Papan Pemotong Kayu Cantik Dan Murah

Sebelum ke PD Waterfront dan Pantai Purnama PD tu, singgah Jalan Kuala Kelawang sekejap mencari papan pemotong kayu. Papan pemotong kayu in english dipanggil chopping board. Kotlah ada yang terpinga pinga fikir apa bendanya kan.

Ada yang panggil alas pemotong juga kan. Atau ada panggilan nama lain? Cuba share. Kenapalah gigih sangat mencari papan pemotong kayu tu? Walaupun dah ada papan pemotong kayu ikea nak juga cari yang kayu asli punya.

Dia bukan nak beli saja-saja. Tujuan membelinya untuk dijadikan props gambar. Agak agak nak jadikan papan pemotong daging atau ayam atau sayurpun boleh. Dah memang itu fungsi dia pun.

Papan Pemotong Kayu Murah

Pelbagai Jenis Papan Pemotong Kayu

Nampak tak banyaknya papan pemotong kayu. Dari sebatang kayu besar boleh dapat banyak papan pemotong kayu. Ikutkan nak beli yang original baru nampak rustic sikit. 

Kayu belakang yang dah varnish tu harga dia murah sikit daripada yang warna putih. Peniaga kedai ada bagitau jenis jenis kayu kat situ. Fiza dengar macam tu je lah. 

Tak ingat lansung sebab sibuk dok membelek kayu mana yang cantik. Kayu yang putih tu cantik dan berat. Bentuk cantik dan juga licin. Harga dia mahal juga tu.

Kayu Hiasan

Kayu Hiasan

Kat sini ada jual bermacam-macam kayu. Kayu hiasan pun ada dijual. Tengok harga dia boleh tahan juga. Ada cecah ratusan ringgit.

Tertanya juga ada ke beli kayu hiasan tu. Mesti lah ada kan pengumpul kayu hiasan. Lain orang lain minat dia. 
 

Tabung Buluh

Tabung buluh pun ada dijual.  Nampak macam ada lubang duit tu. Orang dulu dulu simpan duit dalam tabung buluh gantungkan pada dinding. Buat hiasan pun cantik ni. 

Harga dia pun masih mampu milik. Ada belasan ringgit dan ada puluhan. Bergantung pada saiz.

Buluh Hiasan

Bukan produk kayu dan buluh je ada, kat kedai ni ada jual bahulu sabut. Bahulu yang dibakar dengan sabut dan arang maksudnya. Ada jual lemang dan durian juga.

Apa yang Fiza beli cuma 3 keping papan pemotong kayu. Beli saiz kecil 2 dan 1 yang besar. Harga papan pemotong kayu yang kecil tu RM13 dan RM15. Yang besar bawah sekali RM27.

Papan Pemotong Kayu Asli

Corak kayu dia cantik lah. Kayu asli bukan fake. Cumanya kalau dapat kayu sebenar tanpa varnish tu lagi warna. Lagi nampak rustic. Haa rumah siapa ada tebang pokok ke, meh sedekahkan kan Fiza kayu atau papan lama yang dah tak pakai tu.

Lagi rustic lagi bagus. Kat kampung dah tak ada kayu lama dah. Sobs sobs

Kalau beli kayu baru dia tak nampak rustic tu dah. Alahaiii..masa ni lah nak mencari barang lama rustic dan antik. 

Wooden Chopping Board

Mesti ada yang tertanya-tanya beli kat mana kan. Kedai kayu ni kat mana? Kedai ni tepi jalan je. Boleh gunakan google maps di bawah ni. Dalam maps ni tak ada gambar kedai tu. Tapi boleh follow je google map ni okay.

Jln Kuala Klawang - Seremban, Kampung Batu Serambai, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan

21 comments:

  1. wahhh best ni kalau dpt 1... sy jumpa 1 kedai kt dlm midvalley. dia punya papan pemotong mak aiiii harga berpinar bijik mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga kat Mall memang jauh beza dia Anies. Itu yang mencari sampai ke sini.

      Delete
  2. kalo kat kampung umah mamak, memang guna chopping board kayu gini...jarang sangat pakai chopping board plastik tu, yang tu biasa pakai untuk potong kek ajee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kampung memang guna camni juga cuma tak ada orang menebang pokok. Kalau tidak tak payah susah beli. Yang plastik tu macam dah ramai tak guna dah. cepat patah kan.

      Delete
  3. Replies
    1. Best, tahan lama sikit. Tapi ni saya guna buat props je.

      Delete
  4. Kuih bahulu bakar pakai sabut, aduh rindunya nak makan yang tradisional gitu.
    Cantik pemilihan chopping board tu macam nampak dari oversea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jumpa kuih bahulu bakar dengan sabut tu kan sekarang. Tapi masa tu tak teringin pula nak makan bahulu. Mungkin dah jemu sebab dah biasa makan bahulu.

      memang cantik chopping board tu. rambang mata nak memilih.

      Delete
  5. la, kak fiza tak kabor, rumah timm baru lepas tebang pokok, mmg ramailah org kpg pakat2 amik sebab org tu potong cantik2 by keping-keping. pakat2 ambik nak buat tanda nama pastu gantung..lawa pulak, hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa..terlepas sudah. kalau sebelah rumah ni dah laju mintak dengan tak malunya.hihi. kalau kayu original tu memang lawa sangat kan

      Delete
  6. Saya pun suka beli kalau terjumpa pemotong kayu yang cantik, saja jew buat koleksi... ahaks!

    ReplyDelete
  7. biasa nampak jual gini, fiza. just lom stop membeli. next time, nak singgah la.
    kebetulan adik ipar aida is a collecter of brg antik dan brg rare tau. penuh rumah dia. dia ada satu hiasan kayu gitu, dpt di kampung dia la di perak, tepi sungai. dia make up balik tunggul kayu tu jadik sgt ohsem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rajin dan suka boleh singgah kak. kot terlalu ke kan. pengumpul kayu hiasan memang tercari cari buat koleksi.

      Delete
  8. cantiknya! nak pergi cari jugaklah, dekat je

    ReplyDelete
  9. Pakcik ada beri emak kayu potong asli memang segar daripada pokok kena tebang. Tidak tahulah emak buat apa dengan kayu pemotong itu sebab sudah tidak nampak dah.

    ReplyDelete
  10. dok mencari papan pemotong sekarang..jumpa pulak p=fiza punya artikel..sukaaa

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.