Showing posts with label Fashion. Show all posts
Showing posts with label Fashion. Show all posts
Okay, baling belakang bulan Februari punya cerita demi mengisi ruang dalam blog supaya duduk rumah tidak membosankan. Alhamdulillah, boleh dikatakan birthday tahun ni tersangatlah banyak rezeki yang Fiza dapat. Syukur sangat dengan apa yang diberikan. Hujung bulan Februari dapat hadiah birthday walaupun nak masuk March dah. Ada apa dengan lambat kan, janji boleh claim hadiah birthday. 



Nak kata lama tu tidaklah. Tapi berhajat jugalah nak ada casual sneakers shoes selepas dah berputus asa dengan heels dan wedges yang ada. Dah tak boleh pergi dah dengan kasut tinggi-tinggi. Faktor usia dan kesihatan mungkin. Kurang selesa sebab kaki akan sakit lepas pakai bila berjalan jauh. Berbeza masa muda remaja dulu, okay je. Ke sebab bertambah berat badan kasut pun tak terdaya dah nak tampung. Heeiii kejamlah kasut!

Oleh sebab itu, lebih suka pakai flat shoes je. Sebenarnya dah ada kasut nike acmi pink/plum tu beli sama dengan husband cuma warna berbeza. Tapi itulah, kurang suka dengan design tu walaupun pink dan sangat bagus untuk kaki. Sesuailah untuk jalan-jalan dalam tempoh yang lama. Nike mungkin tak sesuai dengan jiwa kot sebab first time beli brand ni. Lebih suka kepada adidas 3 calit tu haa. Terberkenan dengan adidas stan smith ni.


Yang latest Superstar Black Pink tu lawa juga tapi macam terlalu tebal pulak tu. So pilih stan smith ni je lah yang simple seiring dengan usia dan pilih warna yang senang nak disesuaikan. Plus, dia punya material kulit tu lebih berkualiti dan selesa untuk kaki. Lembut dan tak menyakitkan kaki. Happy  me! Orang dah offer nak belikan hadiah dan pilih je. Kita pun apa lagi..rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah...Semoga terus dilimpahkan dengan rezeki yang berpanjangan. Aaminn..



Sebut je batik terus terbayang kain batik yang mak-mak kita pakai kat kampung tu. Batik ni sangat sinonim dengan masyarakat budaya Melayu sejak zaman kuno lagi. Dan dari sejarahnya, setahu Fiza warisan batik ni berasal dari Indonesia. Batik ni ada bermacam bentuk motif yang menggambarkan kehidupan sosial budaya, adat istiadat dan bermacam lagilah sejarah batik ni. Batik paling terkini yang Fiza suka adalah Batik Garutan atau disebut juga batik garut sebab dibuat di Kota Garut.

BATIK GARUT LEBIH POPULAR DAN URBAN

Bentuk motif batik garut ni lebih kepada geometrik dan lebih nampak moden untuk disesuaikan dengan fesyen terkini yang lebih urban. Dari pembacaan Fiza, batik garutan ni dah lama sebenarnya sejak tahun 1910 cuma baru sekarang lebih dikenali ramai peminat batik. Kalau perasan, batik garutan ni dah semakin popular di Malaysia terutamanya bila musim raya. Fesyen batik memang tengah trend sekarang ni. Salah satunya adalah batik garutan ni.


BATIK GARUTAN MURAH 

Kalau pasaran dalam Malaysia ni, batik garutan nampak macam mahal harganya. Rata-rata penjual pun ambil stok dari Indonesia. Nak cari yang murah kena beli sendiri dekat Indonesia lah kot. Selain murah, ada banyak jenis motif batik garutan. Bila google tu memang rambang mata dibuatnya. Kalau ada duit banyak memang Fiza beli mana suka.

Kebanyakkannya batik garutan ni jenis tekap lebih murah. Kalau jenis lukis tu memang mahal sikitlah harga sebab handmade. Jenis tekap cop ni murahlah sikit untuk golongan marhaen mampu pakai lagi. Fiza beli baju motif batik garutan kat dalam gambar tu pun penjual ambil stok dari Indonesia. Kena pre order tunggu lama barulah dapat. Nak batik garutan punya pasal terpaksalah sanggup menunggu batik garutan pujaan hati dinda ni. Entah kenapa minat betul tengok corak motif batik garutan ni.

