa macam kosong bahagian tengah tu. Dapat idea nak tambah cermin, macam berkenan nak letak HÖNEFOSS Mirror yang boleh susun atur ikut kesesuaian dan ruang.


Nampak lebih better selepas adanya cermin tu. Tapi itulah, disebabkan suasana dalam bilik gelap. Dah pasang lampu pun masih gelap kalau ambil gambar. Memang kusam lah gambar workspace Fiza ni ha. Tapi kalau ambil gambar produk bawah lampu workspace tu memang awesome. Terang teruk! Bila tambah cermin tu bagus juga boleh pantulkan cahaya lampu tu nampak lebih terang lagi. Moga lebih mudah idea nak terjana lepas move on SOHO masuk bilik. Good bye workspace lama. Workspace untuk husband alone. Boleh conquer meja besar tu.

Agak lama juga tak update entri berkaitan dengan dekorasi rumah. Almaklumlah sibuk dengan kerja lain. Hal dekorasi tolak tepi dulu. Nak mencari idea mendekorasi pun belum ada. Jadi, kita update entri dekorasi rumah yang mana belum sempat update lagi.

Kalau tidur, Fiza pasang lilin daripada menggunakan lampu tidur. Janji ada cahaya daripada tidur bergelap terus. Dengan menggunakan lilin secara tidak lansung dapat menjimatkan penggunaan elektrik. Tapi nak guna lilin, kena fikirkan juga soal keselamatan dulu. Kena pastikan lilin yang digunakan di letakkan ke dalam bekas yang lilin yang bertutup. Kenapa kena bertutup? Bukanlah tutup semua. Janji bertutup daripada terkena langsir atau kertas. Kalau dah terbakar tengah tidur bahaya tu.

Sebelum ni Fiza guna candle holder jenis terbuka tu. Tapi bila fikirkan beberapa risiko tu, eloklah guna bekas lilin yang lebih bagus dan seeloknya bertutup. Kalau kertas terbang pun tak masuk dalam bekas dan terkena api tu.

Survey punya survey terberkenan dengan Rotera lantern for tealight ni di IKEA. Kebetulan juga harga lebih murah daripada sebelum ni. Memang Fiza berhajat nak beli. Hajat sebenarnya nak beli warna dark lilac tu tapi takde stok. Yang dark lilac tu RM14.90 lebih murah berbanding yang putih dan hitam ni RM19.90. Disebabkan stok takde, terpaksalah Fiza beli yang hitam ni. Okaylah warna hitam, kalau jelaga hitam api tak nampak sangat kan.



Cantik lantern ni. Suasana malam pun jadi romantik gitu. Selain penggunaan untuk letak lilin waktu, boleh dijadikan hiasan untuk rumah juga. Kalau candle light dinner pasang lilin pun menarik. Nak pasang gantung di luar rumah pun cantik ni. Boleh buat dekorasi luar rumah. Diperbuat daripada besi, kaca dan Polyester powder coating. Kalau nak bersihkan pun cuma perlu lap dengan kain lembap je. Bila warna hitam ni tak perlu nak bersihkan hari-hari sebab tak nampak kotor. Kan!


Length: 21 cm
Diameter:: 12 cm
Weight: 0.40 kg

Kalau berminat cepat beli sebab Fiza tengok di IKEA Cheras tu cepat sangat habis stok. Melampau betul. Dahlah jauh nak pergi tapi gigih juga pergi tu.


Lambat bersiaran blog Fiza hari ni. Hari isnin macam biasalah moody dia lain macam. Monday Blues lah katakan cuma tak berapa nak blues sangat. masih mencari mood mencari idea untuk update blog secara konsisten. Tahun 2017 perlukan beberapa perubahan untuk tingkatkan mutu keunggulan blog selain bersuka-suka update blog. 

Seperti yang Fiza janjikan, Fiza akan berikan hadiah untuk top 3 komentator di blog Fiza sepanjang 2016. Kesemua top 3 komentator mak-mak. Jadi, Fiza fikir elok bagi sesuatu untuk kegunaan rumah atau kegunaan harian. Setelah difikir-fikir dan dengan bajet yang ada dapatlah Fiza beli 3 bantal perhiasan IKEA yang comel ni.

Bolehlah buat perhiasan dalam rumah ke dalam kereta ke. Buat bantal tidur ke bantal busuk pun boleh untuk anak-anak. Harap sudi terima hadiah yang tak seberapa dari Fiza ni. Nak beli hadiah mahal-mahal dan nak bagi pakej percutian belum mampu. Inilah termampu sebagai saguhati untuk menghargai komentator tegar katanya.


