Drama Madam E-Wallet Episod 1-13 (Akhir) Lakonan Ziana Zain dan Ning Baizura.

Madam E-Wallet, Drama di slot Lestary TV3 lakonan Ziana Zain, Ning Baizura, Hasnul Rahmat dan ramai lagi. 

Nampak gaya macam drama komedi. Tapi tak tahulah kan. Kena lah saksikan bila dah bersiaran nanti. Drama Madam E-Wallet diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh Orangetree Production.

Drama Madam e Wallet

DRAMA MADAM E-WALLET

Jumlah Episod : 13
Waktu Tayangan : -
Siaran TV : TV3
Pengarah : Kyoll Hamzah
Penerbit : Orangetree Production Sdn. Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Ziana Zain sebagai Siti Asmidar
  • Ning Baizura sebagai Dato Qistina
  • Azzahra Ahmad sebagai Mila
  • Hasnul Rahmat sebagai Sifu Jebat
  • Nynaa Harizal sebagai Sabrina
  • Anas Ridzuan sebagai Omar
  • Mathni Ab Razak sebagai Joey
  • Zoey Rahman sebagai Salman
  • Daniel Fong sebagai Kim
  • Fara sebagai Wati
  • Shiha Zikir
  • Reza Hasbi
  • Zul Huzaimy
  • Enot
  • Khatijah Tan
  • Razak Ahmad

SINOPSIS E-WALLET

Siti Asmidah seorang Usahawan berjaya. Selepas memenangi Anugerah Usahawan terbaik di Kampung, dia berpeluang menyertai seminar keusahawanan selama 3 hari di Kuala Lumpur selain berjaya membawa pulang hadiah wang tunai.

Apabila Siti Asmida menyertai seminar itu, dia diejek sebagai orang kampung yang berangan untuk berjaya dalam perniagaan. Dia putus asa dan pulang ke kampung dengan rasa kecewa.

Orang sekeliling mula menimbulkan gossip tentang Datuk Qistina yang mempertikaikan kredibiliti Siti Asmidah. Malah, Datuk Qistina mengatakan belau yang sepatutnya memenangi anugerah tersebut.

Siti Asmidah enggan mengalah dan ingin menebus maruahnya. Dengan bantuan kawan-kawannya, Siti Asmidah mula mempelajari teknologi terkini aplikasi untuk memudahkan pembeli membeli secara online.

12 comments:

  1. Best gak ni pelakon-pelakon legend. Boleh layan santai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..cerita ada pelakon legend ni mesti lagi ramai yang suka tengok.

      Delete
  2. Penyanyi jadi pelakon.
    Agaknya cerita mengenai penggunaan e-wallet Touch & Go.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak. dua dua penyanyi hebat dan juga pelakon hebat. hehe..tak tahu lah tu. rasanya shopping guna e-wallet trend zaman sekarang.

      Delete
  3. Tak sabar nak nonton saat ni juga.. huhuw

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar sabar..kenalah tunggu. Nak tengok sekarang pun takde :)

      Delete
  4. Wahhh... mcm best jer ni... tunggu LLC habis lah ni

    ReplyDelete
  5. Tengok barisan pelakon semua best. Harap cerita nye nanti best juga lah

    ReplyDelete
  6. Trademark ziana zain, kening sebelah terangkat. :)

    ReplyDelete
  7. Wah.. ziana zain dengan Ning baizura tu..

    ReplyDelete
  8. Barisan pelakon hebat! Masihkah Ziana Zain angkat-angkat kening... ahaks!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.