Mana nak beli batik garutan yang murah-murah ye? Buat baju satu set atau kain/baju memang cantik sangat nampak urban. Tak adalah nampak kuno sangat dengan batik yang biasa kita nampak tu. Batik garut ni juga mengingatkan Fiza dengan pattern Nordic geometric. Tapi Nordic geometric ni lebih sesuai untuk dekorasi rumah bertemakan scandinavian. So siapa tahu nak beli batik garutan murah kat mana?, boleh komen kat bawah ni okay. Terima kasih.

Masih lagi boleh dikatakan pasangan pengantin baru Elfira Loy dan Faris Anuar yang telah melansungkan sebanyak 5 Majlis Resepsi. Pecah rekod 5 Majlis Resepsi yang semuanya serba mewah. Dalam banyak-banyak busana persalinan pengantin Elfira dan Faris tu, Fiza paling tertarik dengan busana pengantin tradisional songket.


Entah kenapa macam rasa mata ni sangat suka pandang baju kahwin songket berwarna purple yang Elfira pakai ni. Nampak sangat classic dan tradisional. Tapi tak terlalu tradisional sebab rekaan baju kahwin El menggabungkan konsep tradisional dan moden. Gabungan accesories sanggul lintang dan bunga tangan emas membuatkan busana pengantin songket Elfira ni nampak sangat mewah dan ekslusif.

Fakta tentang busana pengantin tradisional songket Elfira & Faris
  • Rekaan ekslusif ini direka oleh pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi yang mengambil masa 5 hari untuk menyiapkannya. 
  • Persalinan ini hanya dipakai selama 1 jam sahaja. 
  • Menggunakan kain songket palembang pemberian ibu mertua Elfira. 
  • Penggunaan bunga telur sebagai elemen jawa dalam rekaan busana tersebut. 
  • Sebanyak 50,000 biji manik termasuk batu swarovski 
  • Harganya mencecah harga RM30,000 dengan menggunakan tenaga 11 artisan selama 70 jam. 


Nampak tak betapa wow nya busana baju pengantin Elfira Loy ni. Tengok baju ni rasa macam nak buat majlis resepsi sekali lagi. Kalau tahu dulu masa kahwin dah pilih baju songket dah. Tapi itulah, masa tu fikir baju pengantin moden je kan. Nak buat macamana. 

Harap berpeluang nak pakai baju kahwin songket. Untuk photoshoot anniversary perkahwinan ke kan? Kalau ada sponsor dan rezeki memang tak lepaskan peluang nak pakai baju kahwin songket. Harap ada peluang itu.

Credit :beautifulnara.com
Hai hijabista sekalian. Biasa kau orang pakai tudung guna pin tudung jenis macamana ye? Jarum peniti salah satu yang patut ada untuk pemakai shawl. Tak da jarum peniti memang susah nak menggayakan shawl. Tapi ada sesetengah hijabista memang suka pakai shawl jenis loose tanpa menggunakan sebarang pin.

Fiza jenis suka pakai jarum peniti tapi kadang tu rasa macam tak sesuai pakai jarum peniti sebab kadang-kadang kepala jarum tu selalu tertembus pada kain dan terus spoil fesyen tudung tu. Elok elok tudung menjadi terus dah gaya senget benget. Biasalah kalau tudung tak jadi memang boleh buat kemurungan sepanjang hari gitu. Tapi zaman sekarang tudung senget pun boleh jadi fesyen terkini tau!

Paling tak suka pakai pin yang tak tajam dan boleh merosakkan kain tudung. Tak pasal je tudung boleh tercarik kain gara-gara pin tudung yang tak tajam. Pernah jadi tak pada kau orang? Kalau pernah, jom bertukar pada micro pins Korea yang super tajam pin dia dan tak merosakkan kain tudung lansung selama Fiza menggunakannya.


