Review | It's My Brush Angle Foundation Brush

Wednesday, January 30, 2019

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Beauty blender atau brush untuk apply foundation? Untuk kulit halus mulus pakai beauty blender/sponge atau brush tak ada masalah pun. Tetap cantik hasil makeup tu. Tapi bagi mereka yang jenis kulit bermasalah, perlu menggunakan foundation brush untuk apply foundation pada kulit muka. 


Daripada apa yang Fiza tahu berdasarkan tutorial makeup di youtube, foundation brush sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit jenis mempunyai pores dan tidak sekata. Disebabkan kenyataan tu, Fiza buat keputusan untuk mencuba apply foundation menggunakan brush. Piliha nfoundation Fiza adalah jenama It's My Brush.

KENAPA MEMILIH IT'S MY BRUSH-ANGLE FOUNDATION BRUSH

1. BENTUK BERUS
Angle foundation brush mempunyai bentuk sudut berus yang membolehkan dan memudahkan aplikasi foundation pada bahagian muka yang sukar dicapai oleh sponge. Pemegang berus juga selesa dipegang ketika mengaplikasi foundation pada muka.


2. BERUS PADAT
Angle foundation brush daripada It's My Brush ni adalah jenis berus yang padat dengan bulu sintetik yang memudahkan aplikasi foundation dengan sekata licin tanpa meninggalkan kesan comot berbintik. Berusnya juga sangat halus dan lembut.


3. MAKEUP TIDAK BERCAPUK
Kemurungan kalau makeup bercapuk tau! Dengan menggunakan angle foundation brush ni foundation lebih sekata pada kulit dan tidak bercapuk selepas pemakaian foundation selepas beberapa jam.


4. MURAH
Oh ya, lagi satu sebab Fiza beli angle foundation brush ni sebab harganya murah RM16 sahaja berbanding harga yang foundation brush yang pernah Fiza beli sebelum ni tanpa jenama.  Disebabkan foundation brush tu pun dah lama, so upgrade beli baru lah.

CARA MENGGUNAKAN ANGLE FOUNDATION BRUSH
Bagi yang kulit licin dan tiada masalah kulit biasanya penggunaan berus untuk mengaplikasi foundation dengan gerakan membulat untuk lebih sekata. Tapi apa yang Fiza tahu daripada tutorial yang Fiza tengok sebelum ni, kalau jenis kulit berjerawat dan pores nak aplikasi foundation pada kulit dengan cara stipple perlahan seperti dab dab sponge.

Cara stipple agak mengambil masa untuk pemakaian foundation yang lebih rata. Tak mungkinlah dengan masa sekejap je dapat sekatakan foundation tu. Sebab tu kalau makeup tu sampai berjam-jam lamanya. Biasanya untuk aplikasi foundation Fiza ambil masa tak lama sangat sebab Fiza suka pakai nipis-nipis je. Janji dapat cover apa yang patut.

Kalau banyak masa boleh lah guna brush. Tapi kalau masa nak bersiap sekejap, Fiza guna sponge je dab dab sepantas kilat. Berminat nak gunakan angle foundation brush ni, boleh tengok-tengok di website ALTHEA KOREA.


RATING
Softness : 💗💗💗💗
Density : 💗💗💗💗💗
Precision : 💗💗💗💗

With Love, Sihatimerahjambu

7 comments

  1. Terima kasih sebab menjadi top komentor blog ejulz JAN 2019..
    https://ejulz.blogspot.com/2019/01/senarai-pengomen-tegar-jan-2019.html

    ReplyDelete
  2. dengan menggunakan brush pastinya wajah jadi lebih cerah dan merona
    cream penghilang flek hitam aman Bpom
    liyoskin

    ReplyDelete
  3. Ada satu je brush dlm handbag tu, itupun brush tak berangle Fiza hihi...
    Ha a.... kalau harga murah, nafsu nak membeli tu pun jadi meningkat kan huhu

    ReplyDelete
  4. Wahh macam best aje brush ni, nak beli jugaklah nanti. Heheh :)

    ReplyDelete
  5. wah bestnya brush ni.. mama sekali sekala je guna brush

    ReplyDelete
  6. menarik. nanti ingat memang nak beli berus pun..
    tengah survey2 gak sebab xdela pakai mekap sngt. kalo nak pun beli 1 je hehe..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.