Bercuti di Labuan Tempat Bersejarah

Lokasinya hanya beberapa jam perjalanan menaiki bot dari Kota Kinabalu, dan menjadi laluan feri untuk ke Brunei terdapat sebuah pulau yang mempesonakan, Labuan. Siapa sangka sebuah pulau yang chill dengan pantai-pantai indah yang famous di seluruh dunia ini pernah melalui zaman kegelapan masa perang dunia pertama dan kedua yang memusnahkan sebahagian besar bangunan-bangunan di pulau ini. Disebabkan itu juga lah yang menjadikan Labuan cukup istimewa, dasar lautnya menjadi attraction untuk diterokai penyelam dalam dan luar negara kerana kapal-kapal yang karam dari peperangan suatu ketika dahulu dan peninggalan-peninggalan jajahan yang menimbulkan rasa ingin tahu. Korang boleh start cari cheap Labuan Hotels booking untuk book tempat penginapan korang nanti.


Ya, lokasinya juga tidak jauh dari Victoria Town yang hanya 15 minit pemanduan adalah Pantai Layang-Layang. Sebuah pantai yang cukup indah terutama sekali ketika waktu matahari melabuhkan tirainya sekitar pukul 5.30 ke 6.30 petang. Sambil menikmati pemandangan yang memukau ini korang boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di tepi pantai ini seperti cendol, sate, air kelapa yang menyegarkan dan banyak lagi. Bagi korang yang sukakan aktiviti menyelam, keindahan pemandangan di kawasan permukaan laut biru ini sama indahnya dengan flora dan fauna di dalam lautnya yang penuh warna-warni. Cukup kaya dengan pelbagai jenis ikan, kerana ini jugalah Pantai Layang-Layang juga turut terkenal dalam kalangan kaki pancing.


Di tepian Pantai Layang-layang, terletaknya dua lagi attraction lain di Labuan iaitu Taman Damai & Tugu Penyerahan Jepun. Taman Damai dibina dengan sumbangan daripada Japan Shipbuilding Industry Foundation dan juga keluarga diorang yang terkorban sewaktu pencerobohan Jepun. Pembinaan taman ini adalah untuk menjadi simbol keharmonian antara Malaysia dan Jepun. Di sebelahnya pula terletak Tugu Penyerahan Jepun, di sinilah peristiwa bersejarah di mana Angkatan Tentera Jepun yang diketuai Leftenan Jeneral Masao Baba telah menyerah kepada Tentera Australia pada tarikh 10 September 1945. Banyak perkara bersejarah yang dapat anak korang pelajari di sini bukan? Lain perasaannya apabila dapat melawat lokasi bersejarah ini sendiri. Labuan War Memorial Cemetary menempatkan tanah perkuburan tentera-tentera yang gugur sewaktu pencerobohan Jepun di Kepulauan Borneo pada tahun 1945. Terdapat sebanyak 1,788 buah kubur dimemorial ini yang turut menempatkan warga Australia dan India. Antara lain yang turut disemadikan di sini adalah Jack Mackey (1922–1945) dan Tom Derrick (1914–1945) yang pernah menerima Anugerah Kepujian Keberanian Victoria Cross. Menarik bukan?.

Bangunan 2 tingkat yang berbentuk seperti kerang, Muzium Marin Labuan ini cukup menarik untuk dilawati bersama keluarga. Bagi korang yang tidak berani menyelam di dalam air laut, di sinilah korang dapat mendekati flora dan fauna marin yang bukan sahaja daripada kawasan laut, malahan juga dari paya bakau. Menempatkan lebih daripada 570 koleksi, lawatan ke muzium ini pasti membuat korang jatuh cinta dengan keindahan dan kekayaan spesies hidupan dalam laut, mungkin ramai yang nak jadi penyelam lepas ini? Antara ruang pameran yang terdapat di sini adalah Seksyen Hidupan Marin dan Seksyen Batu Karang. Maklumat Kapal Karam dan Seksyen Paya Bakau. Di tingkat atas muzium ini pula mempamerkan banyak lagi maklumat tambahan yang lain yang melibatkan peralatan menyelam, peralatan memancing klasik dan moden, serta banyak lagi informasi berkaitan spesies hidupan marin.


Jika korang berjalan-jalan di tengah bandaraya Labuan, jangan terkejut kalau tiba-tiba terdengar bunyi dong! dong! dong! tak lain tak bukan bunyi tu datangnya dari Menara Jam Labuan yang penuh bersejarah. Pada asalnya, menara jam ini dibina pada tahun 1906 sumbangan daripada seorang peniaga terkemuka Melaka, Chee Swee Cheng. Menara ini merupakan salah satu daripada empat buah struktur lain di Bandar Labuan yang terselamat daripada pengeboman tentera bersekutu. Sedihnya pada tahun 1948 pihak British telah merobohkan menara jam ini dengan janji ia akan dibina kembali, namun begitu, menara ini sebaliknya telah dibina kembali oleh Perbadanan Labuan pada tahun 2002. Jadi, menara jam yang korang dapat lihat kini adalah replika menara yang asal. Untuk pengetahuan korang, jam ini akan mengeluarkan bunyi pada setiap jam. Oleh itu, rancang masa korang betul-betul untuk mendengar bunyinya ya?

Sebenarnya Labuan ni tempat yang banyak tersimpan segala sejarah untuk generasi seterusnya. Korang boleh try ada satu hotel ni namanya Labuan Point Hotel. Korang boleh plan bawak anak-anak kecil, adik-adik korang supaya mereka dapat belajar sejarah sikit. Apa tunggu lagi? Cepat buka laptop atau handphone korang sekarang dan book Hotel Labuan Point online sekarang juga. Cepat!!!!

with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Cantiknya labuan. Tak pernah singgah lagi

    ReplyDelete
  2. labuan, pantainya cantiik... bila lah dpt merasa ke sana

    ReplyDelete
  3. Menarik labuan ni..byk juga tmpt menarik

    ReplyDelete
  4. Teringin nk kesini tp takde kesempatan lagi sbb husband busy kerja je skrg ni..

    ReplyDelete
  5. Labuan.. teringin nak ke sana... banyak sejarah sesebuah tempat di sana.

    ReplyDelete
  6. Wah cantikkk... saya juga baru blk dari sabah... macam nak pi lagi je.... love the islands... pulau dia cantik2

    ReplyDelete
  7. Macam best jer... i tak pernah cuti kat sana lagi. Will check it out.

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.