Skincare | Face Factory Aura Water Peeling

Nampak je Aura Water Peeling Face Factory "new arrivals" dalam website Althea Korea, terus masukkan dalam wishlist. Skin tool yang menarik ni cepat je menangkap padangan mata dan terus rasa macam nak sangat.  Akhirnya dapat juga lah Fiza memiliki Aura Water Peeling by Face Factory ni. Seingat Fiza bulan Jun produk ni baru masuk dalam website Althea. Bulan July baru Fiza beli dan dapat. 


AURA WATER PEELING 3 IN 1
Aura Water Peeling Rechargeable 3 in 1 (Peeling, Absorb & Lifting) ni adalah skin tool yang boleh menanggalkan, meningkatkan penyerapan dan membantu mengukuhkan struktur kulit dengan menggunakan Galvanic Technology dan kuasa getaran gelombang. Kulit akan jadi lebih bersih, segar, anjal dan cerah. Tahu tak yang Aura Water Peeling ni tengah popular dan trend di Korea. 


Dibungkus dengan elok dalam satu kotak dan didatangkan dengan usb charger dan juga user guide. Sejenis device yang kecil dan ringan mudah digunakan dimana-mana sahaja. Design yang simple, menarik dan selesa dipegang.

ULTRASONIC WAVE VIBRATIONS
Aura Water Peeling menggunakan maximum output 30kHz untuk menghasilkan getaran untuk membersih secara mendalam ke dalam liang kulit muka secara lembut. Masa mula-mula guna tu agak annoying juga dengan bunyi sebab 




Rechargable with a micro USB Cable

side view

EXFOLIATION MODE-PENGELUPASAN 
Untuk proses pengelupasan ni, hanya perlu gunakan Aura Water Peeling dalam peeling mode selama 5 minit dan dilakukan 3-4 kali seminggu. Pastikan guna selepas membersihkan muka dan biarkan muka lembap.

ABSORPTION MODE-PENYERAPAN
Apply skincare product dan gunakan Aura Water Peeling dalam absorb mode selama 10 minit. Boleh digunakan setiap hari untuk proses penyerapan ni.

LIFTING MODE-MENEGANGKAN
Apply anti-aging product dan gunakan Aura Water Peeling dalam lifting mode selama 15minit. Juga boleh digunakan setiap hari.


POWER ON/OFF AND MODE.
Press and hold 3 saat untuk on dan press and hold 3 saat juga untuk off. Untuk peeling mode, press 1x, press kali kedua untuk absorb mode dan press kali ketiga untuk lifting mode.


Menarik bukan? Sangat sesuai lah jenis kulit Fiza yang bermasalah ni. Kalau boleh nak dapatkan kulit yang lebih sihat dan cantik walaupun kedutan halus dah ternampak. Aigoo...Itu yang beria sangat nak dapatkan Aura Water Peeling ni. Cuma belum sempat konsistent pakai lagi. Kesan pun tak berapa nak nampaklah. Baru sekali dua pakai sejak beli. Tapi apa yang Fiza boleh kongsikan adalah kesan dia masa peeling tu memang best. Berjaya singkirkan anasir-anasir kulit mati dan juga white head. Kira okaylah kan.

Cuma bab absorb dan lifting tu belum kelihatan. Iyelah kan baru cuba sekali dua mana mahunya nampak kesan. Bukannya magic. Syaratnya memang konsisten lah pakai. Kalau pakai setiap hari untuk penyerapan products skincare tu memang cepatlah nampak kesannya kan. Harga dia memang agak mahal. Berkira-kira juga nak membeli. Kebetulan rezeki ada reward points sikit dan Fiza tambah sikit untuk dapatkan Aura Water Peeling ni. 

Harga dia masa Fiza beli RM179. Tapi sekarang harga dah turun jadi RM171. Murah sikitlah dari harga Fiza beli tu. Kalau nak, kena beli cepat-cepat sebab stok tak banyak. Fiza beli pun tinggal 3 stok je kalau tak silap. Kira rezeki jugalah stok ada masa tu. Kau orang beli terus di website Althea Korea ye. Tempat lain tak pasti lah harga dia. 

8 comments:

  1. Nampak tadi dekat web Althea. Tengah fikir nak beli ke tidak ni. Tempting sangat.

    ReplyDelete
  2. Masuk dalam next list. Nak singkirkan anasir2 jahat kat muka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila masukkan siap² dalam wishlist ye. hope one day dapat juga

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.