Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Kampung People 2 episod 2 | Misi Mona mangadakan party “ Mona datang balik”  terus dirancang. Kemain nak panggil Salt Bae.

Salt Bae fake pun jadilah. Walaupun kos jemput Salt Bae dah diskaun tapi Razif tetap tak bersetuju. Laila hampa sebab gagal exam, Razif pulak serabut dengan kerja bertimbun. Boss Razif tak sudah-sudah bagi kerja. Razif tertekan.

Masa Laila pergi Office Razif, Norbik orang kampung call Razif bagitahu ada tanah 4 ekar untuk dikerjakan. Laila yang ada di situ terus setuju dengan Pak Norbik untuk mengerjakan tanah tanam jagung.

Razif terus quit. Kemudian Razif dan Laila merancang untuk kembali ke kampung. Tapi dalam masa yang sama takut nak beritahu Mona. 

Pagi esoknya Razif dapat panggilan (fake call Laila buat). Razif buat cerita yang agent Syukri kata mereka semua dalam bahaya dan perlu menyembunyikan diri sekali lagi.

Tak sangka Mona terus setuju demi Razif, Mona sanggup korbankan hidup di bandar dan tinggal di kampung sekali lagi. Selanjutnya jom sambung tonton Kampung People 2 Episod 2

Kampung People 2 episod 2

SENARAI PELAKON DRAMA KAMPUNG PEOPLE

  • Elly Mazlein sebagai Mona/ Aminah
  • Rashidi Ishak sebagai Razif/ Abu Bakar
  • Riena Diana sebagai Laila/ Ruziah
  • Hun Haqeem sebagai Jaafar
  • Shah Kimin sebagai Ismail
  • Adibah Noor sebagai Dona
  • Daniella Fazli sebagai Tasha/ Saleha
  • Kamarul Eqifshah sebagai Imran/ Adam
  • Namron sebagai Tuan Shuhaimi
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
Genre:Funny,Family,Comedy
Slot Lestary, Rabu- Jumaat pukul 9:00 malam.

sumber : qiy
Kampung People 2 episod 1 | Kisah bermula 35hari sebelum kejadian. Kejadian yang berlaku bila anak Tuan Suhaimi a.k.a Boboy yang menggerunkan datang ke rumah Razif. Dalam kejadian ni tak pasti lagi samada Razif ditembak mati atau sebaliknya.

Ini kena tunggu sampai habis episod nanti baru tahu apa yang berlaku.

Kampung People 2 episod 1
Credit image : google


Drama Kampung People 2 pun bermula di rumah Razif di Town Relationship. Pagi pagi semua dah haru biru. Dengan Lailer muka tak bersiap hanya pakai lip balm kemurungan sangat dibelenggu. Yummy pula baju sekolah koyak disebabkan iron baju sambil tertidur dengan mata terbuka. Ikut style tidur Mona.

Jawapan Lailer, Jekfer cinta Lailer inside...

Lailer : I love baby boo
Jekfer : 143

Masa sarapan, Razif buat pengumuman yang dia dah jual rumah sebab tak mampu nak bayar bulanan rumah yang mereka duduk. Disebabkan gaji Razif berkurang, mereka juga perlu berjimat cermat. Lepas tu Mona pun meluahkan perasan dia.

Sebatang Kera = sebatang monkey. 

Dah keluar dah kosa kata baru Mona yang baru.

Baru Episod 1 pun dah trending semalam di twitter. Yang belum tonton, boleh tonton online untuk into the scene jugak.

Tonton Online Kampung 2 People Episod 1

SENARAI PELAKON DRAMA KAMPUNG PEOPLE

  • Elly Mazlein sebagai Mona/ Aminah
  • Rashidi Ishak sebagai Razif/ Abu Bakar
  • Riena Diana sebagai Laila/ Ruziah
  • Hun Haqeem sebagai Jaafar
  • Shah Kimin sebagai Ismail
  • Adibah Noor sebagai Dona
  • Daniella Fazli sebagai Tasha/ Saleha
  • Kamarul Eqifshah sebagai Imran/ Adam
  • Namron sebagai Tuan Shuhaimi
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu
Genre:Funny,Family,Comedy

Setelah Cengkih Manis bubar, Razif membawa isterinya Mona dan anak-anak mereka kembali ke kota. Kos sara hidup yang tinggi di bandar menjadikan Razif berjuang untuk mengekalkan gaya hidupnya yang dahulu. 

Laila, merindui Jaafar yang tinggal di kampung berjaya meyakinkan ayahnya untuk kembali ke kampung halaman mereka tetapi Mona enggan ikut. Razif dan laila menipu Mona untuk mempercayai hidup mereka dalam bahaya dan perlu kembali ke kampung halaman.

Slot Lestary, Rabu- Jumaat pukul 9:00 malam.

sumber : qiy
Andi Kembali lagi dengan single baru 'PENAT'. Kali ni bukan dengan genre muzik latin/reggaeton macam lagu 'Satu peluang', 'Donde' dan 'Shimmy'. Semua lagu tu terus meletop dan popular sampai sekarang.