Fiza baru je tahu tentang kewujudan micro pins Korea ni sebab terperasan masa tengah dok scroll instagram. Sponsored post kot kalau tak silap. Bila dah ternampak tu of courselah terjah terus instagram tu. Belek punya belek memang berkenan sangat dah dengan micro pins tu.
  • Colourful : Yes, bila ada colourful macam ni boleh pakai pin ikut warna tudung. 
  • Design eye drop pada kepala pin tu membuatkan pin ini sangat unik pada Fiza.
  • Hujung pin yang super tajam dan sangat friendly dengan pelbagai jenis kain tanpa rosakkan kain tudung.
  • Sejenis pin tudung stainless steel (tak berkarat).
Tapi satu je kekurangan dia, iaitu kurang panjang cuma 3cm. Kalau 4cm should be okay and perfect sangat micro pins. Anyway, dah dapat micro pins comel ni pun dah puas hati sangat. Bye bye jarum peniti. Kau orang boleh dapatkan micro pins ni di Spotlight Store atau beli online kat instagram @tatie78jat ada banyak harga dan kuantiti.

Kat Mana nak cari shawl plain 2 meter yang murah? Dah lama rasanya Fiza cari shawl Chiffon yang lebar dan panjang 2 meter dengan harga murah. Pernah tweet dan post di instagram dan facebook tanya kawan-kawan. Macam-macam jenama yang dia orang suggest. Tapi mostly yang berjenama dan harga lebih kurang dalam RM40 atau RM50 ke untuk 2 meter panjang.

Apapun terima kasih untuk mereka yang suggest masa Fiza tanya hari tu. Sangat membantu untuk Fiza survey yang lebih menepati pilihan Fiza. Cuma belum jumpa yang betul-beutl berkenan. Kebetulan balik kampung Segamat baru teringat butik HIJABIZA ada buat sale RM15 untuk Marielle Plain Shawl 2 Meter. Yes! Itulah harga paling murah di HIJABIZA yang tak dapat di butik lain.

Tak silap Fiza hijabiza ni bukanla jenama baru lagi. Dah 2-3 tahun juga lah bertapak di Segamat. Selain tudung, ada jual blouse dan pants juga. Nanti kau orang boleh tengok-tengok lah ye. Fiza cuma nak cerita pasal tudung yang Fiza beli ni je lah. Alang-alang dah balik kampung tu terus beli je lah. Beli 2 helai je. Itupun rambang mata nak memilih sebab terlampau banyak warna.


BANYAK PILIHAN WARNA

Ya, memang banyak pilihan warna yang ada. Ada warna pastel dan juga ada warna gelap. Fiza pilih warna shawl yang belum ada dalam koleksi. Satu warna pink rose dan satu lagi warna hijau lumut. Next time balik kampung nak topup lagi sehelai dua sebab dah berkenan sangat dengan Marielle Plain Shawl ni.

MURAH

Kebanyakkan yang suggest shawl haritu mostly harga kurang murah lah. Fiza bukan lah nak cari yang berjenama sangat pun sebab cuma nak shawl 2 meter dengan kualiti yang terbaik lah. Alang-alang tu kalau beli banyak lebih berbaloi. Itu yang puas hati sangat dengan harga RM15 untuk sehelai shawl panjang 2 meter ni. HIJABIZA pun berjenama juga lah. Harga je murah tapi kualiti mahal.


JAHITAN KEMAS

Jahitan baby seam memang kemas. Cuma kena belek-belek juga lah masa nak membeli tu. Kot lah ada terlepas quality check ada benang terkeluar ke kan. So far yang Fiza beli jahitan baby seam tu kemas dan takde benang terputus and what so ever.

HEAVY CHIFFON

Fiza suka pakai jenis shawl heavy chiffon yang tak jarang sangat. Bila pakai heavy chiffon ni mudah nak membentuk pada bahagian muka tu. Heavy chiffon jenis thick sikit kalau tak silap Fiza lah. Bila tebal sikit flowy dia pun macam cantik je bila pakai kan?

Kenapalah beria sangat nak pakai shawl 2 meter ni? Bukan apa, kalau pakai shawl lebih panjang ni boleh lah buat bermacam gaya tudung terkini tapi dalam masa yang sama boleh lah tutup depan belakang secukupnya. Kadang tu terlebih tarik bahagian depan, bahagian belakang jadi pendek pula. 

Apapun Fiza rasa okaylah kualiti dengan harga boleh dikatakan murah di Hijabiza ni. Ada lagi murah? Meh share dengan Fiza. Sebelum ni pernah beli online kat instagram, katanya dalam post tu 2meter tapi bila pakai tak macam 2 meter! Then ukur, hanya 1.8meter je standard shawl biasa. Bila tanya owner dia tak reply apa pun. Tertipu sungguh rasa. Tak baik tau tipu pelanggan. Lepas tu Fiza perasan dia dah tukar ukuran pada post tu jadi 1.8meter. Haaa..jujur kan senang.