Pilihan Fiza beli bantal ni selain untuk kegunaan, lebih mudah nak pos. Nak beli barang berkaca dan material lain takut rosak masa penghantaran. Ye lah kan, kot ada yang tercampak ke. Bila dah rosak, rugi pulak. Jadi, nak kurangkan risiko rosak tu Fiza bagi barang yang friendly pos. 


Nanti Fiza update tracking number ye bila dah pos. Terima kasih sabar menunggu. Tahniah sekali lagi.


Morning! Selamat pagi Sabtu semua orang. Ke mana hari ni? Sibuk dengan kenduri sana sini lagi?. Best la dapat makan nasi minyak setiap hujung minggu musim kenduri kahwin ni. Bukan selalu dapat makan nasi minyak kan. Hujung minggu Fiza kalau tak kemana memang teman husband kat makmal je la. Sesambil tunggu boleh buat kerja sendiri juga.

Kalau tak kemana pun dok mengemas rumah. Ada masa boleh lah mendeko-deko rumah. Sesekali kena tukar mood susun dan deko mana perlu. Rumah kecil pun boleh je mendeko-deko jadi cantik.

Tips pertama, kalau nak rumah kecil nampak luas dan  besar perlu gunakan cat putih untuk kesemua ruang. Nampak lebih luas dan terang.


Tips kedua, susun dan gunakan perabot yang simple je. Tak perlu banyak perabot dalam rumah. Contohnya perabot dalam rumah kos rendah ni. Kesemuanya menggunakan perabot dan barangan IKEA yang simple. Guna pulak perabot warna putih dan hitam nampak menarik. 


Langsir pun warna putih. Langsir ni Fiza pun dah dapatkan dan gunakan dalam bilik tetamu. Sesuai sangat dengan dinding putih.


Tips ketiga, gunakan cermin yang besar. Dengan meletakkan cermin yang besar boleh memberikan kesan ruang nampak lagi luas. Mirror tricks namanya. 
Kredit foto : Puan Nur Liza
Lain-lain tips untuk ruang rumah nampak luas, kenalah menggoogle lagi. Fiza kongsikan apa yang Fiza tahu. Overall minimal style dekorasi idea Puan Nur Liza ni memang terbaik untuk rumah yang mempunyai ruang yang kecil. Cantik sangat dan sedap mata memandang.

Ya ampun! Maaf ye TOP 3 Komentator November & December 2015 sebab menunggu lama untuk dapat hadiah. Baru semalam ada masa nak ke IKEA beli hadiah. Alhamdulillah lega dah beli hadiah..Risau sebenarnya tak bagi hadiah lagi. Harap sudi terima ye.

1. Iron board
2. Tupperware
3. Botol Air

Hadiah akan diposkan selepas cuti kecuali number 1 sebab Fiza akan hantar sendiri kat rumah..wahhh best tak best tak? Sebenarnya sekali nak melawat blogger jijah sebab baru lepas bersalin dapat baby girl. So alang alang melawat, bawak sekali hadiah tu kan. Tak payah pos lagipun hadiah agak besar untuk diposkan. Jijah pindah rumah baru pun tak payah beli dah. Semoga semuanya sangat berguna kepada penerima komentator ni. Terima kasih sebab sabar menanti. Sayang semua ketat ketat!


Masa yang ditunggu, hari ni 19 November 2015 pembukaan IKEA cheras secara rasminya yang juga merupakan Biggest Housewarming Party. Untuk mereka yang datang bakal memenangi beberapa hadiah barangan IKEA. Wow!

Memang teruja nak pergi tapi Fiza bukan jenis suka yang bersesak waktu² macam ni. Rasa macam takde keperluan untuk dibeli buat masa ni. Lebih rela beli waktu biasa yang tak bersesak. Lagipun kalau datang dari jauh semata mata nak bersesak beli 2 3 barang macam tak berbaloi kan. So lebih suka waktu santai bershopping tu. Taknak lah stress² kan.

http://www.azhafizah.com/

Tapi kalau yang memang kaki shopping jiwa kental, haruslah terjah IKEA Cheras hari ni. Sebabnya banyak barang yang limited murah untuk dibeli. Orang kata berbaloilah membeli tu. Antaranya di bawah ni.