Untuk single terbaru dan merupakan single ke-7 Andi 'Penat'. Andi membawakan genre balada seperti single pertama 'Tiada lagi maaf'.

Andi Bernadee 'PENAT'
Credit image : Instagram andibernadee


Muzik Video Andi 'Penat' pun dah di releasekan semalam 16 September 2020. Lagu 'penat' ditujukan untuk semua peminat Andi yang sentiasa menyokong Andi. Andi tidak pernah penat untuk menghasilkan lagu yang terbaik untuk semua peminat.

Andi Bernadee - Penat
Composer: Nuriman, Andi Bernadee, Efry Arwis
Lyrics: Nuriman
Producer: Nuriman, Andi Bernadee, Efry Arwis

Lyrics Lagu Penat- Andi Bernadee

[Verse 1]
Ku hanya mampu
Memberi secebis dari semua
Ku takut akan 
Janji
Yang Diberi atau terima

Aku tahu tiada 
Pelangi di langit yang gelap
Tapi aku masih
Mencari bintang

[Pre Chorus]
Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau
Engkau aku percayai

[Chorus]
Takkan pernah
Takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu
Hingga ke penamat
Ku takkan pernah
Ku Takkan penat
Ku masih bertahan walau
Diri semakin berat
Hanya untukmu

[Verse 2]
Aku tak mahu kau bersedih
Janji ku usahakan lebih
Istana ku bina untukmu
Untuk kita bersama
Disini la tempat dimana kau rehat
Jika kau terluka akulah ubat
Ukiran tersenyum
Melihat engkau

[Pre Chorus]
Walaupun aku masih lagi meragui
Usah risau
Engkau aku percayai

[Chorus]
Takkan pernah
Takkan penat
Ku masih mengejar bayangmu
Hingga ke penamat
Ku takkan pernah
Ku Takkan penat
Ku masih bertahan walau
Diri semakin berat
Hanya untukmu.


Credit : you tube channel Warner Music


Kampung People 2 Slot Lestary TV3 akan kembali menceriakan hari hari rakyat Malaysia. Ramai yang menantikan Sequel Drama Kampung People ni. Drama sequel kedua Kampung People 2 ada 13 Episod dan akan mula bersiaran pada 17 September 2020.

Setiap hari rabu sampai jumaat Pukul 9 malam. Terpacak lah masing-masing depan TV.

 
Kampung People 2 Tonton Online Full Episod
Kredit foto : google

Barangkali boleh lah menceriakan hari hari peminat drama. Asyik drama klise je bosan juga. Drama macam ni bolehlah layan santai-santai gitu. Drama ini diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dibawah terbitan KL Motion Picture. 


SENARAI PELAKON DRAMA KAMPUNG PEOPLE

  • Elly Mazlein sebagai Mona/ Aminah
  • Rashidi Ishak sebagai Razif/ Abu Bakar
  • Riena Diana sebagai Laila/ Ruziah
  • Hun Haqeem sebagai Jaafar
  • Shah Kimin sebagai Ismail
  • Adibah Noor sebagai Dona
  • Daniella Fazli sebagai Tasha/ Saleha
  • Kamarul Eqifshah sebagai Imran/ Adam
  • Namron sebagai Tuan Shuhaimi
  • Haeriyanto Hassan sebagai Norbik
  • Fizz Fairuz sebagai Ejen Shukri
  • Razak Ahmad sebagai Tok Penghulu

SIPNOPSIS DRAMA KAMPUNG PEOPLE

Razif bekerja dengan Tuan Suhaimi yang menjual barangan yang diseludup secara haram. Ketika Razif sedang sibuk menguruskan jual beli, polis datang menyerbu tempat mereka dan ditangkap. 

Razif disoal siasat dan diugut dengan penjara selama 15 tahun jika tidak membuka mulut. Razif terpaksa menjadi saksi menentang bekas bossnya, penjenayah Tuan Suhaimi di mahkamah. 

Razif menerima ugutan dari kumpulan Cengkih Manis dan polis meletakkan Razif dan keluarganya ke dalam Program Perlindungan Saksi agar mereka tidak dibunuh sebelum kes pendakwaan. 

Keluarga Razif terpaksa menyamar dan menukar identiti mereka menjadi orang kampung. Kejadian melucukan berlaku apabila keluarga Razif cuba menyesuaikan diri dengan keadaan di kampung.
-- wikipedia

Kampung People 2 yang dinantikan apa pula yang akan jadi? Adibah Noor, watak baru tambahan dalam Kampung People 2 memegang watak sebagai Mak Mona. Dan katanya akan jadi mak Mona yang 'over'. 

Kalau Mona anak dia yang tak habis-habis dengan 'Absolutely Correction' tu. Mak mona entah apa pulak perkataan yang muncul. Haa, mesti lagi havoc Keluarga Abu. Eh, keluarga Razif!  

"Sudah tentu saya teruja dan rasa tidak sabar untuk masuk set penggambaran, akhir bulan ini. Saya bakal membawa watak Dona yang juga ibu kepada Mona lakonan Elly. Berdasarkan skrip diberi, watak Dona memang agak 'over' daripada anaknya. Mona sendiri tidak mampu untuk melawan aksinya yang melampau itu," kata Adibah Noor
sumber : Bharian.com.my
Layan dulu trailer Kampung People 2.


