Young Living | Minty Aroma Essential Oils Peppermint & Spearmint

Friday, September 13, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Bangun pagi dapat sedut minty aroma memang terasa segar dan hilang rasa mengantok tu. Sejak dah terjebak dengan essential oil ni terasa berubah sikit lifestyle. Mood tu lebih baik dengan adanya aromaterapi. Dah terjebak barulah tahu ianya sangat membantu. Ingatkan minyak semata-mata. Tak kenal maka tak cinta. Sekarang memang dah jatuh cinta. Untuk minty aroma, Fiza suka dengan Young Living Essential Oil (YLEOPeppermint & Spearmint.


Young Living Essential Oil (YLEO) Peppermint

Fiza percaya, semua orang memang suka dengan minty aroma. Rasa berangin sejuk dan segar ya amat. EO Peppermint antara essential oil yang paling laris dan must have essential oil untuk kegunaan setiap hari. Sebab apa terlajak laris? Sebab manfaat YLEO Peppermint ni dapat membantu masalah pencernaan, rasa mual, kembung perut, sakit kepala, melegakan pernafasan, batuk dan menghilangkan bau yang kurang sedap. Sebenarnya banyak lagi kegunaan YLEO Peppermint ni. 


Kalau nak lebih fokus dan lebih segar buat kerja. Awal-awal pagi sebelum mula nak buat kerja design atau writing tu, Fiza diffuse je EO Peppermint ni. Kalau tak diffuse EO Peppermint, Fiza akan gunakan kaedah inhale terus dengan cara titiskan pada tapak tangan, gosok arah/lawan arah jam kemudian tekup pada hidung dan sedut bau EO perlahan dalam-dalam. Dia punya segar balik tu memang membantu sangat. Lega penafasan juga. 

Itu sebabnya lebih fokus dan relaks nak buat kerja. Pendek kata boleh mandatangkan mood positif. Kalau rasa kurang bertenaga atau stress sapu je EO Peppermint pada belakang leher. Tapi kalau nak sapu pada anak-anak kecil tu kena dilute EO Peppermint ni dengan carrier oil dulu. Carrier oil ni boleh guna organic oil macam coconut oil, olive oil atau seed oil.  Nisbah campuran tu boleh rujuk dalam gambar bawah ni.


EO Peppermint juga  boleh tambahkan dalam shampoo untuk rasa dingin kulit kepala. Lagi satu penggunaan EO Peppermint ni boleh titiskan dalam botol kaca spray untuk menghalau serangga. Masa musim banyak lalat tu, Fiza lapkan dengan kain basah campur setitis EO Peppermint terus lalat tak hinggap dah. Terus rasa macam 'wow' sangat. Dahlah EO ni tak mengandungi chemical. Rasa lebih puas hati guna EO 100% pure pati semulajadi ni. Rasa selamat kalau nak spray spray untuk pembersihan ni.

baca juga : Young Living Essential Oil Lavender
                  Young Living Essential Oil Lemon


Young Living Essential Oil (YLEO) Spearmint

EO Spearmint sama je dengan peppermint tapi dia punya kandungan menthol kurang daripada peppermint. Minty aroma dia lebih ringan sebab kandungan menthol dia lebih renda. Jadi, spearmint lebih sesuai untuk kegunaan anak-anak atau mereka yang lebih sesuai dengan minty aroma yang lebih ringan. Itulah perbezaan EO Peppermint dan Spearmint ni. Yang lain fungsi dan sifatnya lebih kurang je.


Fiza lebih suka dengan EO Peppermint sebab bau dia lebih kuat. Yang selalu rasa pening, mual, lesu tu boleh cuba guna EO Peppermint atau Spearmint ni. Letak siap-siap dalam handbag untuk memudahkan penggunaan di mana-mana. Kalau nak rasa fresh air dengan minty aroma, diffuse je EO dua-dua ni. Serius cakap, memang best gila kot dengan YLEO ni. Nak cuba, boleh je beli dengan Fiza.

Young Living Trusted Distributor N9
YL ID : 19148280

With Love, Sihatimerahjambu

8 comments

  1. kite ada satu young living variasi lemon. cuma titis kan 3 4 titik sahaja. baunya sedap. cuma itulah, kite tak reti sangat benda ni. hahaha. pakai diffuser yang kecik tu. macam xpuas hati kenapa bau nya ada tak ada je. heran betul. mungkin tersumbat entahla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemon best kan. banyak kegunaan. diffuser yang gentle mist tu ker? mungkin xbersihkan betul betul tu. cuba bersihkan dan diffuse semula. hrp membantu

      Delete
  2. kita suka jugak peppermint ni...bau sedap dan sangat membantu kalo ade motion sickness ke sakit kepala ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sakit kepala tu memang sangat membantu dengan bauan mint ni

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.