Review | It's My Bubble Maker

Mencuci muka tanpa buih sangatlah tidak best seolah-olah macam tak cuci muka dengan bersih. Tapi tahu tak bahawasanya pencuci muka tanpa buih ni biasanya pencuci muka yang terbaik. Fakta tentang itu kau orang boleh google samada benar atau tidak. Tapi dari apa yang Fiza tahu, itu lah yang Fiza tahu.

Lebih puas hati kalau cuci muka ada buih kan? Nak tahu macamana untuk hasilkan buih tu? Kau orang boleh cuba gunakan It's My Bubble Maker sebagai penghasil buih yang lebih banyak. Dengan cara ini ia dapat membersihkan muka secara mendalam ke dalam liang kulit secara berkesan melalui buih-buih.


APA YANG MENARIK TENTANG BUBBLE MAKER
1. MURAH
Pertamanya Fiza beli sebab harga bubble maker ni sangatlah murah berbanding harga pasaran di tempat lain. Harganya cuma RM2 sahaja. Ye, RM2 sahaja ye kawan-kawan. Memang murah dan berbaloi sangat beli lebih daripada satu. Fiza beli dua sekali untuk buat stok.




2. SERBAGUNA
Selain digunakan untuk menghasilkan buih mencuci muka, kau orang boleh jadikan sebagai bath loofah. Kalau guna sabun mesti kurang buih kan? Jadi gunakan bubble maker untuk dapatkan lebih banyak buih.


3. BUIH BANYAK
Di dalam bubble maker ni terdapat sponge kecil (warna hitam) yang membantu penghasilan buih menjadi lebih banyak selain jaring-jaring bubble maker.


CARA MENGGUNAKAN BUBBLE MAKER
1. Basahkan bubble maker

2. Kemudian letakkan pencuci muka

3. Gosok bubble maker sehingga menghasilkan buih yang diperlukan untuk mencuci muka.

4. Ambil buih dan gosok perlahan pada muka

5. Cuci muka dengan air bersih dan bersihkan bubble maker.

Selepas guna, gantung je bubble maker dengan menggunakan ring yang disediakan tu. Mudah sangat nak gunakan bubble maker ni. Recommend untuk kau orang yang suka cuci muka dengan sabun tapi nak buih banyak. Beli murah je RM2 di website ALTHEA KOREA

RATINGS
Effectiveness : ⭐⭐⭐⭐⭐
Value For Money :  Of course!

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.