Cara Letak Link Blog Dalam Blogger Profile

Tuesday, November 19, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Sejak google + ditamatkan bulan April yang lepas, masih ramai rupanya blogger yang masih belum bertukar kepada profile blogger yang asal. Kalau dalam masa 30 hari tak tukar semula kepada yang asal, profile blogger akan di delete dan perlu create akaun baru. Bila check broken link, meriah lah keluar semua link profile blogger yang dah didelete tu menjadi profile not available. Sedangkan blogger tu masih aktif lagi. 
Bagi yang masih aktif tu eloklah edit semula link blog dalam blogger profile tu untuk memudahkan blogger lain trace untuk jejak balas (blogwalking) ke blog kau orang. Tak susah mana nak edit blogger profile tu. Boleh ikut tutorial bergambar yang Fiza sediakan bawah ni. Settings>>User settings>> User profile [klik edit]


Kemudian pada bahagian privacy klik select blogs to display. Kalau ada banyak blog tu, pilih blog yang aktif dan mana-mana blog yang dirasakan untuk dikongsikan.


Untuk yang dah letak tu bagus. Ada juga sesetengah blogger yang hanya letak sites yang dia follow. Bila letak sites lain, jadi tak tahu nak klik link mana untuk jejak balas blog owner tu. Sama juga kalau tak letak link blog sendiri. Bila orang lain tak dapat nak ke blog kau orang, dah rugi satu kunjungan balas dah kan. Bila ada link blog dalam profile blogger tu lebih memudahkan kerja untuk blogwalking lah kiranya.



By the way, alang-alang dah buat entri ni. Ada pesanan untuk blogger Han ni. Seorang yang rajin blogwalking dan tinggalkan komen. Tapi bila klik profile, profile not available pula. Rasa bersalah sungguh kalau tak balas jejak dan balas komen. Siapa tuan punya blog, mohon munculkan diri dengan tinggalkan link blog. Lebih bagus sekiranya letak link pada profile blogger tu. Dapat jugalah Fiza balas kunjungan semula.

With Love, Sihatimerahjambu

48 comments

  1. Terima Kasih Kak Fiza untuk info ni. Alami benda yang sama juga, bila view profile untuk blogwalking banyak link blog dalam profile tu. Taktahu mana satu blog yang masih aktif. Kena check satu-satu pulak, aiya

    ReplyDelete
  2. Ok done.. thx Fiza. Akak dah buat ikut tutorial awak :)

    ReplyDelete
  3. rasanya kak ana dah set mcm yg fiza ajar ni. harap xde lah jd isu broken link pada blog kawan2 yang lain.

    ReplyDelete
  4. tq fizah sebab kongsi, nanti nak cek yang akak punya ada ke idok ye...
    sama lah blogger han tu rajin komen blog akak tapi bila nak follow balik tak jumpa... tak tau macamne nk cari

    ReplyDelete
  5. benda inilah saya nak belajar..

    nasib baik ada blogger yang mahir macam awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Mr Hanafi punya profile lagi maju tengok. Macamana nak buat tu?

      Delete
  6. Nice sharing sis . Buat masa nie mana blog yang saya komen , akan dapat kunjungan balas semula . Rasanya blog saya dah setting baik dan tiada masalah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Profile blogger awak okay dah. no problem. mudah nak jejak balas :)

      Delete
  7. oooo baru tau.. tq for sharing.. =)

    han tu kwn sy..
    ni link blog dia puapoo.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama². Harap dia baca dan update dalam profile blogger. Tq Ezy

      Delete
  8. Info yang bagus sekali.. Terima kasih atas perkongsian awak..

    ReplyDelete
  9. Mantep ni caranya kak soalnya saya enggk pernah tau hehe

    ReplyDelete
  10. masalah blogger dr dulu even ms ada Google+ pn sm je...berbuih mulut pesan tp hmmm....

    ReplyDelete
  11. nice sharing. Banyak juga blogger broken link ni. Kang tak folo balik di kata sombong pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. majoriti link blogger je dalam broken link. huhu..bertabah lah nak delete. Nak delete sayang pulak

      Delete
  12. ini sempat jadi masalah saat G+ dihapus oleh google karena sebagian besar blogger profilnya menggunakan G+.
    Nice posting mba, membantu yang lain memperbaiki profilenya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, harap dapat membantu blogger yang masih belum update blogger profile

      Delete
  13. okay boleh rujuk ni semula. kdg2 ray pun konfius pasal link kt profile.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang bila tukar sistem terpaksa update apa yang patut :)

      Delete
  14. Betul tu. Ramai jugak yg profile tak update. Rugi je.

    ReplyDelete
  15. kalau mama ni yg dah ada domain baru tapi blogger profile masih blogspot kita ok tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. senarai blog ada dah dalam list kan walaupun ada domain. cuma kena pilih je lah. Profile akak okay dah ada 4 blog akak letak tu. Cuma kalau blogwalking tak tahu nak ke blog mana satu :)

      Delete
  16. penting untuk kita letak link blog kita kan,
    nnt orang nak balas kunjungan pun senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul tu kak. memudahkan kerja blogwalking dan menaikkan view

      Delete
  17. TQ Fiza perkongsiannya.... bagus kalau ada yg perihatin ni. Nanti nak try tengok jugaklah blog sendiri. Manalah kan. Elok jugaklah Fiza highlight pasal Han tu. Tulah hakak pun dah 2-3 kali gak klik blog dia tapi tak berjaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama². Harap blogger Han updatelah apa yang patut utk memudahkan jejak balas blogger lain juga :)

      Delete
  18. great sharing. a few jugak kawan blogger x letak link dekat profile so bila tekan link dekat komen utk visit blog x jumpa link blognya huhu

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas perkongsian.
    Kadang-kadang ada yang terlepas pandang.
    Mrs. A pun pernah klik pada profile Han tu tapi tak link ke blog beliau.

    ReplyDelete
  20. Perkongsian yang ohsem.. Semoga membantu blogger lain.. Sha pun pernah alami bila nak klik blog dekat profile blogger tapi tak ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap semua blogger ada update link blog. senang kerja :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.