Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod Penuh. Lakonan Pertama Hero Remaja dan Cik B

Lelaki Lingkungan Cinta, drama terbaru slot Lestary TV3 menggantikan drama kegemaran ramai Kampung People 2. Mula ditayangkan bermula 21 Oktober 2020, hari rabu hingga jumaat pada pukul 9 malam. 

Drama adaptasi novel tulisan Lily Haslina Nasir. Menampilkan gandingan Naim Daniel dan pelakon pelakon baru Shasha Abedul, Ismail Izzani dan Shalma Eliana. Shasha Abedul pernah berlakon dalam Drama Chandelier. 

Drama Lelaki Lingkungan Cinta Episod Penuh
sumber : TV3 Drama Sangat


Ismail Izzani pernah juga berlakon dalam Drama Kebaya Kasut Kanvas. Shalma Eliana bukanlah pertama kali berlakon. Kalau tak silap dia ada juga berlakon dalam sebuah telefilem bertajuk Gangguan Psiko Stalker. Belum ditayangkan agaknya lah.

Drama lelaki lingkungan cinta merupakan lakonan pertama hero remaja Aniq Suhair dan Imran Aqil. Juga lakonan pertama Cik B, anak DS Vida. Tak sangka pula Cik B boleh terjebak dalam dunia lakonan.

Drama 13 episod ini diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd di bawah arahan Emi Suffian. Skrip ditulis oleh Marr Mohamad.

DRAMA LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Jumlah episod : 13
Tarikh tayangan : 21 Oktober 2020
Waktu siaran : Rabu-Jumaat, jam 9:00 malam
Siaran TV : Slot Lestary TV3
Penulis skrip : Marr Mohamad
Penulis novel : Lily Haslina Nasir
Pengarah : Emi Suffian
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Naim Daniel sebagai Adib
  • Shasha Abedul sebagai Esya
  • Ismail Izzani sebagai Zambri
  • Shalma Eliana sebagai Salina
  • Cik B sebagai Maria
  • Imran Aqil sebagai Hardy
  • Aniq Suhair sebagai Arep
  • Aresya Rania sebagai Esya
  • Rozita Che Wan sebagai Mak Zambri
  • Ruhainies sebagai kakak Adib
  • Syazuwan Hassan sebagai suami kakak Adib
  • Izzrin Irfan sebagai kawan Adib
  • Asha Merican sebagai kawan Esya
  • Nazeera Sardi sebagai pensyarah
  • Mas Anizan sebagai mak Esya
  • Aresya Rania
  • Ummar Dzariff
  • Aisar Khaled
  • Chemat Raja Lawak

SINOPSIS LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Adib (Naim Daniel) seorang pelajar lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?

LAGU TEMA / OST LELAKI LINGKUNGAN CINTA

Tajuk lagu : Siapa Tak Mahu
Penyanyi : Siti Nurhaliza 

10 comments:

  1. Bagi la peluang Cik B berlakon... Teman masih lagi tak terjebak menonton drama nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, peluang untuk dia menceburi bidang lakonan pulak. mana tahu ada bakat terpendam

      Delete
  2. Lama x beli dan baca novel Lily Haslina Nasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak peminat novel Lily Haslina Nasir ye. Pasni boleh beli kak :)

      Delete
  3. memang nakal si adib ni... tak sabar nak tunggu next episod

    ReplyDelete
  4. oo baru kenal cikB anak dato vida nih., ;p

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.