Resipi Ayam Bakar Sihat

Hujung minggu, hari untuk masak special sikit dari hari biasa. Itu dulu... Sekarang ni hari hari tepu nak masak apa dan anytime je boleh ada masakan special. Itupun ikut mood atau terlebih rajin. Betul ke tidak?

Bila kau nak makan ayam tapi malas masak jenis menu yang leceh, bakar kan je ayam itu! Guna resepi ayam bakar oven. Senang campur campur bahan dan bakar, tunggu masak je. Kalau buat ayam bakar pun kata susah, tak tahu nak kata lah.

Ayam bakar simple je pun dah sedap dan ayam panggang rendah kalori. Sesuai sangatlah amalkan makan ayam bakar atau panggang ni. Fiza ada jumpa satu resipi Ayam Bakar Diet-Friendly yang sedap, sesuai untuk yang berdiet nak turunkan berat badan dengan pengambilan rendah kalori

Resipi Ayam Bakar Sihat

Resipi Ayam Bakar Sihat

Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih dan toskan

Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

*Boleh kisar atau tumbuk

Resipi Ayam Bakar Sihat

Bahan C (kuantiti sesuaikan ikut selera ye, lagi sikit lagi sihat )
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.

Resipi Ayam Bakar Sihat

Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk dan kacau bersama dalam bahan perap tadi.

Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15minit nak masak baru ayam nampak cantik berkilat. Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing ye. Setkan suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.

kredit resipi dan gambar : Dani (maaf tak jumpa link)

28 comments:

  1. Sedapnya, menaikkan selera betul lebih-lebih lagi kalau dia juicy 🤗

    ReplyDelete
  2. Boleh la cuba resipi ni nanti. Oven dah lama beli tapi tak digunakan lagi sampailah sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila..rugi tu kalau ada tapi tak guna. selamat memasak :)

      Delete
  3. waa... nampak sedap... boleh cuba buat ni.. saya mmg suka try pelbagai resepi bakar2.. TQ sharing

    ReplyDelete
  4. waa... nampak sedap kak.. sy bookmark ya.. boleh cuba lain hari,, terima kasih kongsi

    ReplyDelete
  5. Oven akk dah rosak dah, nak beli tak beli2 dok berkira2. Tapi rasanya boleh kot bakar dalam kuali ajaib tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak. lagi sedap bakar guna kuali ajaib tu. lagi juicy

      Delete
  6. ada oven yg boleh panggang tu mudah fiza.. cuma malas dgn rajin saja. tunggu pg mall bg voucher igt nk beli oven :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah..boleh guna yang tu. Fiza pun ada cuma jarang nak panggang ayam sekor. huhu
      wahh best tu dapat vouvher..boleh shopping oven.

      Delete
  7. wah... lunch ala-ala kenny roger ke tu fiza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni resipi orang lain kak..ada kredit dan watermark owner kat situ. share simpan sini dulu. nanti boleh cuba :)

      Delete
  8. good for diet ni, kalau la i ada org yg sudi tlg bakarkan hari2 sure dah boleh lose weight huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul! Senang je. Siap siap perap untuk seminggu. Keluarkan tinggal bakar je :)

      Delete
  9. Nyaman eh... Kata orang sarawak. Thanks fiza kerana kongsikan resepi. Nanti boleh try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyaman means sedap ye. Kitak sik pandei klakar saghawak :)

      Delete
  10. Memang senang panggang dalam oven. Akak memang selalu buat cuma bukan seekor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang tunggu siap je. samalah kita kak Wina, tak pernah lagi bakar sekor. bakar bahagian peha je.

      Delete
  11. Ayam bakar tu.... ya ampun! Melihat warnanya saja dah cukup menggoda selera! Belum lagi menikmatinya! Yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak..ayam bakar kak amie pun menyelerakan sungguh :)

      Delete
  12. okay fiza, park dulu resepi ni..shida nk buat nanti :)
    Tq fiza share resepi ni :)

    ReplyDelete
  13. Thank you share resepi Fiza.
    Kak tadi ingat nak sembelih 2 ekor ayam yang asyik nak masuk rumah. Mak tak kasi pula hehehe...
    Kalau tak memang dah bakar ayam dara.

    ReplyDelete
  14. Ya rabbi, juicynyaaaa ayam ko Fizah... sedap oii..nanti nak buatlah...

    ReplyDelete
  15. Sedap nampak kejadiannya, ayam bakar Fiza buat. Akak suka ayam bakar. Senang masak. :)

    ReplyDelete
  16. nampak sedap dan elok kejadiannya...biasa akak buat hanya guna raw ingredients aje..jarang tambah sos sekarang sebab nak eat clean konon...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.