Kenapa Perlu Buang Broken Link Dalam Blog

Thursday, September 12, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Broken link atau pautan rosak dalam blog ni kalau dibiarkan lama memang bersarang jawabnya.  Selalu lah check dan rajin membuang broken link sekerap mungkin. Walaupun sekali check dah buang habis senarai broken link tu tapi tetap masih ada broken link yang tinggal. Jadi memang kena kerap check dan buang. Kenapa?

Punca Broken Link

Broken link/Pautan rosak terjadi bila ada link didalam blog yang dah tak berfungsi, di delete, bertukar kepada link lain atau tidak wujud lagi dalam database enjin cariaan google. Biasanya broken link dalam blog ni seperti "Page Not Found" atau "Error 404 Not Found". Paling banyak broken link dalam entri giveaway sebab ada antara backlink blogger yang tidak aktif lagi ataupun entry tersebut telah didraftkan/delete.

Cara Semak Dan Buang Broken Link

Caranya mudah je dengan menggunakan Broken Link Checker Tool. Masukkan url blog dan click find broken links. Lepas tu masukkan security code dan tunggu sehingga checker tool habis semak. cara nak tahu link mana yang broken tu, click url atau src. 


Kalau link macam dalam gambar ni adalah link profile blogger yang tak aktif. Senang nak delete. Halakan cursor pada link profile komentator dan perhatikan link yang keluar pada bawah kiri monitor. Kalau link sama dengan senarai broken link tu boleh klik delete terus. Yang ni leceh sikit sebab kena check satu-satu link komentator daripada url broken link tu.

contoh check broken link profile blogger.com

Kalau broken link dalam entri blog, perlu tekan src. Dalam new tab tu akan tunjukkan lokasi broken link samada link dalam text atau pada gambar. Setakat ni broken link dalam blog Fiza makin susut lah. Tak macam dulu sampai beratus broken link nak kena buang. 

Kenapa perlu buang broken link ni? Jawapannya adalah broken link/pautan rosak ni akan menjejaskan prestasi SEO blog kau orang sendiri. Faham-faham lah bila dah terjejas tu. Nak tak nak kena buang jugalah broken ni. Siapa yang tak frust kalau google lepas tu masuk page not found pula kan. Broken link juga menyebabkan PV (Pageview) blog jatuh.

Benda ni dah lama dikongsikan oleh otai-otai blogger, cuma sajalah buat entri untuk ingatkan kau orang juga sebab kita ni mudah lupa. Note to myself juga lah. Sesekali nak juga blog hebat sikit. Bosanlah cakap blog biasa-biasa je. Siapa lagi nak membangunkan blog sendiri kalau bukan diri sendiri. Haa tepuk!

With Love, Sihatimerahjambu

31 comments

  1. info yang sangat berguna. Tapi tak dapat nak baca semua sebab gambar yang pertama tu besar sangat :(

    ReplyDelete
  2. Akak dah check...ada 4-5 link broken..nak delete tak reti plak kat mana...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya klik src tu kak..nanti tgk kat link artikel mana nak delete tu

      Delete
  3. Done, machine tu tengah generate kat tab sebelah.. lamanya setakat skrg ni dah generate 1k plus broken link.. tabah menanti. thx for sharing Fiza :)

    ReplyDelete
  4. lepas dah tekan src tu nak delete tu mcm mana Fiza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dia akan satu new tab dan highlight link tu kat artikel mana. cari broken link pada link yang dia highlight tu

      Delete
  5. ni ada lagi saki bki nak kena buang sejak G+ dihapuskan banyak prfaill yng keluar

    ReplyDelete
  6. Dah pernah buat sampai fed-up muahhaaaaa... terlalu banyak broken link.
    Dah tu pulak broken link tu bukan boleh deleted berjemaah kena delete satu persatu huwaaaa.... nanges! Sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. fiza buat jarang buat. ada masa baru sempat nak menghadap sebab benda ni ambil masa sikit.

      Delete
  7. oh thank you. tak terfikir pulak tentang broken link ni.

    ReplyDelete
  8. nice. perkongsian yang bagus, nampak simple tapi pasal ni la selalu orang duk lupa. bukan apa, sebab bile dah byk sgt publish post memang tak larat la nak check satu persatu kan.

    thank you for sharing. sgt2 membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. nak tak nak kena check satu satu dan agak ambil masa. itu yg kadang malas nak buat juga tu.

      Sama²

      Delete
  9. sebab itu link pada komen tidak digalakkan terutama pada blog yang domain berbayar..

    pada masa tertentu domain tersebut tidak lagi aktif kerana pemilikmya sudah tidak aktif

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, betul. biasa memang tak publish komen berserta link.

      Delete
  10. thn lps sy dah buang broken2 link. tu pn x abis lg... ni nk buat blk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xkan pernah habis kan. ada je lagi. kena re do dengan kerap

      Delete
  11. ohh nanti nak try. sebab benda macam ni, kite selalu abaikan je. hhahahahh. thanks nice sharing

    ReplyDelete
  12. bagus ni..kejap lagi mau cek. thanks share ya

    ReplyDelete
  13. masih dlm proses huhuhu banyaknya broken link, so far mau 200++ aduhh banyak kerja mau buatla ni nampaknya kejap lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula mula memang banyak. takpe, go slow. lama² sikit jadinya

      Delete
  14. Tak pernah check broken link ni, nanti nak cuba ambil peduli lah tapi mesti makan masa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila ambil peduli dan memang ambil masa banyak sikit. :)

      Delete
  15. kita tak cek lagi..minggu ni ramai benar yang share pasal ni...jap lagi la cek blog sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah lately mmg ramai blogger cakap pasal broken link tu. sebab tu gigih juga membuang

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.