Well, dah dapat shawl yang di idamkan hilang rasa kecewa tu. Lepas ni harus beli lagi tambah koleksi warna yang lain pula. Kau orang jangan borong sangat ye. Nanti Fiza nak beli habis pula. Hijabiza please stay dengan harga murah okay! 

Raya ketiga, masih lagi mood beraya dengan family. Raya ketiga Hari Keluarga Warisan Kutik sebelah mak pula di Balai Raya Kg Tandong Segamat. Ini kali kedua buat di tempat yang sama. Rasanya lebih mudah kalau majlis besar macam ni buat dekat dewan sebab kemudahan semua lengkap, luas dan lebih selesa. 

Tahun ni ada pertambahan photobooth pula. Haruslah ambil gambar kat photobooth ni untuk kenangan. Acah-acah bersanding atas pelamin gitu. Dah ambil gambar baru perasan outfit kami orang setema dengan backdrop dan karpet photobooth tu. Sedondon lah nampaknya! 


Sampai awal dapat menjamu selera dengan menu sarapan yang disediakan. Sambil² makan sembang dengan pakcik² sedara yang jarang berjumpa. Walaupun duduk dalam daerah yang sama tapi jarang berjumpa. Masa hari keluarga ni lah baru berjumpa dan bersembang.


Selain acara bacaan Al-Quran, doa dan pembentangan minit mesyuarat, ada acara sukaneka untuk kanak² dan dewasa. Anak² buah seronoklah bersukan dan menang dapat hadiah. Acara dewasa Fiza tak dapat lah nak turut serta sebab tak pandai nak anyam ketupat. 


Hari keluarga sebelah mak juga tak ramai yang hadir. Fiza juga yang setia setiap tahun wajib datang. Ye lah, kalau bukan kita sendiri yang datang siapa lagi yang nak meriahkan majlis keluarga kita. Betul tak? Tapi kalau ada urusan lain yang lebih penting, its okay lah. Tahun depan berjumpa lagi.

Mat Ri Ye! Pengganti ucapan Selamat Hari Raya zaman sekarang. Kita pun dah dok terikut² pula. Paling ringkas ucapan hari raya SHRMZB. Semakin tahun semakin ringkas ucapan hari raya kan? Dah balik bekerja ke tu? Ke masih bercuti dalam mood raya lagi? Whatever it is, suasana hari raya pertama (1 Syawal) mesti meriah disambut selepas sebulan berpuasa. Rutin hari raya Fiza tetap sama setiap tahun tak pernah berubah.

OOTD Raya Suami isteri

Macam biasa hari raya pertama di kampung husband Kuala Pilah. Tahun ni sambutan raya kurang meriahnya tanpa arwah abah yang baru meninggal 28 April 2018 yang lepas. Sambutan raya biasa-biasa je untuk tahun ni. Lepas sembahyang raya, bersalaman dan tak lupa ziarah kubur arwah abah.

Yassin untuk arwah abah
Balik dari kubur, barulah bergambar untuk family potrait sebagai kenangan. 

Dari pilah, terus gerak balik kampung Fiza di Segamat. Perjalanan dalam masa 1 jam lebih dari Pilah tak jadi hal untuk kamiorang beraya dua kampung dalam hari raya pertama. Sampai kampung, anak² buah dah menunggu nak salam dan  nak duit raya of course! Layankan diaorang, setahun sekali je pun.


Tahun ni ramai sikit adik beradik Fiza yang balik beraya. Tak pernah nak sempurna ada 8 beradik masa raya sebab masing-masing dengan kerja dan giliran raya rumah mertua. Harap-harap dapatlah berkumpul satu family masa raya akan datang, barulah betul-betul meriah dan jadi keluarga besar.


Port paling wajib ambil gambar masa raya adalah jalan raya.  

Tahun ni Fiza pilih tema baby blue dan ash blue untuk hari raya pertam dengan husband. Fesyen baju kurung kedah yang dipadankan dengan kain batik selisih depan motif parang dari Parca Apparels dan husband baju melayu teluk belanga yang lebih match bila beraya di Johor. Ehem...Tahun ni baju raya je baru, yang lain kita pakai apa yang ada je. Biar sambutan tu yang lebih meriah. 


