Drama Biar Mereka Cemburu Full Episod. Gandingan Nabila Razali dan Aiman Hakim

Drama terbaru bertajuk 'Biar Mereka Cemburu' menggantikan drama Perempuan tanpa dosa. Drama Biar mereka cemburu adalah adaptasi novel karya A. Darwisy (Anuar Darwisy). Gandingan pertama penyanyi/pelakon Nabila Razali dan juga Aiman Hakim.

Drama Biar Mereka Cemburu Full Episod. Gandingan Nabila Razali dan Aiman Hakim
sumber : Astro Ria



Drama bergenre komedi romantik 13 episod ni mesti trending dengan menampilkan pelakon hebat Nabila Razali dan Aiman Hakim.

Arahan drama oleh MP Roslin Sharif dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd akan muncul di slot Megadrama Astro Ria bulan 1 Disember 2020.

DRAMA BIAR MEREKA CEMBURU

Jumlah Episod : 13
Waktu Tayangan : 1 Disember 2020
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran TV : Megadrama (Astro Ria)
Penulis Novel : Anuar Darwisy
Pengarah : Roslin Sharif
Produksi : Global Station Sdn Bhd

PELAKON DAN WATAK

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Eidil
  • Nabila Razali sebagai Nadia
  • Izzat Mushtaq sebagai Rostam
  • Rubini Sambanthan sebagai Marsha
  • Aedy Ashraf sebagai Fetri
  • Bella Dowanna sebagai Nabila
  • Hasmira Azmi sebagai Sofea
  • Syahir Shafein sebagai Reza
  • Adam Malek sebagai Nabil
  • Shah Rezza sebagai Tengku Alauddin
  • Mas Anizan sebagai Engku Zulaikha

SINOPSIS BIAR MEREKA CEMBURU

Nadia, satu-satunya konduktor bas di KL ini yang kalau dirapikan penampilannya, pakai cantik-cantik, agaknya berduyun-duyun lelaki yang jatuh cinta. 

Tetapi dalam kesederhanaannya itu jugalah, dia masih berjaya menambat hati dua orang jejaka. Seorang pemandu bas dan seorang lagi anak tengku. Dia keliru. Hendak memilih cinta yang mana satu sedangkan hendak bercinta pun dia tidak tahu!

Rostam, pemandu bas yang malu tapi mahu orangnya. Punyalah berat mulut hendak meluahkan perasaan kepada konduktor basnya sendiri. Apabila datang kekuatan dalam diri untuk berterus-terang, datang pula pesaing yang membuatkan dirinya rasa tercabar. 

Dia perlu cepat melafazkan kata-kata cinta tetapi sempatkah dia? Tapi jangan tak tahu, dia juga ada peminat fanatiknya sendiri. Tiap-tiap hari mengajaknya kahwin! Perempuan berani mati yang sanggup terjun bas apabila dia menolak cinta perempuan itu.

Iedil, anak tengku, lelaki yang punya segala-galanya. Termasuklah kekasih hati. Tetapi entah bagaimana, boleh pula dia berkenan dengan konduktor bas seorang ini. 

Sampai sanggup naik bas tiap-tiap hari ke tempat kerja semata-mata mahu berjumpa dengan si konduktor cantik ini. Tapi bukan senang! Sebab dia kan sudah ada kekasih hati.

Di sana menanti, di sini menunggu. Di kota Paris, Nadia membuat istikharah. 

7 comments:

  1. ok nanti kita tengok ya... sesekali syok juga kalau dapat layan drama jiwang remaja cam gini hehehe

    ReplyDelete
  2. Terakhir tonton lakonan Aiman Hakim sewaktu digandingakan dengan Emma Maembong. Entah apa tajuk dramanya.

    ReplyDelete
  3. kenapa tonton online drama tu xde link erk? ;p

    ReplyDelete
  4. gmbr pelakon pakai camera dslr canon tu nostalgik buat wak., ;p

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.