Apa cerita Lailer dan Jekfer? Nampak gaya macam Jekfer dah  tak kerja dengan En. Abu. Kerja office pulak. Yummy macam dah kurus je kan? Katanya lagi drama Kmapung People 2 ni ada kelainan sikit. Apakah kelainan itu? Sama-sama kita tunggu dan tonton okay!

Okay, macam tak sabar nak tonton Drama Kampung People 2 ni. Macam biasa Fiza tengok online je untuk full episod nanti. 

Sejak naik taraf unifi ni. Tak dapat dah tengok TV macam biasa. Unifi TV kena langgan juga kaedahnya. Apa guna ada internet kalau tidak digunakan.

Tonton Online Kampung People 2 Full Episod

Episod 1 || Episod 2 || Episod 3 || Episod 4 || Episod 5 || Episod 6 || Episod 7 || Episod 8 || Episod 9 || Episod 10 || Episod 11 || Episod 12 || Episod 13 || Episod 14

Boleh tengok bila ada masa percuma. Senang cerita.

Credit : myinformasi
Dah dengar single baru 'Ice Cream' BlackPink X Selena Gomez tu ke?. Menggabungkan dua nama besar buat single, boleh expect lagu mesti meletop punya. Full english song.

Tapi kenapa eh dia macam sedikit hambar. Lagu BlackPink jarang tak letop. Inikan pulak feat Selena Gomez. Tak tahu mana yang kurang dalam lagu ni. Macam ada tak kena. Ke Fiza sorang je perasan macam tu.

Suka jugalah part chorus Rose :
Look so good, yeah, look so sweet (Hey)
Lookin' good enough to eat

Macam biasa lagunya jenis 'hook song' part chorus dia berulang ulang nak bagi melekat dalam telinga.
Ice cream chillin', chillin', ice cream chillin'
Ice cream chillin', chillin', ice cream chillin'

Ini bukan ice cream BlackPink X Selena


Lirik Lagu Ice Cream- BlackPink X Selena Gomez

[Verse 1: Selena Gomez, Lisa, Jennie]
Come a little closer 'cause you lookin' thirsty
I'ma make it better, sip it like a Slurpee
Snow cone chilly, get it free like Willy (Oh)
In the jeans like Billie, you be poppin' like a wheelie

Even in the sun, you know I keep it icyYou could take a lick, but it's too cold to bite me (Haha)
Brr, brr, frozen, you're the one been chosen
Play the part like Moses, keep it fresh like roses (Oh)

[Chorus: Rosé, Selena Gomez, Jennie]
Look so good, yeah, look so sweet (Hey)
Lookin' good enough to eat

Coldest with the kiss, so he call me ice cream
Catch me in the fridge, right where the ice be

Look so good, yeah, look so sweet (Hey)
Baby, you deserve a treat

Diamonds on my wrist, so he call me ice cream
You could double-dip 'cause I know you like me

[Post-Chorus: Jennie]
Ice cream chillin', chillin', ice cream chillin'
Ice cream chillin', chillin', ice cream chillin'

[Verse 2: Selena Gomez, Rosé, Jisoo, Jennie]
I know that my heart can be so cold
But I'm sweet for you, come put me in a cone (In a cone)

You're the only touch, yeah, that get me meltin'
He's my favorite flavor, always gonna pick him
You're the cherry piece, just stay on top of me, so
I can't see nobody else for me, no
Get it, flip it, scoop it, do it like that, oh yeah, oh yeah
Like it, love it, lick it, do it like la-la-la, oh yeah

Credit : Source

Bukan hanya sekadar lagu, Satu jenis flavour ice cream iaitu Cookies & Cream Remix inspirasi daripada single terbaru BlackPink dan Selena Gomez telah dikeluarkan. 

Cookies & Cream Remix diperbuat dengan pink vanilla ice cream, crunchy cookies bites dan swirling gobs of gooey fudge.

Ice Cream- BlackPink X Selena Gomez
Credit : google


Cookies & Cream Remix will be available beginning August 28th for a suggested retail price of $5.99 in supermarkets, convenience stores and other food retailers across the country. Pints are also available online at serendipitybrands.com.
Nampak menarik tu. Haruslah kat Malaysia ni tak ada. Status halal pun tak pasti. Sekadar tengok je boleh lah. Packaging dia pink i like! 

Surely terlajak laris. Kalau limited edition ni mesti hari hari sold out. Letak habis letak habis je lah cerita dia.

Trending betul ye drama sequel 7 Hari Mencintaiku 2 ni. Masing-masing (yang minat je) dah tak sabar nak tengok episod akhir drama 7 hari mencintaiku 2 malam ni. 

Bakal trending juga lah hashtag #7harimencintaiku2 dengan keyword cariaan Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 2 hari ni.

Episod Akhir Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Credit image : google


Apakah ending dia? Of courselah happy ending cerita dia. Klise drama melayu. Mana boleh tak happy ending. Tak seronok lah kalau tak happy ending.