Selamat hari raya semua. Happy Eid. Kau orang beraya di mana?

Lagi beberapa hari lagi nak raya wei! Baju raya macam ada tak ada je ni. Orang lain dah siap awal dah semua persiapan. Kita juga yang last minit baru nak siap. Gelabah tetiba bila lagi seminggu je lagi nak raya dan bermulalah pening dok fikir pasal persiapan untuk hari raya. Paling penting baju raya kena ada! Orang kata hari raya lebih bermakna dengan adanya baju raya baru. Tapi tak juga sebab setiap orang lain suasana raya masing-masing.

Apa fesyen baju raya terkini 2018 ye? Apa trend fesyen baju raya tahun 2018 ni ye? Apa yang Fiza nampak trend baju raya yang lalu lalang dalam instagram lebih kepada minimalist style dan klasik sama macam tahun lepas juga seperti baju kurung kedah, baju kebaya, baju kebarung, baju kurung pahang dan sewaktu dengannya. Kebanyakkannya kurung kedah dan kebarung. Baju kurung moden of courselah masih lagi carta terunggul setiap tahun.

Baju Kurung Kedah Batik
Baju kurung kedah yang berkonsepkan minimalist memang sesuai dipakai sepanjang zaman. Menggunakan kain batik menggantikan kain warna polos yang biasa kita nampak tu membuatkan baju kurung kedah nampak lebih menarik dan lebih tradisional. Dengan padanan kain batik selisih memang padan sangat dan ayu je pakai masa hari raya. Selain hari raya sesuai juga pakai ke pejabat. Tak rugi lah beli sebab bukan untuk dipakai di hari raya je. 

Kredit : www.instagram.com/linenbyjueqhayla

Dari pandangan mata Fiza, kalau pakai baju kurung kedah ni sangat sesuai dengan kain lipat selisih depan seperti tradisional. Tapi bila dah berlaku peredaran era fesyen ni ada yang dipadankan dengan kain kipas susun depan, kain duyung, kain lipat terbelah dan kain susun belakang. Pada pandangan korang mana yang lagi cantik?

Baju Kebaya Batik
Kain batik agak popular untuk raya tahun ni. Kain batik bukan je sesuai untuk kurung kedah, cantik juga buat sepasang kebaya batik yang cantik dipakai di hari raya. Potongan kebaya tu sedikit loose dan lebih selesa dipakai. Kalau tak, sebut baju kebaya je mesti dah terfikir kebaya ketat-ketat dan lace kan. Betul tak? So nampak fresh fesyen baju kebaya batik ni. 
Kredit : www.instagram.com/jueqhayla_collections
Baju Kurung Kedah Plain
Fesyen baju kurung kedah tetap masih trend setiap tahun. Walaupun konsep baju kurung kedah ni macam terlalu ringkas tapi cantik dan sedap mata memandang. Pakai pun sangat selesa sebab loose. Nampak lebih sopan dan ayu di pagi raya gitu. Cewahhh!

Kredit :www.instagram.com/inhannashop

Kredit :www.instagram.com/houseofolsha

Baju Kurung Brocade
Sebut je kain brocade, terus terbayang kemewahan kain brocade tu. Kain brocade ni kain jenis mahal. Kenapa mahal? Sebab brocade jenis kain tenunan menggunakan benang emas dan perak membuatkan fabrik tu nampak timbul dan memang wow lah kalau kau orang tengok sendiri depan mata. Jadi, jangan hairan sangatlah kenapa harga sepasang kurung brocade tu sangat mahal. Selain kurung moden, kurung pahang brocade pun cantik juga. Kalau tengok harga macam mampu tengok je la.


Kredit : Shawl Publika
Mana satu pilihan kau orang di pagi raya nanti? Pilihan Fiza berkonsepkan minimalist je la. Tak suka sangat yang sarat dengan  accesories pada baju. Keselesaan diutamakan sebab nak menghadap raya seharian pakai baju raya tu kan dan biarlah sesuai dengan cuaca di Malaysia ni ha. Sepasang dua pasang baju raya cukuplah. Janji ada baju raya. Memikirkan baju raya yang semakin mahal ni walaupun konsep minimalist jadi terbantut nak beli baju raya mahal-mahal. Bajet lepas raya tu lebih penting kan. Tepuk poket sendiri lah.


