Raikan Hari Malaysia 16 September

16 September, Hari Malaysia 2020. Tema sambutan Hari Malaysia “ Malaysia Prihatin”. Sama tema dengan  Hari Merdeka Malaysia ke 63 tahun 31 Ogos 2020 yang lepas.

Hari Malaysia
Terima kasih Google pinjamkan gambar



Tarikh Hari Malaysia 16 September juga merupakan hari cuti am untuk rakyat Malaysia. Sambutan Hari Malaysia diadakan di Sibu, Sarawak.

Apa plan harini? 

Alang-alang dah baca entry ni, marilah kita ambil tahu sikit tentang 

FAKTA HARI MALAYSIA

  • Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963.
  • Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
  • Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakilwakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
  • Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
  • Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Kredit : Sumber

Selamat Hari Malaysia dan Selamat Bercuti. Sambutan tahun ni kita raikan dengan penuh semangat cintakan negara yang sedang bertarung dengan pandemik Covid-19. 

Satu perjuangan yang masih belum selesai.

28 comments:

  1. Selamat menyambut Hari Malaysia...selamat bercuti..

    ReplyDelete
  2. berccuti atau tidak macam sama jer kalau tak jalan ke mana-mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercuti duduk rehat di rumah boleh dikira bercuti juga tu walau tak kemana.

      Delete
  3. Thanks singgah blog Miss Mirror.
    Selamat Hari Malaysia juga utk you Sis.

    ReplyDelete
  4. happy birthday malaysiaku yg tercinta~!

    ReplyDelete
  5. Menariknya Tukang Kebun pun tak ingat yang mula cuti am sejak 2010.
    Selamat Hari Malaysia.

    ReplyDelete
  6. wak pon cuti kerja potong rumput hari ni.,

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.