Mak Leha

Disebabkan mak leha, kuih karipap, kuih semperit, mee kari, laksa dan segala jenis makanan jadi isu. Mak Leha dah insaf dan sedar menantu pilihan Mak Leha ( Nurul) sebenarnya yang batu jalan. Bukan Mia.

Bila Mia tak ada depan mata baru menangis nangis tercari Mia nak masak lemang lah nak masak karipap lah untuk Mia. Selama ni masak semua untuk Nurul. Mak Leha Mak Leha. 

Mak Leha pun dah bertaubat tak nak dah suruh Khuzairi kahwin. Khuzairi pun dah pesan siap-siap jangan suruh atau paksa dia kahwin lagi. Mia Adriana hanya untuk Khuzairi. ahh gitu!

Dapatlah Mak Leha jaga Mia berpantang untuk tebus segala kesalahan Mak Leha pada Mia.

Puan Hayati

Puan Hayati, mama Mia pun dah sedar yang dia bersalah pada Mia. Bila dah ditiimpa musibah sakit baru nak sedar diri dan menyesal. Selama ni dia buang Mia dan mempergunakan Mia untuk kepentingan diri sendiri.

Masa tu lah minta maaf pada semua orang dan sibuk pulak tanya semua orang. 

Ri, sihat?

Loading....

Abang Mad, sihat?

Later...

Sofi sihat tak ni?

Mi, sihat?

Lawak juga scene tanya sepatah jawab sepatah ni. Teruk benar sakit puan Hayati ni. Scene serius jadi lawak pulak tengoknya. Scene yang nampak janggal dalam drama melayu. Tertanya tanya juga, ini je ke dialog Puan Hayati. Haha... 

Lakonan Jasmin Hamid menggantikan pelakon Zila Bakarin tak mengecewakan. Puan Hayati meninggal dunia disebabkan heart attack. 

Nurul

Lepas disekolah Pak Samad, Nurul pun sedar dan insaf juga. Memang Nurul bukan tandingan Mia. Kalau dengan Mak Leha dia boleh lah nak melawan, tiba dengan Pak Samad terus diam seribu bahasa. Entah-entah episod akhir Nurul berjodoh dengan Dr. Adam. Ke?

Janganlah jadi gold digger sangat sampai sanggup runtuhkan rumahtangga orang lain. Kalau dah tahu lelaki tu dah kahwin, sila terus angkat kaki bawa diri. 

Kalau Zarynn Min yang berlakon gerenti dia yang kena kecam. 

Syakila

Sejahat jahat Syakila, insaf juga dia ye. Lepas keluar penjara Syakila jumpa dengan Kenit dan minta maaf pada Kenit. Sedih pulak tengok scene ni. Air yang dicincang tak akan putus. Begitulah ikatan keluarga. Sejahat mana dan seburuk mana ahli keluarga kita, tetap ada rasa sayang tu.

Untuk watak jahat, begitu lah agaknya ending episod akhir hari ni. Nak tahu, kena lah tengok nanti. Fiza macam biasa lambat sikit. Lepas habis baru layan tonton online iQIYI.

Helmi

Watak helmi ni trending pulak dalam sequel ni berbeza dengan sebelum ni. Tiba tiba ramai pulak up Helmi as best husband ever. Husband of the year! Soft spoken and protective.

Tapi! Sikap panas baran masih belum hilang. Ada ke patut nak disuruh abang long dia baling batu pada Dr. Adam.

Tapi seriouslah, Helmi kali ni sangat romantik dan sweet. Suami idaman katanya lah! Tetap setia pada Sofi walaupun Sofi pernah offer Helmi kahwin lain untuk Helmi ada anak.

Yang ni sedih. I feel you Sofi. Akhirnya Sofi mengandung. Rezeki Sofi dan Helmi dapat anak sendiri. Selama ni pendam perasaan je bila sebut pasal anak.

Kemanisan helmi dan Sofi ni buat peminat mahukan mereka berkahwin in real life. Syazwan siap amin kan lagi tu. Kalau ada jodoh apa salahnya kan.

Pak Samad, Nad, Zaidi & Sofi

Watak yang sangat menenangkan keadaan. Pak Samad, ayah dan ayah mertua yang sangat baik. Nad pula anak, adik ipar yang selalu support apa yang betul walaupun pada mulanya Nad buat hal. Zaidi, watak yang sangat cool suka nasihat orang.

Nad dan Zaidi juga dapat anak selepas kahwin. Sebaya pulak anak dorang semua ni ye.

Sofi pun sama macam Zaidi, jenis kawan yang dan seseorang yang pandai bagi nasihat dan tenangkan keadaan.

Mia dan Khuzairi

Mia pun dah berubah menjadi lebih baik dan hidup bahagia dengan Khuzairi. Khuzairi memang anak yang baik sentiasa hormat dan patuh dengan mak ayah dia. Khuzairi dah boleh happy dah sebab Mak Leha dah tak paksa kahwin lagi.

