Pantai Tanjung Biru Tanjung Tuan Hidden Gem Di Sebalik Bukit Batu Putih

Pantai tanjung biru (blue lagoon beach) di Tanjung Tuan Port Dickson hidden gem yang ramai sudah tahu akan kewujudan pantai biru yang sangat cantik terutamanya kaki hiking Bukit Batu Putih

Saya tak pasti apa nama sebenarnya pantai ni. Disebabkan pantainya biru dan terletak di Tanjung tuan, mungkin juga namanya Pantai Tanjung Biru atau Pantai Tanjung Tuan?

Entrance, bayar RM5/dewasa







Ada siapa tahu nama sebenar pantai ni, bolehlah tinggalkan komen ye. Okay, ini kali kedua saya datang sini. Pertama kali pergi Pantai Biru Tanjung Tuan masa tahun 2015

Saya tahu kewujudan pantai ni pun sebab masa hiking Bukit Batu Putih tu nampak kat bawah tu laut biru yang cantik gila! Masa turun hiking tu memang gigih turun bawah nak pergi pantai biru tu.

Kali ni pergi memang nak pergi terus ke pantai dan tak hiking ke puncak. Lepas masuk entrance tu perlu jalan naik bukit mengikut jalan tar selama 10-15 minit dan kemudian akan jumpa penunjuk arah ke kanan. Ikut je anak panah dan jalan melalui trek hiking tu. 


Selepas 10-15minit sampailah ke pantai yang cantik ni. Masa saya datang ni ada yang pasang khemah. Mungkin bermalam atau mungkin saja untuk berehat santai tepi pantai menikmati permandangan pantai. 

Saya sampai dalam pukul 10 lebih. Mujur belum panas lagi tapi struggle sikit nak meredah ikut trek hiking sebab pakai selipar jepun. 


Walaupun tak berapa jauh sangat tapi nak berjalan naik bukit dan turun bukit tu penat jugalah. Lagipun dah lama tak buat aktiviti hiking, stamina dia kelaut sungguh. Biarpun penat tapi dah nampak pantai yang cukup cantik ni lupa segala penat berjalan jauh tu. Betul kan?


Selain nak menikmati keindahan pantai ni, nak photoshoot sikit untuk dapatkan gambar yang cantik-cantik. Menikmati keindahan alam ni boleh dikatakan satu terapi untuk kita. 

Sesekali perlu juga terapi macam ni selepas asyik fikir kerja je. Terapi macam ni percuma je. Duduk santai tepi pantai rasa bahagia dan tenang sangat.


Saya suka pantai tanjung biru ni sebab kebersihan pantai terjaga. Pasir halus yang bersih dan airnya yang biru jernih tu memang buatkan mata ni tak puas pandang. 

Ombak dia pun pukul-pukul manja je. Memang sesuai untuk berehat santai mandi manda atau berkelah dengan keluarga dan kawan-kawan kau orang.

 
Jujur cakap saya tak suka mandi pantai sebab takut gelap. Tapi tak risau dah sebab dah siap-siap pakai PV Sunaway. Tengok laut macam ni punya cantik, siapa je tak teringin nak mandi pantai. 

Boleh plan datang lagi dan mandi manda. Masa ni datang saja-saja dan untuk ambil gambar je. 

Pantai ni biasanya tak ramai datang sebab kena jalan jauh masuk hutan bagai. Tak sesuai untuk orang tua atau budak kecil. Jadi, pantai ni kurang sesak. 

Kalau weekend mungkin ramai akan singgah sini sebab hiker mesti tak lepaskan peluang jejak pantai ni.



Layan video ni. Tapi kualiti video kurang sikit. Tak tahulah kenapa. Masuk dalam youtube je dia jadi low quality. Huh!

 

Kalau kau orang bercuti di Port Dickson, Negeri Sembilan tu bolehlah singgah sini berkelah atau mandi manda di Pantai Tanjung Biru ni. Serius tempat ni sangat cantik dan tak rugi datang.

  
Nak datang sini guna waze je lebih mudah. Kalau nak datang tu datanglah on weekend ramai orang. Nak masuk hutan kan? Kalau tak ramai orang sunyi je rasa. Biar meriah gitu. Lagipun kawasan hutan ni agak keras juga katanya. 

Banyak juga cerita yang menyeramkan terutamanya mereka yang hiking petang-petang sangat tu. Apapun masuk hutan kita memang kena behave sikit. 

Seronok-seronok juga tapi adab pergi tempat sebegini perlu dijaga juga. Keselamatan diri sangat penting.

16 comments:

  1. cantik nya kak... tp nk pergi situ agak susah ya....

    ReplyDelete
  2. Tak minat hiking bagai Fiza walaupun tu aktiviti sihat kan... minat tengok laut je hihi....Pernah baca pasal pantai ni kat blog sapa entah...
    Cantiklah topi tu ....

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa pergi pantai. Nampak bersih dan terjaga pantai ni :)

    ReplyDelete
  4. cantik tapi kena hiking dulu tu eerm eerm..
    tapi lagi cantik topi sis tuuu i suka =D

    ReplyDelete
  5. Datang sini aritu setakat kat bawah jer... Mr. A dan kids malas nak hiking huhuhu...
    Cantik pantai dia giler lama tak sampai sini.

    ReplyDelete
  6. Bestnya I love the beach! Swimming, picnic, sunbathing

    ReplyDelete
  7. best betul tempat dia..laut dia..tenang je..kene daki dulu ye..menarik..tak pernag tau pasl ni

    ReplyDelete
  8. Kat pd ni byk rupanya tempat best nk jalan2 ya.. Xtau pun kawasan ni ada

    ReplyDelete
  9. Tenang ke tempat ni .. Air laut yg jernih ..memang sesuai kalau pergi bercuti hilangkan stress

    ReplyDelete
  10. Cantiknya pantai tu.. dah lama tak pi pantai sejak kahwin ni.. teringin gak nak main2 buih2 di tepi pantai sambil menikmati keindahan sekeliling

    ReplyDelete
  11. Cantiknya pantai tu.. dah lama tak pi pantai sejak kahwin ni.. teringin gak nak main2 buih2 di tepi pantai sambil menikmati keindahan sekeliling

    ReplyDelete
  12. Akak yang orang sotu pun tak pernah pergi. Tapi kalau buat hiking kat sini memang best .

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.