Novel English Yang Terabai

Dulu pantang dengar ada BIG BAD WOLF (BBW) BOOKS mesti nak terjah sebab nak mencari buku-buku yang menarik untuk dibaca. BBW yang dulu sentiasa meriah di Serdang. Sekarang semua tempat dah ada BBW mengikut jadual. Pernah pergi di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dan The Mines. Di MAEPS tu faham-fahamlah dia punya sesak macamana dan kena naik bas. Masa tu hujan pulak tu, memang gigih betul.

Padahal Fiza bukan jenis yang suka bersesak dengan orang ramai. Tapi entah kenapa tergerak kaki nak ke sana dengan husband (masa tu masih status boyfriend). Masing-masing memborong buku dan majalah. Bermacam-macam buku kami orang borong. Buku ilmiah, majalah dan novel kami orang beli. Ratusan ringgit jugalah keluar duit masa tu.


Sekarang ni kalau ada mana-mana BBW memang tak pergi lah kecuali kalau betul-betul ada buku yang nak dibeli. Novel novel english yang Fiza beli ni pun dah lama terabai tak terbaca. Kalau baca komik laju je habiskan sebab suka baca komik daripada novel. Komik english yang Fiza suka baca "Diary of a Wimpy Kid". Itupun dah lupa kisah dia dan tak beli edisi terkini dah.

Ikutkan kalau pergi BBW tu nak je beli borong banyak buku. Tapi entah mana nak letak tak tahu lah. Rak buku pun dah penuh. Yang masih berbalut pun tak buka lagi. Husband punya novel english pun banyak melebih daripada koleksi Fiza. Aduhaiii, sama-sama pengumpul buku sejak dulu. Sekarang ni cukup sudah. Lepas kahwin lansung tak pergi dah. Duit digunakan lebih kepada keperluan lah.

Novel english Fiza suka baca walaupun ada part yang kurang faham. Dulu beli sebab nak improve english. Sekarang ni nak cakap english dengan siapa pula kan. Novel melayu ada satu je Fiza beli "Bukan Kerana Aku Tak Cinta" sebab masa tu tengah trending Drama tu lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia  Jebat dan Mastura). Pengaruh drama betul lah kan. Terbeli sebab tak sabar nak tunggu ending kisahnya.


44 comments:

  1. Sayapun lama tak beli buku tapi saya lagi suka Pesta Buku.

    ReplyDelete
  2. Aien baca novel english kat tele je. Sekarang ni, admins group to dah jual dah channel dia. sedih. tak ada port lagi nk baca. Π_Π

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak seronoklah macam tu kan bila dah tak ada channel. Tapi lebih suka baca fizikal books daripada online :)

      Delete
  3. BBW akak dah lama tak pergi, kadang masa tak mengizinkan time hujung minggu selalunya sesak, last2 takat kt popular atau mph jelah jenguk beli novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. popular or mph okay je kak..boleh dapat yang latest punya kan :)

      Delete
  4. Ruby tak pernah pergi lagi BBW tu. Hehe. Suka jugak baca² novel ni.

    Setuju dengan Fiza, walaupun ada part² yang kita tak faham, at least boleh improve kita punya English 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca novel bila ada masa terluang macam tu kan. Nak baca full sekali habis memang tak lah.

      Delete
  5. Allahu dah lama tak baca novel english :(

    ReplyDelete
  6. mama ni kalau tgk novel english mesti teringin nak baca. dab berpuluh tahun x baca huhuu

    ReplyDelete
  7. sy novel english 2 muka surat mujur kalau baca.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. fiza berblog dalam bahasa inggeris la pulak..hehehe. ummi suka tengok orang rajin baca buku english ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduhh..grammar entah kenapa dan vocab pun tak berkembang. :(

      Delete
  9. Tak pernah pergi BBW tu. Memang murah sangat ke?

    ReplyDelete
  10. Dah lama x beli novel cinta. Selalu beli novel genre horror seram je 😁

    ReplyDelete
  11. Lamanya x baca novel english ni. Last rasanya masa spm kot baca tu pon sebab nak belajar english :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau diingatkan memang lama dah tu kan..samalah kita lebih kurang

      Delete
  12. Kita pun dah lama tak beli buku. Banyak koleksi Buku Fixi. Sampai tak muat rak. Baca pun belum habis. Semamgat nak beli pun dah kurang..rasa kurang dah nak beli sebab penulis2 baru tak semua memenuhi kehendak kita. Haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buku fixi dulu popular sekarang dah tak popular sangat. mungkin juga sebab penulis baru xkena dengan taste pembaca macam akak kan.

      Delete
  13. samalah saya pun banyak buku tak terbaca. Masa tu ada tapi mood tak sampai

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak pergi tempat macam tu, kalau pergi pun en. Hubby tunggu dalam kereta je.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jenuh tu tunggu dalam kereta. kalau dah ke bookfair mesti lama :)

      Delete
  15. part beli mmg rajin part membaca...waduhhhh ke laut. sy laa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu ada masa dan mood rajin tu datang dulu barulah tak kelaut. hihi

      Delete
  16. Ya Allah samalah dengan saya. Belinya belambak2 tapi baru baca berapa kerat je, suku pun tak sampai. Masa mula2 terjebak dengan big bad wolf, hampir RM400 terbang and time tu takde troli atau bakul, menggigil-gigil heret 3-4 kotak buku masuk dalam kereta. After that setiap tahun spend that much money on books tapi on 2016 dah tak beli banyak sebab buku banyak yang recycle so mostly semua dah ada.

    Nak post dekat blog, sampai kesekarang tak post satu pun pasal big bad wolf haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. RM400 banyak tu. Hihi..biasalah bila kurang masa tu memang tak sempat nak buat apa

      Delete
  17. sama lah, akak punya novel english pun banyak lagi terabai tu....konon nak improve comprehension and writing in english lahhh...hahaha

    ReplyDelete
  18. sama la..byk novel yg tak sentuh2 bertahun pulak tu. beli tp tak baca

    ReplyDelete
  19. Sha pula tak pernah berjaya pergi BBW.. Setakat jualan gudang MPH @Popular je.. Situ banyak juga novel Inggeris best2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau fiza tak pernah pulak pergi jualan gudang MPH and popular tu.sebab skang pun dah jarang pergi book festive.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.