Kalau dah jodoh tak kemana, Mia Adriana hanya untuk Khuzairi. Mia Adriana mengandung anak ketiga. Rasa baru je lepas berpantang anak no.2 dah muncul yang ketiga. Allah bagi rezeki anak lagi buat mereka. 

Pelakon 7 hari mencintaiku 2

Pelakon utama

Siti Saleha sebagai Mia Adriana 
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Wan Sharmila sebagai Sofi Amylia
Syazwan Zulkifly sebagai Helmi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Bil Azali sebagai Zaidi
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Kazar Saisi sebagai Pak Samad  menggantikan Aman Graseka

Pelakon Pembantu

Jasmin Hamid sebagai Puan Hayati menggantikan Zila Bakarin
Wafariena Roslan sebagai Nurul Ain menggantikan Zarynn Min
Faye Kusairi sebagai Syakila
Shaharuddin Thamby sebagai Dato' Johari
Idris Md Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Dhia Irdina sebagai Alisa Ariana
Puteri Rafasya  sebagai Harlina (Kenit)
Sean Lee sebagai Adam
Syaffiq Sahli sebagai Jali
Razzuan Rosli sebagai Fariz
Shamielya  sebagai Azura
Shahidan Izwan sebagai Sharif
Amelia Christie Lim sebagai Rafidah
Fadilah Mansor sebagai Emak Nurul Ain

credit : wikipedia

Sangat emosi ye tengok drama 7 Hari Mencintaiku 2. Pelakon pelakon watak jahat tu memang kena kecam habis sampai ada yang kena ugut simbah asid. Rileks lah, drama je kot. 

Jangan dibawa bawa emosi tu. Sekadar hanya lakonan untuk kita ambil pengajaran dari drama 7 hari mencintaku 2 yang sebenarnya memang wujud watak watak ini di kalangan masyarakat kita hari ni.

Dah tahu apa akibatnya akan terjadi, dah boleh bawa bertaubat dan insaf. Yang tak tengok dan tak minat, duduk diam diam je. Lain orang lain minat eh.

Disebabkan Karipap, Mak Leha dan Mia bergaduh. Karipap tak bersalah lansung dalam hal ni. Salah satu scene yang jadi trending dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 2. Episod 2 hari lepas kot kalau tak silap. Siapa yang pernah layan drama ni dulu mesti lah teruja sangat nak tengok sequel drama ni. Termasuk lah Fiza sekali. Terjebak!

Credit : google


Episod satu je dah boleh buat rasa orang panas hati dah. Watak yang selalu buat orang geram adalah watak Mak Leha, Mia, Syakila, Mama Mia dan Bapak Sofi. Tak pasal-pasal in real life pun ada antara mereka yang kena kecam. Punyalah orang menyampah dengan watak jahat masing-masing tu.

Dalam ketegangan tu, ada jugalah watak watak yang semanis kurma sofi dengan helmi tu. Kannn..ada orang kata kalau sequel 2 ni macam dah kurang menarik. Mungkin dah bosan dengan watak yang ada. Tapi so far pada Fiza okay je cuma tu lah banyak scene yang berulang juga dan boleh agak.

Contohnya macam Mia, sikit sikit merajuk. Letih juga Khuzairi nak memujuknya. Biasalah sayang isteri dan isteri pun tengah mengandung. Emosi dia tak menentu. Mak Leha pulak tak sudah-sudah lebihkan Nurul, bila Pak Samad dah warning pun tetap tak berubah. 

Mama Mia dan bapak Sofi pulak tak sudah sudah dengan niat jahat tu. Tak pernah insaf! Emosi sungguh haihh bila tengok Drama sequel 7 Hari Mencintaiku 2 ni. Tak sabar nak tunggu episod akhir. Yang dah baca novel of courselah dah tahu jalan cerita dia kan. Pssttt..betul ke Nurul tu jahat sebenarnya? Jeng jeng jeng...

Apa pengajaran yang boleh kita dapat dari drama 7 Hari Mencintaku 2 ni? Banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Jangan emosi sangat tengok drama tu, ambil pengajaran mana yang baik.

1. Hormat

Siapa pun kita sebagai manusia kenalah saling menghormati satu sama lain muda ataupun tua. 

2. Jangan Cari Salah Orang Lain

Kalau tak suka seseorang tu, jangan lah kita nampak dan cari salah dia je. Kalau terus menerus cari salah, sampai bila bila lah tak akan berakhir.

3. Bersangka Baik

Cuba bersangka baik dengan orang disekelilingi kita. Jangan asyik nak fikir negatif je pasal orang lain.

4. Jangan sakiti hati orang lain

Sebaiknya cubalah jaga hati orang lain dan jangan pernah berniat untuk menyakiti hati orang.

5. Jangan Pernah Membeza-bezakan

Jangan sesekali membezakan seseorang dengan orang lain. Siapa je yang tak terasa jika dibanding-bandingkan.

6. Jangan ada Perasaan Hasad Dengki

Jika ada perasaan dengki pada orang lain. Silalah buang jauh jauh niat dan perasaan dengki tu. Nanti takut termakan diri. Sepandai pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga. Ingat tak peribahasa tu? Haa faham-faham sendiri lah.

