iPhone 12 : Harga Murah, Bateri Tahan Lama,5G dan Bersaiz Paling Kecil di Dunia

13 Oktober 2020, hari yang dinantikan oleh peminat iPhone. Itu dia kemunculan siri iPhone 12 2020. iPhone 12 release date dikatakan pada 23 atau 24 Oktober 2020. Boleh lah berkira-kira menabung membeli iPhone. 

Tapi janganlah sampai nak menjual buah pinggang tu. Baru bercita-cita menabung nak membeli iPhone 11 Pro Max. Sekali Apple keluarkan iPhone 12 pula dah. Lama dah berhajat nak upgrade iPhone 6s ni kepada yang latest.

iPhone SE hari tu murah, harga bermula dengan RM1999. Murah tu murah dah tapi lebih kurang yang pakai sekarang je. Cuma camera je berbeza sebab iPhone SE tu guna teknologi baru. 

Alang alang iPhone 12 dah keluar, mana tahu ada rezeki dapat iPhone 12 pro, iPhone 12 max ke kan. Saya mahu!

Bateri lebih besar dan tahan lama

Berkemungkinan iPhone Pro Max akan menampilkan bateri yang lebih besar. Harapnya bateri yang lebih besar ni akan menghasilkan daya tahan penggunaan yang jauh lebih lama. Jangan berikan harapan palsu ye wahai Apple. Siapa pengguna iphone mesti faham macamana perasaan bila iphone cepat betul low battery.

Rekaan Serba Baharu dan Warna Baharu (siri iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max)

Walaupun masih mengekalkan tetapan tri-kamera seperti model siri iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max tetapi model siri iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max mempunyai kelebihan dengan sensor LiDAR yang sama pada peranti model iPad Pro.

Rekaan Serba Baharu dan Warna Baharu (siri iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max)

iPhone 12 Pro dikatakan akan mengeluarkan warna baharu iaitu Pacific Blue. Ada peminat warna biru disini?

Kelebihan 5G dan Tiada Lagi 64GB

Menariknya semua siri model iPhone 12 dilengkapi dengan kelebihan 5G. Siri iPhone tidak akan mengeluarkan lagi saiz 64GB sebaliknya saiz permulaanya adalah pada saiz 128GB. Memang terbaik!

Pelayar OLED Super Retina XDR

Model iPhone 12, skrin 6.1" menggunakan Layar OLED dengan resolusi super Retina XDR. Paparan HDR tu. Dijana dengan cip Apple A14 Bionic, dwi-camera 12MP dan front camera pun 12MP juga.

Pelayar OLED Super Retina XDR

iPhone 12 mini pula menggunakan pelayar OLED dengan resolusi Super REtina XDR dan spesifikasi sama saperti iphone 12. Cuma saiznya berbeza!

Layar OLED mengurangi masalah burn-in dan juga mengawal kecerahan lebih rendah supaya pengguna tidak sakit mata atau sakit kepala bila menghadap terlalu lama.

iPhone 12 size | Saiz iPhone 12

Menariknya, bukan 1 model bukan 2 model. Tapi Apple telah memperkenalkan 4 model untuk siri iPhone 12. Untuk permulaan, iPhone 12 dan iPhone 12 mini akan diperkenalkan.
  • iPhone 12 Mini (5.4 inci)
  • iPhone 12 (6.1 inci )
  • iPhone 12 Pro (6.1 inci )
  • iPhone 12 Pro Max (6.7 inci )

iPhone 12 Mini

Nota tambahan : iPhone 12 Mini merupakan telefon pintar 5G paling kecil di dunia buat masa ini.

iPhone 12 price in malaysia | Harga iPhone 12 Di Malaysia

Berikut adalah senarai penuh harga iPhone 12 di Malaysia. Berita yang tak bestnya, tiada lagi pengecas dan earpods disertakan bersama dan hanya kabel USB-C ke Lightning sahaja.