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/

http://www.azhafizah.com/
Sumber gambar dari google
Rasanya ramai akan serbu IKEA Cheras hari ni. Sesiapa yang pergi get ready untuk bersabar banyak. Memandangkan esok waktu kerja, jangan ada ngelat ponteng kerja pulak..hehehe

IKEA Cheras

No. 2A, Jalan Cochrane,
Taman Maluri,
55100 Kuala Lumpur.

Mon - Thur 9:30am - 10pm,
Fri - Sun, eve & on public holiday 9.30am - 11pm
Telephone: +603 7952 7575
Pokok Sirih gading atau nama lainnya Golden Pothos @ Devils Ivy @ Plant Scindapsus Aureus. Banyak nama pokok ni tapi ianya adalah merujuk kepada pokok yang sama sebenarnya. Beli pokok ni kat IKEA dengan RM1.90

Mulanya elok je la tumbuh macam biasa. Dah besar sikit Fiza pisahkan dalam 2 pasu konon nak banyakkan pokoklah. Sudahnya satu pasu je hidup tinggal 2 helai daun. Tak tahu lah kenapa mati padahal pokok ni jenis senang nak hidup.

Bila dah tinggal dua helai tu, memang tak pisahkan lagi lah nak buat benih. Biar je dalam pasu. Finally dari mulanya dua daun dah berdaun² banyak dah. Pokok ni Fiza letak dalam rumah sebab sesuai dengan indoor. Dalam rumah nak pokok segar jugak kan.

http://www.azhafizah.com/

Setakat ni ada dalam 9 helai daun.
http://www.azhafizah.com/

Akar pun dah mula keluar dari batang. Sampai nak terkeluar pasu dah. Macam kena tambah tanah lagi je tu tapi pasu kecik pulak. Nak dipindahkan takut mati lagi.=__='
http://www.azhafizah.com/

Ada lagi satu pucuk daun yang bakal berkembang menjadi 10 helai daun kesemuanya. Seronok betul tengok perkembangan pokok hidup ni. Teruja nak siram hari hari. Tapi pokok ni Fiza siram 2 hari sekali je. Pastikan dapat air dan cahaya yang cukup. 

http://www.azhafizah.com/

Suka pulak bercucuk tanam ni tapi dok taman ni kena beli tanah, tanam dalam pasu je la jawabnya. Pokok Sirih Gading ni boleh juga di letakkan ke dalam air sebagai medium untuk terus tumbuh selain menggunakan tanah. Tapi kalau guna air, pandai pandailah jaga jangan jadi tempat pembiakan nyamuk pulak. 


Disebabkan suka dengan barangan IKEA ni so kira rajin jugaklah ke IKEA dalam sebulan sekali atau 2 bulan sekali. Memandangkan IKEA ni cuma di Damansara je memang susah untuk mereka yang duduk jauh untuk membeli sebab takde shopping online pun kebanyakkannya beli melalui Personal Shopper IKEA.

http://www.azhafizah.com/

Rata rata Fiza survey mereka mengambil upah setiap barang dalam RM5 dan ke atas. Maksudnya setiap harga satu barang ditambah dengan RM5 tak kira barang tu berat, besar, kecil, ringan, murah atau mahal. Tetap tambah RM5 satu barang. Ada juga yang ambil sehingga RM10 dan ke atas. 

Mesti ada cari yang lebih murah dari itu kan. So kalau fiza tawarkan personal shopper IKEA untuk mereka yang berminat ada ramai yang nak tak? Upah setiap barang RM4. Kira duit upah beli, duit minyak pergi ikea, duit minyak pergi pos. Ini hanya survey sahaja ye. Survey dulu.

Syarat membeli cuma boleh beli barang yang kecil atau barang yang terpilih, bukan kaca dan tidak berat sebab untuk kurangkan risiko kerosakan semasa pengeposan dibuat. Tapi Fiza beli masa Fiza pergi IKEA je la. kira macam kalau permintaan banyak Fiza akan pergi sebulan sekali. Kalau lagi banyak sekali dalam 2minggu. Kalau kurang dari tu, 2bulan sekali. Tengok pada permintaan lah. kalau beli banyak Fiza akan bagi diskaun upah.

Ada yang berminat? Jika berminat, sila whatsapp Fiza dan berikan nama serta tempat tinggal. Semua number Fiza save dan Fiza akan inform awal jika Fiza akan ke IKEA. So boleh prepare listkan barang apa yang nak beli beserta payment.

