Tukar Template Baru Lebih Cepat Loading dan Responsive

Jarang sekali tukar template blog sebab kerja menghadap coding tu boleh buat pening kepala dan berlamaan depan dekstop tu. Selagi tak menjadi selagi tu lah akan cuba sampai berjaya buat template blog tu puas hati. lagi-lagi template beli online, lagi susah nak faham struktur coding dia sebab berbeza dengan yang basic. Silap buat, boleh nangis okay!

Bukan saja-saja tukar template blog sebab Fiza suka gila dengan template sebelum ni. Unique template dan harga template pun costly jugalah pada Fiza. Lama juga bertahan dengan template sebelum ni. Kalau kau orang masih ingat lah template blog lama. Tapi terpaksalah melepaskan pergi sebab template tu entah kenapa not mobile friendly pula dah. Padahal tak usik apa pun. Template pun responsive je sebenarnya kalau test. 

Template baru September 9, 2019

Almaklumlah sekarang ni google strict betul ye macam cikgu besar sekolah. Tukar rules baru lah apa lah. Yang zero knowledge ni terkontang kanting menggoogle nak solve problem. Sudahnya kita kasi tukar itu template blog je senang! Nak tak tak terpaksalah Fiza tukar kepada template baru yang lebih cepat loading dan responsive.

Ye, ada hikmahnya sesuatu tu terjadi kan. Akhir-akhir ni Fiza perasan traffik blog kurang dan earnings adsense turun tak pasal-pasal. Lepas check itu ini katanya tak mobile friendly, slow dan sitelinks pun tak ada kat google dah. Aduhaii, nak pitam sekejap! Sebelum ni elok tiba-tiba dia buat hal. Redha je lah tukar baru walaupun tahu traffik akan turun selepas tukar template baru.


Okay takpe, fikir positif je lah Fiza oii. Apa nak fikir lagi kan? Jadi, Fiza beli lah template yang rasa okay untuk new look blog Fiza ni. Fiza pilih minimalist design dan cepat loading. Tak letak banyak widget sebab tak nak beratkan blog lagi. Cukuplah tampung berat badan sendiri je. So macamana template baru? Loading, jenis tulisan, warna dan semuanya okay tak? Boleh berikan pendapat kau orang tentang template baru ni untuk perbaiki mana-mana kekurangan. Terima kasih.

Hikmahnya tukar template baru ni, traffik tak turun pun tapi makin meningkat dan earnings pun meningkat juga. Alhamdulillah syukur dan lega tak perlu susah fikir lagi macamana nak solve. Itulah kadang menjadi kadang tak. Syukur Allah permudahkan urusan. Boleh blogging macam biasa dah. Harap boleh kekal lama momentum berblog ni.


16 comments:

  1. Nak komen pun tak tahu sebab sy on guna phone ok. Laju je loading nya

    ReplyDelete
  2. Kak ana pernah buat sekali je tukat template sendri. Memang sakit kepala dan akan duduk lama dpn PC. Lps tu terus upah je orang buat. Ngee. Alhamulillah makin meningkat traffic dan earning tu. Moga terus meningkat.

    ReplyDelete
  3. okey je, template cantik, simple, loading laju, warna pon selesa pada mata, membaca pon rileks, tulisan contra tak tenggelam, nice. berapa beli ni? mahal x? tak tahu pulak google buat rule baru..

    Kalau tak silap ade webtool yg boleh check kepantasan loading website kita. tak ingat ape nama website tu.. biasa sy cari kat google je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak. Harga lebih kurang RM3+ macam tu. Not so called rules tp something like that. mungkin lah. sbb since xde usik coding apa.

      yes, biasa tgk kat webmaster or analytics

      Delete
  4. Template ni minimalist, menarik n laju...semoga earnings meningkat laju juga.

    ReplyDelete
  5. tukar templete utk kebaikan blog ok je..
    sentiasa positif.. =)

    ReplyDelete
  6. template ni kalo seo friendly dan responsive, memang sangat2 membantu kannn

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.