7. Jangan Melaga-lagakan Orang- komen dari Syaz Rahim

Jangan jadi macam Syakila, suka melaga-lagakan orang jadi batu api. Akibatnya mesti berbalik pada diri sendiri nanti.

Banyak lagi pengajaran yang boleh kita nampak dari Drama 7 Hari Mencintaiku 7 ni. Yang lain, kau orang tambah sendiri. Situasi yang mungkin biasa berlaku dalam kehidupan kita. Drama yang penuh dengan plot twist dan babak yang bermain dengan emosi penonton. Itu yang trending sekali lagi.

Lagi menarik kalau watak Pak Samad dan Mama Mia dikekalkan oleh Aman Graseka dan Zila Bakarin. Zila Bakarin tu fahamlah sebab dia pun dah bertudung sekarang. Mungkin dah berhenti berlakon atau watak tak sesuai. 

Apa yang boleh nampak dalam Drama ni Mak Leha, Mia, Syakila, Mak Mia dan Dato' Johari tak move on move on. Masih dengan perangai lama masing-masing. Betul tak?

Ohh ya, Sequel Kampung People akan menyusul tak lama lagi. Lailer dan Jekfer kembali. Eh eh Yummy macam dah slim sikitlah. Kemudian ada watak baru mak mona yang dilakonkan oleh Adibah Noor. Watak ni lebih over dari watak Mona katanya. Agak agak slang english apa yang trendig nanti.



Andi Bernadee dengan genre muzik latin memang ngam teruk. Kalau dia buat teaser lagu sebelum release tu pun boleh terus suka. Apatah lagi dah release kan. Dari lagu satu peluang, donde tak pernah tak meletop lagu dia kan. Oh ya, lagu "Hello" feat Ismail Izzani pun cambest jugak. Shimmy, single terbaru Andi baru je release 14 Februari 2020 yang lepas. Lagu yang dinanti-nantikan dah release.

credit image : google

Okay dah dengar lagu full, boleh pergi jauh macam lagu sebelum ni. Muzik Latin memang kena dengan suara dan jiwa Andi. Ehh, dah macam juri-juri bagi komen pulak dah. Kau orang dah dengar belum? Kalau belum dengar, tekan button play video bawah ni. Tang melodi shimmy yang catchy tu sangat mesra telinga. Sekali dengar teus melekat shimmy shimmy yey tu. Jenis mudah terpengaruh bila dengar lagu best. Tak sabar nak tengok Music Video Official. Tengok cover macam seram je music video Shimmy ni.



Lirik Lagu Shimmy - Andi Bernadee
Komposer : Alif
Lirik: Alif
℗ 2020 Warner Music (M) Sdn Bhd

Mengapa kau bersendiri
Tanpa Siapa Yang Di Sisi
Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini

Hu Woo
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya

Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini
Aku Ada Beberapa Soalan
Bukan Hanya Setakat Perbualan
Aku Akan Mula Dengan Perlahan
Ikut Nada Kamu

Adakah Nama Ku Penting Bagimu
Adakah Kerja Ku Penting Bagimu
Adakah Latar Belakang Aku Penting Bagimu
Ikut Nada Kamu

Janganlah Kau Yang Salah Faham
Selamanya Itu Ku Tak Mampu
Janganlah Kau Yang Salah Faham
Aku Hanya Penyelesaian Sementara Mu

Mengapa Kau Bersendiri
Tanpa Siapa Yang Di Sisi
Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini

Hu Woo
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini
Aku Tak Perlu Kesetiaan Mu
Aku Tak Perlu Menjadi Milik Mu
Mungkin Ini Hanya Pilihan Aku
Ikut Nada Kamu

Boleh Kah Kalau Aku Ingin Temani Mu
Boleh Kah Jika Aku Ingin Coba
Aku Sudah Yakin Dengan Kemahuan Ku
Engkau Fikir Ini Perkara Mudah
Janganlah Kau Yang Salah Faham
Selamanya Itu Ku Tak Mampu
Janganlah Kau Yang Salah Faham
Aku Hanya Penyelesaian Sementara Mu
Mengapa Kau Bersendiri
Tanpa Siapa Yang Di Sisi
Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini

Hu Woo
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini

Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya

Ohh~
Aku Hanya Mahu
Menjadi Teman Mu
Hanya Buat Sementara Ini
Mengapa Kau Bersendiri
Tanpa Siapa Yang Di Sisi
Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini

Hu Woo
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini

(Ohh Malam Ini)
Mengapa Kau Bersendiri
Tanpa Siapa Yang Di Sisi
Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini

Hu Woo
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya
Shimmy Shimmy Yey
Shimmy Yey Shimmy Ya

Siapa Lah Yang Sampai Hati
Biar Aku Jadi Teman Kamu Malam Ini
Credit lirik : google | Credit video : youtube
Pernah dengar tak lagu goyang 'salah apa aku'? Bukan apa salah syinta ye! Lagu salah apa aku ni popular dekat aplikasi tik tok tu. Nak ber tik tok memang tak lah tapi selalu keluar lah video tik tok kat wall instagram tu ha sebab ramai juga artis yang buat. Sekali dengar, nak dengar lagi. eh! Terasuk sungguh lagu apa salah aku ni. Sebenarnya lagu tu dah lama dah dan dinyanyikan oleh band Indonesia Ilir7 cuma lagu dalam aplikasi tik tok tu di remix kan menjadi macam catchy sikit.

"Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu"
Tang chorus tu lah yang membuatkan lagu ni macam 'hook song' sebab dia punya lirik berulang-rulang dan melekat masuk telinga macam tu. Cuba dengar sikit, mesti rasa macam best la untuk fun mood. Lagu ni dijadikan lagu untuk dance zumba pun fun okay! Terjumpa video ni macam menarik buat exercise di rumah (kalau rajin).


Macam-macam keywords kalau orang cari lagu ni dekat internet. Lagu bunyi burung gagak lah, entah apa yang merasukimu dan cari daripada lirik pun ada. Guna keywords apa pun mesti jumpa kan. Yang burung gagak tu sebab pernah viral satu video seorang perempuan buat bunyi burung gagak dalam lagu ni dengan seorang lelaki nyanyi sambil main gitar.


Aku percaya kamu
Tapi lagi-lagi kau bohongiku
Kau telah tipu aku

Aku menyayangimu
Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku

Tak pernah ku sangka kau telah berubah
Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka, sungguh aku kecewa

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Aku menyayangimu
Tapi lagi-lagi kau sakitiku
Kau telah khianatiku

Tak pernah ku sangka kau telah berubah
Kau membagi cinta dengan dirinya
Aku yang terluka, sungguh aku kecewa

Entah apa yang merasukimu
Hingga kau tega mengkhianatiku
Yang tulus mencintaimu

Salah apa diriku padamu
Hingga kau tega menyakiti aku
Kau sia-siakan cintaku

Entah apa…

Agaknya kalau ber tik tok memang terasuk sungguh lah dengan lagu -lagu tik tok tu ye. Mujur tak ber tik tok. Hiburan generasi zaman sekarang ni macam-macam. Jangan salah guna sudahlah ye. Berhibur berpada-pada dan jangan salah guna.


Peminat Running Man anyone? Okay, Fiza salah seorang peminat running man sejak episod 1 lagi. Tengok episod 1 terus terjebak sampailah sekarang. Hari isnin memang hari untuk layan Running Man show je lah. 3 minggu berturut-turut Episod (467, 468 dan 469) Running Man 1st Fan Meeting in Seoul untuk 9th-anniversary fan meeting antara episod yang best untuk peminat yang layan Running Man. Betul tak? Susah nak move on lagi-lagi members group dance stage tu memang boom and just blow sangat. Bukan hanya buat persembahan tapi sekali dengan game show mission juga tu. 

Episode 467 
  • Opening cover lagu BTOB's yang bertajuk "Only One For Me" 

Episode 468 
  • Haha-Dang Diggi Bang ft Skull, M.Tyson
  • Song Ji Hyo ft Ji Suk Jin - Don't give it to me
  • Lee Kwang Soo, Yang Se Chan & Jeon So Min - Women on the beach
  • Kim Jong Kook - speechless OST Aladdin

Penalty Performance
  • Haha & Yoo Jae Suk - Hollywood

Collaboration performances with artists
  • Pink Nose Light (Lee Kwang Soo, Suk Jin & A Pink)- Party

Episode 469
Collaboration performances with artists
  • Hyo Chan Park (Song Ji Hyo, Yang Se Chan, Nucksal & Code Kunst )- Bonjour Hi
  • Jeon Soran and Yoo Jae Suk (Jeon So Min, Yoo Jae Suk & Soran) - Confess Already
  • F-Killer (Kim Jong Kook, Haha & Gummy)- Raise Your Voice

Credit image : google

Members Group Dance Stage
Group dance ni antara performance yang paling dinanti-nantikan oleh peminat running man. Excited nak tengok team members dance. Cabaran paling susah dan paling membuatkan peminat running man susah nak move on. Lepas group dance ni, paling mendapat pujian Ji Hyo dengan Suk Jin lah sebab tak sangka mereka boleh perform dengan hebat. Bak kata pepatah " Practice makes perfect".


Ending
Running Man - I Like you

Di akhir episod, Kim Jong Kook berjaya meneka siapakah spy dalam episod fan meeting. Berakhirlah episod Running Man 1st Fan Meeting in Seoul. Memang tak mengecewakan peminat dengan usaha mereka. Rasa emosi pula tengok episod ni. Ye lah, bukan mudah nak memuaskan hati semua orang walaupun kita berusaha sehabis baik. Apa yang boleh di ikut tu kena all out lah dalam buat sesuatu tu. Barulah hasilnya boom!

Sekarang tengah terjebak layan Korean Movie sampai tak tahu movie apa yang best untuk ditengok. So, Fiza nak kongsikan 10 Korean Movie berdasarkan kisah benar yang wajib kau orang tengok. Mostly kisah yang berdasarkan kisah benar ni Agak thriller dan sedih. Kalau jiwa tak kuat, sila jangan tengok ye. Lari kejap dari produk review, beralih sebentar review movie kejap.