Punyalah susah Fiza nak cari topeng muka a.k.a face mask yang jenis kain tu, akhirnya jumpa juga face mask black macam Lee Min Ho pakai dalam drama City Hunter tu. Ada cari kat farmasi, tapi takde juga. Sudahnya Fiza tanya kat facebook je lah. Syukur ada yang komen bagitau kat beberapa tempat nak beli face mask black jenis kain ni. Kalau tak, entahlah nak cari mana. 


Pembelian online memang banyak tapi lambat pula dapat memandangkan Fiza nak cepat sebab belikan untuk abah Fiza yang tak sihat. Pakai untuk elakkan dari dijangkiti penyakit lain daripada orang lain. Beli face mask jenis kain ni mudah nak basuh dan boleh guna lama. Kalau beli yang pakai buang asyik nak membeli je nanti. Susah pula kan.


Beberapa jawapan yang Fiza dapat, cari kat Pasar Malam, kedai motor dan kiosk kecik Shopping Mall. Fiza pergi kedai motor tapi sedihnya takde. Tempat terakhir Fiza pergi Shopping Mall AEON Seremban2. Terus cari kiosk-kiosk kecil yang biasa kat tengah-tengah mall tu. Nampak je kedai macam jual-jual lanyard, snow cap semua tu. Fiza terus cari face mask. Alhamdulillah jumpa macam face mask yang Fiza cari tu. Warna hitam dan jenis kain. 

Ada juga face mask bercorak dan jenis kain yang berbeza. Memang banyak pilihan kat sini sampai rambang mata nak memilih. Tapi Fiza tetap pilih yang warna hitam tu. Sesuailah dengan abah pun kan. Kalau bercorak nanti terlebih comel pula abah pakai. Kebanyakkan face mask yang dijual kat sini bermula dengan harga RM8.00. Tapi yang Fiza beli warna hitam tu RM10. Fiza beli extra untuk Fiza sekali. Mana lah tahu boleh guna dimasa akan datang. Tak payah nak membeli lagi.


Jenis kain dia tak nipis sangat. Pendek kata sedang elok je. Memang boleh tahan lama gayanya ni. Jahitan pun kemas. Nak cuci pun gosok gosok manja guna tangan je. Kain macam jenis berbulu. Kena cuci bersih dulu lah sebelum pakai. Kebersihan face mask kena jaga juga ye.


Penyangkut di telinga tu adalah sejenis kain getah yang tak menyakitkan telinga. Pakai pun tak ketat sangat dan fit sangat dengan muka. Terima kasih lah pada mereka yang suggest beberapa tempat untuk beli face mask kain ni ye. Jasa anda amatlah dihargai.




Lelaki dan kedai gunting rambut favourite berpisah tiada. Dua bulan sekali atau tiga bulan sekali wajib cari kedai gunting rambut nak gunting rambut. Tak kan nak biarkan rambut panjang melainkan sejenis lelaki yang suka simpan rambut panjang. Kalau jenis lelaki yang suka tampil dengan rambut pendek dan sentiasa kemas, haruslah sentiasa jaga panjang rambut supaya tak terlalu panjang.

Salah satu trend terkini fesyen rambut lelaki macam undercut, pompadour dan beberapa style lagi untuk kelihatan seperti lelaki hipster. Disebabkan style hispter lah banyak kedai gunting rambut hispter dibuka di sana sini dan jangan tak percaya dengan harga yang dikenakan. Mahal! Ye, sangat mahal. Gunting rambut sahaja boleh cecah harga RM60. Pernah ternampak harga tu di salah satu kedai gunting rambut hipster di Mall.

Perghh..harga mahal tak ingat! Tapi ye lah kan, harga mahal of courselah bersebab. Mungkin sebab barber tu sangat professional atau lebih expert dalam bab-bab gunting rambut ala hispter ni kan. Atau mungkin kelangsungan atas sewa kedai mahal. Well, ada banyak sebab. Tapi sebagai rakyat marhaen sudah tentulah cari kedai gunting rambut yang lebih murah atau yang berpatutan.

