Cara Segarkan Bau Rumah Dengan Orange-Clove Pomander Ball

Orange-Clove Pomander ball salah satu dekorasi tradisi untuk sambutan Hari Natal yang digantung pada pokok krimas ataupun beberapa tempat di dalam rumah. Kalau kau orang google, boleh tengok bermacam-macam dekorasi orange pomander ball dengan bunga cengkih (clove). Sebenarnya orange-clove ni bukan je untuk dekorasi tapi menghasilkan aroma yang segar untuk ruang dalam rumah. Boleh lah cover bau hapak dan bau yang tak best dalam rumah tu.

Minyak bunga cengkih yang menyerap dalam buah orange akan memberikan aroma bau yang wangi dan segar. Biasa bunga cengkih ni kita guna masa sakit gigi. Ikut petua orang lama lah. Sebab apa? Sebab bunga cengkih ni mengandungi antiseptik, antibakteria dan penyegar nafas. Bab sakit gigi tu Fiza tak pernah cuba sebab kalau sakit gigi terus pergi klinik je. Sakit gigi memang tak boleh bawa bincang. 

credit image :azurestandard.com

Aroma 'spicy fragnance' boleh meransang mood kita lebih ceria dan relaks lah macam tu. Bau wangi siapa yang tak suka kan? Bau bauan aroma semulajadi ni memang best bau dia tanpa bahan kimia dan selamat. Persoalannya, tak busuk ke buah orange tu? Tak! Fiza dah kaji awal-awal dah sebab macam best untuk dicuba. Bila buah orange tu kering, akan keluarkan bau yang lebih best. Okay, baik! Memang boleh cuba ni. Nak cuba tapi tak tahu nak buat macamana, boleh ikut tutorial orange-clove pomander ball bawah ni.

credit image : homemade-gifts-made-easy.com
Cara nak buat orange-clove pomander ball ni sangat mudah. Yang penting sediakan bahan-bahan utama tu, buah orange dan bunga cengkih. Untuk cucuk lubang pada buah, kau orang boleh guna pencungkil gigi (toothpicks) yang belum digunakan. Jangan guna yang dah pakai pula ye. Selain riben, kau orang boleh guna dawai untuk menggantung. Ikut kreativiti masing-masing lah.


Buat sementara nak beli orange ni, Fiza cuba guna limau nipis lah dulu letak kat dapur. Bunga cengkih pun tak berapa nak ada ni. Guna mana yang ada dulu sementara nak tunggu orange dengan bunga cengkih yang banyak. Boleh juga guna buat halau lalat ni. Lalat kan anti dengan bunga cengkih. Berfungsi sungguh la pomander ball ni, bukan dekorasi semata-mata. Jom kita buat orange-clove pomander ball dan sedut bau sedap hari-hari.

20 comments:

  1. baru tengok kat fb hari tu, tak cuba lagi. Nice sharing! ^^

    ReplyDelete
  2. Kretif! Tapi geli la nmpk bulat2 mcm tu heheeh

    ReplyDelete
  3. bru je baik sakit gigi.. mmg sakit xleh bwk bincang.. haha..

    haa nanti blh try! menarik ni.. beli oren, cengkih dh ade..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga cepat elok sakit gigi tu.Aaminn
      sila², jom kita beli oren beramai-ramai

      Delete
  4. Wow! Didn't know about this. Arwah ibu suka sangat bau limau, maybe I should try and put it in the dining room.

    ReplyDelete
  5. Nak cuba buat la, Zumal suka bau cengkih tu

    ReplyDelete
  6. Wah idea baru ni...terima kasih sharing ye fiza, nanti nak cuba apa yang ada kt rumah dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tradisi lama ni untuk mereka yang sambut xmas tapi ye lah kita tak sambut kan..jadi xtahu benda ni..but boleh try untuk home perfume :)

      Delete
  7. menariknyaaa hahaha. scary pun ada bila buat banyak2 macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, scary pulak ye..kena buat corak cecomel macam baru tak scary kot

      Delete
  8. menarik jugak. pewangi natural, tanpa bahan kimia. mak saya mesti suka. thanks share

    ReplyDelete
  9. eh seriusss laaa diorang gantung ni masa krismas? baru tahu! mesti wangi je kannn

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.