1. WAY BACK HOME 

Jang Mi Jeong seorang suri rumah yang kesempitan duit ingin bekerja di luar negara untuk menambah pendapatan dan telah disarankan oleh seorang rakan yang telah lama dikenali untuk ke Paris. Jang Mi Jeong di arahkan untuk membawa sebuah beg yang mengandungi dadah tanpa pengetahuan Jang Mi Jeong. Sampai sahaja di lapangan terbang Paris Orly dia telah di tahan dan dipenjarakan di Martinique, sebuah pulau di Laut Karibia. Sepanjang dipenjara, banyak perkara telah berlaku ke atas dirinya dan dalam tempoh yang sama dia berusaha untuk mencari jalan balik ke Korea. Cerita dia memang best dan emo bila tengok. Sedih! 

2. SILENCED

Kisah benar silenced "The Crucible" ni pernah dinovelkan dan movie ini juga adaptasi daripada penceritaan novel yang ditulis oleh Gong Ji Young. Kisah ini berlaku di sebuah sekolah cacat pendengaran "Gwangju Inhwa School" dimana pelajar-pelajarnya berhadapan dengan gangguan seksual oleh guru-guru mereka termasuk guru besar selama 5 tahun lamanya. Kejam sungguh! Hukuman yang dikenakan keatas pesalah tidak setimpal dan ada yang terlepas. Selepas filem diterbitkan, kes ni telah dibuka semula dan hukuman yang berat telah dijatuhkan ke atas pesalah. But still, hukuman tersebut tidak dapat mengembalikan maruah dan nasib mereka. 


3. MEMORIES OF MURDER

Berkisahkan tentang pembunuh bersiri di daerah Gyeonggi dan telah menjadi sejarah di Korea Selatan. Mangsa utama adalah perempuan dan dibunuh dengan kejam sekali dengan memotong semua anggota badan, dibakar dan ditanam. Jumlah sebenar pembunuhan yang sama tidak dapat dikenal pasti. Dari awal tengok sampailah habis memang tak senang duduk dibuatnya. Seram!

4. THE CHASER

Satu lagi kisah pembuhan kejam oleh pembunuh bersiri yang telah membunuh lebih daripada 21 orang. Antara mangsa pembunuhannya adalah pelayan, tukang urut dan orang tua. Motif pembunuhan adalah disebabkan kebencian kepada orang kaya kerana hidupnya dulu miskin. Dan juga bekas kekasihnya adalah seorang tukang urut yang mungkin pernah curang dengan dia. Lelaki ni sangat psycho. Sumpah seram dan geram dengan lelaki psycho ni.

5. HAN GONG JU

Seorang pelajar perempuan telah di rogol beramai-ramai oleh pelajar lelaki (Miryang Gang) lebih kurang 41 orang berlaku di Korea Selatan. Pelajar perempuan tersebut dipindahkan sekolah dan ibu bapa suspek ramai yang protes menyalahkan pelajar perempuan tersebut kerana mereka menganggap anak lelaki mereka tidak bersalah. Agak tragis dan nasib Han Gong Ju ni sangat malang.

Hope, Children dan Voice of a Murderer juga antara kisah benar yang wajib ditengok. Tapi belum berkesempatan lagi nak tengok. Baru tengok 5 movie di atas ni. Tapi sebenarnya banyak lagi cuma Fiza dah lupa dan ada yang tak berapa best. Letak dalam senarai siap-siap dulu. Bila tengok kisah berdasarkan kisah benar ni banyak yang boleh disimpulkan. Apapun kena tengok dan simpulkan sendiri. Selamat menonton. Sediakan tisu dan jangan into sangat. Jiwa kena kuat!


Selamat pagi! Ehem, jarang sekali Fiza nak update tentang drama melayu. Rasanya drama Sweet Dreams  tengah trending sekarang ni. Drama gandingan Mira Filzah dan Ben Amir nampak menarik juga untuk ditonton. Sebelum drama sweet dreams, drama Setelah terlafaznya akad tu memang Fiza layan juga. Dah habis cerita tu, muncul drama sweet dreams episod satu macam menarik sebab drama ni macam lain sikit. Tapi cliche tu tetap adalah, mana mungkin drama melayu tak cliche kan.


Drama adaptasi novel memang boleh pergi jauh dan memang boleh jadi trending. Memang trending penonton suka drama adaptasi novel agaknya. Bagi Fiza menarik juga drama adaptasi novel walaupun Fiza bukan sejenis yang suka baca novel. Tak minat dan tak suka nak membaca novel. Kalau komik atau buku bergambar baru layan. 

SINOPSIS DRAMA SWEET DREAMS 
Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.
Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tidak seimbang. Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.
Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.
Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.
Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.
Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.
Apa yang Fiza suka tentang arahan Michael Ang dalam drama sweet dreams ni adalah cinematography selain watak yang menarik. Tengok poster pun dah suka! Walaupun ada ketikanya macam bosan juga dengan scence mimpi tu. Tapi okay je untuk dilayan mengisi masa kosong.