Fiza tak buat group dalam whatsapp sebab rasanya tak perlu kot nanti banyak pulak group ada. So personal je dah cukup. kalau tidak mendapat sambutan, makanya tiada. Bagi yang berminat boleh bagi feedback ye. Terima kasih :)

Tergoda dengan mangkuk comel warna warni ni. Sebenarnya ini mangkuk untuk budak². Mangkuk warna warni macam ni boleh menarik perhatian kanak² untuk lebih berselera makan sendiri mana yang baru belajar makan suap sendiri tu. 

Kalas bowl IKEA

Kalau budak² pun tertarik takkan yang dewasa tak boleh tergoda kan. So Fiza pun grab lah satu set ni ada 6 warna. Motif Fiza beli sebab senang nak buat kek coklat/milo microwave 3 minit tu. Sebab mangkuk ni boleh masuk microwave dan boleh digunakan pakai kat dapur jugak untuk tujuan lain.

Kalas bowl IKEA

Kira macam berbaloi beli since harga pun cuma RM5.50 untuk 6 mangkuk ni beli di IKEA. Kira murah jugak ni kan. Sebelum ni guna bekas tupperware beli taufu fa tu untuk buat kek tu tapi tak tahan lama. So beli mangkuk ni boleh tahan lama sikit.Suka suka suka..warna pun menarik. Kalau tetamu datang nak hidang kek pun boleh guna mangkuk ni je terus hidang kan..Nak guna mug macam kurang yakin pulak masuk microwave tu.
Kekcoklat microwave 3 minit
Muat² semangkuk kek coklat. Sesuai sangat!

Semalam seharian tak sempat nak update blog mahupun autopuslish sebabnya rasa perlukan rehat yang banyak buat masa ni. Otak pulak tak dapat nak menjana idea. Dan semalam pergi hospital juga melawat uwan husband. Balik pun dah malam, memang masa tu cepat jer berlalu.

So sunyi je la blog Fiza semalam tanpa entry. Memang habislah prestasi blog ni ha..Adatlah turun naik tu kan. Nak beritahu berita baik ni Fiza dah siap sediakan hadiah untuk top 3 komentator blog Fiza untuk Bulan September & Oktober. Sesiapa yang berkenan dengan hadiah² dari IKEA ni, meh jadi top komentator blog Fiza.

Hadiah pertama jam loceng yang comel ni dan kedua ketiga jam dinding tu. Bolehlah buat kenangan hadiah dari Fiza ni walau bukan yang gah tapi hadiah seikhlas hati untuk mereka yang rajin singgah dan komen.

hadiah-top-3-komentator-september

Selain perhiasan, sangat berguna untuk kehidupan seharian. 


Bila mood kerja dah tak berapa nak baik, salah satu cara nak baiki mood adalah dengan tukar suasana baru workspace yang di hadap hari² tu. Bila suasana dah bertukar makanya adalah mood baru tu kan. Kalau tak percaya sila cuba.

Kali ni Fiza deko yang simple je,lebih tersusun dan kemas. Bila barang dah banyak memang pening bila berserabut atas meja. 

Kertas² dan surat : Susunkan dalam tempat letak file tu. 
Alat tulis : Masukkan dalam 3 kotak berbeza mengikut kategori supaya senang nak cari.
Calendar kuda : Gunting atas dia dan tampal guna fridge magnet. Rasa macam perlu ada calendar kuda ni sebab ada bulan islam sekali, ada tarikh cuti dan lain² maklumat yang perlu tahu. 
Fridge magnet : rasa patut dikurangkan tapi buat masa ni biar dulu. Senang nak guna tampal segala notes.
3 kotak pink : 1 kotak untuk USB,broad band, mp3, portable keyboard dan sewaktu dengannya, 1 kotak lagi untuk business, name card, cop dan lain² dan 1 kotak lagi untuk resit² yang belum di failkan. So takde serabut atas meja dah.

Yang lain² susun macam biasa je. Lega bila tengok rack tepi tu dah clear. Letak headphone, hard disk dan buku je baru nampak kemas. Nampak lebih menarik dengan penggunaan corak dan warna yang lebih kurang sama. Kira ada tema juga ye.


Ini yang sebelumnya...masih belum banyak barang. Kira simple juga. Tapi bila dah banyak barang kenalah buat dekorasi macam di atas tu.


Rasa² okay tak transformasi workspace Fiza ni? Ke macam masih serabut lagi?