Kali pertama datang sini. Nampak tak betapa hispternya Kedai Gunting Rambut  H&H Barbershop
Bagi orang Segamat, Johor terutamanya orang yang berdekatan dengan Buloh Kasap tak susah nak cari kedai gunting rambut murah sebab wujudnya Kedai Gunting Rambut H&H Barbershop. Sejak wujudnya H&H Barbershop, tak perlu lagi nak pergi ke bandar Segamat untuk gunting rambut. Lagipun pekan Buloh Kasap tak sesak mana. Nak parking pun senang. Siap boleh parking depan kedai lagi.

Fiza tahu tentang kewujudan kedai gunting rambut hispter ni pun sebab ex-schoolmate Fiza yang promote di facebook. Oh, rupanya dia dan adik dia baru buka kedai gunting rambut tapi berbeza kedai. Yang Fiza selalu pergi kedai adik dia yang lebih hispter interior designnya. Selang dua bulan sekali mesti husband pergi kedai gunting rambut kat sini. Ini entah kali keberapa Fiza pun lupa dah.

Ini paling latest, dengan barber yang sama dan baju yang sama. Eh? Kebetulan pula


Eh, Fiza pun nak menyelit di situ. Hampir siap gunting rambut. Sebut je nak gunting rambut macamana, gerenti mana-mana barber boleh buat macam yang kau orang nak tu. Barber yang tip top menepati citarasa husband seperti dalam gambar, iaitu Hanis a.k.a Bob adik kepada ex-schoolmate Fiza tu.

Rasanya H&H Barbershop dah cukup terkenal sekitar Segamat. Sajalah Fiza nak promote lagi. Kalau ada orang luar dari Segamat yang datang ke Segamat nak cuba gunting rambut kat sini. Why not? Antara sebab-sebab yang kau orang kaum lelaki perlu gunting rambut di H&H Barbershop adalah seperti dibawah.
  • Murah, gunting rambut RM8. Kadang-kadang mereka buat kerja amal sambil gunting rambut sambil menderma dengan serendah RM2!
  • Ruang Kedai yang besar dan selesa. Ada tempat menunggu yg selesa. 
  • Barber yang ramai. Tak lama tunggu giliran.
  • Boleh buat macam-macam style rambut, jambang dan lain-lain.
  • Pekerja dan barber yang mesra pelanggan.
  • Senang Parking Kereta

Selain perkhidmatan gunting rambut, H&H Barbershop ada juga menjual pelbagai jenis pomade, shampoo, serum rambut, perfume dan lain-lain lagi yang berkaitan. Untuk orang yang berada di kawasan Segamat boleh ke cawangan H&H Barbershop di Seri Genuang dan Pekan Buloh Kasap.

Waktu Operasi Cawangan buloh kasap
12.30 pm-8.30 am
Jumaat 3.00pm-8.30am
22, Jalan Abdullah, Buloh Kasap


Facebook : hhbarbershopsegamat
Instagram : @hh_barbershopsegamat

Perempuan dan keronsong tak berjodoh lama. Beli banyak-banyak pun tetap akan hilang entah ke mana. Betul tak? Beli sepuluh, last-last tinggal satu je. Itu adalah perkara biasa berlaku. So tak payah nak hairan sangat. Beli banyak-banyak tu bukan apa, sebabnya untuk stok kalau hilang. Silalah faham ye wahai kaum lelaki.

Kalau Fiza memang jenis beli banyak sebab biasanya peniaga keronsong jual lebih murah kalau beli banyak. Sesetengah orang ada juga yang alergik dengan keronsong jenis besi sebab kulit sensitif. Kalau kau orang jenis kulit sensitif, kau orang boleh gunakan keronsang kayu atau wooden brooch ni. Gerenti takde alahan kulit lagi.


Sekali pandang wooden brooch ni terus jatuh hati sebab kecomelan doodle. Untuk pengetahuan kau orang semua, doodle ni dihasilkan oleh blogger merah itu jambu (merahitujambu.blogspot.my). Nama dah seakan-akan blog sihatimerahjambu ni. Almaklumlah kami geng pink! Disebabkan kecintaan dengan doodle tu, blogger merah itu jambu atau lebih dikenali dengan nama Thira, menghasilkan wooden brooch doodle comel ni. 