iPhone 12 Mini (5.4 inci)

iPhone 12 Mini 64GB – RM3399
iPhone 12 Mini 128GB – RM3599
iPhone 12 Mini 256GB – RM4099

iPhone 12 (6.1 inci )

iPhone 12 64GB – RM3899
iPhone 12 128GB – RM4099
iPhone 12 256GB – RM4599

iPhone 12 Pro (6.1 inci )

iPhone 12 Pro 128GB – RM4899
iPhone 12 Pro 256GB – RM5399
iPhone 12 Pro 512GB – RM6299

iPhone 12 Pro Max (6.7 inci )

iPhone 12 Pro Max 128GB – RM5299
iPhone 12 Pro Max 256GB – RM5799
iPhone 12 Pro Max 512GB – RM6699

iPhone 12 H2O OK

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh ke website Apple

Harap ada rezeki dapat iPhone 12 Pro atau iPhone 12 Max. Dapat yang 128GB pun okay lah. Harga pun lebih murah dari iPhone Pro Max 5999 untuk 256GB kalau tak silap. 

Nak check semula kat website cuma ada iPhone 11 je. Ada Harga yang murah dan semestinya yang Super Max tu Super Mahal lah harga dia.

Bukan apa, camera lagi better lah. Gambar gerenti cantik punyalah. Dengan ciri night mode dia tu. Semua best lah! Fiza kan suka ambil gambar. Better lah kot ada iPhone 12 Pro Max ni kan. kan kan..

Dengan kemunculan model iPhone 12 ni, makanya model yang sebelumnya automatik akan turun harga lah kan. Marilah kita menabung. Ada rezeki dapatlah. Kalau tidak, berhuhu je lah.

Kredit info & image : murai.my | Apple

30 comments:

  1. wowwwww....tp hnya mampu tengok je lah😂

    ReplyDelete
  2. Harap tercapai impian Fiza. Orang yang guna iPhone sahaja yang faham kelebihannya. Saya pandang jauh sahaja. Berusaha Fiza!

    ReplyDelete
  3. time semua org sibuk dengan ip12, im changing to android haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem di situ. Lain pilihan ikut masing masing :)

      Delete
  4. Aduhai kann tergugat jiwa raga... semoga kita sama-sama berjaya memilikinya. Aamiinn. Teringin sangat nie hahhaa.. verangan-verangan dulu, mana tahu boleh jadi kenyataan. hahahhahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..harap ada rezeki kita dapat. Teringin sangat² ni.

      Delete
  5. Sebab 5G ini ka yang Donald Trump banyak buat conflict dengan China sebelum Covid-19 hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu lah tu. Conflict yang tak pernah habis. huhu

      Delete
  6. tengok harga terus tercekik akak ni fizah..huhuhu

    ReplyDelete
  7. huhu, rasa nak pi jual buah pinggang ni kak fiza, haha!

    ReplyDelete
  8. Huhu harga x mampu beli.
    Tapi kalau rezeki, manalah tahu kan.

    ReplyDelete
  9. Tak sabar nak menunggu ni..hehehehe..memang di nanti-nantikannnn...
    Geram nengok, suka nengok bidy dia walau ramai kata macam ip5s...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah design dia more to 5s. shape dia kurang sikit lah berbanding iP 11 tu. tapi yang lain tu tip top lah kan

      Delete
  10. Teringin juga. Beri laluan anak-anak balik Malaya dulu, baru boleh berangan...ahaks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah mudah impian tercapai. takpe, kita berangan dulu :)

      Delete
  11. Menggoda betul iPhone 12 ni yer. Bilalah nak kaya pakai phone Apple ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah mudah ada rezeki lebih zumal dapat iPhone 12 ni. Aaminn

      Delete
  12. uiiii dah smpi 12 pun belum ada rezeki nak pakai iphone ni heheh tp mmg cun laa yg ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, simpan hajat dulu. Mana tahu ada rezeki one day kan. Memang cun!

      Delete
  13. gmbr2 dlm blog ni semua pakai iphone 6s je ke? camane leh dpt blur camtu?

    ReplyDelete
  14. iphone 12 ni dorg kata x byk beza dgn iphone 11 je., skrg ni wak dh x pakai iphone dahh., ;p

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.