Keistimewaan Wooden Brooch Doodle by MerahItuJambu.

  • Kayu yang berkualiti.
  • Ukiran doodle yang kemas pada kayu.
  • Kayu yang tebal.
  • Brooch yang ringan.
  • Tidak mudah patah atau rosak.
  • Tidak merosakkan tudung.
  • Tidak memberi alahan pada kulit.
  • Doodle yang comel
  • Unik, lain daripada yang lain
  • Sesuai juga untuk baju kebaya


Ada banyak lagi design yang comel untuk pilihan kau orang. Fiza tengok pun rambang mata. Selain brooch, kau orang boleh dapatkan pin tudung yang comel juga menggantikan jarum peniti yang biasa kau orang pakai tu. Bolehlah nanti pakai satu set brooch dan pin doodle comel ni. 


Wooden Brooch Doodle nampak comel di pakai.

Pin tudung pun comel je kan 

Secara automatik, kau orang akan nampak comel bila pakai brooch dan pin tudung doodle yang comel ni. Katanya sekarang tengah ada sale, free pin tudung kalau beli 3 set. Kau orang bolehlah terjah instagram @merahitujambu_doodles . Terbaru ada koleksi pouch lukisan doodle untuk letak segala barang makeup atau alat tulis.

Kalau tak silap Fiza, shawl jenis eyelash jahitan hemming atau lebih dikenali dengan nama eyelash hem shawl mulanya keluaran dUCk scarves. Lepas tu owlbynd pula muncul dan sekarang sebut  je hem shawl, dah ada pelbagai jenama dan jenis di pasaran. Nak beli jenama yang gah, kau kena menabung dulu kalau nak beli sehelai. Apatah lagi berhelai-helai. Melainkan kau orang golongan bangsawan yang boleh beli apa saja.


Tak dinafikan jenama mahal memang setaraf dengan kualitinya. Kena tengok poket masing-masing lah ye. Bagi yang bukan sejenis yang ada-ada, haruslah memilih produk yang mampu milik daripada memilih jenama. Kalau dulu nak pakai hem shawl ni kena beli yang mahal. Tapi sekarang tak susah dah nak cari hem shawl. Berlambak peniaga jual di media sosial terutamanya instagram. Cari lah guna hashtag. Gerenti jumpa!

Dah jumpa, pandai-pandai lah survey harga sendiri. Kalau Fiza memang suka bandingkan harga sebelum membeli. Kemudian tengok jenis kain, saiz dan sebagainya. Biasanya kalau shawl Fiza suka pakai jenis heavy chiffon dan panjang 2m. Senang nak menggayakan shawl untuk apa jenis fesyen. Tapi rasanya fesyen yang sama je Fiza aplikasi kan pun. Sebab mungkin lilitan lain tak sesuai. Ada orang pakai shawl macam serabai pun nampak cantik. Sendiri pakai? Kelihatan macam makcik-makcik je.

Setelah survey, Fiza berkenan dengan eyelash hem shawl dari satu instagram ni. Harga masih mampu milik dan termurah antara instagram yang lain. Warna pun cantik-cantik sesuai dengan citarasa Fiza. Kau orang boleh dapatkan di instagram @b_comelscarf. Rambang mata nak memilih warna tu terutamanya warna pastel yang memang ramai suka. Kalau lambat beli memang tak dapatlah.


Fiza beli warna Chamoisee dan cidet blue. Saja cuba warna pastel. Asyik beli warna gelap je kan! Kali ni eyelash hem shawl beli warna pastel je. Harga RM35 sehelai sebab Fiza beli yang ada batu swarovski. Kalau plain RM32 dan ada banyak lagi jenis eyelash hem shawl. kau orang boleh terjah instagram b_comelscarf tu ye.



Kain dia memang jenis flowy dan lembut. Sesuai untuk di gayakan dengan apa juga jenis lilitan shawl yang kau orang suka. Fiza pakai macam biasa je! Gaya-gaya lain tak berapa selesa nak pakai. Kena pentingkan keselesaan dulu daripada gaya. Kalau tak selesa, rasa serabut je seharian. Eyelash hem shawl ni ada juga yang murah lebih kurang RM2+.00 sehelai tapi kena beli borong pula. Sudahnya Fiza pilih shawl yang mahal sikit sebab nak beli sikit je pun.